BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Rabu, 7 Disember 2011

Buaian Ketamadunan Manusia Ep 3

NABI ADAM AS DITURUNKAN KE BUMI

Sebelum Nabi Adam as diciptakan, sudah banyak makhluk sudah diciptakan untuk mentadbir bumi. Namun setiap makluk itu dihapuskan secara tragik kerana kerosakan dan kejahatan mereka lakukan di atas muka bumi ini. Makhluk terakhir diciptakan ialah JIN yang akhirnya turut dihapuskan secara tragik.

NAMUN, bagi setiap makhluk itu mungkin ada yang terselamat dari hukuman Allah. Mereka meneruskan legasi bangsa mereka untuk hidup di muka bumi ini. Ketika bangsa jin dihapuskan, sebahagian kecil bangsa jinterselamat termasuklah AZAZIL SANG IBLIS.

Ketika Allah memberitahu para malaikat bahawa dia mahu mencipta makhluk baru menjadi khalifah di muka bumi para malaikat sudah berasa bimbang. Pengalaman mereka dengan bangsa-bangsa pentadbir bumi sebelum ini membuatkan mereka resah lantas mereka menyatakan kebimbangan mereka.

"Apakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang merusak di dalam nya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau"

Allah berfirman lantas mengingatkan para malaikat sesuatu

"Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui "

Kerana ketakutan para malaikat bertawaf mengelilingi arash Allah yang maha besar itu memohon keampunan.

Sesudah Nabi Adam as diciptakan, Allah mengajar baginda nama-nama semuanya.

Dan telah diajarkanNya kepada Adam nama-nama semuanya, kemudian Dia kemukakan semua kepada Malaikat, lalu Dia berfirman : Beritakanlah kepadaKu nama-nama itu semua, jika adalah kamu makhluk-makhluk yang benar. Mereka menjawab: Maha Suci Engkau ! Tidak ada penge­tahuanbagi kami. kecuali yang Engkau ajarkan kepada Kami. Karena sesungguhnya Engkau­lah Yang Maha Tahu, lagi Maha Bijaksana. Berkata Dia : Wahai Adam! beritahukanlah kepada mereka nama-nama itu semuanya! Maka tatkala telah diberi­tahukannya kepada mereka nama-nama itu semua, berfirmanlah Dia : Bukankah telah Aku katakan k e p a d a kamu, bahwa sesungguh­nya Aku lebih mengetahui rahasia semua langit dan bumi, dan lebih Aku ketahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembuyikan.
[AL-BAQARAH 31-33]

Allah menciptakan Nabi Adam as dan diberi kelebihan pengetahuan melebihi makhluk-makhluk lain. Allah sudah menyediakan Nabi Adam untuk tugas khalifah yang bakal baginda laksanakan.

Ketika Nabi Adam dan Siti Hawa diturunkan ke bumi, mereka turun sehelai sepinggang. Namun tidak jelas macam mana mereka yakni Nabi Adam, Siti Hawa dan Iblis turun ke Bumi. Mungkin melalui lubang cacing (ma'arij) kerana mereka datang dari alam lain yang sudah tentu dimensinya jauh berbeza dari dunia kita.

Ma'arij atau lubang cacing mempunyai dua peranan
  • Penghubung antara dimensi
  • Penghubung antara langit dunia dan bumi
Jadi Nabi Adam diturunkan di bumi melalui ma'arij (lubang cacing) dan proses ini membuatkan Nabi Adam, Siti Hawa dan Iblis terpisah antara satu sama lain. Mereka tiba di bumi di tempat yang berbeza.

Untuk faham kes ini kita perlu melihat kisah dongeng Hollywood antaranya Thor dan Percy Jackson: The Lightning Thief. Kedua-dua filem ini memberi gambaran cara berpindah dari alam ke alam.

http://1.bp.blogspot.com/-0yH5WFRkQ5s/TcVTftsTy2I/AAAAAAAAA8Y/o9sU5FK6qFo/s1600/bifrost.jpg
pagar lubang cacing dalam filem Thor


http://s3.amazonaws.com/coolproduction/ckeditor_assets/pictures/1888/original/andythorworm.jpg?1306453041
cara lubang cacing berfungsi dalam filem Thor

http://static.howstuffworks.com/gif/time-travel-wormhole1.jpg
Gambaran lubang cacing berhubung antara ruang intergalaksi
http://scienceblogs.com/startswithabang/upload/2010/04/do_we_live_inside_a_wormholes/SG-1_True_Science_Wormhole.jpeg
Gambaran lubang cacing berhubung antara ruang intragalaksi
http://4.bp.blogspot.com/__oOhthloA8A/TD684D_H59I/AAAAAAAAATc/MKmz1rYiJuM/s320/wormholes.jpg

Tentang kisah Nabi Adam di Syurga saya tak perlu jelaskan kerana semua orang Islam tahu kisahnya.Nabi Adam as dikatakan turun di Bukit Serendib manakala Siti Hawa masih belum dipastikan kerana Jeddah yang kita tahu mugkin tak sama dengan Jeddah yang para sahabat tahu. Iblis pula dikatakan turun di Segitiga Bermuda dan berkerajaan disana.