BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Selasa, 16 Ogos 2011

Lau Ka Na Bainana

As-Salam



Ada sebuah reality show dari negara Arab yang berkonsepkan candid camera bertajuk 'Lau Ka Na Bainana'yang bermaksud 'Kalau Baginda saw bersama kita' disiarkan di TV Al-Hijrah.

Program ini membuat temubual spontan kepada sesiapa yang ditemui secara rawak, ditanyakan soalan-soalan berkenaan Rasulullah SAW.

sebenarnya bukan kaLau lagi tapi memang Baginda Rasulullah saw bersama kita di Alam Roh memerhatikan kita dan menangisi iman kita.

Alangkah sedihnya baginda saw bila umatnya menganggap baginda meninggalkan kita sedangkan baginda sentiasa bersama kita tanpa kita menyedarinya.

Inilah yang Yahudi mahu kita fikirkan bahawa Nabi saw sudah MATI dan APA HUBUNGAN LAGI?

Baginda bekorban apa saja demi umat baginda dan kita kata baginda sudah mati?

Apalah gunanya baginda berhubung dengan para mujaddid, para ulama yang haq, para wali dan umatnya yang terpilih. Apalah gunanya tangisan baginda saw menyebut kalimah 'ummati,ummati,ummati' sekiranya kita fikir Rasulullah saw sudah tiada.

Itulah yang Yahudi banggakan iaitu memisahkan Nabi dari umat mereka.

Apalah guna kita berselawat jika kita menganggap Nabi saw sudah MATI?

Apalah gunanya kita menyatakan rindu pada baginda jika kita yakin baginda telah meninggalkan kita?

Hakikatnya baginda sangat berperanan dalam memimpin umat baginda dari dulu hingga kini. Kita mungkin tidak sedar kerana kita tidak melihat baginda. SEKARANG baginda telah diberi peluang menunjukkan bahawa baginda sedang berperanan memimpin umat dari alam roh kepada umat baginda melalui Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim. Ketika melihat kepimpinan Imam Mahdi maka kita wajib sedar yang sebenarnya baginda saw lah yang memimpin kita. Imam Mahdi hanyalah wasilah baginda saw.

Baginda sedang giat membuat persiapan untuk kebangkitan ummah kedua dan suatu masa nanti kita akan sedar bahawa Nabi Muhammad saw SENTIASA BERSAMA KITA.

Sekian.

Tiada ulasan: