BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Ahad, 28 November 2010

Khutbah Idul Adha 1431H

(17 NOV 2010 RABU)

IMAM MAHDI MUJADID KE 15 PEMIMPIN DUNIA

KHUTBAH 1

Wahai  Imam Mahdi yang ditunggu,

Persiapan untuk menyambut ketibaan mu, sudah hampir sempurna nampaknya.  Yakni bagaikan ibubapa yang bakal menimang cahayamata, telah mempersiapkan segala keperluan bayi mereka yang bakal lahir bila-bila masa saja waktunya. Cuma persiapan untuk Imam Mahdi tentulah tidak sama dengan persiapan untuk bayi. Imam Mahdi datang sebagai pemimpin dunia yang akan dikunjungi orang dari seluruh pelusuk dunia.

Keperluannya tentulah sebuah istana yang cukup berwibawa, bertaraf 6 bintang atau first class. Mempunyai didalamnya dewan untuk sembahyang, dewan untuk perbincangan, dewan untuk mesyuarat, ruangan rehat-rehat, ruangan untuk berenang, dewan makan dan minum, bilik-bilik tidur, dapur untuk memasak, halaman rekriasi untuk tetamu berlegar, tempat parking kereta, dewan untuk menonton persembahan budaya dan lain-lain yang diperlukan untuk sebuah istana. Semua ini kami sudah siapkan termasuk sebuah kereta canggih untuk kenderaan perjuangan. Memang moden dan menariklah rupanya kerana Imam Mahdi tentu akan membuatkan Islam itu mempunyai tamadun yang sama hebatnya antara dunia dan akhiratnya. Moga-moga Tuan setuju dengan segala persiapan ini, bahkan moga-moga ianya memang Tuanlah yang melakukannya.

Datanglah wahai Imam Mahdi, kepada orang-orang mu ini, yang sudah lama menunggu atas nama Jamaah Ikhwan oleh Putra Bani Tamim. Harapan kami jangan dikecewakan ya. Islam sudah terlalu perlukan pembelaan dari Tuan.

Lihatlah airmata-airmata kami amat cemaskan nasib bumi yang sudah tidak henti-hentinya memberontak, mengamuk, tunjuk perasaan dan protes menggila kerana rindukan Tuan!

Allahu Akhbar (3X) Walillahil Hamd.

Wahai Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu,

Bila disebutkan hal Imam Mahdi kepada Umat Islam,biasanya mereka akan berkata "kita bukannya tahu tentang Imam Mahdi, tunggu ajelah Allah yang akan melakukannya". Maka dengan kata-kata itu, tertutuplah perbualan tentang Imam Mahdi. Soalnya kenapa Umat Islam berfikir begitu tentang Imam Mahdi. Tidakkah cara berfikirnya itu salah? Yakni lebih kurang sama seperti orang-orang Islam yang tidak percayakan Imam Mahdi, maka tidaklah bersiap apa-apa. Manakala yang percaya Imam Mahdi pun sama-sama tak bersiap. Logikkah bagi seseorang yang tahu tentang adanya tetamu istimewa akan datang kerumahnya, tapi dia tidak bersiap apa-apa? Sedangkan biasanya kawan biasa saja nak datang pun kita bersiap untuk menyambutnya, inikan pula yang akan datang ialah pemimpin besar? Siapakah yang telah menipu Umat Islam perihal Imam Mahdi yang ditunggu tapi tiada persiapan? Sedangkan angkara Wahabi dan Yahudi sudah mejoriti Umat Islam di dunia yang tidak pedulikan Imam Mahdi itu. Bahkan ada yang menafikannya sama sekali.

Sepatutnya bila kita yakin ada pemimpin besar yang akan membela Islam dan Umatnya semula, akan datang, tentulah kita bersiap-siap. Diantara persiapan-persiapan yang diperlukan untuk berjayanya misi kedatangannya ialah:-

Persiapan hati untuknya. Hati kita dibuka seluas-luasnya untuk menerimanya, agar apa saja tugasan yang diperlukan kita dapat tunaikan, berlaku taat dan tahan uji. Baiahkan hati kepadanya, kerana berbaiah kepada Imam Mahdi itu ialah baiah hati. Hati yang tiada lagi ruang untuk yang lain. Semuanya sudah diperuntukan demi Islam, demi Allah dan Rasul, yakni demi Imam Mahdi yang merupakan pemimpin pelaksana Islam yang datang dari pihak Allah dan Rasul.

Memang semua persiapan-persiapan lain terutama yang bersifat lahiriah itu juga sebenarnya adalah memerlukan hati yang begitu inginkan, rindukan, cintakan dan rasakan perlunya dan pentingnya Imam Mahdi itu kepada dunia ini bahkan kepada dirinya demi Islam.

Allahu Akhbar (3X) Walillahil Hamd.

Wahai Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu,

Apakah perlunya Tuan ini kepada dunia? Apakah kurangnya lagi dunia Yahudi dan Wahabi itu hingga perlukan Imam Mahdi untuk memimpinnya? Tidakkah dunia sudah cukup bertamadun, moden, professional, sophisticated dan canggih? Apa pula yang tiada hingga Imam Mahdi diperlukan?

Sebenarnya, semenjak kematian Presiden Iraq Saddam Hussien oleh Yahudi Amerika, tamadun kemanusiaan terbukti tiada lagi di bumi ini. Cara Saddam dibunuh sewenang-wenang, tanpa bukti kesalahan, tanpa sempat mahkamah memutuskan, tanpa sempat dibuat apa-apa pembelaan adalah bermakna bahawa dunia sedang berjalan tanpa tamadun. Mungkin pihak Barat menganggap ianya patut, adil dan munasabah tetapi tidak sama sekali oleh orang Timur, terutamanya orang-orang Islam.

Pemimpin-pemimpin Islam diseluruh dunia sangat terasa kuatnya tekanan dari Amerika. Bahawa siapa sahaja yang ada hati nak lawan Barat, akan senasiblah dengan Saddam. Yahudi mahu semua Negara Islam berada dibawah pemerintahan dan kerjasama serta tidak memusuhinya dalam semua hal. Sekali-kali tidak akan redha Yahudi dan Nasrani itu, sehingga semua orang Islam itu berada dibawah telunjuknya.

Allah SWT berfirmah:

Ertinya: Sekali-kali Yahudi dan Nasrani tidak akan redha sehingga kamu mengikut Agama mereka.

Sungguh, Imam Mahdi terlalu diperlukan disaat ini. Kerana dunia sudah tiada siapa-siapa lagi yang berani untuk menegakkan Islam diperingkat Empayar Daulah. Sementalahan majority Umat Islam pun sudah jatuh hati dengan cara hidup Yahudi. Kerana pandainya Yahudi menipu konon Islam tiada keindahan. Lalu bukankah Imam Mahdi terlalu diperlukan untuk menukar dunia jahiliyah Yahudi ini kepada dunia yang tinggi kemanusiaannya oleh Islam?


Allahu Akhbar (3X) Walillahil Hamd.

Wahai Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu,

Namamu sama seperti nama Rasul akhir zaman iaitu Muhammad. Nama ibu mu juga sama seperti nama Ibu Nabi akhir zaman itu, iaitu Aminah. Manakala nama bapamu pun   juga sama dengan nama bapa kepada Nabi dan Rasul akhir zaman iaitu Abdullah. Ajaibnya semua ini bukan? Apakah agaknya maksud Allah mentaqdirkan kejadian begini sekali kepada dirimu? Bahkan wajah mu dan susuk tubuh mu serta warna kulit mu pun juga mirip dengan diri Rasulullah SAW. Nescaya nanti bila orang melihatmu, sesungguh orang akan terkenangkan Rasulullah SAW. Demikianlah khabar dari Baginda Rasul tentang mu wahai Imam Mahdi.

Maha Baiknya Allah kerana menciptakan ini semuanya. Besarnya kasih sayang Allah itu dapat dirasai bilamana memikir-mikirkan tentang dirimu. Bahawa Allah hadiahkan juga kepada kami Umat akhir zaman, sesuatu yang direzekikan kepada kebangkitan pertama. Yakni Muhammad Pertama SAW. Manakala untuk kami ialah Muhammad Kedua, yakni Imamul Mahdi Rohimahummullah taala. Yang mana dengan hadiah ini dapatlah kami ikut menikmati apa yang terjadi dikebangkitan pertama, iaitu nikmat hidup bersama Tuhan, nikmat syurga didunia lagi untuk layak memasuki Syurga sebenar diakhirat itu.

Untuk Tuan mendapat segala-segala dari Nur Muhammad itu, supaya mampu mengulangi peranan Baginda  Rasul SAW itu, Allah taqdirkan kepada Tuan Saiyyidi Imamul Mahdi, dapat tinggal bersama-sama dengan roh Baginda Rasul SAW selama 85 tahun di Alam Roh, yakni disepanjang tempoh Tuan dighaibkan Allah. Yakni sejak tahun 1925 Masihi lagi. Pengalaman hidup yang Tuan alami ini wahai Saiyyidi, adalah suatu taqdir yang belum pernah ditaqdirkan oleh Allah kepada siapa-siapa pun makhlukNya sekali pun para Nabi. Yakni lahir ke bumi, berperanan mengasaskan Islam kemudian ghaib 85 tahun, untuk muncul lagi ke bumi, menyambung peranan yang pernah diasaskan.

Allahu Akhbar 3X Walillahil Hamd.

Wahai Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu,

Sebenarnya bukannya tidak boleh bagi Allah untuk munculkan saja Nabi akhir zaman itu ke bumi semula untuk berperanan sebagai pemimpin dengan roh dan jasad walaupun sudah wafat. Hal itu kan tidak mustahil bagi Allah? Sedangkan Allahlah yang memberitahu kepada kita bahawa tiada lagi Nabi selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW itu, kerana Nabi akhir zaman itu juga ialah Nabi yang sudah wafat itu.



Ertinya Allah telah melantik seorang yang sudah wafat iaitu Nabi Muhammad SAW untuk menjadi Nabi kepada Umat akhir zaman, bahawa Allah ciptakan Nur Muhmmad itu, yang bersifat cahaya atau roh, ianya terlalu kuat. Mampu berperanan di bumi yang maddiah sebagai pemimpin walhal jasadnya sudah tidak berperanan. Bahawa Nabi Muhammad SAW itu kekuatannya  ialah kepada rohnya yakni Nur Muhammad yang Allah ciptakannya sebagai makhluk paling awal diciptakan. Sesudah adanya Nur Muhammad yang berperanan sebagai pemimpin kerana ia mampu menjadi sumber segala cahaya hati, mampu menjadi sumber segala rahsia, mampu menjadi ubat kepada semua penyakit dan mampu berperanan sebagai anak kunci bagi segala kejayaan. Maka barulah Allah ciptakan alam dunia dan akhirat. Tujuannya ialah agar dunia itu berjalan dengan pimpinan Nur Muhammad. Tanpa Nur Muhammad, dunia akan haru biru dan berada dalam kegelapan.

Sekarang, dunia sedang mempunyai Nabi iaitu Nur Muhammad tanpa jasad. Nur adalah roh, walhal Nur ini pernah datang ke bumi bersama jasadnya selama 63 tahun. Kekuatan utama bukan pada jasad tapi kepada rohnya itu. Walaupun jasadnya itu juga tetaplah ada berkatnya sampai sekarang. Beruntungnya kita Umat akhir zaman, diperlihatkan hakikat Nabi untuk zaman jahiliyah kedua yang kerosakannya sangat luarbiasa, manakala kekuatan Yahudi juga sungguh luarbiasa.


Allahu Akhbar (3X) Walillahil Hamd.

Wahai Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu,

Bila ditanya kepada Rasulullah SAW yang roh itu, apa bezanya dirinya ketika berperanan sebelum ini, membantu Nabi-nabi sebelum dengan Nur Muhammad, kemudian pernah datang menjadi Nabi dengan jasad dan roh, dengan sekarang hanya dengan Nur Muhammad memikul tanggungjawab Nabi akhir zaman, tanpa jasad sedang berada di Negara Roh? Baginda menjawab "Cemas, jauh lebih cemas kerana kerosakan akhir zaman sungguh luarbiasa manakala kekuatan Yahudi juga luarbiasa". Nabi pun terlalu cemas wahai Imam Mahdi, betapa pulalah diri Tuan yang kena berdepan langsung dengan jasadmu dengan Si Yahudi diakhir zaman ini!  

Bila ditanya lagi kepada roh Nabi akhir zaman itu, apakah tujuan Allah meletakan NabiNya di Negara Roh untuk tujuan memimpin dunia di seberang sini? Jawab Baginda, "kerana di Negara Roh ini ada kekuatan yang cukup untuk mengalahkan Yahudi".

Ertinya  dari Negara Roh, Nabi akhir zaman berperanan dengan Nur Muhammad, untuk membantu Imam Mahdi yang berada di bumi. Kekuatan kuasa ghaib dari Negara Roh itu jauh lebih hebat dari kekuatan Yahudi. Sebab itulah Allah tidak munculkan Nabi Muhammad SAW sebagai jasad. Yang muncul ialah Imam Mahdi sedangkan dibelakangnya ialah Nur Muhammad. Inilah kekuatan Islam di akhir zaman untuk melakukan kebangkitan kali kedua, kerana mampu mengalahkan Yahudi.

Ertinya wafatnya Nabi Muhammad SAW itu, bukanlah seperti wafatnya manusia lain. Cuma Yahudi saja yang telah menipu Umat Islam kerana menyatakan wafat Nabi Muhammad SAW itu betul-betul wafat seperti orang lain. Walhal sebenarnya Rasulullah terus hidup menjadi pemimpin kepada roh-roh, memberi panduan-panduan yang luarbiasa untuk terjadinya jadual Allah itu. Tanpa roh Baginda Rasulullah SAW sebenarnya tiada siapa yang tahu dan mampu melakukan jadual, sekalipun Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim.

Secara jasad yang hidup Rasulullah SAW dibantu oleh empat Sahabat Utama serta Jemaah Sahabat, manakala dengan rohnya Rasulullah SAW melakukan kebangkitan Islam hanya dengan Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim serta Jemaah Ikhwan.

Demikianlah bukti betapa kuatnya roh walau pun tanpa jasad, bahkan ia lebih aktif dalam keadaan bebas dari jasad. Allah betul-betul buktikan didepan mata kita perihal kewujudan dan kehebatan roh dan Alam Roh. Sebab Umat akhir zaman sudah ditipu lama sangat oleh Yahudi yang menyatakan roh dan Alam Roh bukan urusan kita di dunia. Yahudi putuskan hati-hati dengan roh dan Alam Roh maka Allah pun anjurkan peperangan roh di akhir zaman diantara sihir Yahudi dengan Power Kaabah.

Futuh Mekah kedua berlaku adalah kerana Nabi akhir zaman memenangi peperangan rohaniah dengan Yahudi. Pedang Roh telah berjaya menangkis segala serangan Yahudi yang merupakan kekuatan `power' dunia secular yang sungguh luarbiasa.

Allahu Akhbar (3X) Walillahil Hamd.

 Wahai Imam Mahdi yang di tunggu-tunggu,

Dikala dunia Islam sudah longlai dalam berdepan dengan kuasa Yahudi, kami semua memberi harapan untuk menangkan Islam semula itu kepada mu. Apa agaknya perasaan mu? Tentunya cukup cemas, sedangkan roh Rasulullah SAW itu pun cukup cemas! Tuan Imam Mahdi akan robah dunia sekular kepada Islam dengan kekuatan Nur Muhammad. Itulah gunanya ghaib sampai 85 tahun, dapat mengambil segala kekuatan pemimpin itu, menyalin peribadi rohnya, dan mampu membuatkan kuasa ghaib dari alam roh betul-betul dibelakangnya. Apakah ciri utama Imam Mahdi untuk layak mengalahkan Yahudi?
Kata Baginda Rasul "Adalah pada hatinya yang sangat-sangat dan sangat takutkan Allah". Hatinya lebih kuat dari jasad. Sebab itu geletar hatinya dapat dilihat pada jasadnya. Hati mempengaruhi jasad untuk ikut menggeletar bagaikan burung yang menggeletar kesejukan. Pemimpin-pemimpin dunia tunduk padanya oleh faktor hati inilah. Menang dalam semua peperangan dan Yahudi, Syiah, Wahabi dan orang-orang kafir pun adalah disebabkan oleh faktor hati inilah.

Allahu Akhbar (3X) Walillahil Hamd.

Wahai Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu,

Tuan adalah roh yang akan dizahirkan. Akan menjadilah Tuan nanti fizikal yang mempunyai kekuatan roh yang luarbiasa. Inilah kuasa Allah yang paling ajaib diakhir zaman. Gemparlah dunia dibuatnya bilamana ia benar-benar menjadi kenyataan. Masanya hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Yakni musim Haji 1431 Hijrah ini.

Sesungguhnya perihal hari dan cara zahirnya Tuan itu adalah rahsia Allah yang siapa pun tidak mampu menduganya. Janganlah kata tidak mungkin tahun ini sebab Haji tahun ini bukan Haji Akbar. Sebab tafsiran Haji Akbar itu apa? Yahudi sudah menguasai Haji, mencorak secara dunia sedangkan Rasulullah SAW maksudkan Haji itu ialah Haji Rasulullah SAW. Haji Akbar ialah hari berhajinya roh Rasulullah SAW dengan para Ikhwan yang datang ke Tanah Haram hanya diniatkan untuk Allah dan Rasul, untuk membangunkan Islam. Padahal mereka tidak diizinkan untuk ikut sama melakukan Haji dunia, kerana masalah visa. Ertinya mereka tidak mengerjakan Haji dunia tetapi merekalah yang dapat pahala Haji.

Seterusnya Hadis juga menyebut bahawa ia berlaku pada hari jumaat di mimbar ketika khutbah jumaat. Padahal Haji tahun ini jatuh pada hari Isnin 9 Zuluhijjah 1431H. jangan-jangan apa yang dimaksudkan Allah dan Rasul itu ialah hari dimana Imam Mahdi dapat tawan mimbar masjid, menjadi Imam sembahyang dan membebaskan Kaabah. Sedangkan untuk tujuan itu, Imam Mahdi perlukan jemaah yang kuat, sokongan ramai dan keizinan dari Penguasa Mekah khasnya. Ertinya sebelum hari itu, ia muncul di satu tempat rahsia di Haramain yang orang tidak mengetahuinya, kecuali orang-orang penting Imam Mahdi. Sebenarnya Nur Muhammad itu rahsia bagi segala rahsia. Hingga Yahudi tidak boleh membaca gerakan dan hala tuju mereka. Allahlah yang menyimpan rahsiaNya dan kita di suruh tunggu dan lihat bagaimana rahsia Allah itu berlaku.

Allahu Akhbar (3X) Walillahil Hamd.

Wahai Imam Mahdi yang di tunggu-tunggu,

Bila orang Islam dapat tahu bahawa Tuan sudah dizahirkan Allah ke bumi, maka berbondong-bodonglah mereka datang dari seluruh pelusuk dunia untuk berbaiah. Ada juga yang menentang kerana sebenarnya tidak tahu menahu tentang hal tentang Imam Mahdi ini. Namun berbaiah padanya bukan sebarang baiah. Imam Mahdi orang roh. Maka hanya orang-orang yang rohnya suci dan lurus hati padanya saja yang diterima, ada yang dimudahkan dan ada yang disusahkan Allah.

Terutamanya bila Tuan Imam Mahdi akan memberi syarat bahawa "sebelum berbaiah pada saya, wajib untuk berbaiah kepada Abuya Putra Bani Tamim terlebih dahulu". Sebab Tuhan telah taqdirkan perjuangan Imam Mahdi ini adalah melibatkan seseorang yang bekerja untuknya dengan kadar saham 50%. Dia ialah Abuya. Ibarat fasa Mekah dan Madinah dalam kebangkitan pertama.

Maka Rasulullah SAW mencaturkan untuk kebangkitan kedua ini, Abuya mengambil fasa Mekah. Yakni waktu ini Imam Mahdi ditaqdirkan ghaib, sesuddah datang untuk merancang kelahiran Abuya untuk meneruskan ajaran yang sudah diasaskannya. Ghaibnya adalah untuk melayakkan diri mengambil fasa Madinah. Abuya yang lahir untuk menerima ajaran Imam Mahdi dari orang-orang Imam Mahdi pun teruslah memulakan kerja-kerja menyiapkan tapak, mirip tugasan di Mekah oleh Rasulullah SAW keadaannya cukup sukar, ujian-ujian cukup berat tapi semuanya dapat dilepasi dengan adanya bantuan ghaib dan 2 orang Muhammad yang mengawalnya dari balik tabir.

Perihal adanya gandingan kerja antara mereka bertiga dengan Rasulullah SAW sebagai pemimpin nombor satu, dapat dilihat dalam sajak dan nasyid-nasyid Abuya untuk Tuan Imam Mahdi.

Kami menunggu ketibaanmu seperti Rasulullah tiba ke Madinah Munawarah, kami sudah lama rindu menunggu ketibaanmu, yang sudah pasti tiba.

Mereka tiga tapi satu, satu tapi tiga, saling bekerjasama yang cukup erat. Yang mana bilamana selesai mempersiapkan tapak sepanjang umur 73 tahunnya Abuya kembali bergabung dengan mengghaibkan diri ke alam tempat dua tuannya itu berada. Kemudian mengiringi Imam Mahdi untuk datang ke bumi atas arahan dan pantauan Baginda Rasul, setelah menyerahkan kuasa Jemaah dan Daulah kepada Imam Mahdi dan Abuya ikut sama meneruskan fasa Madinah bersama-sama Imam Mahdi umpama Saidina Abu Bakar disisi Rasulullah SAW.

Oleh kerana demikian pentingnya Putra Bani Tamim disisi Imam Mahdi, maka Baginda Rasul memutuskan agar baiah juga dibuat kepada Abuya Putra Bani Tamim. Maka berbaiahlah orang-orang yan dimudahkan Allah dan tidaklah bagi sesiapa yang disusah-sudahkan Allah.

Allahu Akhbar (3X) Walillahil Hamd.

Wahai Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu,

Sejarah pemerintahan Khalifah Islam dibumi, direkodkan oleh Saidina Omar Ibnu Aziz, bahawa serigala dan kambing pun boleh berbaik-baik. Pemimpin yang diberkati Allah itu boleh membuatkan rakyatnya menjadi begitu terpelihara. Maka Imam Mahdi seelok datangnya beliau memerintah bumi, maka dunia jadi aman dan tenteram. Hal ini akan dirasai sangat oleh penduduk dunia yang sudah lama hidup dalam keadaan huru hara dan haru biru. Maka bila mana didapati bahawa faktor Imam Mahdi lah yang telah mengubah dunia, maka manusia pun datanglah kepada pemimpin itu berbondong-bondong dari seluruh dunia.

Betapa sakitnya kerajaan Yahudi menyaksikan dengan mudahnya Imam Mahdi mencipta pengaruh yang begitu besar, maka diundanglah peperangan demi peperangan. Mereka bergabung dengan kuncu-kuncunya dari kalangan Syiah dan Wahabi untuk berperang. Al hasil Islam memenangi semua medan perang tradisional itu dan dunia pun menjadi Islam.

Allah SWT yang Maha Adil itu pun datangkanlah pula Dajjal yang dijanjikan sebagai pemimpin orang-orang kafir. Namun, tetaplah Imam Mahdi  dan orang-orangnya akan menang terhadap Dajjal. Tapi semua orang-orang Islam baka sempatlah menjadi kafir ditangan Dajjal sehinggalah Allah datangkan pula ke bumi seorang lelaki untuk membunuh Dajjal iaitu Isa anak Maryam. Datang untuk menyokong perjuangan Imam Mahdi supaya semua orang-orang Kristian akan diselamatkan dengan Islam.

Begitulah rentetan peristiwa yang Allah jadualkan untuk bumi di akhir zaman. Yang mana orang-orang Yahudi akan dibunuh semuanya untuk membolehkan di seluruh dunia tiada seorang lagi hamba-hamba Allah yang tidak Islam. Semuanya jadi Islam dan hidup dengan penuh aman damai di dalam pemerintahan Imam Mahdi dan orang-orangnya.

Maha AdilNya Allah kerana melakukan ini semua dihujung umur dunia sebelum dikiamatkan. Moga-moga ketaqwaan kita semua bertambah oleh keberkatan Imam Mahdi.

Allahu Akhbar (3X) Walillahil Hamd. 

  

KHUTBAH 2

Wahai Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu,

Sekarang Tuan benar-benar kami tunggu. Orang-orang penting Abuya dan para Wazir Tuan sedang berada di Mekah. Disatu lokasi yang diarahkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Apakah kami yang lebih cemas atau pihak Tuan-tuankah yang sangat-sangat cemas, hanya Allah yang tahu. Namum menurut Rasulullah SAW, dialah manusia roh yang paling cemas, untuk mencipta sebuah sejarah yang paling agung di akhir zaman dimana Baginda Rasul lah pencatur, perancang dan penentu kejayaan untuk jadual Allah ini, memang terlalu banyaklah hal-hal yang wajib dipersiapkan. Kami yang sedang menunggu dan persiapkan Istana di Mekah ini dapat rasakan bahawa Rasulullah SAW lah yang menggerakan semua ini secara roh. Tentunya pula Baginda itu dibantu oleh kedua-dua kekasihnya, seluruh roh keluarga Baginda dan sekelian roh para sahabat-sahabat RA. Selain daripada keajaiban-keajaiban dapatkan wang RM 100 ribu untuk bayaran awal sewaan Istana Pusat Rasulullah SAW itu, RM100 ribu lagi untuk mengisi barang-barang keperluan dalam rumah kosong itu, yang semuanya berlaku dengan begitu terancang dan laju dan mudah, maka yang lebih ajaib ialah yang terjadi kepada hati-hati kami.

Semenjak tarikh 30hb Oktober 2010 itu, memang Rasulullah SAW, Saiyyidi Syeikh dan Abuya benar-benar datang secara roh untuk tinggal bersama dengan kami di dalam istana Pusat Kebangkitan Rasulullah SAW buat kali kedua itu. Walaupun mata tidak dapat melihatnya namun hati betul-betul dapat merasainya. Hati bagaikan ditanya-tanya oleh mereka, kemudian mereka jugalah yang menjawab dialog-dialog rohaniah itu semuanya, contohnya ialah kejadian di bilik Abuya:

Seelok saya masuk untuk pertama kalinya maka ada suara roh bercakap kepada hati saya "Mampukah seorang isteri itu menjadi khadam kepada suaminya, gurunya, pemimpinnya Putra Bani Tamim? Yakni untuk berkhidmat 24 jam tanpa tidur kecuali tertidur? Jasanya terlalu besar, orangnya pula orang besar di sisi Tuhan dengan apa mahu dihargai? Sanggupkah merangkak menghina diri di depannya? Sedangkan suami orang biasa pun disisi Allah tetaplah juga seorang pemimpin kepada isteri dan isteri kena tahu menghargainya dan membalasi dengan khidmat-khidmat yang besar!

Umpama Siti Fatimah dengan Saidina Ali sanggup merangkak sekeliling suami 70 kali untuk meminta ampun. Umpama Siti Khadijah kepada Rasulullah SAW, mengeluarkan seluruh kekayaannya kepada suami untuk Islam? Isteri sepatutnya rasa rendah diri di depan suami taat dan patuh dengan apa saja kehendaknya. Mana boleh isteri membuatkan suami rasa hina diri di depan isteri kerana terasa diperintah, diajar, dikuasai, dibawah telunjuk dan terasa kurang dibanding isteri. Isteri boss suami ikut saja. Mana boleh begitu kalau kita orang Islam? Islam menetapkan bahawa suami selemah mana pun adalah pemimpin kerana jasanya menikahi, melindungi, memuliakan wanita. Ibubapa selemah mana pun, namun jasanya jauh lebih daripada jasa anak. Allah yang membesarkan suami, kenapa isteri-isteri memperkecilkan saja suami mereka?"

Allahu Akhbar (3X) Walillahil Hamd.

Wahai Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu,

Seterusnya bila masuk ke bilik Saiyyidi Syeikh, ada suara yang lebih jelas bercakap kepada rohku: "Bilik dan rumah ini bukan kita punyakan? Ini hadiah Allah dan Rasulullah SAW dan kita hanya menumpang disini. Status kita ialah hamba dan khadam untuk berkhidmat kepada mereka. Mengapa rasa memiliki, mana milik kita? Semuanya Allah yang punyakan? Jangan rasa tuan, rasalah menumpang saja. Minta izin setiap kali menjalan tugas di rumah mereka. Rasa takut tersalah, rasa tak layak, rasa malu, rasa hina dan rendah diri. Sesungguh-sungguhnya Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim itu hati mereka sangat hamba. Jadi bertugas dirumah mereka kita juga kena begitu. Kalahkanlah nafsu dan tinggalkan budaya Yahudi. Barulah rumah ini betul-betul menjadi Pusat Rasulullah SAW melaksanakan Islam".

Itulah dia ilham dari Baginda Rasul yang dijatuhkan ke hati, berlaku dibilik Saiyyidi Syeikh Imam Mahdi. Rasulullah SAW tidak rehat-rehat bertugas secara roh kepada dunia dan kepada diri-diri kita untuk diselamatkan dengan Islam. Sedangkan Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim adalah utusannya kepada kita. Begitu sekalilah Nur Muhammad itu terlalu dekat kepada kita,terlalu inginkan keselamatan kita dan terlalu bimbangkan kecelakaan menimpa kita. Allah SWT lah yang menghadiahkan mereka kepada kita sedangkan Allah lebih dekat dari itu kepada kita dan lebih menyayangi hambaNya. Sebab itu kita dilayan begini rupa, berada di hari-hari yang dijanjikan untuk kita cukup gembira dengan kegemilangan Islam kali kedua.

Allahu Akhbar (3X) Walillahil Hamd.

Wahai Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu,

Belum pun Tuan tiba, sudah terasa kebesaran pemimpin yang mampu menyelamatkan manusia. Rupa-rupanya adanya pemimpin dari Tuhan itu amatlah pentingnya kepada dunia dan manusia. Tertipulah kami selama ini oleh Yahudi dan Wahabi kerana kepimpinan dikatakan direalitikan sebagai pejuang-pejuang yang hanya membangunkan dunia untuk manusia.

Haramain yang sepatutnya menjadi pusat roh telah dibuatkan menjadi pusat mematikan roh. Oleh kerana terlalu dibangunkan Tanah Suci dan Tanah Haram itu dengan dunia. Kemanusiaan sudah punah ranah kerana roh tidak dibangunkan.

Datanglah segera wahai Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Dengan diiringi oleh pasangan pengantin pemimpin yang sehati sejiwa, sedarah sedaging. Yang bersatu pula dengan roh Baginda Rasulullah SAW menjadikan pakej pemimpin 3 dalam 1, 1 dalam 3. bersama-sama pula dengan keluarga dan para sahabat yang akan ikut menguatkan Islam dengan roh-roh mereka.

Datanglah, datanglah, datanglah kerana kami sudah siap menunggu, langit dan bumi pun ikut menunggu. Tuan terlalu diperlukan sebenarnya. Selamat tiba rombongan dari Alam Roh. Allah zahirkan semula menjadi fizikal. Kezahiran semula ke bumi dengan fizikal baru. Kerana fizikal yang lama sudah diubahsuai di hospital roh untuk dibuatkan semula menjadi kacak sekacak-kacaknya, sihat sesihat-sihatnya dan jauh mudanya dibanding umurnya. Bukankah Alam Roh cukup istimewa, mampu menghadiahkan ini semua kepada kita?

Zahirlah wahai pemimpin yang terlalu diperlukan. Janganlah takut dan malu kerana kami sudah bukakan hati seluas-luasnya untuk mu dan Abuya yang kami cinta. Bahawa cita-cita dan matlamat tidak lagi kepada selain dari Tuan-tuan berdua. Kami siap untuk diarahkan apa saja. Kami kuat untuk menolak segala pujuk rayu nafsu, demi Tuan berdua. Kami rela diajak ke medan perang senjata sekalipun. Yakni berkorban nyawa untuk mengalahkan Yahudi dan kuncu-kuncunya yang sudah merosakan dan menipu sekian lamanya. Kami akan buktikan bahawa kami juga siap syahid seperti para sahabat, demi melaksanakan cita-cita Islam kita kepada Allah dan RasulNya.

Tapi, namum sesungguhnya kami ini hamba-hamba yang lemah sangat. Kami terlalu perlukan tuan-tuan datang untuk menolong tingkatkan kami, Islam dan Iman. Kalau tuan-tuan tidak datang hancurlah harapan kami, untuk membantu memenangkan Islam di bumi. Orang-orang bumi terlalu perlukan orang-orang roh untuk memimpin bumi dengan Islam. Buatkanlah kebangkitan roh untuk selamatkan bumi wahai Imam Mahdi dan Abuya Putra Bani Tamim. Jangan hampakan permintaan ini ya! Nanti kami akan kecewa dan jadi tidak bermaya.

Wahai Tuhan jadikanlah waktu ini ialah masanya untuk jadual Mu berlaku. Dengan belas kesihan dan lemah lembut Mu Kau bukakanlah rahsia Mu ini agar menjadi kenyataan kepada dunia waktu ini. Jangan ditangguh lagi wahai Tuhan, kerana bumi Mu ini sudah berada di kemuncak kerosakan. Kau tentu lebih-lebih tak sanggup melihat Agama Mu sudah dibeginikan. Sedangkan kami pun sudah tidak sanggup. Demi kemenangan Islam, wahai Tuhan, tolonglah tunaikan janji Mu yang dijanjikan kepada Nabi Mu, Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim Mu.

Amin ,Ya Allah.

Wassalam,

Selawat dan Doa Penutup.

Tiada ulasan: