BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Rabu, 16 Februari 2011

Qasidah Al-Qahtani Part 7


BAB 7    RASULULLAH SAW KEMBALI KE ALAM ROH

*Ya rasulullah selawat dan salam
                Buatmu Taha kekasih Allah*
Di satu hari benuh bersejarah
                Tuan berkhutbah memberi ingatan
Lalu turunlah wahyu buat tuan
                Agama kita telah disempurna
Lalu gembiralah seluruh sahabat
                Sedikit sahaja yang bersedih
Sedih kerana mereka tahu
                Saat perpisahan sudah makin hampir
Lamanya tuan menanggung derita
                Racun yang ada dalam jasad tuan
Racun yang diberi Yahudi dengki
                Tujuannya untuk membunuh tuan
hebatnya derita yang ditanggung tuan
                demi menyebarkan syiar agama
…………………………………………………………………………………….
*Ya Rasulullah selawat dan salam
                Buatmu Yasin kekasih Allah*
Di satu pagi yang sungguh hening
                Baginda senyum pada sahabat
Tanpa disangka di hari yang hening
                Hari terakhir untuk bersama tuan
Derita tuan mencapai puncaknya
                Tibalah masa untuk kembali
Peluh mengalir dari tubuhmu
                Sungguhnya harum memenuhi bumi
Tuan dikelilingi sahabat setia
                Dan juga keluarga yang dicintai
Lau terdengar satu ketukan
                Datangnya sang pemisah jasad nyawa
Turun bersama sang Ruhul kudus
                Tak sanggup melihat penderitaanmu
……………………………………………………………………………………
*Ya Rasulullah selawat dan salam
                Buatmu Ahmad nabi akhir zaman*
Tuan bertanya apa bahagianmu
                Sang Ruhul kudus pun memeberi khabar
Para malaikat siap menantimu
                Pintu syurga terbuka luas untukmu
Namun bukan itu tuan mahukan
                Tuan bertanya tentang nasib kami
Ruhul kudus pun beri khabar gembira
                Syurga diharam umat yang lain
Sebelum kami masuk lebih dahulu
                Tanda kemualiaan paa diri kami
Lalu dicabut roh dari jasadmu
                Betapa perit derita yang ditanggung
Tuan berkata betapanya derita
                Tuhan timpakanlah rasa sakit ini
Yang bakal ditimpakan pada diri kami
                Kepada tuan yang mulia ini
Solat itulah wasiat terakhirmu
                Di akhirnya tuan menyebut kami
Betapa kasihnya tuan pada kami
                Kasih suci yang tetap kekal abadi
*Betapa agung cintamu pada kami
                Tak mampu kami untuk membalasnya*

Tiada ulasan: