BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Isnin, 7 Februari 2011

Hakikat Haikal Sulaiman

Di penghujung hayat Nabi Daud as, Allah memerintahkan baginda as menjadikan Baitul Maqdis sebagai masjid. Baitul Maqdis telah lama ditingggalkan tanpa seorang pun yang menjadikannya sebagai Masjid sejak kewafatan Nabi Yaakub as. Nabi Daud as pun membina Baitul Maqdis mengikut perintah Allah namun baginda wafat sebelum sempat  menyiapkannya. Baginda as mewasiatkan puteranya Nabi Sulaiman as meneruskan kerja-kerja pembangunan Baitul Maqdis. Baginda as pun mengerahkan seluruh manusia dan jin di bawah kekuasaannya menyempurnakan binaan Baitul Maqdis. Setelah selesai, baginda as melakukan majlis kesyukuran atas sempurnanya perintah Allah. 


Namun beberapa tahun sesudah pemerintahan tanpa disangka kaum Bani Israel telah melakukan pengkhianatan terbesar terhadap Allah dan rasulnya iaitu mereka telah mempelajari sihir yang diajarkan syaitan  kepada mereka. Nabi Sulaiman as menjadi murka lantas para pengamal sihir dihukum, kitab-kitab sihir di rampas manakala syaitan-syaitan dan jin-jin telah dihukum dengan satu hukuman berat. Baginda as telah memerintahkan jin dan syaitan membangunkan sebuah masjid di luar kota Yarussalam [Jerusalem] di bawah pengawasan baginda as. Maka bekerjalah jin dan syaitan siang malam menyiapkan masjid tersebut. Namun baginda wafat semasa mengawasi jin dan syaitan melakukan kerja dalam keadaan berdiri. Jin dan syaitan tak tahu menahu akan hal ini. Setelah pembinaan masjid hampir sempurna maka Allah memerintahkan anai-anai memakan tongkat baginda as lantas jasad baginda as pun rebah ke bumi. Melihat hal yang demikian jin dan syaitan menyesali diri mereka kerana tak tahu akan perihal yang ghaib. 

Dengan rasa tak puas hati syaitan menghasut kaum Bani Israel mengamalkan kembali sihir dan menjadikan masjid tersebut sebagai Kuil lantas mereka menamakannya Haikal Sulaiman.  Perbuatan mereka telah mendapat kemurkaan Allah lantas Allah utuskan Raja Babilon, Nabuchadnezar menyerang kedua-dua Negara Bani Israel iaitu Israel dan Yahuda, iaitu Palestin yang berpecah selepas kewafatan Nabi Sulaiman as. Kaum Bani Israel ditawan dan dijadikan hamba di Babilon. Haikal Sulaiman dihancurkan. Namun kaum Bani Israel sempat menanam buku sihir mereka di bawah Haikal Sulaiman. Negara mereka hancur rata yang teguh berdiri adalah Baitul Maqdis. Semasa dalam tawanan mereka telah mengubah kitab taurat dan mecipta Talmud. Setelah Babilon ditewaskan Cyrus, kaum bani Israel kembali ke Palestin. Sebahagian dari mereka bertaubat manakala sebahagian yang lain terus melakukan perbuatan keji mereka. Haikal kedua dibangunkan oleh Herod. pelbagai  Nabi diutuskan namun kaum Bani Israel enggan menuruti ajaran para Nabi mereka bahkan membunuh para nabi yang diutuskan. 

Para Nabi, rasul dan solehin meneruskan khidmat di Baitul Maqdis dan antara solehin yang berkhidmat di Baitul  Maqdis ialah Maryam as. Setelah Nabi Isa as diutuskan kaum Bani Israel enggan bertaubat dan tunduk pada ajaran Nabi Isa as. Akibatnya kaum Bani Israel dilaknat Nabi Isa as. Kaum Yahudi berusaha memujuk maharaja rom ketika itu supaya membunuh Nabi Isa as. Akhirnya di saliblah murid Nabi Isa as yang khianat manakala Nabi Isa as selamat diangkat ke langit. Setelah beberapa tahun Nabi Isa as diangkat ke langit maka Alah telah menggerakkan seorang Maharaja Rom, Titus merobohkan Haikal Herod. Kaum Bani Israel telah ditawan dan dibawa ke Rom sebagai hamba Abdi.  Binaan Baitul Maqdis kekal berdiri hinggalah zaman Nabi Muhammad saw iaitu kira-kira selama 1500 tahun. Ketika itu Rom telah kalah pada Parsi atas bantuan Yahudi dan setelah 9 tahun Rom Berjaya mengalahkan Parsi. Ketika itu Rom telah meruntuhkan semua di bawah kekuasaan Yahudi termasuk Baitu Maqdis. Ketika Islam menakluk Yarussalam [Ilya’ ketika itu/Jerusalem sekarang] dibawah pimpinan Saidina Umar ra, beliau ra bersama-sama sahabat yang lain telah membersihkan kawasan Baitul Maqdis yang dijadikan sebagai tempat pembuangan sampah oleh Rom lalu membangunkan kembali Baitul Maqdis. Pembangunan ini disempurankan di zaman Khalifah Abdul Malik Bin Marwan dan dinamakan Al-Haram As-Syarif.  Ketika Islam kalah di tangan pasukan Salib [hakikatnya Yahudi], Baitul Maqdis telah diubah menjadi gereja selama 80 tahun namun Baitul Maqdis kembali ke tangan Islam melalui Salahuddin Al-Ayubi Rh. Binaan Baitul Maqdis yang di sempurnakan oleh Khalifah Abdul Malik Bin Marwan teguh berdiri selama 1400 tahun hingga ke hari walaupun sudah 60 tahun Baitul Maqdis jatuh ke tangan Yahudi laknatullah. 

"Temple Mount" Jerusalem Shot From the Mount of Olives 

Disamping itu diatas runtuhan Haikal Herod mereka telah membangunkan Haikal Dajjal untuk menyambut Tuhan baru mereka Dajjal yang akan keluar tak lama lagi. Satu persoalan, adakah Binaan Baitul Maqdis akan runtuh kembali? Menurut hadis Baitul Maqdis akan runtuh di Zaman Imam Mahdi [sekarang] dan dibangunkan kembali oleh Imam Mahdi. Wallahu a'lam bissawab


Nota kaki:  Baitul Maqdis yang dimaksudkan ialah Masjidil Aqsa

Tiada ulasan: