BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Sabtu, 25 Januari 2014

Makhluk Asing dan Isra' Mi'raj

Pernah dengar kota Djaboulqa dan Djaboulsa?

Pernah dengar tentang Tharis dan Taqil?

Jika belum mari baca artikel ini

Makhluk Asing dan Isra' Mi'raj

Isnin, 13 Mei 2013

Tarikh Keramat 13 Mei

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Kemuliaan dan sanjungan buat paduka baginda Nur Muhammad saw dan ahlulbait baginda

Barakah Allah buat Sayyidi dan Abuya serta para pejuang kebenaran seluruhnya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tarikh Keramat

13 Mei 2013 ialah tarikh keramat buat rakyatv Malaysia seluruhnya kerana

- Ia merupakan ulang tahun ke 44 tahun tragedi 13 Mei 1969 yang pahit ditelan untuk sejarah Malaysia

Hari itu adalah hari dimana bangsa cina buat pertama kalinya melihat teknologi ghaib yg tak pernah mereka lihat sebelumnya

Bangsa Cina amat takut dengan teknologi ghaib ini hingga mereka tidak berani untuk mencari pasal dengan bangsa yang dipanggil Melayu

- ia merupakan tarikh ulang tahun ke 3 keghaiban Abuya (kewafatan bagi orang awam Malaysia)

Abuya Ashaari Muhammad rh merupakan seorang pejuang Islam yang sangat bermakna bagi umat Islam Malaysia khasnya dan dunia umumnya kerana perjuangannya mempamerkan Islam sebagai satu cara hidup secara praktikal dan penuh kasih sayang

- ia merupakan hari di mana Bonda Ummu Jah (Isteri Abuya) ke Malaysia sesudah 3 tahun di negara orang

Beliau meneruskan perjuangan Abuya untuk melaksanakan Islam  yang Syumul serta menjadikan jemaah Abuya membina pusat di Haramain (Mekah dan Malaysia)

Walaupun ketibaannya di KLIA berakhir dengan penahanan JAIS untuk soal siasat namun hikmahnya umat Islam Malaysia secara pasti tahu bahawa beliau berada di Malaysia. Maka berita kepulangan Bonda Ummu Jah menjadi berita sahih bukan khabar angin.

Berakhirnya Blog Nur Muhammad

Hari ini menyaksikan hari terakhir bagi blog Nur Muhammad dikemaskini.

Pertama sekali terima kasih buat para pembaca yang membaca dan melawat serta memberi sokongan untuk kewujudan blog ini.

Kini bermula era baru dalam perjuiangan sebagai Blogger.

Blog ini akan disambung di domain (alamat blog) yang baru yang akan diberitahu kemudian.

Akaun Facebook dan Twitter akan kekal aktif namun akan diberi nama baru

Segala siri artikel yang belum sempurna adalah merupakan 'future top secret'

Blog ini akan bertahan selama sebulan sebelum dipadam bagi memberi peluang kepada pembaca.

Harap ampun maaf atas segala kesulitan. Sesiapa yang bernasib baik akan menemui blog saya lebih awal dari tarikh pengumuman sebenar.

Buat kali terakhir terima kasih atas sokongan semua. Insyaallah kita akan bertemu lagi di blog baru. Sekian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Isnin, 6 Mei 2013

Perutusan sempena keputusan PRU 13

 

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani

Selawat dan Salam buat baginda yang termulia antara makhluk baginda nur muhammad saw

Barakah Allah buat Sayyidina Mahdi as dan Fata At Tamimi ra

Pilihan Raya Umum ke 13 baru tamat dan kita mengetahui keputusannya. Ada yang gembira Ada yang berduka.

Pilihan raya 13 melihatkan persaingan sengit antara dua pihak Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat dan keputusan memihak kepada Barisan Nasional. Tahniah atas mandat yang diberikan untuk kali ke 13 ini. 

PRU ke 13 bukan hanya melihatkan pertarungan kerajaan-pembangkang bahkan lebih besar dari itu yakni peperangan untuk menentukan nasib bumi yang dijanjikan ini.

Dua pihak telah bertarung yakni pihak orang Allah dan pihak musuh Allah.

Pihak musuh Allah mahu menggagalkan Daulah yang dijanjikan manakala pihak orang Allah bekerja bagi memastikan rancangan pihak musuh Allah yakni konco-konco dajjal gagal.

Musuh Allah cuba menggagalkan daulah sejak penyerangan lahad datu namun mereka kalah dengan cara yang memalukan. Kini mereka cuba menguasai barisan parlimen dengan harapan dapat menghancurkan Malaysia sehancur-hancurnya.

Semboyan perang ditiupkan manakala hati-hati pengundi adalah tenteranya. Bertempurlah mereka dan akhirnya Allah membuat keputusan. Rencana musuh Allah GAGAL.

Buat umat Islam di bumi Malaysia ini, kemenangan BN adalah amanah Allah untuk menjaga bumi daulah dari dihancurkan oleh musuh-musuh Allah yang sangat menguasai minda rakyat Malaysia. BN bukan pemenang tapi hanya penyandang amanah sementara hingga tibanya Imam Mahdi as.

Rencana musuh Allah diperlihatkan dan Allah telah memperilahatkan bahawa DIA maha berkuasa menggagalkan rencana musuh.

Di saat BN sudah lemah bagaimana BN menang bahkan boleh merampas semula dua negeri dari tangan Pakatan Pembangkang.  Kerana doa para wali Allah dan ahlul bait yang mahu menyelamatkan bumi daulah ini.

Di dalam barisan pembangkang (segelintir dalam BN) terdapat golongan yang mahu melihat bumi Islami ini menjadi bumi kafir. Mereka merencana misi licik bagi menghapuskan Islam di Malaysia dan seterusnya menghalang daulah.

 Orang Islam tidak melihat hakikat ini di saat kita mahukan bumi Malaysia menjadi bumi Islam. Laungan takbir yang kita ucapkan hanya tipuan semata-mata kerana kita rela melihat Islam hancur sedang musuh Allah berkuasa

Wahai umat ISLAM baik UMNO, PAS mahupun PKR. Jika kita mahu tinggikan Islam maka perkara PERTAMA yang perlu dilakukan ialah BERSATU.

Kaum Kuffar sudah BERSATU mahu MEGHANCURKAN Islam. Jika kita berterusan begini maka mimpi kita hanya tinggal mimpi.

Bukankah baginda Nur Muhammad saw MENYATUKAN kaum Aus, Khazraj dan Muhajirin SEBELUM membina Daulah?

Buat pejuang UMNO, laksanakan Amanah yang Allah berika sebaik-baiknya sebelum Allah menarik balik mandat yang diberiNya. Ingat janji-janji kalian itu, Allah melihat apa yang kalian lakukanan.

Buat pejuang PAS, anda telah mengorbankan prinsip-prinsip Islam dengan BEKERJASAMA dengan musuh Allah. Jika anda bereterusan begini maka PAS sekali-kali TIDAK AKAN diberi kepercayaan untuk menjaga bumi Daulah.

Buat pejuang PKR, misi anda hanya untuk melempias nafsu untuk berkuasa di atas bumi Daulah. Allah sekali-kali tidak akan menyerahkannya kepada kalian hingga kalian bertaubat dan kalian berjuang dengan Ikhlas kerana Allah bukan kerana KUASA.

 Buat Musuh-musuh Allah, bumi Malaysia adalah milik Allah dan Rasul untuk diberi kepada Imam Mahdi. Kalian tidak akan mampu menghalang apa yang ALLAH JANJIKAN.  Hingga kini hanya mereka yang Allah pilih diberi mandat untuk MENJAGA bumi daulah ini hingga datangnya Imam Mahdi dan Fata At Tamimi untuk mengambilnya untuk dijadikan bumi Islami.

Akhir kata buat YM Perdana Menteri, ambil berat hal ehwal umat Islam, bantulah semampu anda dan jagalah ahlul bait Rasulullah saw serta berbaiklah dengan jemaah kebenaran moga-moga Allah mengampuni dan memberi hidayah kepada Datuk sekeluarga dan melindungi Datuk dari musuh-musuh Allah

Sekian Assalamu a'laikum warahmatullahi wabarakatuh


Isnin, 1 April 2013

Ulasan peristiwa yang berlaku kpd GISB Mekah




Assalamualaikum

saya menerima komen seperti berikut
Salam sdra malai-ur..saya ada terbaca dlm utusan malaysia yg ummu jah dan ahli syarikat GISB tlh ditangkap di Mekah ats tuduhan mengamalkan ajaran sesat dn bid'ah.apa pndgn sdra? 

 ULASAN
 
Apa yang berlaku kepada GISB bukanlah baru. Hal ini sudah berlaku lama dahulu. 

Semua yang terjadi berkisar perbalahan antara fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah di pihak GISB dengan fahaman Wahabi di piha Arab Saudi.

Sejarah Wahabi penuh berdarah. Ketika awal wujudnya gerakkan Wahabi, ramai ulama dan keturunan Rasulullah saw dibunuh.

Sejarah Wahabi terbahagi kepada 2 yakni 

Fasa Pertama kemunculan Ibnu Abdul Wahab yang menyebar ajaran bahawa sesiapa yang melakukan perbuatan yang tidak ada dalam Al-Quran dan Hadis maka ianya Bidaah. Pelaku Bidaah adalah sesat. Orang sesat wajib diperangi.

walhasil berlaku penaklukan Mekah dan Madinah yang Penuh berdarah. Ada ulama' yang dipancung kepala hanya kerana berselawat sebelum melaungkan Azan. Penduduk haramain dikepung hingga ke tahap darurat.

Gerakan ini berjaya dibanteras oleh Khalifah Utsmaniah ketika itu. Namun setelah kejatuhan Khilafah Utsmaniah  melalui tangan Mustafa Kamal Attartuk maka gerakan wahabi ini kembali.

Fasa kedua bila mana Syarif Hussin, gabenor Mekah ketika itu diusir dengan bantuan British.  Kerajaan Arab saudi ditubuhkan dan diperintah oleh keluarga Saud.

Kerajaan Arab saudi dengan bantuan gerakkan Yahudi menyebar ajaran wahabi ke seluruh dunia. Dan keturunan Rasulullah saw diusir dan dibunuh. peninggalan Rasulullah saw dan para sahabat dimusnahkan. 

Sehingga kini pertembungan Wahabi dan Ahli Sunnah Wal Jamaah belum berakhir.

Apa-apa yang berlaku kepada jemaah bukan kerana mereka sesat disisi Allah sebaliknya sesat disisi Wahabi dan Yahudi.


Sejarah berulang kembali seperti zaman Imam Ahmad B Hanbal yg dipenjara kerana menantang ajaran Muktazilah.

Ya sejarah sedang berulang. Fahami ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

Namun malangnya ajaran Wahabi sedang diserap secara halus ke dalam hati rakyat Malaysia. caranya sangat halus sekali hingga kita tidak melihatnya. 

Ketika ada ulama' Ahli sunnah wal jamaah bangkit mempertahankan fahaman ASWJ sejati, puak syiah mengambil kesempatan ini untuk menyuntik virus syiah kepada rakyat Malaysia.

Wahabi-Syiah sedang bersatu untuk menghapuskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Inilah realiti yang berlaku.

Dajjal laknatullah merencanakan rancangan terhebat bagi menghalang kebangkitan Islam kali kedua dan kebangkitan Imam Mahdi.

Namun musuh-musuh Allah terpedaya dengan perbuatan mereka yang hanya akan membantu kebangkitan Islam kedua ini.

Ya, sekutu-sekutu Wahabi dan Syiah yang selama ini mendokong ini akan berpaling tadah membantu Imam Mahdi memusnahkan mereka.

Tiada kesedihan bagi pejuang kebenaran kerana janji Allah itu benar. Janji Allah itu pasti dan tiada siapa yang boleh menghalangnya.

Jika pejuang mati di dalam penjara sekalipun bukan kerana mereka salah. Lihat pejuang-pejuang kebenaran terdahulu yang mengalami nasib yang sama.

Dunia telah dirosakkan akarnya namun akar baru sedang tumbuh untuk menumbangkan pohon dunia yang telah mereput


Sekian

Sabtu, 23 Mac 2013

Takziah buat Syh Dr Muhammad Said Ramadhan Al Buthi

Al Fatihah buat ulama' besar Syria Syaikh Dr Muhammad Said Ramadhan Al Buthi Rh yang syahid ditangan rejim Bashar Al Assad pada 22 Mac 2013

Ulama besar yang cukup kuat menegakkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan cukup keras menentang ajaran WAHABI dan SYIAH.

Tarikh kematian beliau adalah tepat 9 setelah kematian ulama' Palestin Syaikh Ahmad Yassin pada 22 Mac 2004.

Moga-moga Allah menucuri rahmat kepada roh mereka dan menempatkan mereka di sisi Rasulullah saw



MADAH

Ku titiskan air mata
mendengar khabar
pemergianmu

dikau tidak mengenalku 
tapi kurasa dikau
sangat bererti bagiku

duhai pejuang 
titisan darahmu
tidak sia-sia

titisan peluhmu
seharum kasturi
di sisi Rasul

berbahagia dikau
bersama Rasul
Di alam sana

biar mereka mencemuh
biar mereka mencela
tapi Rasul tidak

wahai pejuang
roh sucimu itu
dirahmati Allah

berbahagialah
wahai syuhada
wahai rijalullah

Khamis, 21 Mac 2013

Al Hasyimi ITRKI V2 Bab 3

Al Hasyimi adalah salah seorang Al Mahdi




Atsar 1
Dari Kitab al-Fitan oleh Nuaim bin Hammad. Imam Jalaluddin as-Suyuti termasuk mereka di dalam buku al-'Arf al-Wardi fi Akhbar al-Mahdi
Ibnu Munadi berkata bahawa

"Dalam kitab Nabi Daniel  (as), dilaporkan bahawa," As-Sufyani ada tiga dan Imam Mahdi ada tiga. Apabila As-Sufyani pertama muncul dan nama serta kemasyhuran menjadi meluas, Imam Mahdi pertama akan berhadapan dengan dia, Imam Mahdi kedua akan menghadapi As-Sufyani kedua dan Iman Mahdi ketiga akan menghadapi As-Sufyani ketiga dan Allah swt, akan menghantar dia (Imam Mahdi ketiga ) untuk menyelamatkan orang-orang yang telah mengalami kerosakan, dan orang-orang yang beriman. Sunnah akan dihidupkan semula melalui beliau  dan penindasan, ketidakadilan dan kezaliman akan berakhir melalui beliau. Manusia akan dihargai dan mereka menang atas lawan-lawan mereka pada masa beliau. Satu kehidupan yang indah akanberlaku, dan Bumi dan Langit akan menjadi lebih berkah" 

(Al-Muttaqi Al-Hindi's Al-Burhan fi Alamat Al-Mahdi Akhir Al-Zaman) dan (Jalaluddin As-Suyuti Al-'arf al-Wardi fi AkhbarAl-Mahdi , sebahagian daripada Al-Hawi li al-Fatawa)

 Atsar 2
Dalam kitab Al Fitan karya Imam Nuaim Bin Hammad rh

Dari Abu Mughairah dan Baqyah dari Sofwan dari Kaab ra:
Al Mansur adalah (salah seorang) Mahdi yang disenangi penduduk langit dan penduduk serta burung-burung di bumi. Dia akan memenangi peperangan dengan Rom dan perang selama 20 tahun. Beliau akan syahid dalam perang besar bersama 2000 orang yang merupakan putera dan komander perang. Umat tidak pernah mengalami kesedihan lebih besar sesudah kewafatan baginda Rasulullah saw.

Atsar 3

 Dalam kitab Al Fitan karya Imam Nuaim Bin Hammad rh

Rashdin dari  Ibnu Lahi'a dari Abi Qabil dari Abdullah bin Umro berkata:
 Selepas Imam Mahdi yang akan mengambil orang-orang Yaman ke bandar-bandar mereka, selepasnya ialah Al-Mansur, dan kemudian selepas dia Mahdi yang akan membuka kota Rom oleh tangannya.


ULASAN

Imam Mahdi bukan satu-satunya orang yang digelar dengan panggilan Al Mahdi. Al Mansur atau Putera Bani Tamim juga merupakan Al Mahdi.

Atsar 1 menceritakan bahawa akan ada 3 Al Mahdi yang akan muncul. Atsar kedua menceritakan Al Mansur merupakan Al Mahdi. Dalam Atsar ketiga dikatakan Al Mansur merupakan Al Mahdi pertengahan atau yang kedua.

Berdasarkan sejarah Sayyidi Syeikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi rh merupakan Imam Mahdi dan beliau merupakan Al Mahdi yang pertama. Setelah pemergian beliau perjuangan diteruskan oleh Abuya Syeikh Ashaari Muhammad rh yang merupakan Putera Bani Tamim. Kini setelah pemergian Abuya maka pasti akan ada yang meneruskan tugas ini. Beliau merupakan Putera Bani Hasyim atau Al Hasyimi yang akan muncul tidak lama sahaja lagi. Beliau merupakan Al Mahdi ketiga dan dizamannya nanti kota Rom (Vatican) akan ditakluk.Di zaman beliau bermulanya zaman keamanan.

Selasa, 19 Mac 2013

Al Hasyimi ITRKI V2 BAB 2

BAB 2 - TANDA-TANDA KEMUNCULAN AL HASYIMI RH



Nu'aym ibn Hammad dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ali r.a. beliau berkata:

 "Akan berlaku fitnah di mana manusia akan memperolehi hasil daripadanya sepertimana ia memperolehi emas yang ada di lombongnya, maka janganlah kamu mencerca penduduk Syam tetapi cercalah kezaliman mereka, kerana sesungguhnya pada mereka itu terdapat Abdal, dan Allah akan mengutus ke atas mereka hujan dari langit lalu menenggelamkan mereka sehinggakan sekiranya mereka memerangi serigala serigala mereka akan menewaskannya. Kemudian Allah akan mengutus di waktu itu seorang lelaki dari keturunan Rasulullah SAW bersama 12,000 orang jika sedikit, dan 15,000 orang jika banyak, tanda tanda mereka "amit amit" (maut maut) di bawah tiga bandera lalu mereka itu memerangi pasukan tujuh bandera tidak seorang pun di kalangan mereka yang memimpin bandera itu melainkan kesemuanya tamakkan kerajaan (kuasa), mereka pun berjuang dan tewas (atau menang), kemudian zahirlah Al Hasyimi (Pemuda Bani Hasyim) lalu Allah mengembalikan kepada manusia kesenangan hidup mereka sehinggalah Allah mengeluarkan Dajjal." 

Hadis No 41 terjemahan Bahasa Inggeris oleh Muhammad at-Tayyib ibn Gary dalam kitab al-'Arf al-Wardi fi Akhbar al-Mahdi nukilan al-Hafidh Jalal ad-Din as-Suyuti [rahimahullah].

Ulasan

Kemunculan Al-Hasyimi ditandai oleh beberapa peristiwa

  1. Fitnah menjadi bahan mengaut keuntungan
  2. Banjir di negeri Syam
  3. Munculnya pemimpin ahlulbait di bawah 3 bendera menentang pasukan musuh dibawah 7 bendera. Bilangan pasukan pemimpin ahlulbait ini paling sedikit 12 000 orang dan paling banyak 15 000 orang melawan musuh yang tamak kuasa. Tanda pasukan pemimpin ahlulbait ini ialah maut bagi penentangnya.
Setelah muncul Al-Hasyimi barulah dunia kembali aman sehingga datang Dajjal laknatullah. Maksudnya oleh kerana Al-Hasyimi menjadi pendahulu Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim maka tahun keamanan dihitung bermula dari tahun kemunculan Al-Hasyimi. Tahun keamanan ini sekitar 7-9 tahun sebelum Dajjal laknatullah muncul.

Nota
kebiasaannya nubuwat rasul dan para sahabat itu kadang-kadang tidak menyebut satu atau lebih peristiwa dalam kronologi sesuai dengan situasi zaman tersebut para sahabat sangat mengetahui kronologi kejadian di akhir zaman. Jadi bila sahabat bercerita kita perlu menganggap bahawa pendengar pertama sangat mengetahu kejadian sebenar menurut kronologi.