BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Selasa, 9 Ogos 2011

Buaian ketamaduan manusia Ep 2

MU, Ibu pertiwi Bani Adam.


MU adalah nama benua kuno yang telah lenyap dari peta dunia lebih kurang 13 000 tahun dahulu.Benua ini dikatakan terletak di lautan pasifik. James Churchward, seorang ahli teosofi Amerika menemui nama MU ini tertulis pada manuskrip Maya kuno di runtuhan kota Maya di semenanjung Yucatan, Amerika yang diterjemahkan oleh pendita di India.

Menurut lagendanya, benua Mu adalah tempat dimana peradaban manusia muncul dan benua ini tenggelam. Dikatakan benua ini tenggelam ke dasar lautan akibat gempa bumi dan letusan gunung berapi. Kisah ini disebut oleh semua puak asli amerika dan penduduk kepulauan pasifik. Bahkan ada versi jawa mengenai benua Mu ini.
http://www.bibliotecapleyades.net/imagenes4/lemuria_mumap.jpg 

Benua MU dinamakan sebagai Motherland of Man [Ibu pertiwi manusia]. Banyak rujukan menyatakan tarikh ia tenggelam sama dengan tarikh tenggelamnya Atlantis walaupun ada versi yang menyatakan Benua Mu tenggelam sebelum Atlantis [Selepas ini disebut Atlantas]

Ketamadunan di benua Mu disebut Lemuria [selepas ini akan disebut Lamuraya]. Tamadun Lamuraya ini  berkembang selama ribuan tahun lamanya sebelum ketamadunan ini berpecah membentuk ketamadunan Atlantas.

Ramai pengkaji barat menyangka Plato menyebut Atlantas terletak di lautan Atlantik namun mereka terlupa satu fakta yang selalu mereka sebut-sebut yakni 'Pulau Atlantas LEBIH BESAR dari gabungan benua Asia dan Libya'. Lautan Atlantik tak mampu menampung pulau sebesar itu.


Plato yang menjadi rujukan masyarakat barat tidak pernah melihat pulau Atlantas sepanjang hidupnya kerana kejadian tenggelamnya Atlantas telah berlalu 9000 tahun sebelum kelahiran Plato. Bahkan Plato sendiri mendengar berita ini dari Socrates yang mendapat riwayat kisah ini secara turun temurun Critias  yang mendapat cerita ini dari Solon. Solon pula mendengar kisah ini dari pendita Mesir.Ada juga pendapat yang menyatakan Pendita Mesir itu mendapat tahu kisah Atlantas dari Pendita dari India. Jadi sudah tentu kefahaman dan kisah yang sampai kepada Plato adalah berbeza dari hal sebenar.

Pada pendapat saya, nama sebenar benua itu tidak diketahui, cuma yang diketahui namanya ialah MU. Lamuraya dan Atlantas pada pendapat saya hanyalah nama kerajaan yang terdapat di benua Mu.Pendita Hindu menamakan benua ini sebagai Kumari Kandam.

Terdapat pelbagai versi yang menyebut tentang kedudukan benua MU namun mereka bersepakat bahawa ia terletak di lautan pasifik.

Sebelum ini kita telah tahu Nabi Adam as turun di sebuah gunung di Seredib dan Serendib merupakan nama Arab bagi Sumatera.

http://atlantissunda.files.wordpress.com/2010/09/indoatlan.jpg

Gambar di atas menunjukkan geografi nusantara dan Australia. Warna hijau menunjukkan tanah sedia ada manakala biru cair adalah PENTAS BENUA dan biru pekat adalah lautan. Menurut kajian saintifik terkini, PENTAS BENUA merupakan kawasan DARATAN YANG TENGGELAM lebih kurang13 000 tahun dahulu akibat kenaikan aras laut. Jika PENTAS BENUA ini diangkat dari dasar lautan maka Nusantara dan Australia akan bergabung membentuk satu benua.
http://3.bp.blogspot.com/_l5eIwRjTwdc/SDM8vSzEXdI/AAAAAAAAAgg/ezjpRbQwJlI/s400/Sundaland.jpg 


Anggaran tahun tenggelamnya Nusantara kuno (Sundaland) adalah sama dengan anggaran tahun tenggelamnya benua Mu, Lamuraya dan Atlantas.Jika kita sesuaikan fakta bahawa SERENDIB adalah SUMATERA dan kenyataan lagenda yang menyebut Benua MU adalah IBU PERTIWI MANUSIA dengan hakikat di atas maka kita boleh membuat hipotesis yang kaum Nabi Nuh as adalah penduduk Nusantara Kuno yang ditenggelamkan Allah dalam banjir besar.

Kedudukan Nusantara lebih sesuai kerana faktor Nusantara merupakan kawasan geologi yang aktif dengan gempa bumi dan letusan gunung berapi kerana Nusantara terletak di kawasan yang disebut Lingkaran Api Pasifik atau Pacific ring of fire.

http://2.bp.blogspot.com/-m1De4QtqZAw/TZPg9AGsPfI/AAAAAAAAAVw/O3Sf9fd9RXo/s1600/ne_02.1.jpg 

http://zmm1007.files.wordpress.com/2010/10/ring-of-fire.gif?w=300&h=236 

Kedudukan yang mengukuhkan fakta bahawa Nusantara Kuno merupakan benua Mu yang tenggelam akibat gempa bumi, letusan gunung berapi dan banjir besar. Dalam Al-Quran Lingkaran api pasifik ini disebut sebagai TANNUR (Hud ayat 40).Rujuk artikel Mind Reversal.

YAHUDI MASIH CUBA MENYEMBUNYIKAN HAKIKAT INI DENGAN MENGALIHKAN PERHATIAN YANG ATLANTAS/ATLANTIS TERLETAK DI SEPANYOL NAMUN MEREKA MASIH BELUM MENDAPAT HUJAH KUKUH UNTUK MEMBUKTIKAN KENYATAAN INI.

Jadi kita sebenarnya sedang berdiri, duduk dan baring di atas muka bumi yang mendapat kemurkaan Allah. Yahudi masih memutar belit fakta. Mereka sangat yakin dengan janji Allah yang mereka bakal dihapuskan melalui tangan orang-orang Melayu yang sudah di rancang dengan teliti pembentukan bangsa ini sejak azali. 

Sebagai peringatan, Al-Quran menggunakan istilah Athal yang bermaksud kekosongan merujuk kepada kaum-kaum atau bandar-bandar yang dimusnahkan Allah.
Insyaallah saya akan menyiarkan kajian Nahu Saraf bagi penggunaan kata Athal dalam Al-Quran.

Sebelum terlupa, Al-Quran tidak pernah memberi sebarang nama kepada kaum Nabi Nuh as sepertimana kaum nabi-nabi lain yang dimusnahkan Allah seperti Kaum Ad, Kaum Tsamud, Kaum Sadum, Kaum Madyan.
Kenapa? Kerana nama kaum Nabi Nuh terlalu banyak dan berbeza mengikut budaya sesuatu bangsa. Belum dimasukkan nama yang diberi pemerintah Mesir Purba yang menamakan TANAH NENEK MOYANG sebagai PUNT. Belum lagi nama yang tersebut dalam Veda dan banyak lagi. Kerana Allah swt maha tahu hakikat kaum Nabi Nuh as itu diberi banyak nama.

Cukuplah kita tahu nama-nama sinonim yakni MU, Lamuraya dan Atlantas sebagai nama bagi kaum Nabi Nuh as.

Sekian, Allahu A'lam.

Tiada ulasan: