BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Isnin, 14 Februari 2011

Qasidah Al-Qahtani Part 1

Qasidah ini ditulis oleh seorang putera dari negeri Al Qahtan (Malaysia) khusus buat nabi saw yang dirindui sempena maulidul rasul 1432 H ini.


Bismillahirrahmanirrahim

Qasidah ini di cipta buat khas untuk Rasulullah saw nabi akhir zaman sempena hari kelahiran baginda oleh umatnya yang namanya diapit oleh nama baginda dan sahabat baginda yang utama.

Inilah qasidah yang ditulis oleh umatmu wahai Rasulullah yang bernama Mohammad Sobree Abu Bakar yang lahir di negari Al-Qahtan [Malaysia]

BAB 1    KERINDUAN PADA RASULULLAH SAW

BAB 1    KERINDUAN PADA RASULULLAH SAW
………………………………………………………………………………….
*Ya Rasulullah salam buatmu
                Wahai tuan yang berdarjat mulia*
Tuan penyelamat seluruh alam
                Tuan pemegang kunci kebenaran
Kami rindukanmu rindu mendalam
                Jangan hampakan perasaan kami
Tuan manusia agung yang mulia
                Hinggakan Tuhan memuji-mujimu
Kasihmu agung tiada yang setara
                Hingga kalah kasih ibubapa kami
Tuan lapkan linangan air matamu
                Kami akan menghiburkan tuan
Kan kami cium tanganmu yang mulia
Kucuplah dahi dan pipi kami
………………………………………………………………………..
*Ya Rasululllah salam buatmu
                Kasihmu agung tiada taranya*
Tuan mengangisi iman kami
                Hingga lebam matamu yang mulia
Deritamu siapa yang tahu
                Maafkan kami  atas dosa kami
Cemasmu tiada yang peduli
                Ampunilah dosa kami wahai nabi
Kami mahu tuan sudi kembali
                Selamatkan kami dari pendusta agung
Sesaknya dada kami menanggung rindu
                Tak pernah kami rasakan rasa sebegini
Tuanlah cahaya menerangi alam
                Menerangi kegelapan hati kami
…………………………………………………………………………………….
*Ya rasulullah salam buatmu
                Cintamu suci sesuci salju*
Sabarnya tuan dengan sikap kami
                Walaupun kami selalu berkhianat
Pedih hatimu siapa yang rasakan
                mananggung duka kerana kami
Tuanlah teman sebaik teman
                Tuanlah kawan sebaik kawan
Tuan agung dan sucinya cintamu
                kasihmu walau kami tak peduli
Sedihnya hati melihat dirimu
                Sedangkan kami bersenang-lenang
luka di hati ditanggung sendiri
                luka hati kami tuan yang tanggung
……………………………………………………………………………………

*Ya Rasulullah salam buatmu
                Makammu harum memenuhi alam*
Tuan tolong syafaatkanlah kami
                Janganlah  tuan berpaling dari kami
Tuan kekasih agung Kekasih  Agung
                Tuanlah cinta agung Pecinta Agung
Sabarnya tuan dengan mereka
                Hingga nasabmu hendak dibasmi
Sanggupnya tuan dihina-hina
                Asal tiada yang menyentuh kami
Tuan makhluk terbaik di alam ini
                Tuan sebaik-baik yang berzikir
Rindunya kami  melihat wajahmu
                Janganlah tuan biarkan kami
*Ya Rasulullah salam buatmu
                Besarnya rindu pada nabi kami*

Tiada ulasan: