BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Jumaat, 28 Oktober 2011

ZAMAN BATU: SATU PEMBOHONGAN SEJARAH Bhg 9

AGAMA YANG HAK TELAH WUJUD SEJAK PERMULAAN SEJARAH


Satu lagi kesilapan penganjur pembohongan perkembangan sejarah dan masyarakat adalah dakwaan bahawa agama yang menjadi nilai tertinggi masyarakat juga turut berubah. Dakwaan ini dikemukakan pada kurun ke-19 dan amat disokong oleh materialis dan ateis. Tetapi tiada penemuan arkeologi untuk membuktikannya dan ia kekal sebagai spekulasi.


Mereka juga tidak mempunyai bukti sokongan bahawa manusia purbakala mengamal agama puak primitif dan menyembah banyak , dan bahawa agama hak yang diturunkan untuk semua manusia sejak zaman Nabi Adam (as) dan berdasarkan kesatuan Ilahi hanya wujud kemudiannya. Sesetengah evolusionis cuba menggambarkan dakwaan ini sebagai fakta sejarah, tetapi mereka silap besar. Sebagaimana teori Darwin tentang evolusi biologi adalah penipuan, begitu juga dengan teori evolusi agama yang muncul hasil pegaruh teori Darwin.

Bagaimana Kesalahan 'Evolusi Agama' Berlaku?

Charles Darwin
Sekitar satu setengah abad yang lalu apabila buku Origin of Species Darwin masih lagi dalam edisi pertamanya, idea evolusi mendapat sokongan hebat dari kalangan materialis dan ateis. Beberapa orang pemikir di zaman itu menganggap bahawa setiap kejadian dalam sejarah manusia dapat dijelaskan melalui evolusi dengan menyatakan bahawa setiap sesuatu bermula daripada asas, peringkat primitif dan berkembang menjadi lebih sempurna.


Kesilapan ini berlaku dalam banyak bidang. Dalam ekonomi contohnya, Marxisme mendakwa bahawa perkembangan sedemikian sememangnya telah dijangka dan setiap orang akhirnya akan memeluk fahaman komunisme. Pengalaman telah membuktikan bahawa ini hanyalah impian dan pendapat Marxisme langsung tidak mencerminkan kebenaran.

Dalam cabang psikologi pula, Sigmund Freud menyatakan bahawa manusia adalah spesis yang amat berkembang, tetapi tindakan mereka secara psikologinya masih dipengaruhi oleh sebab-sebab yang sama dengan apa yang berlaku pada moyang primitifnya. Kesalahan besar ini telah ditolak secara saintifik melalui kajian psikologi, sekaligus membuktikan bahawa pandangan asas Freudianisme tiada asas saintifik.

Arena sosiologi, antropologi dan sejarah juga telah dijangkiti oleh teori evolusi, tetapi pengetahuan yang diperoleh daripada penemuan kurun terbaru telah menunjukkan bahawa pengaruh ini langsung tidak produktif.


Persamaan ciri yang dipunyai oleh semua teori evolusi ialah penentangan mereka terhadap sebarang kepercayaan terhadap Allah. Inilah akar fahaman di sebalik idea salah evolusi agama. Menurut pandangan salah Herbert Spencer, antara orang kuat penganjur pembohongan ini, manusia purbakala tiada agama. Agama pertama kononnya bermula dengan penyembahan terhadap mayat. Ahli antropologi lainnya yang menyokong penipuan evolusi agama menyatakan pandangan yang berbeza-beza. Ada yang percaya bahawa agama bersumberkan animisme (kepercayaan kepada makhluk halus dan roh); ada juga berpendapat bahawa agama muncul daripada totemisme (menyembah lambang seseorang, kumpulan atau objek). Seorang lagi ahli antropologi, E.B. Taylor, percaya bahawa agama berkembang daripada animisme kepada manisme (menyembah nenek moyang), politeisme (percaya kepada banyak tuhan) dan berakhir dengan monoteisme (percaya kepada Keesaan).

Teori ini dimulakan oleh ahli antropologi berfahaman ateis pada kurun ke-19 dan sejak itu telah diperjuang dan diterbitkan dalam pelbagai senario. Tetapi ia tidak lebih daripada satu pembohongan. Jumpaan arkeologi dan sejarah bertentangan dengan pandangan yang dikemukakan oleh saintis tersebut, iaitu agama monoteisme sejak awal lagi telah diwahyukan Ilahi kepada manusia menerusi nabi dan rasul-Nya. Tetapi pada masa yang sama, penyelewengan dan kepercayaan karut telah muncul seiring dengan agama sebenar. Sebagaimana manusia hari ini percaya kepada Tuhan yang Satu dan hidup mengikut ajaran-Nya, begitu juga dengan mereka yang secara salah menyembah berhala kayu dan batu, atau syaitan, atau moyang mereka dan juga pelbagai semangat, binatang, Matahari, Bulan dan bintang-bintang. Kebanyakan masyarakat ini tidak mundur, sebaliknya hidup dalam keadaan serba maju.


Sepanjang sejarah, terdapat juga mereka yang mengingkari ajaran agama hak yang diwahyukan Allah dan cuba menghapuskan nilai-nilai moralnya. Al-Quran memberitahu kita tentang sesetengah manusia yang mahu mencampur kepercayaan dan amalan karut dan agama sebenar yang diperturunkan lalu akhirnya mengubah dan memusnahkannya:
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu. (Surah al-Baqarah, ayat 79)
Inilah sebabnya sebahagian orang yang percaya kepada kewujudan dan Keesaan Allah dan patuh kepada ajaran-Nya akhirnya meninggalkan agama sebenar. Maka terhasillah kepercayaan dan amalan yang menyimpang.  Dengan kata lain, tidak sepertimana yang dinyatakan oleh sesetengah orang, evolusi agama tidak pernah berlaku; tetapi agama hak pada waktu-waktu tertentu telah diseleweng hasil daripada kemunculan kepercayaan karut.

Penyelewengan Agama Yang Benar
Di abad ke-20, kajian penting telah dijalankan berkenaan dengan asal-susul agama, syukur kini telah dietahui bahawa tiada nilai saintifik dalam dakwaan tentang evolusi agama, dan pandangan tersebut sekadar khayalan belaka. Kajian ke atas agama-agama di dunia oleh ahli antropologi terkemuka seperti Andrew Lang dan Wilhelm Schmidt membuktikan yang agama tidak pernah berubah; sebaliknya telah diseleweng dari semasa ke semasa. Keputusan kajian Schmidt telah diterbitkan secara terperinci dalam majalah berkala, Anthropos.

Hasil kajian yang dijalankan antara tahun 1900-1935 menunjukkan bahawa pandangan tentang perubahan agama adalah tidak benar sama sekali, dan menyebabkab ramai ahli antropologi mengabaikan pendapat-pendapat evolusi mereka. Walau pun dengan adanya semua fakta saintifik dan sejarah, sesetengah ateis yang radikal tetap mempertahankan pandangan rapuh ini.

Penemuan Arkeologi Dari Mesir Dan Mesopotamia

The picture to the side shows a "god of lightning," one of the Sumerians' false deities that emerged when the one true Divine belief became corrupted.
Wilayah Mesopotamia yang terletak tidak jauh dari peradaban masyarakat Mesir purba juga dikenali sebagai 'sumber peradaban'.


Kebanyakan maklumat penting yang ditemui hasil kajian arkeologi di kawasan ini lahir dari penemuan berkenaan kepercayaan agama masyarakat Sumeria. Beberapa prasasti menceritakan tentang aktiviti sejumlah besar dewa. Semakin banyak informasi diperoleh dan penyelidik menemui kaedah lebih baik untuk mentafsir data, beberapa maklumat tentang kepercayaan agama masyarakat ini juga mula ditemui. Perkara yang paling menarik ialah lebih daripada sejumlah dewa yang mereka percayai, mereka juga sebenarnya percaya kepada Tuhan yang Satu. Bukti sejarah menunjukkan bahawa agama hak sentiasa wujud. Halaman berikutnya akan mengkaji peradaban Sumeria, Mesir, India dan Eropah serta tamadun Aztek, Inca, Maya untuk membuktikan bahawa mereka semua menyembah Tuhan yang Satu dan agama yang benar disampaikan kepada mereka melalui pesuruh-Nya. Stephen Langdon dari Universiti Oxford adalah penyelidik pertama yang mendapati bahawa politeisme pada asalnya mempunyai monoteisme. Pada tahun 1931, beliau memaklumkan hasil kajiannya kepada dunia saintifik dengan menyatakan bahawa ia di luar jangkaan dan sangat berlawanan dengan pemahaman evolusionis sebelum ini. Langdon menjelaskan hasil penemuannya sebagai berikut:
... sejarah peradaban manusia yang paling tua adalah pengurangan yang pantas daripada monoteisme kepada politeisme melampau dan kepercayaan terhadap semangat jahat yang berleluasa.73
Lima tahun kemudian, Langdon menyatakan perkara berikut dalam The Scotsman:
Bukti itu dengan jelas merujuk kepada monoteisme asli, saki-baki prasasti dan penulisan oleh masyarakat Semitik purba juga menunjukkan ... monoteisme, dan punca penyembahan berhala oleh masyarakat Ibrani dan beberapa agama Semitik lain kini tertolak sepenuhnya.74
Penggalian di Tell Asmar moden, tapak bandar masyarakat Sumeria yang bermula sejak tahun 3,000 BC, menemui hasil yang amat berpadanan dengan pendapat Langdon. Pengarah penggalian itu, Henry Frankfort, memberi laporan rasmi berikut:
Sebagai tambahan kepada hasil yang memberangsangkan, penggalian kita juga telah membuktikan satu fakta baru yang mulai dari saat ini perlu diberi perhatian oleh pelajar-pelajar yang mengkaji agama masyarakat Babylon. Kita telah dapati untuk pertama kalinya bahawa unsur-unsur agama sempurna dalam kedudukan sosialnya.

Kita mempunyai sejumlah besar bukti logik, diperoleh daripada jumlah yang hampir sama kuil dan rumah yang diduduki oleh mereka yang menyembah di dalam kuil. Maka kita dapati bahawa jumpaan yang mereka kaji sendiri adalah tidak mungkin.
Sebagai contoh, kami menemui bahawa perlambangan yang terdapat pada beberapa cap silinder, yang sering dikaitkan dengan pelbagai , semuanya boleh disesuaikan ke dalam gambaran konsisten yang mana  tunggal yang disembah di kuil inilah yang membentuk asasnya. Jadi kelihatan pada zaman awal ini, kepelbagaian aspeknya tidak dianggap sebagai dewa-dewa berbeza di dalam kuil purba masyarakat Sumero-Akkadia.75

When Sumerian tablets were translated, it emerged that the large number of false deities in the Babylonian pantheon emerged as a result of the gradual misinterpretation of the various names and titles of a single Deity.
Jumpaan Frankfort mendedahkan fakta-fakta penting tentang cara kemunculan sistem kepercayaan karut dan politeisme. Teori evolusi agama berpendapat bahawa politeisme timbul apabila manusia mula menyembah semangat jahat yang mewakili kuasa-kuasa alam. Tetapi ianya tidak benar. Sepanjang perjalanan sejarah, manusia membangun pemahaman berbeza terhadap sifat-sifat Tuhan yang Satu, lalu akhirnya membawa kepada penyimpangan kepercayaan terhadap Keesaan Tuhan. Kepelbagaian sifat Tuhan yang Satu ini bertukar menjadi beberapa fahaman lain.


Lama sebelum Langdon membuat terjemahan batu-batu bersurat masyarakat Sumeria, seorang penyelidik bernama Friedrich Delitzsch telah membuat penemuan yang sama. Beliau mendapati bahawa kesemua dewa dalam sembahan masyarakat Babylon datang dari bermacam-macam karakter Marduk yang mereka sembah sebagai dewa pada masa itu. Kajian membuktikan bahawa kepercayaan terhadap Marduk adalah hasil daripada merosotnya kepercayaan terhadap satu Tuhan sebenar.


Marduk adalah dewa yang mempunyai banyak nama. Dia dipanggil Ninib atau 'Yang Punya Kuasa', Nergal atau 'Tuhan Peperangan', Bel atau 'Yang Punya Ketuhanan', Nebo atau 'Tuhan Para Nabi', Sin atau 'Cahaya Kegelapan', Shamash atau 'Tuhan Yang Serba Adil', dan Addu atau 'Tuhan Hujan'. Lama-kelamaan, sifat-sifat Marduk ini akhirnya diasing darinya dan dijadikan dewa-dewa yang lain. Cara yang sama juga berlaku pada Tuhan Matahari dan Tuhan Bulan, iaitu dewa palsu yang lahir daripada imaginasi manusia. Kepercayaan terhadap Marduk, bersamaan dengan namanya yang lain, menunjukkan bahawa sistem kepercayaan ini sebenarnya dikembangkan dari masa ke masa hasil penyimpangan kepercayaan terhadap Tuhan yang Satu.

The false deity Marduk, from the Babylonian pantheon
Kita juga dapat melihat kesan penyelewengan yang sama dalam masyarakat Mesir purba. Ramai penyelidik telah menemui bahawa masyarakat Mesir purba merupakan pengamal monoteisme pertama, tetapi kemudian merombak sistem ini dan menukarkannya kepada Sabeisme, atau menyembah matahari. M. de Rouge menulis:
Adalah amat nyata bahawa bahagian yang luhur dari agama masyarakat Mesir secara relatifnya bukan hasil terbaru proses perkembangan atau penghapusan daripada yang lebih kotor. Bahagian luhur tersebut dibuktikan purba; dan tahap terakhir agama masyarakat Mesir yang terkenal di kalangan penulis Greek dan Latin, bukan ahli kitab atau Kristian, adalah yang paling kotor dan rosak.76
Sir Flinders Petrie, seorang ahli antropologi mengatakan bahawa kepercayaan karut dan politeisme timbul hasil daripada kerosakan beransur-ansur kepercayaan kepada satu Tuhan. Tambahan pula, beliau berkata bahawa proses kerosakan ini boleh dilihat dalam masyarakat hari ini seperti juga masyarakat di masa lalu:
Dalam agama dan teologi purba, terdapat pengkelasan Tuhan yang berbeza-beza. Sesetengah bangsa seperti Hindu moden, tenggelam dalam timbunan Tuhan dan dewa-dewa yang terus-menerus bertambah. Yang lain ... bukan menyembah Tuhan yang agung, tetapi sejumlah kepercayaan animisme, syaitan. ...

Konsep ketuhanan berkembang daripada penyembahan roh-roh jahat sebegitu kita akan dapati politeisme mendahului monoteisme ... Apa yang kita perolehi sebenarnya bertentangan, monoteisme ialah tahap terawal yang boleh dikesan dalam teologi. ...77

The pharaoh Akhenaten believed in a single God and had all idols destroyed. He expressed his belief in these words in a hymn: How many are Your deeds, though hidden from sight, o Sole God beside whom there is none! You made the earth as You wished, You alone, All peoples, herds, and flocks; All upon earth that walk on legs, all on high that fly on wings...
Anthropological research has shown that polytheistic beliefs emerged along with the distortion of monotheistic faith. This is one proof that no such process as religious "evolution" ever took place, as some would have us believe.
Asal-usul Politeisme Tahyul di India

The superstitious Hindu religion has many false deities. However, research has shown that in the early days of Indian culture people believed in a single God.
Walaupun tamadun India tidak setua peradaban di Timur Tengah, ia merupakan antara tamadun tertua yang masih lagi hidup di dunia.

Dalam paganisme masyarakat India, jumlah dewa-dewa tidak terkira banyaknya. Selepas satu kajian yang lama, Andrew Lang mendapati bahawa agama yang menyembah banyak  wujud di India hasil daripada proses sama yang berlaku di Timur Tengah.

Edward McCrady yang menulis tentang kepercayaan agama masyarakat India, mendapati Rig Veda menunjukkan bahawa pada waktu dulu, dewa-dewa hanya dianggap sebagai sebahagian jelmaan Tuhan yang pelbagai.78

Dalam gita puja Rig Veda, kita dapat melihat kesan kehancuran agama yang memuja satu . Seorang lagi pengkaji dalam bidang ini, Max Müller, bersetuju bahawa pada awalnya, wujud kepercayaan kepada satu :
Terdapat monoteisme yang mendahului politeisme Veda; dan walaupun dalam pemujaan pelbagai , ingatan bahawa Tuhan itu Satu hadir dalam seruan pemujaan, seperti langit biru dilindungi awan yang sedang berarak.79

Maka, jelas bahawa evolusi agama tidak berlaku, sebaliknya manusialah yang menokok-tambah perkara-perkara tahyul ke dalam agama sebenar, atau menolak sesetengah suruhan dan larangan - yang akhirnya menyebabkan penyelewengan terhadap kepercayaan agama.

Pencemaran Agama Dalam Sejarah Eropah

In his book The Religion of Greece in Prehistoric Times, Axel W. Persson, a researcher into ancient Greek religious beliefs, says: ". . . there later developed a larger number of more or less significant figures which we meet with in Greek religious myths."

Kita dapat melihat kesan pencemaran yang sama dalam kepercayaan masyarakat-masyarakat Eropah di zaman silam. Axel W. Persson, seorang penyelidik paganisme Greek purba telah menulis dalam bukunya yang bertajuk The Religion of Greece in Prehistoric Times:
. kemudian berkembang sejumlah besar dewa yang kita temui dalam mitos agama masyarakat Greek. Pada pandangan saya, variasi mereka yang bertambah dipengaruhi oleh pelbagai nama sembahan yang berasal daripada satu dewa yang sama. 80
Kesan pengubahan yang sama juga boleh dilihat di Itali. Selepas mengkaji carta Iguvine yang ditemui dari zaman Etruscan, seorang ahli arkeologi bernama Irene Rosenzweig menyimpulkan bahawa “dewa-dewa dibezakan oleh sifat mereka, yang masing-masing kemudiannya dikenali sebagai kuasa suci yang tersendiri.” 81
Kesimpulannya, semua bukti antropologi dan arkeologi kurun terakhir menunjukkan bahawa sepanjang sejarah, masyarakat pada mulanya percaya terhadap Keesaan Tuhan tetapi mengubah kepercayaan ini dari masa ke masa. Mula-mula, manusia percaya kepada Tuhan yang menciptakan setiap yang ada daripada tiada, Tuhan yang melihat dan mengetahui segalanya dan Tuhan kepada seluruh alam. Lama-kelamaan, nama-nama Tuhan disalah anggap sebagai dewa-dewa yang berbeza, akhirnya manusia mula menyembah kesemua dewa palsu ini. Agama yang benar ialah penyembahan terhadap Tuhan yang Satu. Fahaman politeisme berkembang hasil daripada penyelewengan agama sebenar yang telah diwahyukan Ilahi kepada manusia sejak zaman Nabi Adam (as) lagi.

Agama Hak Yang Diwahyukan Ilahi

Apabila kita melihat nilai-nilai budaya dan agama masyarakat di pelbagai kawasan dunia, kita dapati mereka mempunyai persamaan. Kesemua masyarakat ini mungkin tidak dapat berkongsi budaya, tetapi mereka percaya terhadap makhluk seperti malaikat, syaitan dan jin yang hidup di alam berbeza. Mereka percaya pada kehidupan selepas mati, bahawa manusia diciptakan daripada tanah; dan penyembahan mereka mempunyai banyak elemen yang sama. Misalannya, bahtera Nabi Nuh (as) tercatat dalam rekod masyarakat Sumeria, agama bangsa Wales, dan di dalam beberapa inskripsi masyarakat Cina dan agama masyarakat Lithuania purba.


Ini cuma satu bukti bahawa satu dewa yang berkuasa - iaitu Allah, Tuhan Seluruh Alam - telah mewahyukan moral-moral keagamaan. Di seluruh dunia, budaya pernah disangka sebagai agama yang muncul dari tempat agung yang sama, mendedahkan kewujudan dewa tunggal. Tuhan kita telah menunjukkan Diri-Nya dalam setiap perjalanan sejarah melalui hamba-hamba yang dipilih dan dimuliakan-Nya; dan melalui mereka Dia telah menurunkan agama terpilih untuk manusia. Pada wahyu terakhir yang tercatat dalam Al-Quran, Allah memberitahu bahawa "...tiap-tiap umat (yang telah lalu) ada Nabinya yang memimpin ke jalan yang benar." (Surah ar-Ra'd, ayat 7). Dalam ayat lain kita diberitahu bahawa Dia mengutus pesuruh-Nya kepada semua bangsa manusia untuk mengingatkan mereka:
Dan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran. Memperingatkan mereka dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim. (Surah asy-Syu'araa', ayat 208-209)
Kesemua pesuruh ini sentiasa mengajak manusia percaya kepada Keesaan Allah, menyembah hanya kepada-Nya, serta membuat kebaikan dan menjauhi larangan-Nya. Manusia akan mendapat kesejahteraan melalui ketaatan kepada para nabi dan rasul yang dipilih dan dirahmati Allah, dan patuh kepada kitab suci yang ditinggalkan sebagai warisan. Rasul terakhir yang diutus Allah sebagai rahmat untuk seluruh alam ialah Nabi Muhammad (saw); dan Al-Quran sebagai kitab suci terakhir yang selamanya berada di bawah lindungan Allah ialah panduan sebenar kemanusiaan.