BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Rabu, 1 Disember 2010

YA RASULULLAH


Ya Rasulullah
Dikaulah Sohibul Qur’an
Hebatnya rohmu
Sanggup menanggungnya
Sedang gunung pun
tak sanggup menanggungnya

Ya Rasulullah
Nur mu yang suci menyinari
Alam dan segala isinya
Nur mu adalah asal segalanya
Maka dunia hanya harmoni
Melalui pentadbiran nur mu

Ya Rasulullah
Ketika nur mu zahir
Ke alam musyahadah
Melalui jasad mulia
Menangislah seluruh isi alam
Merindukanmu

Ya Rasulullah
Bila nur mu kembali
Ke alam ghaib
Yakni semasa wafat
Menangislah segala makhluk
Alam musyahadah ini

Ya Rasulullah
Dirimu jadi rebutan
Antara langit dan bumi
Antara malaikat dan manusia
Antara dunia dan akhirat
Juga alam nyata mahupun ghaib

Ya Rasulullah
Dikaulah penghulu
Segala sohibuzzaman
Segala mujaddid
Segala aulia’
Dari kalangan umat ini

Ya Rasulullah
Dikau pemimpin kami
Yang sering menangisi
Iman kami yang lemah
Lantas dikau utuskan
Mujaddid penyelamat

Ya Rasulullah
Kini akhir zaman tiba
Manusia sedang huru-hara
Tuhan sudah dilupakan
Ajaranmu ditinggalkan
Kasih sayang sudah hilang

Ya Rasulullah
Kerana kasihmu maka
Dikau utuskan lagi
Penyelamat umat ini
Abuya Fata At-Tamimi
Dan Sayyidi Imam Mahdi

Ya Rasulullah
Walaupun nur mu itu ghaib
Namun nur mu menjadi
Penyelamat umatmu
Penyelamat manusia
Dari Dajal dan pengikutnya

Ya Rasulullah
Terima Kasih kerana
Memilih Negara kami
Malaysia tercinta ini
Sebagai tapak daulah
Khilafah Islamiyah kedua

Ya Rasulullah
Maafkan dosa kami
Kerana telah  meninggalkan
Ajaranmu yang suci
Sunnahmu yang mulia
Dan nasihat panduanmu

Ya Rasulullah
Sudilah ampuni kami
Jangan tinggalkan kami
Kami perlukanmu
Kaulah sumber segala rahsia
Kaulah penawar segala penyakit

Ya Rasulullah
Terimalah salam rindu kami
Walapun kami lemah lagi hina
Terimalah kami wahai rasul
Kekasihnya kekasih Agung
Penghulu segala makhluk

Tiada ulasan: