BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Rabu, 22 September 2010

Keinginan Menjadi Pembantu Imam Mahdi

Alangkah indahnya jika daku

Direzekikan menjadi salah satu

Pembantu Imam Mahdi

Menolong perjuangannya

Menjadi Ikhwan tidak layak

Dan daku bukanlah wali

Apalagi Abdal mahupun Nujabak

Harapanku cuma menjadi Asoib

Menjadi Asoib syaratnya terlalu ketat

Apatah lagi orang yang jadi Asoib

Adalah insan soleh pilihan

Di sini daku rasa tidak layak

Dalam rasa kehampaan

Hati ini belum putus harap

Selagimana pilihan belum diputuskan

Daku terus berusaha

Daku sedar tidak layak

Bagiku menjadi penolongnya

Kerana daku selalu lalai dan leka

Dari mengingati Tuhan

Menjadi Asoib bukan mudah

Hati perlu teguh

Jiwa perlu kental

Semangat tinggi juga perlu

Jika Tuhan takdirkan

Daku tidak terpilih

Daku Redha dengan takdir

Daku tetap teruskan sokongan

Jika Tuhan Takdirkan

Daku terpilih

Sayugia bersyukurlah

Memuji kebesaranMu

Tuhan yang Maha Baik

Menjadi pembantu Imam Mahdi

Adalah cita-citaku

Sejak daku kecil lagi

Tuhan yang Agung

Hamba banyak berdosa

Tak layak bagi hamba

Mendapat nikmat ini

Tiada ulasan: