BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Khamis, 4 Ogos 2011

Buaian ketamaduan manusia Ep 1

As salam

Kita sedia maklum bahawa Nabi Adam as telah diturunkan dari syurga ke bumi ini untuk memulakan ketamadunan manusia. Dalam Al-Quran disebut bahawa nabi Adam as telah diajar dengan nama-nama segala sesuatu.

Dalam kitab ulama' silam tanah tempat turunnya Nabi Adam as adalah di SERENDIB. Al-Idrisi rh telah melakar sebuah peta yang menunjukkan kedudukan SERENDIB itu.

http://lh6.ggpht.com/-MQ_cbagBMLo/S4XHwg5OWUI/AAAAAAAEQFc/eSVCgD6Mnsk/Al-Idrisi%252527s_world_map%252520s.jpg

Jika kita  perhatikan betul-betul, SERENDIB berada berhampiran Al-Hind (India). Ramai akan membuat spekulasi bahawa SERENDIB adalah Sri Lanka.

Jika anda perhatikan betul-betul peta ini menunjukkan SERENDIB ini terletak di kawasan nusantara mengikut peta moden. Al-Idrisi Rh jelas mengetahui di mana kedudukan SERENDIB walaupun kedudukan wilayah-wilayah dalam peta tidak berapa jelas. Jika kita perhatikan baik-baik, peta ini menunjukkan SERENDIB itu adalah SUMATERA.

SERENDIB = SUMATERA?

Dalam bahasa saskrit, Sumatera dikenali sebagai Suvarnadvipa atau Svarnadvipa yang bermaksud Pulau emas. Orang Arab dahulu kala yang berdagang dengan penduduk Nusantara tak mampu menyebut perkataan ini lantas menyebutnya sebagai Suwarandib dan kini hanya dikenali sebagai Serendib sahaja.

Yahudi yang penuh dengki telah menukar hakikat ini dengan menyatakan bahawa Serendib adalah Sri Lanka.Hari ini ramai Bani Adam umat Nabi Muhammad saw tertipu menganggap nenek moyang mereka turun di negeri India yakni Sri Lanka.

http://www.jakartastreetatlas.com/map_image/sumatera.gif
Sumatera Moden
 EPIK BENUA YANG HILANG

Pelbagai ketamadunan dari Tamadun Yunani Purba hingga ke Tamadun Maya termasuklah Tamadun Mesir, Tamadun Cina, Tamadun Hindu dan lain-lain tamadun baik di belahan timur mahupun barat bahkan puak-puak asli di serata dunia telah merekodkan kisah satu benua yang dianggap tempat asal usul manusia yang tenggelam di perut lautan dalam satu hari satu malam. Semuanya menceritakan sebuah tamadun yang diberi nama Mu, Lemuria, Atlantis dan Kumari Kandam oleh pelbagai tamadun yang dikatakan tenggelam ke dasar lautan akibat kemurkaan Tuhan. Benua yang dianggap memiliki teknologi yang serba canggih kecanggihan teknologi yang kita ada.

http://img10.xooimage.com/files/f/8/6/mu-civilisation-2362d6-197b350.jpg http://4.bp.blogspot.com/-Gk6FBcWJSyk/TbgOUr-_7ZI/AAAAAAAACGs/6tpiJ2O7g00/s1600/Lemuria.jpg
http://www.galactic-server.com/rune/lemuria2b.jpg http://galactic-server.com/rune/egneMalteBilder/toLemuria.JPG
http://www.worldwideashram.org/images/atlantis-by-roerich.jpg http://sheamacleod.files.wordpress.com/2011/07/atlantis-2.jpg
http://www.atlantis-shortstorycontest.com/site/MyImages/atlantis5.jpg Gambaran mengenai ketamadunan yang hilang.

Terdapat percangggahan pendapat mengenai kedudukan benua yang hilang tersebut. Ada yang kata ia terletak di Lautan Hindi, ada yang menyatakan di Lautan Atlantik dan ada yang menyatakan di Lautan Pasifik.

Beberapa tahun lepas beberapa penyelidik Jepun telah menemui runtuhan purba di dasar lautan pasifik. Hal ini menguatkan bukti bahawa kisah benua yang hilang itu bukan mitos bahkan ia adalah kisah benar.

http://www.hotspotsz.com/images0/sunken_city_Japan.jpg http://photos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs269.snc1/9630_1229435894522_1187826805_710410_896439_n.jpg http://www.crystalinks.com/lemuriajapan.jpg
http://www.mostinterestingfacts.com/wp-content/uploads/2010/04/most-mysterious-monuments-in-the-world-The-ruins-beneath-the-sea-in-Japan.jpg
MISTERI PENTAS BENUA

Kehadiran pentas benua membingungkan para saintis barat yang menganggap kisah benua yang tenggelam adalah mitos. Nusantara yang kita duduki ini terletak di pentas benua tersebut.

http://2.bp.blogspot.com/-NyNr1NEn-C0/TZYbHeeeuYI/AAAAAAAAAZ8/lVgKHY3MREw/s1600/pentassunda.jpg
http://images.wikia.com/genealogy/images/b/b7/Sunda_shelf.jpg

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/61/SEAsia.jpg/220px-SEAsia.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-S6fB8oiwN18/ThanKn8Z5rI/AAAAAAAAAIc/J1mgcceshPA/s1600/Pentas+Sunda-+GE.jpg  

 Misteri ditambah dengan kisah-kisah rakyat dari penduduk asli dari benua Amerika ke penduduk kepulauaan pasifik hingga ke penduduk nusantara tentang kisah benua yang hilang ini.

Episod akan datang akan membincangkan beberapa topik menarik.
  • Turunnya Nabi Adam di benua Mu
  • Perkembangan tamadun Lamuraya (Lemuria) di Zaman Nabi Idris as
  • Perpecahan penduduk benua Mu dan kemunculan tamadun Atlantas (Atlantis)
  • Pengutusan Nabi Nuh as ke benua Mu dan banjir besar yang menenggelamkan benua Mu.
  • Dalil-dalil Al-Quran yang membenarkan kisah benua Mu ini.
Misteri yang akan dirungkai
  • Adakah banjir besar bersifat global atau lokal?
  • Bagaimana banjir besar berlaku?
  • Apakah bahtera nabi Nuh as bersifat bahtera biasa atau bahtera tercanggih di zamannya?
  • Adakan manusia atau makhluk  yang tidak menaiki bahtera terselamat atau terhapus seluruhnya?
Insyaallah semuanya akan dijawab pada episod akan datang.

Tiada ulasan: