BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Selasa, 16 Ogos 2011

Iman yang menakjubkan

Baginda saw suatu ketika dahulu pernah menyatakan kepada para sahabat bahawa baginda begitu takjub dengan iman umat selepas zaman mereka yakni akhir zaman di mana umat baginda saw beriman kepada baginda sedangkan tidak pernah melihat baginda.

Baginda saw pernah menyatakan kerinduan baginda kepada ikhwan yang muncul selepas zaman sahabat yakni di akhir zaman di mana ikhwan-ikhwan ini beriman kepada baginda sedangkan mereka ini tidak pernah melihat baginda saw.

Kenapa takjub? kenapa rindu?

Ulama'-ulama' Islam terutamanya ulama' moden selalu menafsirkan ikhwan yang dimaksudkan adalah umat baginda saw yang hidup selepas 'kewafatan' baginda.

Jika kita perhatikan keadaan umat Islam pada pendapat saya selepas zaman salafussoleh tiada apa yang menakjubkan tentang iman umat Islam umumnya.

Secara umumnya umat islam selepas beriman secara
  • keturunan (maksud di sini ajaran Islam diajar kepada anak cucu. Bukan Islam secara keturunan)
  • pengajian agama
  • hidayah Allah
Namun selepas zaman salafus soleh berlaku apa yang dipanggil perpecahan kategori orang Islam Awam, ulama' dan wali-wali Allah.

Perbezaan ini tidak ketara di zaman sahabat namun semakin jauh sesuatu zaman dari zaman sahabat semakin jelas perbezaan ini.

Hari ini orang Islam Awam dan ulama' pun belum boleh dikira beriman.Hanya boleh dikatakan Islam. KENAPA?

Iman secara umumnya adalah apa yang diyakini dalam hati dilaksanakan dalam perbuatan dan diucapkan dengan lidah.

Secara asasnya iman bertitik tolak dari hati.

Perbuatan dan ucapan tidak boleh memberi gambaran tentang apa yang diyakini dalam hati.

Contohnya Individu A berjuang dan bekorban untuk Islam. Kata-katanya meyakinkan kita bahawa Islam itu membawa kebenaran tapi hatinya tidak yakin bahawa Islam itu adalah ajaran yang benar. Ada perasaan ragu-ragu dan syak wasangka. Setiap perintah agama dilaksanakan dengan berat hati. Akhirnya bila diuji maka dia menjadi kufur kerana dalam hatinya tidak ada keimanan.

Zaman sahabat, iman ini yang membuat para sabahat setia di samping Rasulullah saw. Iman ini membuatkan apa sahaja dugaan yang mereka tanggung tidak akan menyebabkan mereka meninggalkan baginda saw.

Manusia yang tidak ada iman dalam hati namun menzahirkan iman melalui perbuatan dan ucapan dipanggil MUNAFIK.

Namun manusia yang ada iman dalam hati namun tidak dapat menzahirkan iman melalui perbuatan dan ucapan masih dikira beriman. Contohya sayidina Ammar ra. Begitu juga Sayidina Abbas ra yang terpaksa menyembunyikan keimanan di hadapan kaum kafirin.

Jadi iman sebenarnya adalah kerja hati. hati yang lembut memudahkan seseorang beriman manakala hati yang keras sudah tentu menyukarkan seseorang itu daripada beriman.

Beriman kepada kebenaran Islam adalam keimanan yang sukar. Iman bukan setaka percaya tapi yakin. Jika ada kebenaran datang dengan cara yang luar biasa sekali pun dia akan yakin bahawa kebenaran itu datang dari TUHAN.

Ketika baginda menyatakan rindu dan takjub dengan iman umat akhir zaman sudah tentu iman yang dimiliki oleh mereka ini istimewa. Baginda sebenarnya menyatakan bahawa umatnya yang berada di akhir zaman yang baginda gelar Ikhwan itu sungguh istimewa walaupun mereka tidak pernah melihat baginda dalam bentuk susuk tubuh. Mereka menerima dengan yakin kebenaran yang mereka terima dan menggenggam kebenaran itu sekuat hati mereka. Akhir zaman ketika kebenaran sudah asing bagi manusia, mereka meyakini kebenaran walaupun kebenaran itu datang dengan cara yang sungguh luar biasa. Walaupun kebenaran itu kelihatan janggal di mata orang Islam, mereka meyakininya sepenuh hati walaupun terpaksa menanggung beban ujian yang berat padahal para sahabat beriman sedangkan susuk tubuh baginda ada didepan mereka untuk membuktikan bahawa apa yang mereka yakini adalah kebenaran. Tapi Ikhwan di akhir zaman tidak dapat melihat susuk tubuh baginda untuk membuktikan kebenaran yang mereka bawa. Semakin hari Para Ikhwan terpaksa menerima hakikat-hakikat yang luar biasa sifatnya dimana hakikat ini boleh menjauhkan mereka dari kebenaran jika jiwa mereka tidak teguh.

Keimanan mereka luar biasa sekali. Mereka terpaksa menanggung beban yang semakin berat dari sehari ke sehari. Mereka tidak dapat membuktikan bahawa apa yang mereka bawa adalah kebenaran kerana Baginda saw tiada depan mata. Sebab itu Allah menganugerahkan mereka pahala berganda berbanding para sahabat kerana mereka terpaksa menanggung beban lebih berat. Ini membuatkan baginda saw takjub dan rindu dengan golongan yang digelar IKHWAN.

Tiada ulasan: