BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Isnin, 14 Februari 2011

Qasidah Al-Qahtani Part 2

BAB 2    KISAH KELAHIRAN RASULULLAH SAW

*ya rasulullah tuan yang mulia
                Yang bermakam di bumi  yang mulia*
Waktu lahirmu tumbanglah sudah
                Keangkuhan kaisar Parsi dan Rom
Padamnya api sembahan majusi
                Tanda lenyapnya tuhan yang batil
 Tumbangnya kubu kaisar negeri rom
                Tanda binasa keangkuhannya
Sebelum itu hancur binasa
                Abrahah dan tentera bergajah
Tanda Tuhan hendak memuliakan
                Rumah tua simbol Tuhan Asli
Malam lahirmu datanglah sudah
                Roh Asiah dan juga Maryam
Menjadi bidan kelahiranmu
                Meyambut kedatangan nabi kami
……………………………………………………………….
*ya rasulullah tuan yang mulia
                Yang dilahirkan di bumi suci*
Lahirmu umpama terbit matahari
                Yang menyinari semesta ini
Tuanlah jasad yang paling sempurna
                Belum ada yang setara denganmu
Tuanlah manusia yang ajaib
                Kerana nurmu asal segalanya
Bondamu itu tidak derita
                Ketika saat melahirkanmu
Lahirmu tunduk kepada Tuhan
                Membawa rahmat seluruh alam
Besarnya rahmatmu pada dunia
                Tempiasnya terkena pada pamanmu
Besarnya rahmat Tuhan padamu
                Dinamakan mu Muhammad terpuji
*Betapa gembira hati kami
                Menyambut hari kelahiranmu*

Tiada ulasan: