BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Rabu, 16 Februari 2011

Qasidah Al-Qahtani Part 5


BAB 5    KEHIDUPAN DI MADINAH

*Wahai tuan selawat dan juga salam
                Keatasmu sepenuh alam maya*
Selamat datang diucapkan
                Buat pesuruh Tuhan yang Agung
Ke negeri Yathrib bumi terpilih
                Bumi yang berkat dan penuh rahmat
Tuan berteman sahabat sejati
                Itulah dia Abu Bakar As-Siddiq
Sebelum tiba ke negeri hijrah
                Singgah di Quba’ dibina masjid
Hadirmu disambut dengan meriah
                Penduduk yang sungguh rindukan tuan
Tuan dilantik menjadi pemimpin
                Tertubuhnya satu daulah Islami
Aus dan Khazraj pun disatukan
                Menjadi kaum yang bernama ansar
Kaum muhajirin dan juga ansar
                Bersatu padu bekerjasama
Negeri berkat diubah namanya
                Kota Madinah Al-Munawwarah
………………………………………………………………………………

*Wahai tuan selawat dan juga salam
                Keatasmu yang asal dari mudhar*
Kaummu sangat bencikan tuan
                Diundang tuan ke medan perang
Perang pertama Badar namanya
                Perang ajaib dalam sejarah
Tiga ratus dan juga tiga belas
                Pasukan muslimin yang berjuang
Dibantu oleh para malaikat
                Diutus Tuhan untuk berjuang
Perang kedua di medan uhud
                Kaum Muslimin yang pula kecundang
Kerana tidak taat perintah
                Tuan yang bijak sebijak bijaknya
Perang ketiga khandak namanya
                Sempena taktik membina parit
Ilham diberi Salman Al-Farisi
                Putera dari negeri parsi
Kaummu terkejut dengan taktik ini
                Namun mereka tak berputus asa
Lalu diutus satu ribut pasir
                Yang telah membuat musuh lintang pukang
………………………………………………………………………………

*Wahai tuan selawat dan juga salam
                Buatmu nur yang sentiasa ada*
Tuan sangat dibenci Yahudi
                Dendamnya mereka kepada tuan
Kerana tuan dari bangsa arab
                membaca dan menulis tidak perlu
Mereka harap nabi akhir zaman
                Diutus di kalangan bangsanya
Dendam bertambah apabila tuan
                Mengubah kiblat tempat tumpuan
Rumah suci adalah kiblat mereka
                Tuan ubahnya ke Rumah haram
Mereka khianat demilah khianat
                Lalu diusir dari negeri tuan
Tanpa disangka sangguplah mereka
                Bersekutu dengan iblis terlaknat
*Itulah kisahnya dendam Yahudi
                Ke atas tuan dendam yang abadi*

Tiada ulasan: