BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Sabtu, 6 Ogos 2011

Mind reversal

As salam


Pernah dengar nama Lemuria? Bagaimana pula dengan Atlantis? Benua Mu pula?

Jika jawapan anda tidak pernah ini bermakna anda kurang menambil perhatian tentang lagenda yang sangat popular di kalangan masyarakaat dunia.

Jika anda menjawab ya. Saya mahu tanya satu soalan lanjutan

Adakah anda percaya kisah lagenda tersebut?

Terpulang kepada anda apa jawapan anda.

Boleh jadi jawapan anda
  • ragu-ragu
  • tak percaya langsung
  • yakin sedikit
  • yakin 100%
Saya nak tanya satu soalan cepu emas

Antara teori berikut yang mana anda percaya?
  • Teori manusia berasal dari beruk [saya yakin majoriti akan tolak jawapan ini]
  • Teori manusia hidup primitif dan maju beransur ansur.
  • Teori manusia pernah mencipta ketamadunan hebat sebelum banji besar Nabi Nuh as.
Saya yakin umat Islam sedunia tahu kisah banjir besar Nabi Nuh as. 

Cuma ada satu persoalan.


Adakah anda percaya yang Kaum Nabi Nuh...
  • mempunyai teknologi kuno dan tidak maju ATAU
  • mempunyai teknologi super maju
Saya yakin ramai umat islam akan menjawab

Tidak percaya kewujudan Lemuria, Atlantis dan benua Mu 
Percaya manusia hidup primitif dan beransur-ansur maju.
DAN Kaum Nabi Nuh as mempunyai teknologi kuno dan tak maju


SAYA YAKIN JAWAPAN DI ATAS BUKAN JAWAPAN ORANG YANG SUKA MENGKAJI RAHSIA AL-QURAN.

Mari kita mulakan topik.

Dalam Al-Quran apakah makhluk yang paling tinggi darjatnya disisi Allah?
Jawapannya pasti MANUSIA.


Kita tahu Allah melebihkan manusia dari makhluk-makluk lain. Tapi adakah anda yakin manusia mampu membina peradaban super maju?


Adakah manusia atau jin yang mencipta piramid, UFO batu stonehenge dan lain-lain. Jika anda menjawab jin maka sebenarnya kita telah tertipu. Lagi-lagi kalau anda percaya yang membuat benda-benda canggin tersebut adalah Alien.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 31 Allah berfirman mafhumnya

" Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya.."

Persitiwa ini Allah rakamkan sewaktu Nabi Adam belum turun ke bumi lagi.

Jika yang demikian takkan kita yakin dengan teori yahudi bahawa Nabi Adam itu hidup secara primitif, nomad tak mampu berbuat apa-apa? Kalau begitu buat apa Allah kata Allah ajarkan nama-nama seluruhnya.

Dalam kitab-kitab sejarah diceritakan tentang kisah Nabi Idris yang menguasai pelbagai cabang ilmu. Adakah Nabi Idris as itu baru mempelajari ilmu-ilmu tersebut atau diwarisi oleh Nabi Adam as. Ingat! Nabi Idris dibimbing oleh Nabi Sith as yakni putera Nabi Adam as.

Adakah kita berfikir Nabi Idris yang pertama menguasai ilmu matematik, geografi, astronomi dan sebagainya?
http://www.paulzilla.org/wash_dc/AirSpac8.jpg
Model Pesawat purba
Ahli arkeologi sedunia terkejut apabila menemui teknologi canggih yang tarikhnya merujuk kepada zaman purba.


http://www.im-zeitraum.de/images/muehlstein.jpg
CD zaman purba
Gajet komputer purba




Tapi umat Islam mempercayai manusia purba hidup begini.

http://media-2.web.britannica.com/eb-media/72/5772-004-3EB23717.jpg
Manusia purba versi Umat Islam
Bila kita membaca kisah Nabi Nuh as kita terbayangkan perbualan seorang Arab Badwi dengan Arab Badwi yang lain.

http://www.justonemoremile.com/images/Tracy_blog_pics/Bedouin.jpg
Perbualan

Inilah yang ditonjolkan dalam buku buku kisah Nabi yang di mana-mana.

Cuba ubah pemikiran kita.

Bayangkan Nabi Nuh as tinggal di bandar seperti ini.
http://razzielamahte.files.wordpress.com/2011/02/atlantis2.jpg

Dan menyeru orang-orang seperti ini



http://sheamacleod.files.wordpress.com/2011/07/atlantean-people.jpg

Mungkin ini sesuatu yang baru namun ada persamaan kisah tenggelamnya kota Atlantis, Lemuria dan benua MUdengan kisah Nabi Nuh as yakni

  • Manusia mula lupa diri denga kemewahan yang ada lantas mereka ditenggelamkan.
Yang menariknya kisah tenggelamnya Atlantis yang diungkap Plato, Ahli falsafah Yunani.

"Kerana hanya dalam semalaman, hujan yang luar biasa lebat menyapu bumi dan pada saat yang bersamaan terjadi gempa bumi. Lalu muncul air bah yang menggenang seluruh wilayah (Atlantis)" 

Surah Hud ayat 37 menyebutkan

"Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan"

 Ayat 40 menyebut tentang proses geologi
(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (Tannur*) Kami berfirman kepada Nabi Nuh: "Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman". Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja

* Tannur bermaksud tempat pembakaran logam yang digunakan sebagai istilah kejuruteraan moden. Maksud tannur disini ialah mata air panas yang terhasil akibaa\t aktiviti geologi menandakan kawasan itu kawasan gunung berapi/gempa bumi. Tannur juga boleh membawa maksud letusan gunung berapi jika kita gabungkan dua makna tannur yakni tempat pembakaran logan dan air memancut-mancut (Sesuai dengan situasi gunung berapi)

Ayat 42 menyebut tentang tsunami

Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang, dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: "Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir".

 Ayat 43 menyebut

Anaknya menjawab: "Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air". Nabi Nuh berkata: "Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya". Dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah ia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan.

ayat 44 menyebut gabungan air hujan dan air dari bumi

Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas  "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim"

 KISAH LEMURIA, BENUA MU MENYEBUTKAN HAL YANG SERUPA DENGAN ATLANTIS. JADI JELAS MENUNJUKKAN BAHAWA BENCANA BANJIR BESAR NABI NUH ADALAH TENTANG TENGGELAMNYA SEBUAH BENUA DI MASA SILAM BESERTA TENGGELAMNYA PERADABAN HEBAT YANG MEREKA CIPTAKAN.

Jadi bila disebut Atlantis, Lemuria atau benua Mu maka ingatlah kisah Nabi Nuh as. KESEMUANYA adalah KISAH YANG SAMA.


SEKIAN. ALLAHUA'LAM.

2 ulasan:

TM berkata...

Salam Sejahtera

Saya amat tertarik dengan kupasan saudara mengenai kisah nabi Nuh dan Idris as.

Logik dan masuk akal bahawa benuaa Mu, Lemuria dan Atlantis adalah sama. Teknologi peringkat tinggi menyebabkan mereka angkuh dan sombong. Akhienya ia memusnahkan mereka semua.

Gambaran pesawat dan kereta kebal juga tercatat pada dinding piramid Mesir. Ia mungkin secebis dari maklumat lampau sebelum segalanya musnah.

Namun persoalan timbul, jika mereka punya pesawat terbang, atau kapal canggih, mengapa mereka tidak selamat dari banjir?

Adakah petir menyambar? Apa pandangan saudara?

anasoib berkata...

Wa salam. Al-Quran ada menyebutkan bhw kaum2 terdahulu dimusnahkan walaupun lebih maju dari umat nabi Muhammad saw.

Contoh nyata.di zaman moden ialah Tsunami jepun dan Taufan sandy baru-baru ini. Teknbologi cangih tapi tak mampu nak cegah kemusnahan bencana alam.

Allah menghukum manusi ketika manusia sedang leka. Itu sunnatullah. Nabi Nuh memberi amaran tapi manusia degil.

Kisah lagenda dikatakan benua mu tenggelam dalam satu malam. Jadi logik kalau orang tak sempat lari. Hanya pengikiut nabi nuh yang selamat.
Banyak.benda yang Allah boleh buat supaya teknologi tak berfungsi.

Kita di akhir zaman akan mengulangi kejadian yang sama. Para aulia allah sedang memohon utk dikurangkan kematian akibat bencana besar akhir zaman (menurut syaikh nazim)

Kita akan berdepan dengan masa-masa teknologi tak berfungsi.

Teknologi Allah akan binasakan teknologi moden. Imam mahdi dibekalkan teknologi yang lebih hebat lagi yakni teknologoi roh. Telknologi roh adalah teknologi yg diguna dari zaman nabi adam hingga nabi idris as. Sesudah zaman nabi idris hinhgga zaman nabi nuh wujud teknologi canggih manusia

Lemuria guna teknologi roh Atlantis guna teknologi ciptaan manusia.

Berlaku perang leemuria-atlantis dan lemuria kalah dan menjadi jajahan empayar atlantis