BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Jumaat, 4 Februari 2011

Bentuk Fitnah Dajjal

Bismillahirrahmanirrahim


Artikel ini ditulis dengan penuh rasa kehambaan dan kehinaan dimana harapannya tidaklah untuk menyanggahi Imam Mahdi, Abuya dan Rasulullah saw. Harap-harap artikel ini memang adalah ilham Allah melalui para kekasihNya

Bahawa Imam Mahdi telahpun zahir bersama Putra Bani Tamim di Mekah pada musim haji lepas. ini bermakna Dajjal pasti akan zahir mengiringi kezahiran Imam Mahdi dan Nabi Isa as pasti zahir akan mengiringi kezahiran Dajjal 


Imam Mahdi pasti akan menguasai Baitul Maqdis dan Dajjal pula akan terlepas dari rantaiannya. Ketika mula-mula dajjal keluar dia tidak akan dikenali manusia. Dia akan muncul sebagai manusia paling alim dan paling berakhlak di zamannya. manusia akan tertawan dengan ilmu dan akhlaknya. Jika dia berhujah dengan Al-Quran dan Hadis maka manusia akan yakin bahawa dia adalah di pihak yang benar. setalah manusia mula menerimanya maka dia pun mengisytiharkan dirinya sebagai Imam Mahdi iaitu sesudah dia meniru peristiwa kemunculan Imam Mahdi yang disebut-sebut dalam hadis mengikut kefahaman ulama' Islam dan orang awamnya. Dajjal itu  kerjanya menyamar dan dia pasti akan menggunakan konco-konconya dari kalangan jin dan manusia untuk menjayakan misi ini.Dia akan menyaingi Imam Mahdi yang asli yang menguasai Baitul Maqdis ketika itu. jika berlaku yang demikian hendaklah yakin bahawa Imam Mahdi yang sebenar-benarnya adalah yang lelaki yang menguasai Baitul Maqdis iaitu Sayidi Syeikh Muhammad Bin Abdullah As-Suhaimi bersama Putra Bani Tamim Abuya. Ingatlah bahawa Dajjal itu sesungguhnya tak diizinkan memasuki Baitul Maqdis dan Masjidil Aqsa.hanya Yahudi sahaja yang menyembunyikan hakikat ini bagi membantu misi Dajjal Messiah mereka.


Ketika itu manusia akan keliru hingga tak mampu mengenali kebenaran kerana hebatnya fitnah itu. Orang yang hatinya berhubung kuat pada Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim yang terselamat. Ketika itu turunlah Nabi Isa as dengan perintah Allah dan Rasulnya, Muhammad saw di Masjid Umawi Damsyik namun dia tidak mengisytiharkan dirinya lagi. Turunnya Nabi Isa as ini hanya disambut oleh Imam Mahdi bersama orang-orang penting sahaja. Nabi Isa as ditugaskan untuk memburu Dajjal untuk menamatkan riwayatnya. Ketika peristiwa ini diketahui dajjal maka Dajjal pun mengiytiharkan bahawa dirinya adalah Nabi Isa as. Maka tertipulah orang kristian dan sebahagian besar dunia dalam genggamannya.


Setelah usahanya berhasil dan ramai manusia mengikutinya maka Dajjal pun akan mengiystiharkan dirinya tuhan. ketika inilah wajahnya yang sebenar akan kelihatan dan di dahinya akan bertanda Kaf fa ra.  40 hari lamanya dia menjadi tuhan di dunia dan lamanya lebih kurang setahun lebih mengikut ukuran kita. Hanya Mekah, Madinah dan Baitul Maqdis sahaja yang tidak mampu dimasukinya. Begitu juga Bukit Tursina. Namun yang demikian dia mampu mengeluarkan manusia dari tempat-tempat tersebut.Ketika ini manusia akan derita dengan sebesar-besar penderitaan kerana ketika ini tanda-tanda besar kiamat sedang disempurnakan. manusia akan mengalami kebuluran yang nyata. hanya pengikut dajjal sahaja yang tidak mengalaminya sebagai istidraj. 

Dajjal akan mengepung Imam Mahdi dan pengikutnya di Baitul Maqdis. Ketika Imam Mahdi hendak mengimamkan solat subuh hari terakhir kekuasaan Dajjal maka Nabi Isa as pun muncul di Masjidil Aqsa lantas menjadi makmum. Apabila dua pintu Masjidil Aqsa yang selama ini ditutup dibuka dan Dajjal melihat Nabi Isa as bersama-sama kaum Muslimin maka Dajjal pun menjadi lemah lalu berpura-pura beriman. Namun taktiknya kali ini tak menjadi lantas dia pun melarikan diri. Namun Nabi Isa as mengejar hingga ke gerbang Lud, iaitu lapangan terbang yang berada di Israel sekarang lantas dibunuh. ketika itu manusia mula sedar akan kesilapan mereka dan kaum Yahudi akan dihapuskan dari muka bumi ini. Ketika inilah bumi menjadi aman makmur semula. Imam Mahdi dan Nabi Isa as akan bekerjasama membangunkan empayar Islam ketika itu.



Artikel ini adalah dari seorang hamba Allah yang Allah kurniakan Ilham padanya. Identiti hamba Allah ini dirahsiakan dengan kehendaknya sendiri. beliau mempunyai banyak firasat yang mana kebanyakannya telah menjadi kenyataan. antara firasatnya yang menjadi kenyataan ialah Abuya tidak akan zahir melainkan lepas raya haji. firasat ini diperoleh pada hari raya puasa lepas.

Apa yang ditulis hanyalah kefahamannya terhadap-hadis-hadis akhir zaman dan boleh jadi kurang tepat mengikut kehendak Allah. wallahua'lam

Tiada ulasan: