BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Selasa, 21 September 2010

Rahsia surah Al-Waqiah 2

Kita telah melihat terjemahan ayat-ayat dalam surah al-waqiah. Tahukah anda apa yang ingin disampaikan oleh Allah swt dalam surah ini?

point utama surah ini ialah umat Nabi Muhammad saw (umat Islam) akan dipecahkan kepada 3 kelompok ketika dibangkitkan di hari kiamat kelak. 3 kelompolk tersebut ialah:
1. Golongan muqarrabin
2. Golongan kanan (ashabul yamin)
3. Golongan kiri (ashabus syimal)

surah ini secara tak langsung juga membahagikan umat islam kepada 3 kelompok utama lagi iaitu:
1. Golongan Awwalin [generasi salafus soleh]
2. Golongan Pertengahan [generasi selepas salafus soleh hingga sebelum kemunculan imam mahdi]
3. Golongan Akhirin [generasi hidup di zaman imam mahdi]

mari kita lihat siapakah yang dimaksudkan golongan-golongan tersebut

1. Muqarrabin

Muqarrabin bermaksud orang-orang yang hampir dengan Allah. Dengan erti kata lain wali Allah. Golongan ini paling tinggi disisi Allah tarafnya dan diberikan nikmat yang hebat [tersebut dalam surah al-waqiah] kerana hebatnya cinta dan takut mereka kepada Allah di simbolkan amal ibadat mereka yang banyak. mereka ini amat menjaga syariat lahir [amal ibadat] dan syariat batin [hati]. Roh mereka itu bersih hingga diberikan kelebihan oleh Allah ketika masih hidup lagi.

Disebutkan golongan muqarrabin ramai di kalangan golongan awwalin dan sedikit di kalangan golongan akhirin. [golongan pertengahan tidak disebutkan kerana mereka bersifat pertengahan dalam semua segi]

Golongan awwalin terdiri daripada sahabat, tabiin dan tabi' tabiin kerana yang Islam di zaman salafus soleh terdiri dari kalangan mereka. Sahabat dididik Rasulullah saw. Tabiin dididik oleh sahabat. Tabi' tabiin dididik oleh tabiin. Jika dibandingkan bilangan sahabat, tabiin dan tabi' tabiin dengan orang Islam awam umumnya ketika itu nisbah bilangan mereka kecil. sebab itulah disebut majoriti golongan awwalin bertaraf muqarrabin.

Golongan akhirin ialah golongan yang hidup di zaman Imam Mahdi. Muqarrabin di zaman ini adalah para wali Allah yang hidup ketika itu dan tentera-tentera Imam Mahdi iaitu ikhwan dan asoib. Ikhwan dan asoib dididik oleh Imam Mahdi melalui pembantunya Pemuda Bani Tamim dan para wazirnya. Ikhwan setaraf sahabat manakala asoib setaraf dengan tabiin ataupun tabi' tabiin. Golongan ikhwan dan asoib amat dirindui Rasulullah saw dan para sahabat ra. Ikhwan berjumlah ratusan manakala asoib jumlahnya seperti bilangan sahabat ra. Jika dibandingkan jumlah umat islam 1 billon dengan Ikhwan dan asoib yang berjumlah 124 000 ditambah jumlah para wali yang hanya ribuan sahaja itu maka benarlah firman Allah bahawa sedikit sahaja dari golongan akhirin termasuk dikalangan golongan muqarrabin.

2. Ashabul yamin

Ashabul yamin ialah orang Islam yang taat perintah Allah. mereka ini berusaha menghindar dosa namun jika melakukan maksiat cepat-cepat mereka bertaubat. Jika di zaman salafus soleh. Golongan ini adalah orang islam awam. begitu juga di zaman Imam Mahdi. Golongan pertengahan, orang Islam awamnya terbahagi kepada dua iaitu golongan yang taat dan golongan yang derhaka. Nikmat bagi golongan ashabul yamin ini disebutkan jelas dalam surah Al Waqiah. Majoriti umat Islam dari golongan awwalin dan akhirin adalah termasuk dalam kelompok ashabul yamin

3. Ashabus syimal

Ashabus syimal adalah golongan yang derhaka kepada Allah. mereka sering melakukan dosa bahkan berbangga dengannya. Mereka mati sebelum sempat bertaubat kepada Allah dan akhirat kelak neraka tempat tinggal sementara mereka kerana mereka masih Islam. mereka akan diazab sesuai dengan banyaknya dosa mereka hingga tiba hari syafaat diberikan oleh baginda Rasulullah saw. Azab yang ditimpakan disebut jelas dalam surah ini. Minoriti golongan awwalin dan akhirin adalah dalam kelompok ini.

Kesimpulan
Banyakkan usaha supaya kita termasuk di kalangan muqarrabin atau setidak-tidaknya golongan ashabul yamin. Kita hidup di akhir zaman dan pelbagai petanda jelas menunjukkan Imam Mahdi akan muncul di zaman kita. Maka berusahalah untuk merebut jawatan Ikhwan dan Asoib kerana peluang masih terbuka supaya kita mendapat nikmat yang besar di dunia dan akhirat kelak.

Tiada ulasan: