BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Rabu, 6 Oktober 2010

KEMBALI KEPANGKUAN MU

Tuhan
Telah jauh sudah
Aku meninggalkanMu
Tanpa kusedari
Jiwaku kosong
Hatiku menjadi kotor
Mazmumah semakin subur

Tuhan
Berapa banyak sudah
Dosa-dosaku ini
Tapi Engkau tidak jemu
Menungguku kembali
Ke pangkuanMu
Sebelum menghadapMu

Tuhan
Ketika aku sudah jauh dariMu
Engkau yang Maha Pengasih
Mengetuk pintu hatiku
Supaya kembali ke jalanMu
Supaya aku mendapat rahmatMu
Supaya aku jauh dari azabMu

Tuhan
Aku menjadi malu padaMu
Betapa besar kasihMu
Betapa sabar Engkau padaku
Betapa hebat pengampunanMu
Betapa pemaafnya Engkau
Betapa mudah Engkau menerimaku

Tuhan
Kini aku kembali padaMu
Tersungkur sujud padaMu
Merendah diri padaMu
Atas dosa-dosaku
Engkau terima aku tanpa bicara
Kerana sayangnya Engkau padaku

Tuhan
Aku tak layak ke syurgaMu
Aku tak sanggup ke nerakaMu
Ampunkan, maafkan aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnnya Engkau
Tuhan Maha Pengasih

Tuhan
Kini derita jiwaku terubat
Zikir telah mengisi jiwa
Baru ku sedar selama ini
Aku telah kehilanganMu
Aku telah jauh dariMu
Separu jiwaku mati

Tuhan
Betapa banyak dosaku
Aku pohon padaMu
Tolonglah aku
Taubatkan aku
Kuatkan hatiku
Sinarilah rohku

Tuhan
Betapa malu aku padaMu
Kerana hamba yang hina
Penuh noda dan dosa
Tak layak menerima nikmatMu
Bahkan layak menerima azabMu
Dan ibadahku tak dapat menanggungnya

Ya Allah
Dengan wasilah rasulMu
Nabi Muhammad saw
Abuya dan Sayyidi
Tolonglah aku
Selamatkan aku
Kerana aku kembali kepadaMu

Tiada ulasan: