BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Khamis, 28 Julai 2011

Red indian adalah penganut islam..3

Orang Islam Menemui Amerika Lebih Awal dari Christoper Columbus

Ramai pengkaji sejarah menegaskan bahawa orang-orang Islam telah tiba di Amerika Utara sebelum kedatangan Cristoper Columbus, tidak kurang 500 tahun lebih awal, apabila kapal-kapal orang Islam belayar ke Lautan Atlantik, ketika itu dikenali sebagai Sea Of Injustice (Laut Ketidakadilan) dan menghala ke barat berabad-abad sebelum Columbus.

Seorang pengkaji sejarah Islam, Al-Masoudiy menjelaskan dan bukunya bertajuk "Murujal-Dhabab Wa Maadin Al-Jawhar" bahawa seorang pelaut Islam bernama Khishkhash bin Said Al-Qurthuby belayar dari pelabuhan Palos di Sepanyol pada 889M telah sampai ke beberapa tempat dan membawa pulang banyak harta.

Al-Masoudiy tutut menjelaskan dalam peta yang dilukisnya bahawa ada beberapa kawasan di Lautan Atlantik  yang beliau namakan sebagai "tanah yang tidak diketahui".

Kajian yang dilakukan oleh Dr. Yusuf Mirwa dan diterbitkan dalam bahasa Inggeris menyebut bahawa pelayaran Columbus jelas menunjukkan kehadiran orang Islam di mana Columbus telah melihat sebuah pulau merah dikenali sebagai "Canar" dan diperintah oleh seorang arab tua bernama Abu Abdullah.

Beliau juga mendapati bahawa penduduk pulau San Salvador memanggil pulau itu sebagai "Juan Hani" yang berasal dari sebutan Arab "Ikhwat Hani". Columbus sendiri turut menulis mengenai seorang kulit hitam yang beliau lihat sendiri di Honduras dan berasal dari satu suku kaum yang dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai "Mamiy" yang bermaksud "Imammiy" atau "Imam"

Sejarawan Amerika, Weiner, yang juga seorang profesor di Universiti Harvard, menulis bahawa Columbus mengetahui kehadiran orang Islam di Dunia Baru (Amerika) yang datang dari Afrika Timur dan telah berkembang menerusi Caribbean ke serata pelusok Amerika Utara dan Selatan. Beliau turut menjelaskan bahawa beberapa pedagang yang turut berkahwin dengan penduduk India tempatan.

Beberapa buku rujukan Islam menyebut mengenai pelayaran di Lautan Atlantik berkenaan seperti ahi Geografi terkenal Al-Idrisy dalam bukunya "Nuzhat Al-Mushtaq Fi Ikhtiraq Al-Afaq" dan seorang lagi penulis Islam bernama Al-Umary melalui bukunya yang bertajuk "Masaliki al-Absar Fi Mamalik Al-Amsar".

Dalam buku catatannya, Columbus menyebut bahawa semasa di Cuba, beliau melihat sebuah masjid di sebuah puncak bukit dan senjata yang digunakan oleh orang-orang Haiti menyerupai senjata yang digunakan oleh orang Afrika.

Barry Neil dalam bukunya "The Story Of America" mengemukakan banyak bukti tentang kehadiran orang Arab di Amerika. Antaranya ialah peta, bekas-bekas sekolah, nama-nama puak dan tempat (yang mana 565 telah beliau catatkan) berasal dari nama-nama Arab dan Islam seperti "Maka" yang merupakan nama Mekah. Beliau berkata nama tersebut berasal dari nama Makkah Al-Mukarramah. Terdapat juga nama-nama lain seperti Muna, Ahmed, Abagi, Zulu dan Murabitun. Selain daripada itu banyak lagi budaya dan tradisi yang menunjukkan dengan jelas  hubungan antara orang kulit merah Amerika dengan Arab-Islam.
Alexander Foun, dalam kajiannya mengenai kesenian purba di Amerika menjelaskan pendapat bahawa ukiran yang diperolehinya mempunyai ciri-ciri Arab di mana beliau telah menemui motif bulan sabit dalam banyak hasil seni lukis dan   kerja tangan di dinding-dinding dan duit syiling.

Buku "They Came Before Columbus" karangan Evans Syrtima membentangkan banyak bukti lain mengenai ketibaan orang Afrika ke Amerika seperti nama-nama yang digunakan oleh puak kulit merah terutama yang berkaitan dengan petunjuk-petunjuk sejarah.

Orientalis British De Lasay dalam bukunya "Arabic Thought And Its Place In The History Of West" menyatakan pelayaran yang dibuat oleh kumpulan muslim pada 1312M. Beliau turut mengakui bahawa kepakaran pelayaran orang Arab dan Muslim Afrika membolehkan mereka (barat) sampai ke Amerika. De Lasay juga berkata tidak diragukan bahawa banyak telah diperkatakan tentang kehadiran awal orang Islam ke Amerika seblelum Columbus.

Dalam kajiannya, Dr. Mirwah pernah mengesahkan bahawa dalam banyak buku rujukan Arab dan Barat yang beliau telah baca terdapat petunjuk jelas tentang kehadiran awal Muslim ke Amerika.
Semoga pendedahan-pendedahan oleh beberapa tokoh Islam dan disokong oleh sejarawan barat dan Amerika tentang kedatangan awal muslim ke Amerika dapat mengukuhkan lagi semangat dakwah mauslim Amerika dan membawa kepada simpati bagi perjuangan Arab-islam yang kini menjadi bahan yang sering diberi gambaran salah dan punca permusuhan.

Tiada ulasan: