BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Jumaat, 15 Oktober 2010

Tak mahu kehilanganMu lagi

Setiap detik
Setiap saat
Setiap minit
Setiap jam

Saban hari
Saban minggu
saban bulan
saban tahun

aku sentiasa
lalai dan leka
dari mengingatiMu
wahai Tuhan

ketika berjalan
aku lupakanMu
ketika berdiri
aku lupakanMu

ketika duduk
aku lupakanMu
ketika baring
aku lupakanMu

ketika jaga
aku lupakanMu
ketika tidur
aku lupakanMu

luar sembahyang
aku lupakanMu
dalam sembahyang
aku lupakanMu juga

tanpa kusedari
aku telah
kehilanganMu
wahai Tuhan

sebenarnya
aku mensia-siakan
umurku yang berharga
amat ruginya aku

maka dengan rahmatMu
Kau perkenalkan
dirirMu padaku
yang lalai leka ini

baru aku sedar
Engkau perlu
diingatiku
sepanjang masa

aku tak boleh
lari dariMu
ke sana ada nikmat
ke sini begitu juga

ku lari ke utara
ke barat ke timur
ke selatan
darat dan lautan

ke mana saja
ada rahmatMu
susah itu rahmat
senang itu rahmat

maka sedarlah
aku yang banyak
berdosa ini
tak layak wujud pun

kerana dosaku
amat banyak
tak layak aku ini
hidup di dunia

namun rahmatMu
begitu besar sekali
bagaimana mampu
ku menolaknya

oleh yang demikian
hanya satu yang
mampu kulakukan
bermujahadah

harus ku lawan nafsu
harus ku kikis mazmumah
harus ku tanam mahmudah
betapa terseksa jiwa

namun aku harap
dengan rahmatMu
bantulah aku
yang berdosa ini

terimalah ibadahku
ampunkan dosaku
ku bertaubat padaMu
kasihanilah aku

Tuhan Ar-Rahman
rezekikan aku
cinta padaMu
dan rasulMu

Tuhan Ar-Rahim
kurniakan aku
mursyid pembimbing
supaya aku selamat

Ya Arhamarrahimin
aku tak mahu
kehilanganMu lagi
aku kembali padaMu

Tiada ulasan: