BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Jumaat, 28 Oktober 2011

ZAMAN BATU: SATU PEMBOHONGAN SEJARAH Bhg 7

TAMADUN SUMERIA

Dalam usaha menggambarkan apa yang kononnya 'perjalanan evolusi' sejarah manusia, saintis-saintis yang menyokong teori Darwin ternyata tidak bermaya dalam satu lagi subjek: Minda, yang dengannya manusia telah membina banyak universiti, hospital, kilang dan negeri, menggubah muzik, menganjurkan Sukan Olimpik dan menjelajah ke angkasa - pendek kata, antara ciri paling penting yang membuatkan seseorang itu manusia.


Evolusionis berpendapat bahawa minda manusia mendapat keupayaannya dengan berkembang selepas manusia mencapah daripada beruk, makhluk yang kononnya paling dekat dengan kita. Mereka menyifatkan lompatan dalam evolusi minda kepada perubahan rawak berlaku di dalam otak, dan kepada kesan pembaikan kemahiran membuat peralatan. Anda akan kerap menemui dakwaan sebegini dalam dokumentari televisyen serta artikel dalam majalah dan surat khabar, menceritakan kisah tentang manusia beruk yang pada mulanya belajar untuk membuat pisau daripada batu, kemudian membuat lembing. Tetapi propaganda ini tidak benar. Walaupun cuba untuk menggambarkan senario ini sebagai saintifik, mereka sebenarnya hanya berdasarkan kepada pra-andaian penyokong teori Darwin dan langsung tidak saintifik. Persoalan paling penting ialah minda manusia tidak dapat disimpulkan sebagai materi. Dengan mendokumentasi ketidaksahan materialisme, fakta ini sendiri telah membatalkan sepenuhnya dakwaan evolusi minda.

Phillip Johnson
Evolusionis berkeras yang otak muncul menerusi evolusi, tetapi mereka tiada sebarang pengalaman tentang kebijaksanaan di peringkat primitif, tidak juga dalam menyalin keadaan yang kononnya mengalami proses evolusi. Walaupun beliau seorang evolusionis, Henry Gee, editor majalah Nature yang terkenal dengan kandungan evolusionisnya, secara terbuka mengaku sifat tidak saintifik dakwaan tersebut:

Sebagai contoh, evolusi manusia dikatakan telah dipengaruhi oleh perkembangan gerak tubuh, saiz otak, dan koordinasi antara tangan dan mata, yang membawa kepada pencapaian teknologi seperti api, pengeluaran perkakasan, dan penggunaan bahasa. Tetapi senario sebegitu adalah subjektif. Ianya tidak akan pernah dapat diuji dengan eksperimen, maka ianya tidak saintifik. Mereka menyandar dakwaan tersebut bukan pada ujian saintifik, tetapi pada andaian dan kewibawaan persembahan mereka semata-mata.61
Selain daripada tidak saintifik, keadaan sebegitu secara logiknya juga tidak sah. Evolusionis tetap percaya bahawa keupayaan untuk mengguna peralatan wujud dan berkembang hasil daripada daya intelek yang kononnya berkembang menerusi evolusi. Tetapi pembangunan sedemikian akan ada hanya selepas kehadiran daya kepintaran manusia. Menurut dakwaan ini, persoalan sama ada teknologi atau minda yang mula-mula muncul menerusi evolusi kekal belum terjawab.


Phillip Johnson, antara pengkritik Darwinisme yang paling efektif, menulis tentang ini seperti berikut:
Setiap teori yang terhasil dari minda tidak akan pernah dapat menjelaskan tentang minda yang mengeluarkan teori tersebut. Kisah pemikiran saintifik hebat yang menemui kebenaran mutlak hanya akan dianggap memuaskan selagi kita menerima minda itu sendiri sebagai satu pemberian. Andai kita cuba menyatakan minda sebagai hasil daripada penemuan minda sendiri, kita akan berada dalam kotak kaca yang tiada jalan keluar.62
Fakta yang para Darwinis tidak mampu menjelaskan minda mereka sendiri membuktikan bahawa dakwaan yang mereka buat tentang sejarah budaya dan sosial manusia juga tidak sah. Malahan, semua fakta dan penemuan yang kita bincangkan setakat ini membuatkan dakwaan pengikut Darwin tentang 'evolusi sejarah' langsung tidak bermakna.


Bertentangan dengan pandangan mereka, sejarah menusia penuh dengan bukti yang menunjukkan manusia purbakala memiliki teknologi dan tamadun jauh lebih canggih daripada yang pernah dibayangkan. Antara tamadun tersebut ialah tamadun masyarakat Sumeria. Artifak yang mereka tinggalkan merupakan sebahagian bukti peningkatan ilmu yang dipunyai manusia ribuan tahun dahulu.

Masyarakat Sumeria: Tamadun Yang Maju

Mesopotamia dalam bahasa Greek bermaksud 'di antara dua sungai'. Wilayah ini merupakan antara tanah paling subur di dunia sehingga menjadikannya sumber peradaban yang hebat.

Satu kumpulan masyarakat yang muncul dari selatan wilayah ini - dari kawasan yang kini dikenali sebagai Kuwait dan utara Arab Saudi - menuturkan bahasa yang berbeza daripada komuniti lain, tinggal di bandar-bandar, dikuasai sistem pemerintahan beraja berpandukan struktur yang sah, serta mengguna tulisan. Mereka ini adalah masyarakat Sumeria yang berkembang pantas dengan mengasas banyak Negara kota yang hebat sejak tahun 3,000 BC, dan melahirkan sejumlah besar penduduk di bawah gelombang kebangkitan mereka.63

From 3,000 BCE onward, the Sumerians brought large areas under their control by constantly founding large city-states.
Selepas beberapa ketika, masyarakat Sumeria ditumpaskan dan lenyap di bawah penindasan masyarakat Akkadia. Walau bagaimanapun, dengan menerima budaya, agama, seni, kanun, struktur negara dan kesusasteraan masyarakat Sumeria, golongan Akkadia membolehkan peradaban kekal terpelihara di Mesopotamia.

Di zaman mereka, masyarakat Sumeria telah membuat pembangunan penting dalam semua bidang, dari teknologi ke seni dan dari perundangan ke kesusasteraan. Mereka mempunyai perdagangan yang berkembang baik serta ekonomi yang kukuh. Kerja gangsa, kenderaan beroda, kapal pelayaran, arca dan struktur monumen merupakan antara bukti kemajuan pantas mereka yang masih kekal hingga ke hari ini. Aktiviti menenun dan mewarna kain yang diperbuat daripada kulit biri-biri - antara komoditi eksport penting untuk bandar-bandar Mesopotamia - boleh dianggap sebagai satu daripada seni mereka.64
Mereka juga memiliki struktur sosial yang tersusun. Negeri mereka menggunakan sistem beraja di mana pendeta-raja sama-sama memerintah bergandingan dengan bantuan beberapa pegawai. Selepas musim menuai, mereka akan berkongsi hasil dengan penduduk setempat, serta melawat dan memeriksa lapangan. Birokrasi membentuk asas sistem pentadbiran masyarakat Sumeria. Pendeta akan bertanggungjawab terhadap penduduk di kawasan masing-masing dan memastikan makanan diagih secara adil, terutamanya di bandar-bandar besar. Tugas-tugas yang dilakukan oleh para pendeta direkod dan diarkibkan.
The deep-rooted civilizations founded by ancient societies show that Darwin's thesis of "progress from the primitive to the civilized" does not reflect the facts. Sumerian civilization is one example of this.

The way that the Assyrian chariot in the picture below moves with no propulsive force is worthy of note. The soldiers' armor shows how far advanced the craft of metallurgy was at that time. Their clothing is completely covered in armor, making it possible for them to move comfortably, while they are protected from head to foot. The chariot must be strong enough to stand up to wartime conditions and heavy blows, especially since it was used as a battering ram. The materials used and the chariot's strength are particularly striking. (2,000 BCE to 612 BCE)
Dalam cabang sosial, artistik, saintifik dan ekonomi, masyarakat Sumeria yang hidup lebih kurang 5,000 tahun sebelum kita, amat bertentangan dengan andaian evolusionis kononnya manusia berkembang daripada primitif kepada yang lebih maju. Tamadun hebat yang dibina oleh masyarakat Sumeria bukan saja terlalu maju sewaktu zamannya, bahkan jauh lebih ke hadapan jika dibandingkan dengan banyak masyarakat moden hari ini. Peringkat pembangunan budaya ini tidak dapat dijelaskan oleh pandangan evolusionis bahawa manusia pada awalnya mengelak daripada sifat-sifat manusia beruk, termasuk berhubung melalui dengusan, kemudian mula bersosial dan menternak haiwan, lalu belajar tentang pertanian. Jelas bahawa manusia sepanjang sejarahnya memang manusia sejak awal penciptaannya lagi, dilengkapi dengan kebijaksanaan, kemampuan dan citarasa. Gambaran orang beruk duduk berhampiran api di dalam gua dan menghabiskan masa harian dengan membuat peralatan batuan yang kasar, sepertimana yang sering disogokkan evolusionis, hanyalah karut belaka dan bertentangan dengan semua bukti sejarah, arkeologi dan saintifik.

Ilmu Sains Masyarakat Sumeria

Masyarakat Sumeria mempunyai sistem angka mereka sendiri. Mereka mencipta sistem matematik berdasarkan nombor 60 (sexagesimal), tidak seperti sistem perpuluhan yang kita gunakan hari ini. Sistem mereka masih memainkan peranan penting pada hari ini, seperti kita ada 60 minit dalam sejam, dan 60 saat dalam seminit, dan 360 darjah dalam satu bulatan penuh. Oleh sebab ini, masyarakat Sumeria yang ilmu matematik mereka telah menemukan formula geometri dan algebra terawal dianggap sebagai pengasas matematik moden.

Tambahan pula, masyarakat Sumeria mencapai tahap yang lebih baik dalam bidang astronomi, serta pengiraan tentang tahun, bulan dan hari hampir serupa dengan kita hari ini. Kalendar mereka yang mempunyai 12 bulan dalam setahun juga digunakan oleh masyarakat Mesir purba, masyarakat Greek dan beberapa komuniti Semitik lainnya. Berdasarkan kalendar ini, satahun terdiri daripada dua musim - musim panas dan sejuk. Musim panas bermula pada ekuinoks musim bunga, manakala musim sejuk tiba pada ekuinoks musim luruh.

The Sumerians used a 12-month calendar, drew maps of many constellations, and followed the movements of planets such as Mercury, Venus and Jupiter. The accuracy of their calculations has been confirmed by discoveries and computer calculations made in our time.
Based on their observations, the Sumerians thought that our Solar System was made up of twelve planets, counting the Sun and Moon. Their 12th planet, referred to as Nibiru in some sources, is actually the tenth planet, also known as Planet X whose existence many scientists have recently accepted.
The picture below shows Sumerian drawings of the Solar System. The Sun appears in the middle, with the planets orbiting around it.
Masyarakat Sumeria juga mengkaji alam semesta dari menara yang mereka gelar sebagai 'ziggurat'.65 Mereka mampu meramal gerhana matahari dan bulan seperti yang dapat dilihat dengan jelas dalam beberapa rekod. Dalam mencatatkan penemuan astronomi, mereka membuat carta untuk sejumlah besar koleksi bintang. Sebagai tambahan kepada Matahari dan Bulan, mereka juga mengkaji dan memerhati pergerakan planet Merkuri, Venus, Marikh, Jupiter dan Saturn. Pengiraan yang mereka hasilkan 5,000 tahun lalu kini telah disahkan oleh imej yang dihantar semula ke Bumi oleh kapal angkasa.
Tidak syak lagi bahawa ini amat berlawanan dengan dakwaan evolusi sejarah. Kita sedang melihat informasi yang asalnya ditemui 5,000 tahun lalu, yang hanya baru-baru ini kita dapati semula hasil bantuan teleskop gergasi, komputer canggih dan pelbagai teknologi. Oleh sebab itu, saintis evolusionis seharusnya mengetepikan pra-andaian mereka dan bertindak selari dengan fakta-fakta saintifik dan sejarah. Kebenaran ini menunjukkan kesalahan idea yang disokong oleh Darwinis, bahawa peradaban sentiasa berkembang dari keadaan primitif ke tahap yang lebih maju. Sejumlah fahaman cuba menjadi asas untuk pandangan tentang sejarah manusia - yang mengasas peradaban, menggubah muzik, menghasilkan karya seni, mendirikan bangunan menarik, menjelajah angkasa dan membat penemuan saintifik dan teknolog - dari sudut yang kononnya proses evolusi. Cara yang betul untuk saintis ialah berlaku jujur terhadap semua fakta yang ditentukan oleh eksperimen, penemuan dan pemerhatian, bukan mengikut fahaman.

A ziggurat
The kingdom of the heavens and Earth belongs to God. God has power over all things.
(Qur'an, 3:189)

Kanta Nimrud
A lens-like fragment dating back some 3,000 years has been described as an important discovery that "could rewrite the history of science." That history shows that humankind has possessed the same mind, abilities and tastes from the moment he came into being.
Penemuan yang dibuat pada tahun 1850 oleh seorang ahli arkeologi, Sir John Layard, telah menimbulkan persoalan tentang siapakah sebenarnya yang pertama kali menggunakan kanta? Semasa dalam siri penggalian di kawasan yang kini dikenali sebagai Iraq, Layard menemui sekeping lensa yang berusia 3,000 tahun. Serpihan itu yang kini dipamerkan di Muzium British membuktikan bahawa kanta pertama kali telah digunakan di zaman masyarakat Assyria. Berdasarkan pendapat Profesor Giovanni Pettinato dari Universiti Rom, kanta seperti batu Kristal itu adalah penemuan penting yang dapat menyingkap sejarah sains - juga mampu menjelaskan mengapa masyarakat Assyria purba mengetahui terlalu banyak tentang astronomi sehinggakan berjaya menemui planet Saturn dan lingkaran yang mengelilinginya.66
Sehingga tahap mana lensa ini dibangunkan? Jawapannya mungkin boleh diperdebatkan, tetapi amat jelas bahawa tidak semua komuniti purba hidup serba kekurangan, seperti yang didakwa oleh saintis evolusionis. Mereka memanfaatkan sains dan teknologi, membina tamadun gemilang dan menjalani gaya hidup yang maju. Hanya sedikit informasi tentang kehidupan seharian mereka yang ditinggalkan kepada kita hari ini, tetapi secara praktikalnya kita tahu bahawa tiada satu pun masyarakat dulu kala yang menempuhi evolusi.
God created the heavens and the Earth with truth. There is certainly a sign in that for the believers.
(Qur'an, 29:44)

Bateri Baghdad


Research into this object, known as the "Baghdad battery" and dating back 2,000 years, suggests that it was used as a battery to generate electricity.
Dalam tahun 1938, seorang ahli arkeologi Jerman, Wilhelm König menemui satu objek seakan pasu yang kini dikenali sebagai 'Bateri Baghdad'. Tetapi bagaimana diketahui bahawa objek ini, lebih kurang 2,000 tahun dulu, telah digunakan sebagai bateri? Sekiranya ia benar-benar telah dijadikan bateri - sepertimana ditunjukkan oleh kajian yang dijalankan - maka semua teori yang mengatakan bahawa peradaban sentiasa berkembang dan masyarakat purba hidup serba kekurangan, akan hancur sepenuhnya. Belanga tembikar yang diselaputi aspal dan bitumen ini mengandungi silinder tembaga. Bahagian bawah silinder ini dilapisi cakera tembaga. Penutup aspal memegang rod besi di tengahnya yang diunjurkan ke dalam silinder, tanpa ada sebarang tindakbalas.

Jika belanga ini diisi dengan elektrolit, hasilnya adalah satu bateri yang menghasilkan elektrik. Fenomena ini dikenali sebagai tindakbalas elektrokimia, dan tidak jauh bezanya dengan cara bateri hari ini berfungsi. Sewaktu ujikaji, antara 1.5 dan 2 volt elektrik dijana oleh beberapa binaan semula yang berdasarkan Bateri Baghdad.


Ini mewujudkan satu persoalan penting: Apakah kegunaan bateri 2,000 tahun dahulu? Oleh kerana bateri seperti itu wujud, maka jelas bahawa pasti terdapat alat dan perkakas yang menggunakannya. Ini sekali lagi membuktikan bahawa masyarakat yang hidup 2,000 tahun dahulu telah memiliki teknologi yang lebih maju - dan sebagai tambahan, taraf kehidupan - berbanding dengan apa yang dibayangkan sebelum ini.