BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Sabtu, 29 Oktober 2011

Trend baru di bumi Amerika

As salam.

Sebelum saya memulakan topik saya ingin mengingatkan para pembaca mengenai beberapa nubuwwat Rasulullah saw mengenai bangsa Rom.

    • Di akhir zaman bangsa Rom menjadi majoriti penduduk bumi
    • Sebelum peperangan besar, umat Islam akan berdamai dengan bangsa Rom dan bekerjasama menentang MUSUH.
    • Bangsa Rom akan membelot menentang umat Islam.
    • Bangsa Rom akan diperangi sesudah penguasa Arab dan Parsi dikalahkan sebelum peperangan menentang Dajjal.
    • Bangsa Rom akan dikalahkan oleh orang Islam.
Banyak pengulas hadis akhir zaman menafsirkan bahawa bangsa Rom yang dimaksudkan ialah bangsa Eropah secara keseluruhan. Tapi bagi saya tafsiran ini tidak tepat.

Bangsa eropah terdiri daripada dua kategori yakni
  • Bangsa Eropah proto - keturunan Yunan dari sebelah Yafith bin Nuh as. Bangsa ini dikenali sebagai bangsa YUNANI/GREEK. Keturunan mereka ialah bangsa Inggeris, bangsa Belanda, bangsa Jerman dan lain-lain bangsa eropah. Kebanyakan mereka tinggal di sebelah utara dan timur benua eropah.
  • Bangsa Eropah deutro - keturunan Is bin Ishaq bin Ibrahim as. Bangsa ini dikenali sebagai bangsa ROM yang menubuhkan empayar Romawi. Bangsa ini amat berpegang kuat pada ajaran Kristian berbanding saudara mereka bangsa Eropah proto. Kebanyakan mereka tinggal di sebelah selatan dan barat benua eropah. keturunan mereka ialah bangsa Portugis, bangsa Perancis, bangsa Itali dan bangsa Sepanyol.
 Sebelum penjajahan Inggeris, bangsa Perancis, bangsa Portugis, dan bangsa Sepanyol telah melakukan penjajahan ke serata dunia. Di Malaysia keturunan mereka dikenali sebagai Bangsa Serani. Penjajahan mereka bertapak kuat di seluruh pelosok muka bumi sebelum kebangkitan Inggeris, German dan Belanda. Kesan yang paling nyata dapat dilihat di benua Amerika. Di benua Amerika sebelum kedatangan bangsa Inggeris benua ini telah didominasi oleh bangsa Portugis, bangsa Perancis dan bangsa Sepanyol yang mana keturunan mereka tersebar di seluruh benua Amerika. Mereka membentuk budaya masyaraka di benua ini. Belum lagi kawasan jajahan mereka di Afrika dan Asia.

Ketika saudara mereka dari bangsa Eropah proto yakni bangsa Inggeris, bangsa Belanda dan bangsa Jerman bangkit, bangsa ROM/Eropah deutro semakin lemah dan akhirnya mereka dikuasai saudara mereka.
 
Namun sejak akhir-akhir ini keturunan bangsa ROM ini mula bangkit sedikit demi sedikit. Ketika ini disaat bangsa Inggeris semakin lemah, bangsa Hispanik (keturunan bangsa Sepanyol di bumi Amerika) semakin kuat. Di Amerika Syarikat sendiri kehadiran mereka menggugat kedudukan bangsa Inggeris-Amerika. Kebanjiran bangsa Hispanik di bumi Amerika Syarikat yang berhijrah dari Amerika Latin semakin membimbangkan kerajaan Amerika Syarikat.

 Kini bangsa Hispanik mendominasi ekonomi negara polis dunia itu. bahasa mereka yakni bahasa Sepanyol menjadi bahasa kedua bagi Amerika Syarikat.
 
Mulai tahun 1989, bangsa Hispanik meningkat secara mendadak iaitu dianggarkan sekitar 20.1 juta orang berbanding tahun 1980 iaitu 14.5 juta dengan peningkatan sebanyak 39%

Kadar pertambahan penduduk AS ialah sekitar 9.5% dimana pertambahan penduduk bukan bangsa hispanik ialah 7.5%. Pertambahan penduduk bangsa hispanik adalah 6.5% sebelum 1980 berbanding 8.2% selepas 1989.

Hispanic Policy Development Project (HPDP, 1990) mengganggarkan pertumbuhan bangsa hispanik ialah

1990: 22,024,000 
1995: 27,692,000 
2000: 34,818,000

Satu kajian menunjukkan pada tahun 2025, bangsa hispanik di AS ialah 40.2 juta dan pada tahun 2050 bangsa hispanik akan menjadi penduduk majoriti di AS.

Peningkatan ini menyembabkan anjakan pada penggunaan bahasa Sepanyol di dunia dimana bahasa Sepanyol menjadi bahasa ketiga yang paling banyak dituturkan di dunia mengalahkan bahasa Inggeris.

Situasi ini sedang berkembang di negara kuasa dunia yakni AS.

Tiada siapa tahu apa yang bakal berlaku sebaik sahaja kejatuhan AS. Mungkin mereka mendapat presiden baru berbangsa hispanik dan ini tidak mustahi sepertimana tidak mustahilnya Obama berbangsa Afrika menjadi presiden AS.





Perlu diingat bangsa hispanik hanya sebahagian sahaja dari fenomena sebenar yang berlaku di benua Amerika. Jangan dilupakan bahawa negara Brazil secara umumnya mempunyai sebilangan besar penduduk berbangsa Portugis dan Bangsa Perancis di Kanada. Jadi hampir 2/3 benua Amerika dikuasai oleh bangsa ROM. Bahkan di Eropah, wilayah Rom meliputi 2/3 benua tersebut.

Rasulullah saw menyebut penaklukan Konstatinople sebagai penamat peperangan orang Islam dengan bangsa Rom. Konstatinople suatu ketika dulu adalah kota kebesaraan bagi empayar Rom Timur. Kini kota kebesaran bangsa Rom moden ialah ??????

Satu yang menarik perhatian ialah bangsa Rom yakni bangsa Perancis, bangsa Portugis, bangsa Sepanyol (termasuk bangsa Hispanik) dan bangsa Itali adalah bangsa yang kuat berpegang pada Ajaran Kristian berbanding saudara mereka yang kebanyakan mereka menjadi penganut fahaman Anti-Tuhan.

Adalah ini kebetulan? Tidak, Allah sebaik-baik perancang dan Allah berkehendak mereka (bangsa ROM) inilah yang bakal diIslamkan beramai-ramai ketika turunnya Nabi Isa AS.

Sekian wallahu a'lam.