BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Ahad, 21 November 2010

YAHUDI MENGHAPUSKAN MASJIDIL AQSA DARI PEMIKIRAN UMAT ISLAM

Assalamuâlaikum. Post kali ini adalah penting untuk menjernihkan pemikiran umat Islam berkenaan Masjidil Aqsa. Sungguh sedih kerana umat islam hari ini sudah tidak kenal lagi Masjidil Aqsa.

Antara ungkapan yang selalu dilaung-laungkan ialah

 Apabila disebut Masjidil Aqsa, maka yang tergambar di pemikiran umat Islam ialah Dome of the rock. Tahukah anda bahawa Masjidil Aqsa adalah bangunan yang berkubah hijau bukan berkubah emas

 Dome of the rock dicipta oleh orang Yahudi untuk mengalih perhatian umat daripada Masjidil Aqsa sebenar. Sesungguhnya Masjidil Aqsa yang sebenarnya adalah bangunan yang berkubah hijau yang terletak tidak jauh dari Dome of the rock
Cuba perhatikan rajah dibawah

Masjid Al-Aqsa [Marwani]

Kubah As-Sakhrah

Haram As-Syarif [Ditanda hijau]

Haram As-Syarif


Perhatikan kedua-dua bangunan tersebut terletak di dalam satu kawasan bertembok yang dikenali sebagai Haram As- Syarif atau Noble Sanctuary. 
Bila disebut Masjidil Aqsa yang dimaksudkan adalah Haram As- Syarif atau Noble Sanctuary ini. Perlu diberi perhatian bahawa bangunan berkubah hijau ini dinamakan Masjid Al-Aqsa adalalah sempena surah Isra ketika khalifah Abdul Malik bin Marwan pertama kali membangunkannya,

 Dome of the rock atau Qubah As-Sakhrah dibangunkan oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan untuk melindungi batu/sakhrah yang menjadi tempat mikraj Nabi saw. Bukan untuk dijadikan masjid walaupun ada ruang solat di dalamnya.

Dalam hadis nabi disebut pintu-pintu Masjidil Aqsa. Ini hanya dapat diaplikasikan pada Haram As-Syarif yang mempunyai 11 pintu dimana 3 daripadanya telah ditutup sejak zaman Saidina Umar ra. Perlu diingat bahawa Masjidil Aqsa ketika itu merupakan runtuhan yang dijadikan tempat pembuangan sampah oleh orang kristian. Saidina Umar dan para sahabat lain telah membersihkannya.

Menurut kajian arkeologi, pintu-pintu ini dikatakan wujud sejak tahun 1M lagi Cuma usia pintu rekabentuk sekarang ini yang dikatakan dari Zaman Bani Umaiyah. Bangunan-bangunan di dalam Haram As-Syarif dibangunkan secara berperingkat sejak zaman Saidina Umar ra.

Sakhrah merupakan batu tempat nabi saw mikraj ke langit dan batu ini merupakan kiblat pertama umat Islam [menurut pendapat terkuat]. Jika anda melawat Dome of the rock sekarang anda dapati tidak jauh dari situ ada sebuah kubah kecil yang disebut Mihrab Nabi saw kerana baginda menjadi imam solat para nabi dan malaikat di sini.

Tempat nabi saw solat pertama kali ketika memasuki Masjidil Aqsa berada di kawasan bangunan Masjid Al-Aqsa yang berkubah hijau [disebut juga Masjid Marwani] yang terletak di selatan menghadap arah kiblat. Masjid Marwani ini berdekatan dengan Pintu Maghribah/Buraq iaitu pintu masuk nabi saw dan Buraq diikat di pintu ini. Pintu ini berada di tembok sebelah barat [kini dikuasai Yahudi dan menamakannya sebagai tembok ratapan]

 Perlu diambil perhatian bahawa Nabi saw bersolat sunat dua rakaat ketika pertama kali masuk ke masjid di kawasan Masjid Marwani ini manakala Baginda bersolat menjadi imam kepada para nabi dan malaikat berdekatan dengan Sakhrah [ketika malam isra, bangunan yang ada pada hari ini tidak wujud sama sekali Cuma ada tembok Haram As-Syarif sahaja].

 FAKTA PENTING

Haram As-Syarif memuatkan 300 000 orang sekali solat

Masjid Al-Aqsa/Marwani memuatkan 6000 orang sekali solat

Jumlah nabi semuanya diijtihadkan sekitar 124 000 orang

MANA LEBIH LOGIK

Ketika Yahudi cuba menguasai Palestin, mufti Palestin ketika itu telah mengeluarkan fatwa yang menyatakan Haram As-Syarif keseluruhannya adalah Masjidil Aqsa.

Haram As-Syarif merupakan tapak Temple of Solomon yang hendak dibangunkan oleh Yahudi

ALANGKAH LICIKNYA RENCANA YAHUDI. MEREKA GAGAL MEROBOHKAN MASJIDIL AQSA NAMUN BERUSAHA MENGHILANGKAN MASJIDIL AQSA DARI PEMIKIRAN UMAT ISLAM.

sekian. Yang baik itu dari Allah swt manakala yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.

Tiada ulasan: