BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Sabtu, 26 Februari 2011

Ummu Jah wanita luar biasa?

Fisioterapi minda: Umi Hafilda, Ummu Jah dan Rosmah Mansor

Teks/Foto Norzah bte Kepol
 

TANGGAL 24 Januari selepas menghantar satu SMS ringkas kepada bekas calon Ketua Puteri UMNO pertama Umi Hafilda Ali mendapat jawapan daripada wanitaterbabit masih kekal tonasi suara dan sifat mesra alamnya. Lebih dari itu menjelang waktu Maghrib hari vang sama, Umi Hafilda meluangkan masa menelefon serta menielaskan beberapa perkara vang menjadi persoalan umum antaranyu kenapa tiba-tiba beliau menganmbil tindakan menyaman Datuk Seri Anwar, Azmin, Datin Seri Dr Wan Azizah, Karpal Singh dan Parti PAS sebanyak 700 juta? Adakah beliau ingin meraih populariti percuma, dibayar oleh pemimpin tertentu dalam UMN0? Atau ada sesetengah pihak mendakwa Umi Hafilda membuat tindakan nekad begitu kerana faktor dikelilingi hutang piutang?

Tangkas sahaja wanita ini memberikan jawapan kepada setiap persoalan yang diutarakan kepada beliau. Ada jawapan yang boleh disiarkan dan banyak juga terpaksa dirahsiakan bimbang pelbagai persepsi masyarakat. Katanya, antarasebab dia muncul kembali di persada politik nasional kerana tidak tahan dengan pembohongan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mahumendedahkan isu liwat Ketua Umun Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga ke lubang cacing. Dia juga melontarkan perasaan marah kepada Ahii Parlimen Gombak yang juga abang kandungnyaAzmin Ali yang terus mempertahankan Anwar dan mendoakan Tun Dr Mahathir tersungkur. Umi Hafilda mengakui tindakannya itu tidak didalam oleh sesiapa waima diberikan satu sen sekalipun. Dia berbuat begini kerana kepentingan agama, bangsa dan negara. Berkali-kali juga beliau menegaskan tiada sesiapa di belakangnya selainAllah taala sentiasa berada di sisinya.
Bagi sesiapa sudah mengenali Umi Hafilda boleh mengesani tidak banyak perubahan sikap Umi Hafilda yang pernah menggemparkan negara pada 1997 dengan Umi Hafilda yang tiba-tiba muncul mutakhir ini. Gaya dan perbualannya masih tetap sama dan pendiriannya berkenaan salah laku seks Anwar masih tidak berubah dan tetap utuh. Selama 13 tahun menyepikan diri tidak banyak perubahan wanita berkenaan cuma bezanya hanya mengenakan selendang sekerat.

Semasa perbualan itu banyak perkara dibentangkan oleh Umi Hafilda terutamanya  berkaitan salah laku seks Datuk Seri Anwar lbrahim dan kebiadapan abangnya Azmin Ali kepada ayah angkatnya mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Umi Hafilda turut menceritakan tekanan yang dilaluinya semasa membongkar salah laku Anwar pada 1997. Dia pernah digelar wanita jalang, sundal dan berbagai lagi berekoran keberanian mendedahkan salah laku Anwar dan abangnya Azmin. Namun itu semua tidak menggentarkannyakerana sentiasa percaya bahawa kebenaran itu akan terpancar jua akhirnya. Kita tidak bercadang mahu terlibat dalam konflik emosi wanita bernama  Umi Hafilda tetapi sekadar bertanya denganWanita dan PuteriUMNO apakah mereka rnempunyai pemimpin dalam pergerakan itu seberani dan selantang Umi Hafilda? Jangankan ramai kalau ada 10 wanita seperti Umi Hafilda sudah tentu hasrat Wanita UMNO mendapatkan lebih kuota suara wanita sebagiai pembuat  dasar akan tercapai secara tuntas. Siapa yang mahu mendengar suara-suara pemimpin Wanita dan Puteri UMN0 yang lembik dan tidak bermaya? Siapa yang mahu mendengar suara-suara pemimpin Wanita dan Puteri mengampu atau sekadar menjaga hati? Sesekali kena besarkan volum suara supaya apa yang wanita mahukan didengar oleh Presiden parti. Zaman sekarang sudah tidak sesuai lagi gunakan perumpamaan tangan wanita menghayun buaian boleh menggoncang dunia sebaliknya pendekatan mutakhir ini kalau pucuk pimpinan tidak mahu dengar suara wanita jangan hadir mesyuarat dan mogok kempen dari rumah ke rumah dalam pilihan raya kecil atau umum. Biar ahli UMNO lelaki saja yang berkempen untuk menangkan parti! Ini bukan arahan tetapi sekadar fisioterapi minda Wanita UMNO.

Berbalik kepada Umi Hafilda, mungkin ada sebab mengapa Umi Hafilda menjadi selantang dan seagresif ini. Sejak 13 tahun dahulu Umi Hafilda pernah berkali.kali menyatakan tindakannya membongkar salah laku Anwar tidak pernah dibayar atau ditaja oleh mana-mana pihak termasuk Dr Mahathir. Dia melakukannya atas kerelaannya sendiri atas rasa tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. Dalam soal ini ada juga yang bertanya adakah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri tidak berjuang untuk kepentingan agama, bangsa dan negara? Tetapi kita enggan mengulas lebih lanjut apa yang ada dalam kotak fikiran Umi Hafilda sekadar mahu bercerita beberapa nama wanita hangat diperkatakan ralryat mutakhir ini.
Selain Umi Hafilda, ada seorang ' wanita lagi yang namanya tiba-tiba mendadak dalam bursa politik Malaysia iaitu isteri ketiga allahyarharh Ashaari Muhamad, Puan HatijahAam atau lebih mesra dengan panggilan keibuan Ummu lah. Ummu Jah merupakan isteri paling kanan yang sentiasa berada di sisi Ashaari atau Abuya dalam pertemuan-pertemuan dengan tokoh-tokoh agama, politik dan ahli perniagaan Asia dan seluruh dunia. Oleh kerana Abuya menghadapi sedikit kesukaran untuk berinteraksi secara normal akibat kesihatan maka Ummu Jahlah yang akan membantu Abuya memberikan informasi dan mengeluarkan idea suaminya untuk pengetahuan orang ramai dan tetamu-tetamu yang dijemput.

http://i.ytimg.com/vi/2746WLLUQH0/0.jpg



Malah Abu Ya sendiri dalam satu pertemuan mengiktiraf  Ummu Jah sebagai salah seorang pemimpin wanita yang cekal, berani dan mempunyai idea yang hebat. Tidak keterlaluan kalau kita katakan kalau dudukkan Abuya dan Ummu Jah sebelah  menyebelah, kedua-duanya mempunyai pandangan dan idea yang satu. Kedua-duanya memang serasi dalam membincangkan topik-topik besar berkaitan politik, ekonomi, pendidikan, sejarah perjuangan Rasulullah SA.W dan sebagainya. Ketika kedua-duanya berbual jarang menunjukkan ketidak sepakatan dan seolah-olah ada idea Abuya dalam kotak fikiran Ummu Jah dan ada idea Ummu Jah dalam kotak fikiran Abuya. Begitulah keserasian yang pernah dinampakkan semasa Abuya masih hidup.


Baru-baru ini heboh sesetengah pihak mengatakan termasuk disiarkan dalam blog kononnya Ummu Jah mengumpulkan semula semua bekas jemaah Al-Arqam dengan lain tujuan menjenamakan semula pergerakan itu atau dalam bahasa ringkas melakukan transformasi dalam pergerakan itu Ummu Jah juga diberitakan sudah menganjurkan 18 kali perjumpaan yang dinamakan Sidang Parlimen Roh yang diadakan di Thailand, Jordan, Mekah dan selebihnva di Country Homes, Rawang dan Sungai Penchala. Ini membuatkan menteri di JabatanPerdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak senang duduk sehingga terpaksa mengarahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) membuat pemantaun tentang perkara ini. Yalah, mungkin suara lunak Ummu Jah boleh membuatkan lebih ramai yang tertarik kepada Islam berbanding suara Jamil Khir begitu lunak berpolitik?

Seharusnya sebelum mana-mana pihak mahu melabelkan mana-mana pertubuhan sesat dan seumpamanya buktikan dengan hujah dan nas yang bernas. Sebagai contoh dalam section yang mana Sidang Parlimen Roh itu boleh dianggap sesat? Berapa ramai pula yang terpengaruh dengan ajaran sesat ini atau benar Ummu Jah cuba menghidupkan kembali Al-Arqam kenapa tidak disoal siasat wanita besi ini? Adakah memberikan nafas baru Al-Arqam lama didakwa sesat dan mungkin nafas baru Al-Arqam lebih mengikut al-Quran menjadi satu kesalahan? Dalam konteks parti pula bagaimana UMNO dan PAS sendiri sentiasa memberikan nafas baru dalam perjuangan mereka agar sesuai dengan kehendak rakyat semasa. Mungkin daiam konteks ini Ummu Jah tidak terkecuali memberikan suntikan baru dalam perjuangannya agar jemaah dan penyokong tidak lari. Dengan adanya idea-idea baru Ummu lah akan menambat lebih ramai penyokong baru di luar sana mendekati perjuangannya.

Sebagaimana kita tahu, Al-Arqam boleh dikatakan terkenal sejak tahun 70an kerana memperkenalkan makanan halal sehingga pernah perniagaan jemaah itu disabotaj oleh pihak tidak bertanggunjawab. Siapa yang sabotaj itu biarlah menjadi rahsia. Boleh dikatakan produk-produk Al-Arqam antaranya kicap, sos, rempah, makanan basah mendapat sambutan umat Islam pada waktu itu. Ini salah satu kejayaan yang pernah Al-Arqam lakarkan di negara ini yang tidak boleh hta nafikan peranannya. Al-Arqam juga boleh dianggap sebagai antara pelopor menghasilkan produk penerbitan Islam di negara ini. Banyak buku-buku agama diterbitkan oleh anggota pergerakan ini sehingga mampu menarikminat orangramai agar mendekati Islam.

Seperkara lagi tentang kelebihan jemaah Al-Arqam iaitu keatiflan inovatif mencipta nama aktiviti dan program yang dianjurkan dengan tujuan menambat hati orangramai. Sidang parlimen Roh bolehlah dianggap satu jenama program yang baru dikenalkan oleh Ummu Jah selepas penubuhan Kelab poligami lkhwan pada 2009. Malah Ummu Jah dan madunya Umu Ain pernah menganjurkan program,  Surat Kepada Rasulullah S.A.W dan sebagainya. Ummu Jah juga membuka langkah berani yang tidak disenangi oleh kebanyakan wanita di negara ini apabila menghasilkan buku.'lndahnya Poligami'. Jadi apalah yang kita nak hairankan pasal Ummu Jah antara lain kegemarannya suka bertukar-tukar pandangan dengan orang ramai pasal ideanya. Tiada sesiapa pun perlu takut atau merasa bimbang dengan Ummu Jah kerana terserlah watak keibuan dan kepemimpinan apabila berinteraksi dengan orang ramai.

Kebanyakan kita antaranya pernah menemui suami berpoligami yang keluarganya berantakan dan madu-madunya tidak boleh bertegur sapa. Berlainan dengan Abuya berjaya mendidik keempat-empat isterinya dengan baik sehingga mereka boleh duduk serumah bersama-sama. Malah Umrnu Iah sendiri dalam beberapa program boleh berdiri bersama-sama dengan madu-madunya yang lain. Inilah rnembuktikan salah satu kecekalan wanita bernama Ummu Jah. Tetapi bila pihak agama Islam mengatakan wujud tanda-tanda Ummu Jah menjenamakan semula AJ-Arqam tidak menjadi satu kesalahan kecuali dapat dibuktikan kebenarannya ianya sesat. Jika Ummu Jah berjaya mengumpulkan lebih 2,000 jemaah dalam satu program dan perjumpaan dinamakan Sidang Roh Parlimen ini membuktikan orang ramai masih yakin dengan bakat dan kepemimpinan wanita ini. Memang tidak dinafikan antara kelebihan Abuya dan Ummu Jah sendiri dari segi PRnya? Pernahkah UMNO bertanya dengan pemimpinnya berapa ramai sudah berjumpa dan minum teh dengan keluarga Abya? Malah Tan Sri Sanusi Junid sendiri pernah merasmikan salah sebuah sekolah bekas jemaah Al-Arqam iaitu Sekolah Menengah At-Tahali di Country Homes (sudah tutup) semasa Abuya hidup. Sanusi Junid juga mempuniai hubungan cukup akrab dengan Abuya, Ada juga beberapa pemimpin UMN0 antaranya si polan... si polan dan si polan juga pernah bersua muka dengan Abuya dan Ummu Jah. Selepas berjumpa dengan Abuya tidak pula pemimpin UMNO dimakudkan mendakwa Abuya atau Ummu Jah sesat?
Sememangnya selepas kematian Abuya pada 13 Mei 2010 tiada siapa mampu menjadi penggantinya kecuali Ummu Jah memiliki ilmu sehebat suaminya. Ummu Jah bukan sebarangan wanita pernah diuji dengan pelbagai cabaran termasuk pemah ditahan dibawah lSA. Namun semangatnya tidak pemah luntur untuk memperjuangkan Islam dan empayar pemiagaan yang pernah dibina oleh Abuya.

Kita kena ingat kalau roboh empayar perniagaan syarikat Rufaqa siapa yang akan menanggung ahli keluarga Abuya? Muktahir ini ada pihak mendakwa Ummu Jah menginap di salah sebuah banglo 18 bilik di Hararnain , Mekah bersama-sama lapan anaknya di sana dengan sewa bulanan sebanyak RM20,000. Hebat tak hebatnya Wanita ini sehingga mampu mencairkan hati-hati masyarakat tuab di sana. Yang peliknya kenapa pihak di sini terlalu beriya -iya mahu menyiasat UmmuJah. Jika benar beliau mempunyai Restoran Ashaari di Mekah dan Jordan apa salahnya daripada beliau mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menampung anak-anak tiri, cucu cicit yang ditinggalkanAbuYa. lebih baik beliau membuka restotan di Jordan dan Mekah dari di Malaysia sudah tentu terdapatnya halangan dan tentangan. Silap haribulan restoran diarahkan tutup kerana didapati mengembangkan ajaran sesat. Sesat yang bagaimana? ]awapan menteri biasalah akan memantau dan menyiasat. Itulah jawapan-jawapan stereo type yang selalu kita dengar. Namun tidak dijelaskan setakat mana pengajaran Ummu ]ah menyesatkan akidah dan sebagainya.
Dalam soal ini bukan kita berniat untuk mempertahankan Ummu Jah tetapi berasa hairan dan tertanda tanya selepas Al- Arqam diharamkan pada 1994 apakah usaha dan pendekatan dilakukan oleh Mailis Agama lslam dalam memberikan kefahaman Islam sebenar kepada jemaah Al-Arqam yang didakw'a sesat ini? Adakah JAKIM misalnya mengambil tanggungawab menjaga kebajikan bekas jemaah Al-Arqam ini? Bagaimana kehidupan jemaah Al-Arqam dan empayar perniagaan halal mereka selepas pertubuhan itu diharamkan? Kalau Ummu Jah berjaya membina empayar perniagaan di negara Timur tengah ini bermakna kejayaan orang Melayu di negara tersebut. Kenapa kita harus menyimpan perasaan dengki dan mahu merobohkan empayar perniagaan halal keluarga Abuya? Di mana sesatnya Ummu Jah ini?

Akhir sekali hta ingin memberikan peringatan kepada sesetengah pihak yang senantiasa mempersoalkan peranan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai isteri Perdana Menteri. Tak usahlah kita mengambil kira apa yang mahu dilakukan oleh Rosmah kerana siapalah kita? Tiada gunanya kita menjadi anjing yang menyalak gunung kerana suara kita tidak akan ke mana. Rosmah tetap isteri Perdana Menteri yang mempunyai kuasa di negara ini.

Sebenarnya apa yang sesetengah pihak suarakan pasal Rosmah tidak pernah menjadi kudis kepada wanita terbabit. Kerana apa? Kerana beliau adalah isteri pemimpin nombor satu negara.

Ini bukan bermakna kita mengambil remeh dakwaan campurtangan Rosmah dalam institusi Perdana Menteri tetapi lebih memikirkan tentang kepentingan rakyat teramai. Kalaulah bercerita pasal Rosmah boleh menurunkan harga barangan, harga minyak turun, terlupusnya segala cukai-cukai, dividen ASB boleh membayar setahun hutangbank, gaji naik, boleh mengurangkan gejala buang anak, boleh menyediakan peluang-peluang pekerjaan kita pun boleh menyertai 'debat' campurtangan Rosmah dalam pentadbiran negara. Kita percaya sehingga Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13) pun cerita ceriti pasal Rosmah tidak akan berakhir tetapi yang ruginya adalah orang Melayu beragama Islam yang tidak pernah tamat untuk menjatuhkan Perdana Menteri-Perdana Menteri Melayu. Jangan kerana kisah wanita-wanita yang disebutkan di atas sehingga kita orang Melayu terlupa tanggungjawab kita yang lebih besar lagi iaitu meningkatkan syiar Islam di negara ini. Islam sebagai agama rasmi negara ini periu diperteguhkan baharulah kita mampu menjaga kepentingan bangsa dan sebuah negara.

Tiada ulasan: