BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Khamis, 14 Oktober 2010

YAHUDI MENGUBAH SISTEM PEMBELAJARAN AL-QURAN

Di manakah anda belajar mengaji? Apakah yang anda rasa ketika belajar mengaji? Bosan? Jemu? Berat hati? malas? Kenapa hal ini berlaku? padahal belajar mengaji adalah mudah. Tetapi kelihatannya sangat susah hendak belajar mengaji Al-quran. kenapa? Jika ditanya rata-rata alasan diberi ialah susah belajar mengaji kerana kena hafal hukum-hukum tajwid. Kena pastikan sebutan huruf betul dan macam-macam alasan lagi.

Sebenarnya belajar mengaji tak susah. Yang jadi susah ialah kaedah pembelajaran yang susah. Sengaja Yahudi mencipta kaedah belajar mengaji sebegini supaya umat Islam jauh dari Al-Quran, jemu, bosan mengaji. Rata-rata guru mengaji hari ini adalah adalah lepasan universiti. Mereka membawa kaedah yang dipelajari di universiti untuk diajar pada orang awam baik kanak-kanak mahupun yang dewasa dan berumur. Bahkan diaplikasikan dalam silibus di sekolah-sekolah agama.

Kaedah pembelajaran yang dimaksudkan ialah mengaji mesti sebut huruf sama seratus peratus seperti sebutan orang Arab dan pelajaran hukum tajwid ditekankan bersungguh-sungguh. Mesti tahu nama hukum tajwid seperti idgham, iqlab, mad dan sebagainya.Sudah tentu golongan kanak-kanak serta gologan dewasa lagi berumur sukar mengikut kaedah ini apa lagi mereka yang lemah ingatannya. Maka timbullah rasa malas, bosan, jemu, benci dan tak mahu lagi belajar mengaji. Akhirnya orang Islam rugi.

Jika diimbas pelajaran mengaji dahulu kala tidak dipentingkan sangat sebutan huruf dan hukum tajwid tidak ditekankan. Faktor utama sebutan tidak ditekankan ialah faktor perbezaan kefasihan lidah menyebut huruf-huruf Arab terutamanya di kalangan masyarakat bukan Arab. Bahkan orang Arab sendiri ada yang kurang fasih menyebut huruf-huruf bahasa mereka. Hukum tajwid tidak ditekankan kerana faktor perbezaan keupayaan manusia mengingat. Maka guru memandu seratus peratus bacaan murid dan murid dibimbing sehingga lancar.

Hari ini faktor tersebut diabaikan. Keupayaan murid diabaikan. Maka lahirlah umat Islam yang tidak lancar membaca Al-Quran. Melihat kadar buta Al-Quran yang tinggi maka pelbagai kaedah diperkenalkan supaya masyarakat tidak lagi buta Al-Quran. Kaedah seperti Iqra’, Qiraati dan pelbagai kaedah dicuba namun hasilnya tidak memuaskan. Kadar buta Al-Quran kekal tinggi. Di kelas-kelas mengaji pula bila sudah lancar membaca maka ditekankan hukum-hukum tajwid. Ini hukumnya sekian. Itu hukumnya sekian. Maka orang jadi malas belajar mengaji. Mengaji dirasakan membosankan, rasa jemu, rasa susah.

Sebenarnya belajar mengaji tidak susah terutamanya mengaji menggunakan mushaf Utsmani. Cuma di Malaysia penggunaan mushaf Utsmani baru digunakan tiga dekad kebelakangan ini. Mushaf Utsmani telah disusun saidina Utsman dan sistemnya digubal untuk memudahkan umat Islam mengaji. Penulisan mushaf Utsmani di zaman salafus soleh sebenarnya amat memberikan manfaat kepada umat Islam kemudian hari. Oleh sebab itulah saidina Utsman mengambil keputusan untuk memasuhkan mushaf-mushaf lain kerana mushaf susunan beliau sudah tersusun rapi. Sistem mushaf Utsmani disempurnakan oleh ulama’-ulama’ salafussoleh terkemudian dengan penambahan baris dan titik. Sistem yang sempurna inilah yang digunakan oleh umat Islam hari ini.

Namun Yahudi penuh kedengkian cuba menyorokkan rahsia tersembunyi ini. Apabila mereka menguasai institusi ulama’, mereka mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Maka umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa Al-Quran yang dibaca mereka sudah tersusun penulisannya tanpa perlu belajar hukum tajwid untuk mengaji dengan betul.

Bagaimana mushaf Utsmani disusun supaya umat Islam boleh mengaji dengan mudah. Kuncinya terletak pada tanda baris dan tanda-tanda lain dalam mushaf utsmani. Tanpa kita sedari, tanda baris dalam Al-Quran mushaf Utsmani sebenarnya mewakili hukum tajwid. Ada petunjuk tertentu pada baris-baris yang menentukan samada ia adalah idgham, ikhfa’, idzhar, iqlab, dan lain-lain hukum tajwid termasuk pelbagai jenis madnya.

Tetapi Yahudi tak mahu umat Islam tahu rahsia ini supaya umat Islam buta Al-Quran. Jadi kunci rahsia tadi harus dikuasai umat Islam supaya mengaji jadi rasa seronok, tak bosan, tak jemu. Kepada pejuang Islam. Carilah dan kuasailah kunci rahsia ini dan ajarkan pada orang Awam. Insyaallah kita akan dapati kadar buta Al-Quran akan jatuh merudum dan masyarakat akan dekat dengan Al-Quran. Jika ini berlaku, umat Islam akan mendapat kembali khazanah yang hilang selama ini.

Tiada ulasan: