BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Selasa, 5 Oktober 2010

Kabinet Imam Mahdi

Imam Mahdi mempunyai kabinetnya tersendiri. Walaupun beliau adalah ketua wali-wali akan tetapi pemerintahan beliau agak berbeza sedikit berbanding ketua para wali yang lain kerana beliau berpangkat penghulu segala wali Qutub dan penutup sekalian Aulia’. Beliau adalah khalifah Rasulullah saw yang diberi keistimewaan seperti Zulkarnain dan Nabi Sulaiman as. Mari kita lihat serba sedikit berkenaan kabinet beliau

1. Penasihat. Roh (nur) Rasulullah saw adalah penasihat Imam Mahdi kerana baginda sebenarnya pemimpin umat Islam. Baginda menasihati Imam Mahdi akan strategi perjuangan dan pemerintahan beliau. Beliau melakukan semua ini kerana kasihkan umat baginda

2.Wazir kanannya. Beliau ialah Syuaib Bin Saleh, Pemuda Bani Tamim yang mengasaskan tapak pemerintahan Imam Mahdi. Beliau berjuang untuk menegakkan Ajaran Islam yang sebenar. Tugas beliau ialah menyampaikan minda Imam Mahdi untuk disampaikan kepada manusia. Beliau juga berperanan mendidik orang-orang terpilih untuk menjadi tentera Imam Mahdi iaitu Ikhwan dan Asoib. Beliau berasal dari Negara Timur tempat dimana Imam Mahdi mula-mula berjuang sebelum Imam Mahdi menjadi Rijalul Ghaib.Pemuda Bani Tamim ini kemudiannya akan diganti oleh Nabi Isa as

3.Wazir-wazir Imam Mahdi. Mereka adalah wali yang dilakntik Imam Mahdi sebagai wazirnya. Peranan mereka sebagai pembantu Imam Mahdi dalam segala urusannya.  Jumlah mereka hanya 6 orang tidak termasuk Pemuda Bani Tamim. Ada yang tinggal di Iraq, ada yang tinggal di Madinah, ada tingga di Turki, ada tinggal di Jordan

4.Ikhwan. Mereka adalah pendokong utama Imam Mahdi. Mereka adalah 100 peratus ditarbiah oleh Pemuda Bani Tamim. Di kalangan Ikhwan ada beberapa kategori mengikut Tahap masing-masing, empat puluh orang daripadanya dipilih sebagai pemimpin, dipanggil sebagai Ar-Rufaqak. Dari kalangan Ar-Rufaqak itu, ada dua puluh lima orang lagi yang lebih terpilih, dipanggil At-Talakan. Dari kalangan At-Talakan itu, terpilih lagi sepuluh orang yang paling utama di kalangan Ikhwan itu, yang dipanggil Al-Hawariy. Mereka ini semuanya akan membaiat Imam Mahdi sebagai orang kanannya. Mereka datang dari Timur, Tempat Pemuda Bani Tamim Berjuang. Jumlah Ikhwan ialah dalam 314 orang pemimpin yang akan berbaiat pada Imamn Mahdi dan jumlah semuanya dalam lingkungan 500 orang

5.Wali Abdal. Wali Abdal adalah wali pelindung dimana mereka adalah pelindung Umat dari bencana. Mereka ini sangat hampir kepada Allah dan kehadiran mereka tidak diketahui sesiapa melainkan sesame mereka sahaja yang mengetahui. Bilangan wali berbeza mengikut keperluan dan bilangan wali Abdal ialah sama banyak lelaki dan wanita.

6.Wali Nujabak. Wali Nujabak ini adalah wali yang disenangi masyarakat setempat. Dimana sahaja mereka berada orang akan menggerumuninya namun tiada siapa tahu dia adalah wali Najib kecuali sesama mereka.

7.Wali-wali lain. Wali-wali yang bertaraf lain seperti , wali Aimah, wali Nuqabak dan lain-lain akan membantu Imam Mahdi namun peranan mereka tidak sebesar wali Abdal dan Nujabak. Bahkan peranan Ikhwan dan Asoib sendiri lebih banyak berbanding peranan para wali.

8.Asoib. Mereka adalah golongan yang terpilih untuk mengikuti Imam Mahdi. Asoib ditarbiah oleh Pemuda Bani Tamim dan kebanyakan mereka berasal dari Timur, tempat Pemuda Bani Tamim berjuang. Jumlah mereka menyamai bilangan sahabat iaitu 124 000 orang . kelakuan mereka seperti sahabat dan taraf mereka berbeza antara satu sama lain. Mereka sentiasa taat pada Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi dan menjadi contoh pada masyarakat sekeliling. Asoib ini datang dari pelbagai tempat dan tidak mengenali antara satu sama lain namun hati mereka selaras akibat didikan Pemuda Bani Tamim.

9.Tentera dari khurasan. Mereka adalah mujahid sejati yang dipimpin oleh Pemuda Bani Hashim dan Haris Al-Harras

10. Rijalul ghaib. Mereka terdiri daripada malaikat, jin-jin Islam, roh nabi-nabi dan wali-wali termasuklah Nabi Khidir as dan Nabi Ilyas as serta para wali yang ghaib.

Mereka inilah yang akan membantu pemerintahan Imam Mahdi bahkan mereka merupakan muqarrabin yang akan dihadiahkan nikmat besar diakhirat kelak.

Tiada ulasan: