BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Sabtu, 30 Oktober 2010

Wahabi tali barut Illuminati


Illuminati telah mencipta dua bentuk gerakan yang menekan masyarakat. Pertama, Demokrasi Liberal, untuk Barat menentang Keganasan dan kedua, gerakan politik berwajahkan Islam. Kedua-dua gerakan ini akan memaksa kita bergerak ke arah objektif akhirnya iaitu New World Order.

Barat dan Islam mempunyai era yang panjang dalam kesesuaian antara mereka, namun sejarah telah diubah untuk menjana mitos “Pertembungan Ketamadunan” (Clash of Civilazation). Dalam perancangan untuk membakar sentimen Barat untuk menentang Islam, kesemua perhatian kita telah difokuskan ke arah sifat-sifat Wahabi yang fanatik, atau lebih spesifik, kita diarah memperkatakan tentang individu yang direka personalitinya oleh golongan Freemason iaitu Osama Bin Laden.


Bagaimanapun, menurut suatu artikel yang ditulis oleh Peter Goodgame iaitu The Globalist and the Islamist, pihak Freemason mempunyai peranan tersendiri dalam membentuk dan menaja semua organisasi-organisasi pengganas pada era abad ke-20. Tetapi sejarah sebenarnya bermula pada abad ke-18 dimana British Freemason mencipta ideologi Wahabi yang menjadi pegangan Arab Saudi sebagai satu cara merealisasikan objektif mereka.

Seorang perisik British, bernama Hempher, yang juga ahli Freemason bertanggungjawab ke atas pembentukan fahaman Wahabi. Maklumat ini didedahkan oleh seorang penyelidik dari Turki iaitu Ayyub Sabri Pashapada 1933 dalam laporannya yang bertajuk Mir’at al-Haramain. Menurutnya lagi, polisi British Freemason dalam menyerang sesebuah negara ialah dengan cara Pecah dan Perintah (Divide and Conquer). Ini termasuklah seperti kes fahaman Ahmadiyya di India pada abad ke-18.

Maklumat terperinci konspirasi ini boleh didapati pada sebuah dokumen yang bernama “The Memoirs of Mr. Hempher”, yang diterbitkan dalam beberapa siri dalam akhbar Jerman yang berjudul Spiegel. Akhbar ini kemudiannya berpindah ke Perancis. Seorang doktor berketurunan Lubnan telah menterjemah dokumen tersebut ke dalam bahasa Arab dari bahasa Jerman, yang kemudiannya barulah diterjemah ke bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain

Dokumen tersebut adalah tulisan tangan pertama Hempher (perisik British) dalam melaksanakan misi untuk kerajaannya. Dokumen itu jugalah yang menceritakan bagaimana dia boleh sampai ke Timur Tengah untuk ‘mencari jalan’ menjatuhkan Empayar Islam Uthmaniyah. Dengan ‘jalan baru’ yang dibina Hempher itulah kerajan British menggunakannya untuk menyuntik fahaman perkauman, kebangsaan, ketagihan arak, perjudian, perzinaan dan pembukaan aurat wanita Islam.

Tetapi strategi terpenting sekali yang direncanakan ialah menerapkan nilai-nilai bida’ah dalam jiwa setiap muslim. Selepas penerapan ini berjaya, maka mata masyarakat dunia akan cuba dialihkan kepada Islam dan dalam masa yang sama konsep “Islam adalah agama pengganas” disuntik sedikit demi sedikit.


Untuk menyemai sifat kefanatikan dan fahaman Wahabi dalam masyarakat Islam, perlu bagi pihak British Freemason memahami dahulu apa yang didakwahkan oleh agama Islam. Hasil daripada kajian mereka tentang Islam, mereka mendapati agama Islam menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran, persamaan hak antara semua kaum dan bangsa dan menyeru kepada persaudaraan sesama Islam. Membunuh sesama Muslim juga dilarang sama sekali.

Bagaimana pun, sebagai sebahagian dari strategi Pecah dan Perintah mereka, British amat berharap masyarakat Arab Islam menentang sendiri saudara-saudara Turki mereka yang memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah. Jalan terbaik untuk mencapai matlamat ini, mereka dapati ialah mencari ruang-ruang dalam undang-undang Islam yang membolehkan masyarakat Arab lain mengisytiharkan Kerajaan Turki sebagai MURTAD.

Hasil kajian dan mesyuarat pihak British Freemason, mereka dapati Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab adalah instrumen yang sesuai yang boleh digunakan mereka untuk membawa ‘idea’ ini ke dalam masyarakat Islam di Semenanjung Arab. Ini kerana, adalah tidak logik pihak British melalui residen-residennya untuk bercakap soal undang-undang Islam di tengah-tengah masyarakat Islam.

Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab berjaya dipilih sebagai jurucakap dan juru pelaksana idea British Freemason tanpa beliau sendiri sedari. Kita boleh simpulkan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab adalah kambing hitam Arab yang ditangkap British, kemudian ditutup matanya, kemudian diletakkan bom jangka di badannya dan kemudian dilempar di tengah-tengah masyarakat Islam Arab Saudi.

Tetapi pergerakan Wahabi bergerak terlalu cepat seolah-olah diarah oleh sesuatu dari belakang. Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab berjaya menguasai keseluruhan pemikiran masyarakat Arab Saudi tentang bahaya Bidaah. Bagaimana British Freemason membantu fahaman Wahabi ini berkembang amat menghairankan. Namun matlamatnya semakin jelas apabila tiba era keruntuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniyah.

Khalifah Uthmaniyah sampai ke penghujung apabila tercetusnya pemberontakan pertama golongan Wahabi pada 1818. Penentangan itu didalangi oleh Saudi al-Faisal I. Pergerakan penentangan yang didominasi oleh pengikut Wahabi sekali lagi melakukan pemberontakan pada akhir kurun ke-19.

Selepas Perang Dunia 1, negara-negara kekuasaan Empayar Uthmaniyah telah dipecah-pecahkan kepada beberapa bahagian. Manakala setiap bahagian pecahan itu diletakkan regim-regim Arab boneka untuk mentadbir negara baru mereka. Sebagai pengganti kepada kejatuhan kekuasaan Uthmaniyah ke atas Arab Saudi, British Freemason telah menganugerahkan kekuasaan pentadbiran Arab Saudi kepada Ibnu Saud pada 1932. Satu tahun kemudian, dalam 1933, Saudi memberi konsesi minyak kepada California Arabian Standard Oil Company (Casoc) yang bergabung dengan Standard Oil of California (SOCAL) dan kini dikenali sebagai CHEVRON yang diketuai oleh agen-agen Rothschild dan Rockefeller.


Sejak masa itu, Arab Saudi menjadi salah satu rakan dagangan terpenting pihak Barat di kawasan Timur Tengah. Arab Saudi bukan sahaja rakan minyak terpenting tetapi juga dijadikan anjing salakan yang berlakon menentang Israel di pentas antarabangsa. Sedangkan bunyi salakan itu adalah bunyi yang dirakamkan sendiri oleh Israel.

Perancangan berbelas-belas tahun ini semakin berjaya apabila Britsh Freemason berhasil melahirkan pemikir-pemikir Islam boneka yang cuba mempromosikan fahaman Wahabi. Dalam perancangan mewujudkan masyarakat Islam yang tidak mengamalkan sunnah, kini strategi itu sedikit demi sedikit di ubah ke arah mewujudkan masyarakat Islam yang berstatus pengganas. Kekuatan strategi British Freemason amat bergantung kepada kemantapan fahaman Wahabi dikalangan masyarakat Arab Saudi dan ulama’-ulama’ boneka Wahabi.

Kontraktor-kontraktor boneka mula diberanakkan seperti Laden (bapa Osama) yang mendapat kontrak sepenuhnya membina Masjidil Haram dan sebarang pengubah suaian. Kekayaan Laden ini dijadikan modal awal yang akan membiayai suatu projek mempromosi aktiviti “Bunuh Diri Untuk Agama” di tengah-tengah masyarakat Islam. Matlamat utama ialah orang Islam membunuh orang Islam lain tanpa pengaruh dari luar. Orang yang diarahkan dan dijadikan kambing hitam ialah Osama anak kepada Laden.


Osama yang berfahaman Wahabi ini tahu strategi ini dan sudah pun sedia mendapat skrip lakonannya. Maka tidak hairanlah Osama dengan mudah diterima oleh madrasah di Afghanistan tempat ia mula-mula belajar berjihad sebelum tahun 2000. Kenapa pasukan Mujahidin di Afghanistan senang menerimanya? Mudah saja, Osama mempunyai wang yang banyak. Mujahidin pula memerlukan wang untuk melawan Russia. Cuma yang menyedihkan adalah pasukan Mujahidin yang berhati mulia di sana tidak tahu bahawa Osama adalah pelakon terhandal keluaran Freemason iaitu Rothschild.


Kuasa kewangan Rothschild semenjak perlantikan Ibn Saud sebagai pemerintah Arab Saudi berjaya menyelinap masuk ke dalam kantung ekonomi keluarga Saud. Keadaan ini mewujudkan suatu situasi kebergantungan Keluarga Saud terhadap aliran wang masuk dari Rothschild. Dalam erti kata lain, Rothschild berjaya memastikan ekonomi Keluarga Saud bergantung sepenuhnya kepada projek-projek syarikat minyak Rothschild. Matlamat tercapai, untuk menguasai sesebuah negara dari seluruh aspek, adalah penting menjaga poket keluarga pemerintah terlebih dahulu.

Situasi kebergantungan ini membuka ruang penuh untuk British Freemason menguasai pentadbiran dan dasar luar Arab Saudi. Bagi memastikan keluarga Saud tunduk patuh, Rothschild memberi sumbangan beratus-ratus juta tanpa henti untuk semua kos-kos pembinaan masjid seluruh Arab Saudi.

Dalam 1999, King Fahd telah menghadiri mesyuarat Bilderberg, disyaki oleh kebanyakan pemerhati politik berbincang tentang peranan beliau dalam agenda One World Government sama seperti peranan yang dimainkan oleh Arafat dan Pope. Buktinya, keluarga Saud sekarang ini adalah sebahagian daripada boneka-boneka rangkaian Illuminati.

Siapa yang boleh mengenali Dajjal?

Rasulullah SAW memberi hadith yang banyak sekali tentang Dajjal sebelum baginda wafat. Antara hadith yang masyur ialah yang berkaitan dengan bentuk-bentuk fizikal Dajjal dari hujung rambut hinggalah hujung kaki. Baginda SAW sendiri mengakui dalam suatu hadith yang berbunyi

"Tiada nabi selain diriku yang mengetahui lebih banyak tentang Dajjal.”

Ini bermakna, Rasulullah diperlihatkan Allah akan rupa sebenarnya Dajjal itu. Saya percaya Dajjal berselindung disebalik rupa yang palsu sekarang ini atau ketika ia muncul. Jika Dajjal itu mudah dilihat dan dikenali, tidak perlu sebegitu banyak hadith untuk menerangkan tentang Dajjal. Cukuplah sekadar 4 atau 5 hadith.Berbalik kepada persoalan tadi, “Siapa yang boleh mengenali Dajjal?” saya dengan yakin (InsyaAllah) ingin mengatakan orang yang mampu mengenalinya ialah:“Ahli Tasawuf atau Ahli Sufi”

Siapa ahli Tasawuf / Sufi ?

Ahli tasawuf merupakan muslim yang menjadi kekasih Allah, sentiasa mendapat keberkatan Allah, dan juga sentiasa dimakbulkan doanya oleh Allah. Ahli tasawuf adalah orang yang dicintai Allah, kecintaan Allah terhadap golongan ini sehingga Allah berkenan menganugerahkan mereka pancaindera yang keenam iaitu membaca hati dan melihat perkara yang dihijab Allah. 

Apakah Kelebihan Ilmu Tasawuf?

Kelebihan yang tidak boleh disangkal ialah kebolehan membaca dan menilai hati seseorang tanpa perlu bercakap dengan orang tersebut. Yakni seseorang yang bertaraf wali (Kekasih Allah) itu mampu mengetahui bisikan hati kita dan apa yang kita niatkan di dalam hati.
Amalan Ilmu Tasawuf Pengamalan ilmu-ilmu tasawuf boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira status keilmuan agama. Ilmu ini hanya mendampingi orang-orang yang tidak cintakan dunia dan rindu akan akhirat. Kecintaan ini tidak ditonjolkan melalu ucapan sahaja tetapi merangkumi seluruh gaya hidup individu tersebut.

Adalah itu Tasawuf Islam itu terdiri daripada 3 tiang agama, yang pertamanya ialah Tauhid, kedua ialah Fekah dan ketiga ialah Tasawuf. Mana-mana muslim harus mempelajari Islam berdasarkan turutan ini, bermula dengan mengenali tuhan melalui ilmu Tauhid, kemudian ilmu sosial, fardhu ain dan syariah melalui Fekah. Dan akhir sekali mempelajari Tasawuf sebagai menjaga hati agar tidak tergoda dengan nafsu dunia.Ilmu ini tidak boleh dipelajari secara teori sahaja walaupun terdapat banyak buku-buku di kedai yang membicarakan tentangnya. Ilmu ini juga tidak boleh dipelajari sendiri kerana bimbang hati akan mudah tertipu dengan helah syaitan.Walaupun mata pelajaran Tasawuf ada diwujudkan di peringkat universiti sama ada dalam atau luar negara. Objektif pembelajaran ilmu tersebut hanyalah sekadar pendedahan dan maklumat bukannya pengamalan.

Untuk mengamalkan ilmu-ilmu Tasawuf, seseorang haruslah mendapatkan seorang guru yang benar-benar alim dan mursyid dalam ilmu ini. Perlu juga diselidiki latar belakang guru tersebut kerana terdapat juga dikalangan orang Islam yang mengambil kesempatan menerapkan ajaran-jaran sesat terhadap penuntut-penuntut mereka. Ringkasan Pencapaian Ilmu Tasawuf Di dalam bidang pendidikan sekular sekarang ini, kepandaian pendidikan diukur dengan meletakkan tahap-tahap anugerah akademik seperti berikut:
Diploma (Dip) Ijazah dan Ijazah Lanjutan (Bec) Sarjana dan Sarjana Lanjutan (MA) Doktor Falsafah (PhD)Pemegang status ke-4 akan dianggap supreme dalam bidang ilmunya. Segala apa yang dilihat, diucap, dikaji atau diputuskan akan lebih diambil kira oleh masyarakat mahupun pemerintah.Dalam ilmu tasawuf, pengamalan ilmu-ilmunya mempunyai tahap-tahap yang hampir serupa dengan pendidikan sekular. Cuma penetapan untuk mengejar tahap tertinggi bukanlah bertujuan untuk mendapat jawatan dan nama dikalangan masyarakat, ianya lebih kepada mengejar status sebagai kekasih Allah tanpa pengetahuan orang ramai.Berikut ialah tahap-tahap status pengamal ilmu tasawuf:

Nafsu Lawwamah
NAfsu Mutmainnah
Nafsu Mardiah .
Insan Nur Kamil .

Tahap tertinggi adalah nafsu yang dipunyai oleh para Nabi, sahabat, imam-imam mazhab dan ulama-ulama yang mursyid. Sekiranya tahap ini boleh dicapai, maka Allah akan mengurniakan keredhaan pada insan tersebut dan kebiasaannya menganugerahkan keramat-keramat yang tidak dimiliki oleh orang lain.Contohnya, Imam as-Syafie telah dianugerahkan Allah dapat melihat dosa-dosa yang berguguran daripada seseorang yang sedang mengambil wudhu’. Selain itu, beliau juga dapat melihat bagaimana syaitan-syaitan menggoda seseorang daripada melakukan ibadat.

Dajjal Takutkan Golongan Tasawuf

Dajjal sedar golongan ini adalah ahli ibadah, ahli zikir, ahli rohani yang tidak mudah terpdedaya dengan harta dunia. Dajjal tahu golongan ini dikurniakan Allah keistimewaan tertentu yang tiada pada manusia lain hatta ulama Tauhid atau ulama Fekah.Keistimewaan pengamal Tasawuf ialah mereka dianugerahkan Allah untuk dapat membaca hati seseorang, melihat benda-benda ghaib, keramat, dan sebagainya. Dengan adanya individu-individu seperti ini, sudah pasti sukar untuk Dajjal berselindung disebalik rupa tiruan yang bakal dihasilkannya untuk muncul di tengah-tengah masyarakat.

Maka, sebagai langkah berjaga-jaga dan supaya proses kemunculannya (Dajjal) kelak berjalan lancar, doktrin-doktrin yang menghalang perkembangan ilmu ini perlu dijana terlebih dahulu. Tindakan mengecam pengamalan ilmu ini harus dilakukan dengan teliti dan terancang. Oleh itu, medium yang paling kukuh untuk digunakan ialah sarjana-sarjana agama umat Islam itu sendiri.Proses Menghalang Amalan Tasawuf oleh Dajjal
Salah satu ibadah wajib bagi pengamal tasawuf ialah mengadakan majlis-majlis zikir seumpama yang diamalkan oleh kebanyakan tarekat.  Ucapan zikir secara berjemaah sebanyaka beratus-ratus ribu sehari mampu mengubah hati dan menjernihkan roh seseorang itu.Menurut Imam Habib Abdullah Haddad, kumpulan ahli Tarekat Tasawuf lebih suka memilih berzikir dengan mengangkat suara dan berkumpul beramai-ramai. Ini berdasarkan sebuah hadith yang bermaksud;“Allah SWT sentiasa mengirim para Malaikat-Nya yang mengelilingi bumi untuk mengunjungi majlis-majlis zikir. Maka Allah berkata kepada para MalaikatNya: Saksikanlah bahawa Aku telah mengampuni mereka itu, dan Aku telah memberikan apa yang mereka pohonkan, dan Aku telah melindungi mereka dari apa yang mereka pohon perlindungan….”
Maka cara Dajjal menghalang ibadah ini ialah dengan mengeksploitasi mazhab ciptaan Dajjal iaitu Wahabi. Akan saya terangkan selepas ini akan keberkaitan Wahabi dan Freemason. Pendokong Wahabi mengharamkan majlis-majlis zikir, doa selepas solat jemaah, talqin dan tahlil. Semua itu dianggap bidaah.Tiada ungkapan lain yang dipromosi oleh Wahabi melainkan BIDAAH, BIDAAH dan BIDAAH.
Ungkapan ‘bidaah’ di mulut-mulut ulama Wahabi adalah senjata Dajjal melalui bisikan jin-jin pendamping ulama’-ulama’ tersebut. Dajjal tidak duduk bermesyuarat dengan ulama-ulama’ ini. Cara terbaik adalah dengan menggunakan jin pendamping setiap ulama Wahabi tersebut.(Persoalan jin pendamping atau qarin ini bolehlah dibaca pada buku Muhammad Isa Dawud yang bertajuk “Dialog Dengan Jin Islam”, atau buku-buku karangan Dato’ Ismail Kamus atau buku-buku Syeikh Muhammad Abduh al-Maghauri)

Adakah Proses Ini Berjaya?

Ya. kejayaan Dajjal dalam proses (strategi) ini berjaya lebih kurang 80 %. Umat Islam berjaya diyakinkan bahawa Tasawuf itu sesat dan Tarekat itu adalah ajaran sesat. Tambahan pula kebanyakan umat Islam yang berpandangan demikian langsung tidak pernah mempelajari tasawuf dan tarekat.Sedangkan kedua-dua aspek tersebut saling melengkapi antara satu sama lain. Saya tidak mahu berbicara panjang apa itu tasawuf dan tarekat kerana ia salah satu cabang ilmu yang wajib dipelajari oleh umat Islam khususnya bagi mereka yang belajar di Al-Azhar, Mesir.Cara Mengenali Dajjal Adalah Dengan Mempelajari Tasawuf . Inilah cara paling berkesan untuk mengenali Dajjal. Seseorang itu boleh dikenali nilai kejahatan sebenarnya jika kita mempunyai ilmu pengesan gerak hati. Ilmu ini hanya terkandung dalam ajaran tasawuf bukannya Tauhid dan Fekah. Jika anda berjaya menghafal al-Quran sekalipun atau boleh mengingati 100,000 hadith, tapi jika tiada ilmu Tasawuf anda belum tentu dikira Muslim yang sempurna.

Bagaimana kita boleh mempelajari Tasaawuf dan Tarekat?

Teramat susah sebenarnya. Namun ilmu itu boleh didapati di mana-mana sahaja sekolah pondok di Malaysia, Selatan Thai atau pesantren-pesantren di Indonesia. Sebelum mempelajarinya, haruslah terlebih dahulu menjumpai tuan guru-tuan guru yang berpengalaman.Orang yang mempunyai ilmu ini secara automatiknya musuh jelas bagi Dajjal. Saya percaya pengamal-pengamal Tasawuflah yang berfungsi menghebahkan identiti Dajjal ketika ia muncul kelak.
 
Kesimpulan :Adakah kita sedar sekarang bahawa pengajian agama sudah dipinggirkan oleh umat Islam sekarang. Pengajian sekolah-sekolah agama tulen sekarang banyak yang sudah dimodenkan sehingga tertinggal ilmu-ilmu diniyyah. Yang diutamakan hanyalah ilmu-ilmu akademik. Semua itu berlaku dengan alasan mengikut arus perkembangan zaman.Seorang ikhwan yang menjadi Pengetua salah sebuah Sekolah Menengah Agama pernah menyuarakan isi hatinya bahawa beliau kecewa pelajar-pelajar agama sekarang tidak lagi dihidangkan dengan ilmu-ilmu tasawuf. Ini kerana tasawuf tidak mempunyai buku teks, ia berupa amalan zikir. Namun beliau berusaha juga mengajar anak-anak muridnya tentang Tasawuf walaupun tanpa kebenaran pihak Jabatan Agama Islam Negeri Wallau’alam.

SELAMAT ULANGTAHUN

SELAMAT ULANG TAHUN

KE - 73

BUAT BUAH HATI RASULULLAH SAW

WAZIR KANAN IMAM MAHDI

PUTERA BANI TAMIM

WAHAI WALIULLAH

MUJADDDID KURUN INI

ABUYA SOHIBUZZAMAN


DARI HAMBA YANG BERDOSA 
LEMAH HINA DHAIF
JAHIL LAGI LALAI

MOHAMMAD SOBREE AL-QAHTANI

Khamis, 28 Oktober 2010

Zaman Bertuah


Bismillah. alhmdulillah wa solatu was salam ala rasulillah wa ashabihil ajma’in.

Saudara-saudara yang dikasihi sekalian

Zaman-zaman bertuah datang sekali-sekala, tidak di setiap zaman bertuah. Kita tak usah soalkan Tuhan mengapa zaman bertuah datang sekali- sekala. Itu hak Tuhan, tak beradab kalau mempersoalkan Tuhan. Tuhan yang punya segala-galanya, terpulang pada Tuhan. Kita disuruh pandai menerima apa yang Tuhan lakukan.

Zaman bertuah datang sekali sekala diantararnya zaman sahabat tabiin tabi’ tabiin kemudian kosong, datang lagi zaman salahuddin ayubi, sultan Muhammad Al-Fateh. akhirnya zaman bertuah datang zaman Imam Mahdi  yang didahului oleh Pemuda Bani Tamim. Pada zaman ini ada ikhwan & asoib, mereka  itu dirindui oleh rasulullah saw & para sahabat.

Orang yang dipimpin rasulullah saw, bertemu dengan rasulullah saw, & Islam di zaman rasulullah saw dinamakan sahabat. bertuahlah sahabat, beruntunglah sahabat. tentu orang akan berfikir kalau aku hidup zaman sahabat alangkah bahagianya. belum tahu bahgia, takut-takut kalau kita ikut abu lahab. itu akal kita cakap, tapi takdir tuhan belum tahu, tak mesti ikut rasulullah saw, entah mungkin jadi pengikut abu lahab. Tak usah soal tuhan, tuhan tahu.

Orang yang di zaman rasulullah saw sikit sahajapun tak terima rasulullah saw habis. kalau bukan
di zaman rasulullah saw, ada pemimpin yang tak dijanjikan & kita tak begitu taat, tak besar durhakanya. Tapi kalau pada pemimpin yang dijanjikan sikit saja tolak, sikit saja kita cacat, habis. Tapi bagi pemimpin yang tak dijanjikan, tak taat, tak besar dosanya. Tuhan sudah buat perimbangan yang baik.

Orang yang dididik rasulullah saw dinamakan sahabat, mereka bertuah. Apa julukan rasulullah saw kepada sahabat-sahabat? Sahabat-sahabat aku itu diampunkan oleh Tuhan kerana bersahabat dengan
aku. untung, artinya sahabat bukan tak ada dosa, ada juga yang berdosa. rasulullah saw kata, dosa-dosa mereka diampunkan Tuhan karena bersahabat denganaku.

rasulullah saw kata juga sahabat-sahabat aku bagaikan bintang di langit, mana satu dari mereka kamu ikut kamu dapat petunjuk. artinya kalau kita ikut sahabat tak terkenal pun kita boleh dapat petunjuk. bahagialah sahabat kerana semuanya masuk syurga.

Selepas sahabat, termasuk zaman bahagia zaman yang baik iaitu zaman tabiin. Mereka ini orang yang bertemu & islam di tangan sahabat. Tabiin macam sahabat juga dia datang semusim, sekali saja. selepas itu tak ada lagi kelompok manusia yg dinamakan sahabat & tabiin. walau macam manapun hebat pimpinan tak boleh lahirkan sahabat & tabiin.

Selepas generasi tabiin lahir pula generasi tabi’ tabiin. mereka jumpa & islam di tangan tabiin. Jadi zaman bertuah itu 3 kurun. Sepanjang 3 kurun atau 300 tahun inilah umat islam itu dipanggil salafus soleh. ertinya orang dahulu yang soleh-soleh. 3 kurun saja, 300 tahun. Kita tak ada peluang.Oleh kerana mereka dikatakan orang soleh, dunia waktu itu Tuhan serah pada mereka. Empayar islam yang cantik itu berlaku 300 tahun. 700 tahun selepas itu walaupun masih menjadi empayar, tapi tak berjalan secara majoriti orang soleh. dah tinggal sikit-sikit orang soleh, bukan majoriti lagi. sebab itu walaupun islam menjadi empayar, tak ada kesatuan lagi. Dah banyak lahir khalifah-khalifah. Masing-masing negara merujuk kepada khalifah masing-masing. ada yang rujuk kepada khalifah bani umayyah, ada yang rujuk kepada khalifah bani abbasiyah fatimiyah begitulah seterusnya. walaupun islam masih menguasai dunia,
tapi tak satu pemimpin, tak satu tempat rujuk. akhirnya hancur & dijajah.

Kemudian rasulullah saw menyebut, zaman bertuah itu yang rasulullah saw rindu dengan zaman itu, sahabat pun rindu iaitu di akhir zaman yang di dalamnya ada ikhwan & asoib. rupanya di zaman kita ni. Bukan senang nak jumpa zaman ni. zaman asoib zaman ikhwan. tapi apakah kita bertuah belum tahu. macam kita berfikir, alangkah bertuahnya kalau aku dapat hidup di zaman sahabat, tabiin atau tabi’ tabiin. belum tentu. kita direzekikan seolah-olah berada di dalam zaman sahabat. Kalau kita rasa bertuah, tak ada masalah, tak ada krisis. poligami jadi kecil. Ini masih lagi bermasalah,jangan-jangan bukan kita orangnya.

Sebab kalau kita rasa bertuah, tentulah kita akan cukup menjaga dengan penuh rasa takut dengan Tuhan. Seperti umat dulu, bila sebut nabi akhir zaman masing-masing doa nak hidup di zaman nabi akhir zaman. begitu juga ketika rasulullah saw sebut ikhwan & asoib, masing-masing doa semoga panjang umur dapat berada di zaman itu. Padahal sahabat dah dapat hidup di zaman rasulullah saw, itu sudah sangat besar. tapi doa minta panjang umur supaya dapat berada di zaman ikhwan. Kita seronok, tapi rasa saja yang seronok, perangai tak seronok.

Jadi zaman ikhwan & asoib cuma sekali saja, macam zaman sahabat tabiin & tabi’ tabiin tak berulang hanya sekali saja. Kalau kita tak lulus tak ada peluang dah, walaupun panjang umur. Kita dah berada betul-betul  di zamannya, patutnya kita akan berfikir macam mana supaya aku dapat jadi ikhwan asoib,
risau, lupa makan minum. aku ini dapatkah jadi ikhwan paling tidak jadi asoib. zaman yang dirindui rasulullah saw, yang sahabat minta doa panjang umur. Yang kita berada di zamannya tak rasa apa, rasa syok sendiri berada di zaman ini, perangai kita tak syok, tak menyenangkan. hati saja yang menyenangkan. Takut syok sendiri. bukan kita orangnya.

Kalau orang tahu nilai zaman ni, sudah habis-habisan berjuang & berkorban. Tak cukup tenaga, masa fikiran harta wang ringgit habis-habis dikorban dengan harapan dapat jadi ikhwan & asoib. Tapi apa yang berlaku kita macam syok sendiri.tak cemas, kerana sudah jumpa jemaah. tak ada tanda-tanda cemas. Tak cemas itu bahaya. Seperti yang dikata seorang imam, orang yang tak takut dengan suul khatimah
dia akan mati dengan suul khatimah. begitu jugalah orang yang sudah berada di zaman ikhwan asoib, tak takut, tak cemas aku ini jadi tidak layak tidak, insya Allah tak lulus, Jangan syok sendiri.

Kemudian org yang lahirkan ikhwan & asoib sudah ditentukan oleh Tuhan yaitu Imam Mahdi & Pemuda Bani Tamim. Datang profesor besar macam manapun takkan mampu melahirkan ikhwan asoib. Ini ketentuan dr Tuhan. Macam tuhan dah tentukan takkan lahir shbt kalau tak dididik rasulullah saw, takkan lahir tabiin kalau bukan dididik sahabat. Begitu juga, takkan lahir ikhwan asoib kalau tak ada Fata At-Tamimi & Imam Mahdi.

Imam Mahdi belum lahir tapi dia sudah berperanan secara tersirat secara ghaib, dia berperanan kepada Pemuda Bani Tamim, Pemuda Bani Tamim berperanan kepada pengikutnya yaitu calon-calon ikhwan & asoib. Hakikatnya Imam Mahdilah yang berperanan. Seolah-olahnya Pemuda Bani Tamim wayang
kulitnya. Yang orang nampak kulitnya itu, Pemuda Bani Tamim yang sebenarnya dia digerakkan Imam Mahdi di belakangnya. kalau didengar ulama yang tak faham, saya dikatakan sesat pula.

Keramat Imam Mahdi yang besar bersifat maknawi, dia tak lahir lagi, dia boleh monitor Pemuda Bani Tamim. Yang mana Pemuda Bani Tamim pula boleh monitor calon-calon ikhwan & asoib. Itulah diantara keramat besar yang Tuhan bagi kpd Imam Mahdi. Apa tandanya? Kalau IM tak berperanan sekarang, tak jadi, tak ada kebangkitan, tak lahir ikhwan, tak lahir asoib, sebab tu dia dah berperanan, cuma tak
nampak. Apa buktinya? ini termasuk keramat besar Imam Mahdi.

Minda Abuya. walaupun sekolah tak tinggi, apa saja yang disoal, Abuya boleh jawab. Abuya
bagi kuliah tanpa buka kitab, tanpa fikir-fikir dulu, tanpa agak-agak dulu. Hakekatnya Imam Mahdi yang berperanan bagi ilmu itu. Kalau harap Imam Mahdi nanti yang akan bagi ilmu & didik, mengambil masa 30 tahun, saya tak sempat sudah mati. Kalau begitu secara tersirat betul kata rasulullah saw Imam Mahdi lahir di awal kurun artinya sudah berperanan, cuma kita tak nampak. Digunakan seorang
seorang dulu, macam mikrofon. Ia boleh cakap? Tak, yang cakap manusia, Abuya. Kalau tak faham ia akan kata, pandai mikrofon cakap. Begitulah Abuya ini, yang sebenarnya bercakap depan tuan-tuan semua adalah Imam Mahdi. Orang tak nampak dia.  Kalau hasil belajar saja, tak munsabah. taraf ilmu agama Abuya sama dengan kita. Ilmu islam pun tak habis, tapi Abuya boleh cakap ekonomi, saikoloji,
sejarah, politik. Ini menunjukkan Abuya dapat. Abuya boleh cakap semua aspek kehidupan. Ilmu tu dilalukan saja, hakekatnya Imam Mahdi. Sebab tu ada yang bertanya atau menganggu fikirannya. kata Imam Mahdi lahir di awal kurun, dah terlajak awal kurun tak lahir pun. Sebenarnya dia dah berperanan sejak awal kurun cuma tersirat. Macam Imam sayuti cakap, kedatangan Imam Mahdi ke dunia 1407 H. Bagi ulama yang tak faham, dia akan kata, meleset berita yang dibawa Imam Suyuti itu. tidak, tak meleset. Sebenarnya Imam Suyuti bercakap hal tersirat. dia diberi ilmu oleh tuhan orang ramai tak dapat.Betul. Kalau ijtihad dia tak betul, saya tak mampu. Dia berperanan diawal kurun tu dia guna org lain dulu. mengapa?

Sebuah perjuangan besar di dunia mesti didahului oleh ilmu, pimpinan, kesadaran, persatuan, perpaduan. Kalau setelah Imam Mahdi lahir baru nak bagi ilmu. nak dakwah, nak meminpin, nak satukan orang, 30 tahun pula. kita semua tak peluang, lebih separoh tak berpeluang.

Jadi satu keramat besar Imam Mahdi yang bersifat maknawi, Imam Mahdi sampaikan ilmu,
pimpinan, perpaduan. Dia buat dari balik tabir .dah siap baru dia lahir. dia tak bagi ilmu lagi. dia ajak terus tawan palestin. Kalau hari ini laratkah saya? tak. Ini bukan hak saya. Saya boleh dapat
ilmu, pimpin saja, lahirkan jemaah saja. Itulah kemampuan yang Tuhan bagi. kalau saya kata mari tawan palestin, habis kita. sebab tu mesti disiapkan tapak dulu, lepas tu lahir IM, IM terus ajak kita perang.

Nak perang ni perlu kekuatan besar. nak hadapi amerika, nak bunuh sistem-sistem yang mereka buat, itu bukan taraf saya. Zaman aman damai taraf saya, kena ISA itu taraf saya, lebih itu saya tak mampu. Zaman Imam Mahdi tak, ia ajak ikhwan asoib terus perang., keramat Imam Mahdi tu besar. Hadis ada
sebut diantara keramat Imam Mahdi, musuh-musuh tu banyak ditenggelamkan bumi. Saya mampukah? tak. Kena ISA pun tak larat. Tak besar ke Imam Mahdi? dia tak lahir lagi sudah berperanan. Lahir nanti lagi besar peranannya. satu demi satu jatuh, akhirnya palestin dapat ditawan dari Israel.

Selasa, 26 Oktober 2010

Bencana

TSUNAMI MENTAWAI

LETUSAN GUNUNG MERAPI

KEDUA-DUANYA ADALAH PERINGATAN

DARI TUHAN YANG MAHA PENGASIH

BAHAWA DUNIA AKAN DISELAMATKAN

OLEH TUHAN AS-SALAM
 

Korban tsunami di Indonesia meningkat kepada 113 orang

26/10/2010 11:01pm

JAKARTA 26 Okt. - Jumla kematian akibat tsunami setinggi 3 meter yang berlaku selepas gempa bumi kuat melanda kepulauan di pantai Sumatera Barat meningkat kepada 113 orang.
itu berlaku semalam dan sehingga hari ini gerakan mencari dan menyelamat mangsa sedang dilakukan.
Beratus-ratus lagi dilaporkan masih hilang. - Agensi

Gunung Merapi mula meletus, 20 cedera kena debu panas

26/10/2010 9:02pm

GUNUNG MERAPI, Indonesia 26 Okt. - Ahli sains tempatan mengesahkan gunung berapi yang terletak di Daerah Sleman, Yogyakarta, Gunung Merapi, sudah mula meletus.
Sekurang-kurang 20 orang penduduk cedera disebabkan terkena debu panas ketika letusan permulaan Gunung Merapi sebentar tadi.
Seorang wartawan agensi berita AP menyaksikan sehingga 20 orang terpaksa dibawa ke hospital selepas cedera terkena debu panas tersebut.
Ketua ahli vulkanologi kawasan itu, Subandriyo berkata, Gunung Merapi memulakan letusan pertamanya hanya kira-kira selepas senja.
Sebelum itu kata beliau, gunung berkenaan berderam-derum dan berkeriut selama beberapa jam. - AP

Sumber - utusan malaysia

Sabtu, 23 Oktober 2010

Antara Abuya dan Habib Ali ada rahsia?

Abuya dan Habib Ali Rh adalah 2 orang wali Allah. Beza antara keduanya Abuya lebih terkenal bahkan beliau mengisytiharkan dirinya Pemuda Bani Tamim. 13 Mei adalah tarikh mengejutkan apabila kedua wali Allah wafat serentak. Walaubagaimanapun Tersebar khabar berita dari murid-murid Abuya bahawa Abuya bukan wafat namun ghaib sahaja. [Lihat video dibawah]



Mari kita lihat wajah Abuya sebelum dikatakan wafat


Mari kita lihat wajah Habib Ali Rh sebelum wafat
agaknya wajah jenazah itu lebih mirip Abuya atau Habib Ali Rh? Fikir-fikirkan.

Perihal wali Allah ghaib bukanlah pelik. Namun setelah diselidiki seolah-olah ada rahsia perjanjian antara keduanya. Hanya Allah yang Maha Tahu

Jumaat, 22 Oktober 2010

Kemunculan Imam Mahdi

Di antara yang disebut oleh Michael Nostradamus (1503-1566) seorang rakyat Perancis berketurunan Yahudi, tokoh peramal dari Barat yang terkenal, yang dikatakan banyak ramalannya yang tepat. Menurut ramalan beliau yang ditulis semula oleh V. J. Hewitt dan Peter Lorie dalam buku The End of the Millennium, Prophecies : 1992 to 2001, beliau meramalkan pada tahun 2000, disebutkan secara lebih khusus mengenai munculnya seorang pemimpin Islam yang bakal merubah dunia.


Menurut beliau:
1. Akan muncul A New World Religion.
2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.
3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.
4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.
5. Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).
6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.


Di sini saya ingin menghuraikan berkenaan perkara-perkara yang disebut oleh Nostradamus berdasarkan hadis, sekaligus membuktikan terdapat "mala-fide" Yahudi dalam konspirasi mengelirukan umat Islam.

1. Akan muncul A New World Religion.

Kemunculan satu kuasa baru dunia berteraskan agama telah disebut secara nyata oleh Rasulullah SAW di dalam beberapa hadis. Di antaranya:

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat ini (Islam) pada awal setiap seratus tahun seorang mujaddid yang bakal membaharu (menghidupkan) urusan agamanya." (Riwayat Abu Daud, Al Hakim, Al Baihaqi, Al Iraqi, Ibnu Hajar Al Asqalani) Imam As Sayuti berkata: Para penghafal hadis sepakat mengatakan hadis ini sahih) Kita kini berada di awal kurun Hijrah ke-15, iaitu 1420 Hijrah.

Mengikut tafsiran ulama, yang dikatakan awal kurun itu ialah 1/4 yang pertama. Ertinya kita kini berada di awal kurun. Sebagaimana janji Allah melalui lidah Rasulullah SAW ini, pastilah akan lahir seorang pemimpin yang akan menghidupkan syiar serta perjuangan Islam di zaman ini. Berbetulan pula kini kita melangkah ke alaf ke-3 Masehi dan berada di awal tahun 2000. Dalam sebuah hadis yang lain, bersabda

Rasulullah SAW: "Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah zaman kekhalifahan (Khulafa'-ur-Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (zaman fitnah). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (zaman pemerintahan diktator) dan kemudian berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (zaman Al Mahdi dan Isa a.s) yang berjalan di atas cara hidup zaman kenabian. Kemudian baginda diam." (Riwayat Ahmad)

Secara umum apabila kita meneliti sejarah, zaman kenabian, zaman Khulafa'-ur-Rasyidin, zaman fitnah (pemerintah telah rosak sedang rakyat masih baik), zaman diktator (penjajahan Yahudi dan Nasrani) dan kini adalah giliran zaman seperti zaman kenabian itu berulang semula. Inilah yang dimaksudkan sebagai A New World Religion oleh Nostradamus.


2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.


Kebangkitan yang dimaksudkan itu akan dipimpin oleh seorang pemimpin dari Timur sebagai pencetusnya. Di dalam beberapa hadis disebutkan berkenaan pemimpin dari Timur itu:

1.Daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali; baginda berkata: "Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi." (Hadis riwayat At Tabrani)

2. Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai'ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji. (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)

3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.

Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut. Siapa sahaja yang merasakan kedudukan mereka terancam akan membuat kajian dan menyusun strategi untuk menyelamatkan diri. Sementelahan pula Yahudi dan Nasrani yang telah tahu tentang kebangkitan Islam di akhir zaman. Memang Timur itu tidak ditentukan di manakah negaranya melalui hadis. Ini adalah kajian pihak musuh, akhirnya mereka berpendapat negara tersebut terletak dalam lingkungan tiga buah laut di sebelah Timur. Mereka mencari negeri yang ada sifat demikian dan di negeri-negeri berkenaan, mereka menjalankan 'kerja-kerja kotor' iaitu cuba memadamkan kalimah Ilahi dengan pelbagai cara. Dengan berbuat demikian, mereka berharap dapat menghalang kebangkitan Islam buat kali kedua dari kawasan yang telah disebutkan itu. Sebab itulah wilayah-wilayah di Indonesia sejak dahulu lagi menjadi sasaran utama mereka kerana mereka yakin dari sanalah akan bangkitnya "The Man from The East" itu.

Selain itu, mereka turut membina pangkalan (pusat operasi) di sebelah sini iaitu di Filipina dan Singapura. Filipina adalah pusat operasi bagi kaum Nasrani manakala Singapura pula adalah pusat operasi bagi Zionis Yahudi. Dari kedua-dua tempat itulah mereka memantau seluruh Asia Tenggara ini, terutamanya Indonesia kerana dipercayai oleh mereka Pemuda Bani Tamim itu berasal dan berkembang di Indonesia. Itulah bukti kukuh kepercayaan para pendeta Yahudi dan Nasrani terhadap kemunculan Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi itu serta kawasan di mana mereka berdua akan dibangkitkan.


Namun, atas sebab-sebab permusuhan yang sangat kuat, setiap pergerakan mereka ini dibuat atas nama perniagaan, hubungan politik, ekonomi, pertahanan, ketenteraan dan sebagainya sehingga tidak kelihatan niat sebenar mereka ke atas umat Islam di kawasan ini. Di samping itu, mereka juga sangat kuat menyimpan niat sebenar mereka sehingga tidak pernah dapat diketahui oleh mana-mana umat Islam di kawasan ini sejak dahulu hingga ke hari ini. Perkara-perkara ini hanya dapat diketahui melalui pendedahan oleh para sarjana dan cendekiawan mereka sendiri melalui penerbitan-penerbitan mereka sendiri sahaja. Begitu bijaknya mereka beroperasi. Boleh jadi juga negara tersebut ialah Tanah Melayu yang telah menjadi Malaysia kini. Pada peringkaat awal, pihak musuh lebih beranggapan Indonesialah tempat yang dimaksudkan. maka mereka berjuang silih berganti menjajah Indonesia, menyebarkan ajaran Kristian dan cara hidup Yahudi di sana. Mereka terlupa dalam keghairahan itu, sebuah negara yang juga terletak di antara tiga laut, Laut China Selatan, Laut Sulu dan Lautan Hindi. Indonesia adalah kepulauan, oleh itu ia sudah tentu dikelilingi oleh laut, sedangkan Malaysia (khususnya semenanjung) hanya di lingkungi tiga penjuru. Di Utaranya tiada laut (tanah besar Thailand). Umat Islam tidak boleh memandang remeh tentang perkara ini. Kajian pihak musuh bukan kajian yang main-main kerana mereka berjuang antara hidup dan mati.


Jika dilihat di segi mercup suburnya Islam berbanding negara-negara Timur yang lain, Malaysialah yang terkehadapan. Walaupun masih amat banyak kelemahan, itulah yang paling kuat keIslamannya. Bukan diihat di sudut kuantiti penduduk tetapi di sudut kualiti penghayatan.


Di sudut bangsa pula, bangsa Melayu adalah bangsa yang belum pernah menguasai dunia berbanding bangsa-bangsa lain. Mungkin ini peluang untuk bangsa Melayu. Sudah tentu pula pemimpin yang dimaksudkan itu tidak hanya berjuang dalam lingkungan tempatan, kedaerahan atau kenegaraan semata-mata. Perjuangannya adalah perjuangan global yang menjadikan tanah airnya sebagai tapak globalisasi Islami. Mana tahu kalau-kalau pemimpin itu telah ada. Bahkan pasti ada jika merujuk kepada hadis, kita kini berada hampir di penghujung awal kurun. Mungkin beliau sedang berjuang tetapi tidak disedari oleh musuh-musuh, atau dianggap remeh oleh musuh. Begitulah apabila Allah mahu mengalahkan musuhNya. [/b]

4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.

Semua manusia di seluruh dunia akan terkejut besar dengan perlantikannya sebagai pemimpin manusia di Timur. Pernyataan ini disebutkan oleh Nostradamus dengan tegas dalam buku ramalannya. Ketika itu, kebanyakan urusan perniagaan akan terhenti atau lumpuh seketika sebelum pulih di negara-negara lain. Di negara tempat beliau zahir itu, ekonominya akan lumpuh terus dan hapus lalu beliau gantikan dengan sistem ekonomi Islam yang lebih adil dan sangat stabil. Sistem ekonomi Islam yang beliau lagang nanti akan turut menggemparkan seluruh ahli ekonomi dan tokoh perniagaan yang pakar-pakar di seluruh dunia. Sistem ekonomi Islam beliau menyebabkan sistem kapitalis, sosialis dan sebagainya itu akan hancur, lumpuh dan tidak bermaya. Akhirnya, sistem ekonomi Islam yang beliau lagang itu nantilah yang akan berkembang pesat dan meruntuhkan seluruh sistem ekonomi yang sedia ada di dunia. Perkara ini termasuk dalam sifat keadilan yang dibawa oleh pemimpin tersebut. Kedatangannya memenuhi dunia dengan keadilan sepertimana sebelum ini dipenuhi oleh kezaliman.


Dari Ibnu Mas'ud RA, katanya, "Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihatkan mereka, maka kedua-dua mata baginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, "Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?" Baginda menjawab, "Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi." (Riwayat Ibnu Majah)

Keadilan yang ditegakkan itu secara menyeluruh meliputi setiap aspek samada politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.

Sabda Nabi SAW: "Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KW) seorang pemuda yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji al-Mahdi." (Riwayat At-Tabrani)

. Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).

Oleh kerana pemimpin tersebut adalah seorang pejuang Islam yang amat cinta kepada Rasulullah SAW, pastilah segala sunnah Rasul itu diperjuangkannya. Tidak mungkin seorang pejuang Islam tidak berserban seperti Rasulullah SAW. Walaupun ketika ini, amalan sunnah seperti berserban itu telah dimomok-momokkan oleh orang. Disebutkan tentang warna serban, sebenarnya banyak hadis menyebut tentang serban pemimpin ini, samada secara khusus ataupun secara umum (merangkumi pengikut-pengikutnya). Khususnya di dalam kitab Jamiussoghir karangan Imam As Sayuti. Ketika kemunculannya hanya dia seorang yang memakai serban berwarna biru di dunia ini. Mungkin serban biru itu tidak selalu dipakainya, cuma sekali-sekala sahaja. Namun begitu, ini sudah cukup menjadi bukti bahawa hanya beliau seorang yang sanggup memakai serban biru. Ulama lain ketika itu, terutamanya ulama fiqh, sudah tidak sanggup lagi meletakkan serban di atas kepala sebagai pakaian harian, apatah lagi untuk memakai serban yang berwarna biru atau hijau. Berat pula pernyataan dari Nostradamus ini merujuk kepada pemakaian serban berwarna biru ketika zahirnya Pemuda Bani Tamim ini dengan mendapat kekuasaan di dunia sebelah Timur itu. Maknanya, serban warna biru itu dipakainya ketika beliau mula-mula mendapat kuasa di negeri sebelah Timur dan mula-mula diberikan baiah oleh sekalian manusia. Mungkin begitulah yang dimaksudkan serban biru oleh Nostradamus.

6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.

Ini suatu yang tidak lazim bagi kebanyakan umat Islam ketika itu, di seluruh dunia termasuk oleh para ulamanya. Maksudnya di sini ialah, hari Khamis malam Jumaat. Malam yang lazimnya orang-orang Islam membaca Surah Yasin selepas sembahyang Maghrib di masjid, di surau atau di rumah. Beliau menjadikannya istimewa kerana pada malam Jumaat itulah beliau akan membanyakkan zikir, doa dan sebagainya seolah-olah orang yang menyambut malam raya. Mungkin maksudnya beliau menjadikan malam Jumaat itu sebagai masa untuk membaca selawat dan mengamalkan zikrullah sehingga jadilah malam Jumaat itu sebagai sangat istimewa bagi dirinya. Dan memang pun begitu keadaannya bagi para solihin dan wali-wali sejak zaman para sahabat lagi, hinggalah zaman salafus soleh dan diteruskan hingga kini, mereka menjadikan hari Khamis malam Jumaat sebagai suatu hari raya dan malam berpesta-pesta amal dan taqarrub kepada Allah. Pesta seperti ini hanya mampu dilakukan oleh para wali Allah dan orang-orang soleh sahaja. Mereka menyambutnya dengan penuh kegembiraan, semangat baru dan azam baru untuk melipatgandakan amal ibadat kepada Allah. Itulah maksud sebenar yang dikatakan oleh tokoh peramal Barat yang terkenal, Nostradamus, dengan kenyataan bahawa, beliau menjadikan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya. Maksudnya di sini juga, umat Islam ketika itu sudah semakin jauh meninggalkan ajaran agamanya sendiri, sehinggakan hari Khamis malam Jumaat yang mulia itupun sudah dianggap tidak berbeza langsung daripada hari-hari dan malam-malam lainnya. Tahun yang disebut iaitu tahun Masehi 2000 telah tiba. Sebagai orang yang beriman dengan hadis sepatutnya kita peka dengan perkara ini. Di mana, di saat ini pihak musuh Islam lebih-lebih lagi peka, maklumlah mereka dijanjikan untuk menerima kekalahan. Sedangkan bagi umat Islam, telah dijanjikan kemenangan. Hanya yang perlu, penuhi jiwa dengan iman dan taqwa, serta berusahalah untuk mendapatkan pimpinan dari pemimpin yang dimaksudkan itu.


Sabda Nabi SAW, "Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji." (Riwayat Al-Hafiz Abu Naim)

Pemuda Bani Tamim Perintis Jalan Imam Mahdi

Dalam sebuah hadis berbunyi "Dari Abdullah bin Mas’ud r.a. dia berkata, ketika kami berada ‘di sisi Rasulullah SAW tiba-tiba datang sekelompok anak-anak muda dan kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah beliau berubah. Aku pun bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?” Beliau menjawab, “Kami ahlul bait telah Allah SWT pilih untuk kami akhirat lebih utama dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyinggkiran sepeninggalku kelak sampai datangnya suatu kaum dari sebelah timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetapi mereka tidak menerimanya, hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dan kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan. Sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi. (riwayat Abu Daud, Al Hakim At Tarmidzi, Ibnu Majjah, lbnu Hibban, Abu Nu’aim, lbnu ‘Asakir, Ibnu‘Adli, Adh Dhahabi, Abu Asy Syeikh)

“Dan Ibnu Umar r.a. bahwa Nabi SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali telah bersabda: “Akan keluar dan sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan (Imam Mahdi) . Maka apabila kamu menyakini yang demikian itu, hendaklah kamu bersama pemuda dari Bani Tamim. Sesungguhnya dia datang dari sebelah timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.”(Riwayat At Thabrani)
Berdasarkan hadits di atas jelaslah bahwa kebangkitan Islam di akhir zaman terjadi di tangan seorang pemuda dan Bani Tamim. Bani Tamim adalah salah satu cabang dan kabilah Quraisy. Yakni pemuda yang dikatakan akan menyerahkan panji-panji hitam kepada Imam Mahdi. Dengan kata lain perjuangan Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi berkait erat dan sambung-menyambung.Pemuda Bani Tamim ibarat switch, sedangkan Imam Mahdi sebagai lampunya. Apabila switch tidak ditekan, maka lampu tidak akan menyala. Artinya Imam Mahdi belum akan ‘zahir’ bila Pemuda Bani Tamim belum membuat tapaknya.

Pemuda Bani Tamim merintis jalan kemudian disambung oleh Imam Mahdi yang akan menegakkan Ummah. Perjuangan dua orang pemimpin ini seperti perjuangan Nabi Harun as. dan Nabi Musa as, yakni berjuang bersama dalam satu zaman dengan mind dan metode yang sama. Kalau diibaratkan orang yang sedang membangun rumah, maka Pemuda Bani Tamim adalah orang yang membangunkan pondasi rumah itu. Untuk membangun rumah yang kokoh tentulah pondasinya harus kuat. Imam Mahdi bertugas membangun rumah tersebut, melengkapinya dengan dinding, atap, pintu, jendela, lantai dan sebagainya. Sedangkan Nabi Isa berperan untuk menyempumakan rumah itu, mengisi dengan perabot, menata, serta menghiasinya dengan seindah mungkin. Demikianlah gambaran peranan tiga orang pemimpin besar kurun ini.
Mengingat pentingnya peranan Pemuda Bani Tamim sudah sepatutnya umat Islam berusaha mencarinya agar dapat dalam kebenaran serta ikut berperan dalam perjuangannya. Bersamanya kita akan mendapat keselamatan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.
Tetapi tidak tertutup peluang bagi setiap pemimpin yang memiliki cita-cita Islam yang tinggi atau pun bagi para ulama yang merasa dirinya mampu, yang dapat berusaha menjadikan dirinya Pemuda Bani Tamim, siapa tahu dia adalah Pemuda yang disabdakan. Seperti halnya para sahabat berlomba-lomba untuk membuktikan sabda Rasulullah SAW bahawa konstantinopel akan jatuh ditangan pemimpin yang baik, dengan harapan di tangan merekalah terjadinya janji itu.
Oleh kerana itu, siapa pun dipersilakan untuk merebut peluang ini. Tidak salah dan tidak keterlaluan bila seseorang berlomba-lomba membuktikan dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim selagi tanda-tanda besarnya belum terjadi. Bahkan sepatutnya begitu supaya kita sensitif dan serius terhadap setiap janji-janji Allah.
Namun sekiranya kita mampu untuk mencapai cita-cita yang amat tinggi itu kita mesti melihat dan mencari kalau ada orang lain yang mampu dan memang sedang bersungguh-sunguh merintis jalan. Bila ternyata ada seseorang pemimpin dan jemaahnya yang telah mampu membuat model masyarakat Islam, maka bergabunglah dengan perjuangannya dan jangan tunda-tunda lagi.

kuasa sihir vs kuasa keramat

Di akhir zaman, ada dua makhluk Allah yang diberikan kelebihan iaitu Imam Mahdi dan Dajjal

Imam Mahdi, Allah mengurniakan kepadanya karamah dan barakah, yang mulanya dialirkan kepada para Ikhwan serta Asoib mengikut keperluan sezaman yang ada  hubungkaitnya dengan kebangkitan Islam. Ilmu pengetahuan yang banyak serta  tajdid itu
diberikan kepada orang kanannya yang digelar Al Fata atTamimi (Pemuda Bani Tamim), satu panggilan seperti yang disebut dalam hadis-hadis

Ikhwan-ikhwan adalah gelaran khas kepada pembantu-pembantu Al Mahdi seperti disebut dalam hadis-hadis juga, diberi kelebihan mudah memahami ilmu-ilmu pengetahuanyang bersifat jaddid itu.

Sesetengahnya diberi kelebihan ilmu2 pengetahuan tentang pengubatan, terutamanya dalam merawat sihir-sihir yang menyerang Sihir-sihir atau ilmu-ilmu hitam ini dihantar para musuh islam secara rambang untuk memporakperandakan masyarakat awam dari yang kafir, yang selemah-lemah iman hinggalah yang tinggi imannya. Maka bermaharajalelalah jenayah dalam masyarakat beserta gejala-gejala sosialnya, seperti jenayah kekerasan, harta benda, mahupu akidah seperti Black Metal dan sebagainya.

Termasuk berkah dan karomah Al Mahdi itu, ilmu-ilmunya dapat menyuluh mazmumah-mazmumah yang seni, untuk mudah mereka membaiki diri, dengan amalan sufi himpunan  wirid dan zikir yg diamal tiap hari.

Sesetengahnya dikurniakan suara indah hingga digunakan untuk bernasyid Sesetengahnya petah bercakap, maka menjadi motivator Sesetengahnya diberi ilmu perniagaan serta bermacam-macam lagi seperti ilmu-lmu yang khas dalam bidang masing-masing.yakni ilmu-ilmu yang sesuai untuk menaikkan Islam Belum lagi ilmu-ilmu karamah yang sesuai semasa zaman peperangan nanti

Dajjal, adalah di pihak musuh Islam Dikurniakan makhluk laknatullah itu ilmu-lmu sihir sebagai istidraj Pengikut-pengikut Dajjal adalah ahli-ahli sihir Orang kanannya adalah ahli sihir terkenal. Sebelum Dajjal zahir, sihir dan istidrajnya dialirkan kepada mereka Kerja mereka adalah menguji manusia dengan berbagai-bagai bentuknya

Sebelum peperangan bersenjata, berlaku peperangan yang berbentuk sihir dan keramat di mana kemuncak peperangan sihir yang sedang berlangsung sekarang adalah apabila Dajjal zahir

Sihirnya yang luar biasa menyebabkan ramai menjadi pengikutnya termasuk sebahagian orang Islam yang lemah imannya. Jika mengikut Dajjal maka menjadi kafirlah mereka…

Rabu, 20 Oktober 2010

Ciri-ciri Ringkas Ajaran Syiah Rafidah

Banyak orang yang menyangka bahwa perbezaan antara Ahlussunnah Waljamaah dengan Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Rafidhah) dianggap sekedar dalam masalah khilafiyah Furu’iyah, seperti perbezzan antara antara Mazhab Safi’i dengan Mazhab Maliki. Kerananya dengan adanya kekecohan masalah Sunni dengan Syiah, mereka berpendapat agar perbezaan pendapat tersebut tidak perlu dibesar-besarkan.Oleh karena itu, disaat Muslimin bangun melawan serangan Syiah, mereka menjadi penonton dan tidak ikut menentang. Apa yang mereka harapkan tersebut, tidak lain dikeranakan minimumnya pengetahuan mereka mengenai aqidah Syiah Rafidaha. Sehingga apa yang mereka sampaikan hanya terbatas pada apa yang mereka ketahui. Mari berkenalan dengan syiah rafidhah ini 

Bidang akidah

1. Rukun Islam Syiah juga ada 5 (lima) tapi berbeza dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah:
a)      As-Sholah
b)      As-Shoum
c)      Az-Zakah
d)      Al-Haj
e)      Al wilayah 

2. Rukun Iman Syiah ada 5 (lima)
a)      At-Tauhid
b)      An Nubuwwah
c)      Al Imamah
d)      Al Adlu
e)      Al Ma’ad

3. Syah ada tiga kalimat syahadat, disamping Asyhadu an Laailaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah, masih ditambah dengan menyebut dua belas imam-imam mereka.

4. Percaya kepada dua belas imam-imam mereka, termasuk rukun iman. Karenanya orang-orang yang tidak beriman kepada dua belas imam-imam mereka (seperti orang-orang Sunni), maka menurut ajaran Syiah dianggap kafir dan akan masuk neraka.

Bidang Ibadat

1. Mut’ah sangat dianjurkan dan hukumnya halal. Halalnya Mut’ah ini dipakai oleh golongan Syiah untuk mempengaruhi para pemuda agar masuk Syiah. Padahal haramnya Mut’ah juga berlaku di zaman Khalifah Ali bin Abi Thalib.

2. Khamar/arak dianggap suci.

3. Air yang telah dipakai istinja’ (cebok) dianggap suci dan mensucikan.

4. Diwaktu shalat meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri membatalkan shalat.

5. Mengucapkan Amin diakhir surat Al-Fatihah dalam shalat dianggap tidak sah/ batal shalatnya.

6. Shalat jama’ diperbolehkan walaupun tanpa alasan apapun.
Bidang pemerintahan

1. Ketiga Khalifah (Abu Bakar, Umar, Utsman) tidak diakui oleh Syiah. Karena dianggap telah merampas kekhalifahan Ali bin Abi Thalib (padahal Imam Ali sendiri membai'at dan mengakui kekhalifahan mereka). 


2. Para imam yang jumlahnya dua belas tersebut mempunyai sifat Ma'’hum, seperti para Nabi.
Tentang sahabat

1. Mencaci-maki para sahabat tidak apa-apa bahkan Syiah berkeyakinan, bahwa para sahabat setelah Rasulullah SAW wafat, mereka menjadi murtad dan tinggal beberapa orang saja. Alasannya karena para sahabat membai'at  Sayyidina Abu Bakar sebagai Khalifah.

2. Siti Aisyah dicaci-maki, difitnah, bahkan dikafirkan.

Rujukan

1. Kitab-kitab Syiah ada empat :
a)      Al Kaafi
b)      Al Istibshor
c)      Man Laa Yah Dhuruhu Al Faqih
d)      Att Tahdziib
(Kitab-kitab tersebut tidak beredar, sebab kebohongannya takut diketahui oleh pengikut-pengikut Syiah).  

2.  Al-Qur'an yang ada sekarang ini menurut pengakuan ulama Syiah tidak asli. Sudah dirubah oleh para sahabat (dikurangi dan ditambah).

Lain-lain

1. syurga diperuntukkan bagi orang-orang yang cinta kepada Imam Ali, walaupun orang tersebut tidak taat kepada Rasulullah. Neraka diperuntukkan bagi orang-orang yang memusuhi Imam Ali, walaupun orang tersebut taat kepada Rasulullah. 

2. Raj’ah adalah salah satu aqidah Syiah. Dimana diceritakan : bahwa nanti diakhir zaman, Imam Mahdi akan keluar dari persembunyiannya. Kemudian dia pergi ke Madinah untuk membangunkan Rasulullah, Imam Ali, Siti Fatimah serta Ahlul Bait yang lain.
Setelah mereka semuanya bai'at kepadanya, diapun selanjutnya membangunkan Abu Bakar, Umar, Aisyah. Kemudian ketiga orang tersebut disiksa dan disalib, sampai mati seterusnya diulang-ulang sampai  ribuan kali. Sebagai balasan atas perbuatan jahat mereka kepada Ahlul Bait.