BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Isnin, 27 Disember 2010

10 sebab kenapa WAHABI dikatakan sebagai perosak Agama

*SEBAB 1*

Menatap dan merenung isi buku yang disebarkan oleh pejuang-pejuang Wahabi di Mekah dan di seluruh dunia Islam, kita akan jadi tertanya-tanya siapakah orang-orangnya yang begitu mendalam agamanya, tulus hati dengan Islam? lnginnya hati nak melihat peribadi-peribadi itu, keluarga mereka dan masyarakat disekitarnya yang tentu sangat halus pengalaman agama yang dipertahankan dalam seluruh kehidupan mereka.

Mencarilah sekian lamanya namun tidak juga berjumpa, dengar beritanya pun tiada juga, maka akhirnya kesempatan tingga di Mekah itulah peluangnya. Di sini agaknya Agama itu benar-benar direalitikan oleh pejuang-pejuangnya? Di Mekah, Madinahlah tentunya model kehidupan Islam boleh disaksikan!

Tapi alangkah terkejutnya hati ini kerana Haramain sesungguhnya sudah rosak binasa Agamanya, Allah sudah tidak diagungkan Nabi sudah tidak diikut sunnahnya. Budaya yang diamalkan di Haramain nampaknya budaya Yahudi. Rasanya tiada, akhlak sudah jauh dan roh sudah putus dari Allah dan Rasul.
Bezanya dengan Haramain ketika di tangan Rasulullah SAW dan Para Sahabat.

*SEBAB 2*

Di depan Rumah Allah di Ummul Qura kita sangkakan tempat paling tenang, syahdu dan khusyuk dengan Allah, sepertilah di masjid-masjid atau di Rumah Raja-raja dunia ketika upacara mengadap!Tapi bahkan kita merasa macam berada di pasar borong,untuk mengucup Hajar Aswad kita kena bertarung separuh mati. Untuk dapat pegang Kaabah kita kena tolak menolak yang amat menakutkan

Terkenangkan di Zoo atau Safari pun boleh didisiplin, mengapa tiada disiplin di Masjidil haram? Penjaga Masjid Haram boleh rasa puas hati dengan suasana yang demikian itu? Dan seluruh pemimpin Islam sedunia merasakan itukah yang terbaik yang patut dibiarkan sekian lamanya menguasa Kaabah? Kaabah bahagiakah diperlakukan begitu? Tidak menangiskan Baginda Rasulullah SAW disakiti begitu sekali? Ketahuilah bahawa sebesar-besar kejahatan Wahabi ialah memisahkan Rasul dengan Umatnya. Dengan cara putuskan
hubungan roh mereka.

*SEBAB 3*

Di Shopping-shopping Complex kita merasai di layan baik olepenyambut-penyambut tetamu, tapi di Kampung Allah yakni Tanah Haram dan di rumah Allah di dalam Masjid Haram tiada seorang pun penyambut
tetamu yang akan pandu kita untuk selamat dan,tenang di sana.

Di Lapangan terbang ada pengumuman yang dapat didengar dari masa ke semasa sebagai panduan,tapi di Rumah Allah keadaan sunyi sepi, apa pn nak jadi jadilah, susah senang tanggung sendiri. Salah silap, betul benar itu semua pandai-pandailah bawa diri.

Betul ke orang kafir tiada di Haramain? Siapa boleh buktikan sebab tiada satu pemeriksaan atau peraturan yang dibuat untuk memastikannya? Siapa dan apa pun bolos saja masuk ke rumah Raja bagi segala
Raja sedangkan nak masuk ke rumah Raja dunia pun berpagar?

*SEBAB 4*

Agama Islam menetapkan waktu sembahyang berjemaah saf perempuan di belakang lelaki.Tidak pula di sebut kekecualian berlaku di Mekah. Yakni sembahyang boleh langkah-langkah, lalu didepan, saf lelaki perempuan tiada perlu diambil kira! Apa sebab orang terlalu ramai,disiplin tidak boleh dilaksanakan. Jadi kalau itu pun tidak boleh dilaksanakan disetiap waktu sembahyang dengan alasan orang terlalu ramai, tak mungkin boleh didisiplinkan mengikut disiplin Islam,untuk apa anda bermati-matian menolak bidaah dikertas-kertas tulisan anda?

Katakan sahaja Agama ini tidak praktikal, cantik tiorinya sahaja. Bidaah itu di tolak dikertas sahaja,tapi di depan Kaabahlah paling teruk orang buat bidaah! Agama anda ini tak mampu dipraktikan oleh anda sendiri. Sekalipun cuma di Kaabah di tanah sekangkang kera keluasannya itu? Atau anda hanya akan bertanggung jawab perihal Agama diatas kertas? Bukankah itu lebih-lebih lagi bidaah kerana menyatakan Islam itu bukan cara hidup?

Islam ialah A Complete Way Of Life (sesempurna cara hidup). lanya sangat praktikal. Setiap waktu orang begitu ramai di airport. Maka dibuatlah satu sistem yang nampaknya keadaan begitu terurus sekali. Masakanlah untuk Masjid Nabi dan Masjid Haram Allah tidak ilhamkan sistem untuk buatkan rumahnya itu
jadi cukup mulia dan indah?

*SEBAB 5*

Bukanlah sedikit ceritanya perihal orang-orang lelaki warga Saudi di Haramain yang kelaparan seks lalu menjadikan wanita-wanita asing sebagai mangsa.Rupa-rupanya di Arab Saudi ini nak kahwin susah sangat. Walaupun buruh kasar wajib menyediakan 100 ribu riyal untuk dapatkan seorang isteri. Islam ke ajarannya itu yang diamalkan oleh Negara pujaan anda ini? Rasulullah SAW itu hanya sembelih seekor kambing untuk satu pernikahan.Tapi menurut Agama Wahabi,Allah dan Rasul menyusahkan perkahwinan orang Islam.

Allah dan Rasul mengikut anda cukup kejam kerana menyiksa hamba-hambaNya sampai begitu sekali? Maka berleluasalah zina. Atau kalau bukan begitu, andalah yang kejam kerana ikut terlibat dengan kekejaman itu! Apakah kejam itu bukan bidaah? Bukankah anda termasuk pembuat-pembuat bidaah? Sedangkan setiap bidaah adalah sesat mengikut kata buku anda? Percayalah bahawa penipuan besar oleh Wahabi kepada orang Islam ialah menuduh Umat membuat bidaah padahal sebenarnya Wahabi itulah (Mubtadi'ah) yakni pembuat bidaah. Umpama ahli sihir yang telah menuduh orang lain mensihirkannya padahal dialah tukang sihir itu. Atau pencuri yang buat cerita kononnya orang lain mencuri.

*SEBAB 6*

Di Mekah,tentulah kita mencari Rasulullah SAW. Pergi pun atas pimpinannya.Kalau Baginda Rasul tiada, Rumah Allah itu dipenuhi berhala-berhala sahaja. Walaupun sudah wafat tapi Allah telah menamakan
Rasulullah Nabi kepada Umat yang datang selepas kewafatan Baginda. Ertinya dia sedang menjadi Nabi kita.Tiada Nabi lain lagi,melainkan Muhammadlah Nabi kita.Wahabi tentulah alim sangat tentang hal-hal ini,menolak kenabian Muhammad selepas kewafatannya adalah bidaah sebesar-besarnya. Tapi mana dia
Rasulullah SAW di Kampung Kelahirannya itu? Mana dia wahai Wahabi? Aku menangis di sini untuk pengatahuan Mu!

Sedihnya hati kami kerana:

i) Datang ke Kaabah, Muhammad SAW Nabi kami itu tidak disebut-sebut orang. Tidak kedengaran orang berselawat sebelum sembahyang. Pada sembahyang tanpa selawat umpama bunga tiada wanginya.

ii) Rumah tempat lahirnya, rumahnya bersama Siti Khadijah dan anak-anaknya dan lain-lain kesan peninggalannya, tiada lagi. Ditutup dan dilarang membesar-besarkan atas alasan bidaah. Dihalaulah siapa-siapa yang ingin melepas rindu dan berdoa untuk tempat-tempat yang agung itu.Padahal Tugu Negara dipuja orang, patung-patung pemimpin dunia ribuan tahun dulu dibesarkan orang.Tak mungkin tentang Rasulullah SAW orang boleh melupakannya. Sampai begitu sekali Umat Islam dibodohkan oleh Wahabi.
Bidaahkah seseorang merindui nabi, orang yang paling berjasa dalam hidupnya? Bidaahkah sejarah Islam dibanggakan?Tidak bidaahkah orang- orang yang memisahkan Nabi dari kampungnya dan dari Umatnya? Jangan berbohong lagi wahai Wahabi, bahawa sesungguhnya Allah dan Rasul telah kau kuburkan di Kampung Halaman mereka.Islam sudah kau tukar sama sekali keasliannya atas nama AIQuran dan
Hadis.

Kebencian mu kepada Islam kepada Allah dan Rasul sudah cukup terserlah di tanah tempat lahirnya mereka itu. Sudah kau corak tanah tumpah darahnya itu dengan sesuatu yang cukup menyakitkan kami wahai Wahabi!

Orang Islam mencari Allah dan Rasul di Kaabah. Walhal di Kaabah mana ada lagi semua itu.Yang ada ialah Tanah Perkuburan Islam yang di penuhi oleh penipu-penipu dan para penzina! Maka tunggulah saja detiknya yang pasti tiba untuk kamu menerima hukuman atas kesalahan yang sangat besar ini. Janji Allah kepada mu pasti berlaku.

*SEBAB 7*

Di Madinah, memang ada Masjid Nabi yang hebat binaannya dan Maqam Baginda Rasulullah SAW yang cukup besar.Tahniah dan terima kasih kerana membesarkan tempat kecintaan kami. Tapi masjid itu telah dilacurkan,maqam itu telah kau hinakan. Ertinya kau hadiah kereta kepada kami untuk kehormatan anak
perempuan kami kau binasakan. ltulah bandingan kebaikan mu itu ya Wahabi.

Sakitnya hati sepanjang berada di Madinah, di kedua-dua tempat mulia. Tentu kau tahu mengapa dan untuk apa? Cukuplah sudah pembohongan keatas Umat Islam yang kau buat sekian lamanya itu. Cukup dan cukup. Masa utk pembebasan Haramain sudah tidak dapat dielakan lagi. Allah pasti menghantar orang-orang Nya untuk Futuh Mekah kedua.

*SEBAB 8*

Rumahtangga orang Islam adalah syurga mereka di dunia ini. Yakni orang Islam yang benar-benar meniru Sunnah Nabi dalam tatacara berkeluarga. lsteri taat, suami bertanggungjawab, Allah dan akhirat menjadi matlamat perjuangan rumahtangga mereka.

Disinilah yakni diMadinah dan di Mekah Tanah Haram,disekitar Masjid Nabi dan Masjidil Haram inilah Nabi dan Para Sahabat praktis poligami indah didalam keluarga mereka. Menyebabkan seluruh etnik Arab menyerahkan kepimpinan kepada Nabi dan Para Sahabat sambil berkata: Poligami sesuatu yang bagi kami
terlalu sukar,sekalipun hanya dalam bentuk kata-kata,tapi bagi kamu ia berjalan dengan begitu indah sekali wahaiMuhammad,maka kepadamu lah kami serahkan Negara ini dan bangsa ini untuk kau pimpin dan selamatkan: Maka dengan kata-kata itulah warga Mekah telah menerima kepulangan Baginda ke
Mekah serta menyerahkan kepimpinan kepada Islam.ltulah rahsia Futuh Mekah.

Siapa kata poligami terpencil. lalah penentu apakah benar Islam itu penyelamat. Kami adalah orang-orang yang telah selesai membina poligami indah dikalangan 313 orang lelaki bersama 1,000 orang isteri-isteri mereka dan 10,000 anak yang sudah dan sedang membesar.

Demikianlah Islam yang datang dari Allah dan Rasul itu dapat dibuktikan perlaksanaannya oleh pejuang-pejuangnya. Kamu bagaimana Wahabi?

Mekah dan Madinah sekarang di dalam perintahmu, adakah sudah berulang sejarah AI Quran dan Hadis tanpa bidaah itu? Atau sedang berlangsungnya bidaah sebesar-besarnya di Mekah dan Madinah, dikalangan masyarakat wahabiini, dalam hal rumahtangga mereka,yakni gelanggang tempat berpestanya penentang poligami? Taat dan patuhkah isteri-isteri kepada suami mereka? Atau tendang terajangkah mereka semua di rumahtangga mereka? Kau jawablah wahaiWahabi reality dari AI Quran dan Hadis tanpa bidaah yang kau
perjuangkan di Haramain ini?

*SEBAB 9*

Hudaibiyah adalah tempat sejarah yang pasti dilawati oleh sesiapa yang ke Mekah.Kejadian yang merupakan strategi paling licik oleh Allah dan Rasul keatas para penentangNya. Perjanjian yang dibuat untuk menipu Allah dan Rasul akhirnya menjadi senjata makan tuan. Islam menang besar hasil menandatangani perjanjian Hudaibiyah oleh Rasulullah SAW terhadap Kafir Quraisy. Sedangkan sejarah Ashabul Kahfi pun masih dibesarkan orang di Amman,inilah pula Hudaibiyah.

Sepatutnya tentulah sebuah muzium besar yang cukup gah dibangunkan di sekitar tempat kejadian terutama perigi dimana Rasulullah SAW meludah kepadanya hingga keluar air!

Tapi kenapakah Wahabi telah biarkan tempat itu menjadi tempat bakar sampah sahaja.Tulisan kecil pun tiada menunjukan itulah tempatnya. Alasan apakah yang boleh mengubat luka hati kami ini wahai Wahabi terhadap perbuatan mu kepada nabi kami? Kenapa kamu benci sangat kepadanya?

*SEBAB 10*

* *

Merenung semula tulisan kamu yang begitu besarkan AI Quran dan Hadis, kami merasakan ada sesuatu muslihat didalamnya wahai Wahabi! Kau ada kereta mewah cantik dan baru.Tapi kereta itu sudah tenggelam dalam banjir, enjin sudah dimasuki air. Kau pun tak mahulah kereta itu. Maka kau jual sahaja kereta
itu. Aku pun hairan kenapa kereta ini dijual murah? Ku bawalah ke tempat pemeriksaan kereta dengan computer. Maka tahulah aku masalah kamu. Maksudnya: Kau dapat Haramain bumi yang mewah, cantik dan menguntungkan.Tapi bumi ini kau benci kerana ia memusuhi mu. Maka kau pun mencari jalan
bagaimana untuk menipu tentangnya. Maka kau juallah bodynya,isinya kau rosakkan. Kau jaja kehebatan body yang enjinnya sudah kau rosakan, Islam kulit tanpa roh. Tuan punya Haramain sendiri yang beritahu aku rahsiamu ini wahai Wahabi.

Bahawa Roh Agama ialah Taqwa. Hanya orang yang dapat cintakan Allah dan rindukan Rasulullah SAW yang mampu hidupkan Agama Islam. Tapi orang yahudi yang bencikan Agama Islam menggunakan AI Quran dan Hadis untuk menghentam Allah dan Rasul. Konon tiada hubungan dengan Alam Ghaib. Konon tiada lagi
kepimpinan selepas kewafatan Nabi dan kesempurnaan AI Quran, kebangkitan Islam tiada.

Wahabi ialah ajaran yan ditaja oleh Yahudi untuk merosakan Agama atas nama Agama. Ulama-ulamanya adalah kelahiran-kelahiran yang sudah dirancang dan dibeli oleh Yahudi. Pembawa Islam teori tanpa rohnya lagi. Wahai Umat Islam mari, kita kebumikan bangkai ini bersama Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim.
Supaya Islam sebenar akan mengembalikan Haramain kepada Allah dan Rasul.

*BEBASKAN KAABAH BERSAMA IMAM MAHDI DAN PUTRA BANI TAMIM

Tiada ulasan: