BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Rabu, 16 Februari 2011

Qasidah Al-Qahtani Part 6


BAB 6    PEMBUKAAN KOTA MEKAH

*Tuanku selawat dan juga salam
                Berkatnya nabi utusan akhir zaman*
Rindunya tuan pada tanah suci
                Sekian lama tinggalkan kampungmu
Nabi dan para teman yang setia
                Umrah menyahut seruan Illahi
Kaummu yang dihasut hasad dengki
                Cuba menghalang kepulanganmu
Lalu diutus temanmu yang setia
                Yang memiliki dua kemuliaan
Untuk berdamai dengan para musuhmu
                Namun ditahan jadi tawanan perang
Tuan para sahabat mahu membela
                Hingga gentarnya hati para musuhmu
Lalu dimateraikan satu janji setia
                Dimateraikan di desa hudaibiyah
Namun kaummu telah mengkhianatinya
                Kerana tahu mereka yang kecewa
……………………………………………………………………………………
*Tuanku selawat dan juga salam
                Buatmu junjungan besar akhir zaman*
Tuan mengerah seluruh sahabatmu
                Menyerang Mekah yang sangat dirindu
Kaummu itu menjadi gentar
                Mendapat tahu hadirnya pasukanmu
Lalu diutus Abu Sufyan
                Untuk mengelak pertumpahan darah
Tuhan pun membuka pintu hatinya
                Untuk menerima agama yang mulia
Maka selamatlah bumi tanah suci
                Dari pertumpahan darah yang ngeri
Lalu tuan membawa pasukan tuan
                Memasuki kampungmu yang dicintai
Masuknya tuan ke kampung tuan
                Penuh aman tanpa jeritan ngeri
Kaummu yang takut sedia dihukum
                Menunggu jawapan keputusan tuan
Lalu tuan lontar kata-kata hikmat
                Yang mengubah hati kaum tuan
Tuan berkata mereka dimaafkan
                Betapa agungnya kemaafan tuan
*Itulah kisah yang diabadi
                Dalam sejarah hidup manusiawi*

Tiada ulasan: