BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Ahad, 21 Ogos 2011

Kitab Terakhir Tawarikh Dunia 3


NUR MUHAMMAD ROH AGUNG

[Artikel ini tiada kaitan dengan Roh Agung dalam artikel Ramalan kaum Cherooke]

Sebelum diceritakan kisah-kisah akhir zaman maka perlu dijelaskan terlebih dahulu tentang Roh Agung yakni Nur Muhammad saw.

Nur Muhammad adalah makhluk pertama diciptakan Allah. Setelah Nur Muhammad diciptakan maka barulah diciptakan segala makhluk yang lain bahkan makhluk-makhluk lain dicipta kerana Nur Muhammad saw.

Nur Muhammad tidak pernah binasa sejak penciptaannya dan akan kekal selama-lamanya. Nur Muhammad adalah cahaya dan ia adalah roh yakni roh agung kerana darinya roh-roh lain diciptakan. Jadi Nur Muhammad adalah bapa segala roh.

Nur Muhammad adalah punca segala rahsia. Nur Muhammad adalah penawar bagi segala penyakit dan Nur Muhammad adalah makhluk yang tertinggi darjatnya disisi Tuhan.

Nur Muhammad bukan tuhan kerana ia diciptakan. Nur Muhammad adalah ketua segala makhluk. Nur Muhammad mentadbir alam dengan izin Allah menurut kehendakNya. Nur Muhammad adalah hakikat Al-Quran itu sendiri.

Nur Muhammad dipindahkan dari jasad ke jasad dari Nabi Adam as hingga kepada bapa baginda yakni Abdullah bin Abdul Mutallib Rh kemudian baginda lahir dalam bentuk jasad yang sempurna. Sebelum dizahirkan Nur Muhammad sentiasa berada di samping para Nabi dan Rasul. Dalam bentuk jasad, Baginda menyempurnakan Agama Islam yang sudah diasaskan sejak baginda masih dalam bentuk Nur Muhammad saw.

Bila baginda kembali kepada Allah, Nur Muhammad saw meneruskan peranannnya untuk memastikan agama Allah ini tidak rosak sepenuhnya sehingga tiba hari kebangkitan Islam kali kedua. Ketika itu Nur Muhammad menjadi pencatur berlakunya jadual Allah di Akhir Zaman ini. Nur Muhammad terus mencatur dunia hingga tiba hari akhirat kelak. 

Di hari Akhirat, baginda berperanan menyelamatkan umat baginda dari azab-azab hari akhirat dari padang mahsyar hinggalah waktu umat baginda yang terakhir dimasukkan ke Syurga.

Begitulah serba sedikit mengenai Roh Agung Nur Muhammad saw pencatur segala zaman sejak penciptaannya. Nur Muhammad adalah pencatur apa yang berlaku hari ini. Nur Muhammad yang akan memastikan jadual Allah berjalan dengan licin. Nur Muhammad memastikan apa yang tertulis di dalam ‘Kitab Terakhir Tawarikh Dunia’ di Lauh Mahfuz berjalan seperti yang tertulis.

Sekian Wallahua’lam.

Tiada ulasan: