BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Rabu, 3 November 2010

Aurangzeb-Kisah Yang Cuba Dipadamkan Oleh Ahli Sejarah

Kali ini ditulis  tentang Aurangzeb.  Namanya yang sengaja di hitamkan oleh ahli-ahli sejarah yang prejudis dengan Islam wajib dibersihkan.  Sejak kecil lagi aku mengenali tokoh ini melalui buku-buku sejarah yang diajar disekolah-sekolah rendah.  Kata mereka ia adalah tokoh yang dikejam, tidak bertimbang rasa dan tidak berakhlak.  Malah diwaktu itu aku menjadi seorang ribuan orang yang menyanjungi Akhbar, Shah Jehan dan lain-lain raja dalam Dinasti Mogul di India.
Akhbar tidak patut disanjung seperti yang dicatitkan oleh orientalis-orientalis Barat.  Sifat timbang rasa, lembut dan pemaafnya tidak kena pada tempat.  Malah ia adalahpenguasa yang jelas menentang hukum-hakam Islam dengan mengadakan pelacur-pelacur di tempat-tempat rehat para musafir didalam negaranya.  Dan kemungkaran terbesar yang dibuat Akbar ialah mencipta agama Din ilahi, iaitu agama paduan antara Hindu, Budha, Kristian dan Islam.  Ia juga terlalu memberi muka kepada-kepada penentang islam dengan menarik semula pembayaran ijazah sepertimana yang telah ditetapkan oleh syariat.
Sebaliknya, AurangZeb adalah tokoh yang tegas, berani dan kuat memegang syariat.  Ia juga adalah ahli sufi  yang benar-benar kuat menjalankan mujahadah dan latihan-latihan rohani.  Ia juga mujahid yang tidak teragak-agak mengangkat senjata bila keadaan memerlukan.  Sembahyang dan puasanya banyak.  Ia mengharamkan kembali peminuman arak, nyayian-nyayian, tarian-tarian, gundek-gundek yang telah bermaharajalela dalam istana Dinasti Mogul.  Fikiran dan firasatnya sangat tajam dan ini telah dibuktikan dengan beberapa peristiwa.
Satu ketika, peperangan telah meletus antara tentera Islam Dinasti Mogul dengan satu kaum Hindu di dalam negara India.  Dalam peperangan itu, tentera Islam hampir tewas kerana tentera-tentera musuh telah menggunakan sihir.  Senjata yang mereka gunak tidak dapat digunakan menentang musuh kerana telah bertukar kepada benda-benda lain.  Dengan ini, tentera Islam lemah semangat dan dengan mudah dibunuh oleh tentera musuh.  Ternyata tentera Islam tidak dapat mengatasi sihir yang dilakukan oleh tentera musuh.  Berita ini telah diberitahu kepada Auragzeb.  Kerajaan Mahrata jika tidak segera dikalahkan, ini akan memusnahkan kerajaan Mogul yang Islam dan ini sudah tentu akan membahayakan semua penganut Islam di India.  Tetapi bagaimana caranya.  Bagaimana dan apakah yang harus dibuat untuk menghadapi tentera musuh yang menggunakan kekuatan sihir ini?
Aurangzeb adalah yang sangat soleh.  Ia adalah seseorang sufi yang yakin dengan bantuan Allah dalam menghadapi apa juga keadaan.  Dikumpulnya semua tentera Islam dan tiap-tiap senjata yang hendak dibawa bertempur digantungnya sehelai kain yang bertulis.  Tetapi isi tulisan itu dirahsiakan, dan tiada siapa yang dibenarnya membuka kain yang diikat pada setiap senjata itu akan menjadi pendindingnya.  Tentera Islam pun berperang dengan berani dan penuh keyakinan serta bertawakal kepada Allah.  Mereka pun berjaya.  Bila tamat perang, Aurangzeb memerintahkan tenteranya membaca tulisan pada kain yang diikat pada pada senjat, alangkah terkejutnya mereka bila tulisan yang ada pada kain itu hanya perkataa: Bismillah!
Satu tindakan yang berani yang dilakukan oleh Aurangzeb semasa pemerintahannya ialah mengharamkan muzik.  Segala bentuk hiburan selain daripada zikir, selawat dan lagu-lagu memuji Allah dilarang keras.  Tentunya menimbulkan kejutan yang amat sangat dikalangan pemuzik-pemuzik negaranya, kerana selama ini muzik sangat disanjung dan mendapat tempat yang istimewa di hati pemerintah-pemerintah sebelumnya.  Namun bagi Aurangzeb yang tegas berpegang pada syariat, segala bentuk yang haram tetap haram walau disukai ramai.  Malah pada muzik membunuh jiwa perjuangan dan menyuburkan rasa khayal kepada cinta masyuk yang diharamkan oleh Islam.  Ia berpegang tegas kepada sabda Rasulullah SAW:
“Tidak ada ketaatan kepada makhluk (manusia) dengan bermaksiat kepada   Khalik (Allah).”
Tindakan ini menimbulkan rasa tidak puas hati yang sangat meluas dikalangan pemuzik-pemuzik dam mereka yang bersimpati dengannya.  Lalu mereka mencari satu jalan untuk membantah undang-undang itu.  Untuk bangun menetang secara kekerasan mereka takut kerana mereka arif benar dengan sikap Aurangzeb yang tidak teragak-agak mengangkat senjata demi menengakkan hokum Allah.  Akhirnya mereka sepakat untuk mengadakan demontrasi besar-besaran.  Untuk itu mereka telah membuat sesuatu keranda yang besar untuk dibawakan dalam perarakan.  Dalam keranda itu mereka isikan segala alat-alat muzik milik mereka.  Tentu keranda itu sangat besar memamndangkan alat-alat muzik kepunyaan pemuzik-pemuzik didalam negara India ketika itu sungguh banyPada hari yang ditetapkan, beraraklah mereka beramai-ramai.  Sambil berarak meraka menangis tersedu-sedu.  Tangisan ini bergema diseluruh negara menghasilkan satu suasana yang sangat pilu dan dan menusuk jiwa.  Rupa-rupanya tangisan itu adalah untuk mengundang raja dan rakyat seluruhnya kepada nasib pemuzik-pemuzik.  Keranda besar itu turut di usung beramai-ramai sehinggalah perarakan itu melalui hadapan rumah Aurangzeb.  Mendengar suara tangisan yang mendayu-dayu itu, Aurangzeb pun bertanya, “apakah yang sedang berlaku?”
Orang pun memberi penjelasan bahawa itulah perarakan ahli-ahli muzik.  Aurangzeb pun berkata, “kata kan kepada ahli-ahli muzik itu, cepat-cepatlah mereka kebumikan kerana aku dan rakyatku tidak tahan lagi bau bangkainya!”
Jawapan ini sangat tepat dan tegas.  Ahli-ahli muzik yang mengharap simpati dari Aurangzeb kecewa dan sekarang mereka kenal siapa Aurangzeb sebenarnya.  Tetapi dalam hati Aurangzeb, raja yang soleh itu pua kerana telah menyelamatkan rakyatnya dari dosa dan balasan neraka di akhirat nanti.  Dia sedar bahawa dialah yang akan ditanya dipadang Mahyar nanti terhadap apa yang dilakukan pada rakyat-rakyatnya.  Biarlah pahit kerana pahit itu selalunya ubat.
Dalam hidupnya ia selalu menangis, iaitu apabila mendengar nasihat dari alim-ulama.  Ia sangat serius bila mendengar tarbiah daripada ulama-ulama tasuf.  Sembahyang tahajudnya banyak, hidup sederhana dan sering berpuasa sunat.  Walaupun istana kerajaan Mogul indah dan mewah, Aurangzeb hanya ada disitu bila menjalankan tugas-tugas rasmi.  Rumahnya yang sebenar ialah rumah kecil yang sederhana.
Aurangzeb memerintah India selama 47 tahun.  Iaitu dari tahun 1659 hingga 1707.  dalam menegakkan satu kerajaan yang kukuh ia tidak teragak-agak untuk bertindak demi menegakkan hokum-hukum Allah walaupun terpaksa berhadapan dengan saudara-saudaranya.  Baginya pertalian syahadah melebihi pertalian darah dan saudaranya ialah ialah siapa sahaja yang kuat berpegang pada hokum Allah.  Dalam masa pemerintahannya juga, ia terpaksa berhadapan dengan pemberontak-pemberontak yang telah dimulakan oleh pemerintah-pemerintah terdahulu.  Dengan tegasnya ia menukar nama kota Benares kepada Ahmadabad dan mendirikan sebuah masjid besar yang mempunyai khutbah putih dengan menaranya menjulang tinggi kelangit.  Berkah melimpah-limpah semasa pemerintahannya bila hasil pendapatan negara meningkat dengan tinggi melebihi apa yang dicapai semasa pemerintahan Akbar.
Inilah antara usaha kecilku untuk membersihkan nama Aurangzeb dari cercaan umat Islam dari zaman ke zaman.  Kita telah dirancuni oleh sejarah tulisan para orientalis yang mengagungkan Akbar dan Shah jehan.  Sedangkan mereka berdualah sebenarnya penguasa yang telah mengecualikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah.  Sedangkan pada kita Aurangzeb yang dituduh kejam itulah sebenarnya mujahid yang bertaqwa.  Memanglah dia keras tetapi Islam adakalanya memerlukan orang-orang keras untuk ditegakkan.  Peribadi Aurangzeb yang tegas ini mengingatkan kita kepada Syaidina Umar Al Farouk yang terkenal tegas itu.  Dan mereka berdua inilah antara ribuan mujahid-mujahid Islam yang menepati kehendak Allah melalui firman-Nya:
“Muhammad Rasulullah dan orang-orang besertanya, sangat keras dengan orang-orang kafir dan amat berkasih-sayang sesama mereka(umat Islam).”
Inilah agaknya yang dimaksudkan oleh Aurangzeb dengan kata-katanya, “kalaupun aku kejam, adalah kerana cinta pada agama semata-mata!”

Tiada ulasan: