BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Khamis, 23 September 2010

Persamaan bahasa Melayu-sepanyol

Bahasa sepanyol sering di anak tirikan oleh masyarakat Malaysia. mungkin kerana bahasa sepanyol tidak seromantik bahasa perancis atau sepenting bahasa cina atau inggeris. tapi tahukah bahawa bahasa sepanyol berkongsi banyak ciri yang serupa dengan bahasa melayu?

ada beberapa ciri persamaan antara dua bahasa ini

1. bahasa sepanyol berkongsi 5 daripada 6 vokal bahasa melayu iaitu a, e [pepet], i, o, dan u dimana sebutan huruf vokal ini adalah sama.

2. bahasa sepanyol mempunyai huruf Ñ yang berfungsi sebagai ny dalam bahasa melayu [atau huruf nya dalam tulisan jawi]

3. banyak kosa kata sepanyol yang sama dengan kosa kata melayu

Contoh
BS          BM
Bola        Bola
Tema      Tema
Nota       Nota
Foto       Foto                           DAN BANYAK LAGI


4. beberapa kosa kata melayu ambilan dari bahasa portugis serupa dengan kosa kata dalam bahasa sepanyol

Contoh
BS                                                      BM
Mesa                                                  Meja
Camisa (sbt Kamisa)                           Kemeja
Queso (sbt Keso)                               Keju
Mantequella (sbt Mantekeya)              Mentega
Lampara                                             Lampu                     DAN BANYAK LAGI


5.   struktur frasa  bahasa sepanyol serupa dengan bahasa melayu yang menggunakan hukum DM

Contoh
Casa blanca                     Rumah putih
casa = rumah  blnaca = putih

Huevos fritos                   Telur goreng
huevos = telur  fritos = goreng

Coche rojo                     Kereta merah
coche = kereta  rojo = merah


begitulah beberapa ciri persamaan bahasa sepanyol-melayu yang boleh dikongsikan. semoga bermanfaat

Tiada ulasan: