BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Ahad, 6 November 2011

ABU YA THE MOVIE

As salam akan keluar di pawagam Malaysia sebuah filem bertajuk Abu Ya the Movie

Berikut adalah sinopsisnya


SINOPSIS
Filem ini mengisahkan seorang lelaki bernama ABU BIN ZAKARYIAH yang menghabiskan sebahagian zaman remajanya di TURKI dan setelah kerap berulang-alik ke TURKI, telah pulang ke tanahair bersama seorang perempuan TURKI bernama UMYI SONIA ARTATUK ( isteri ).
Dia mendapat peluang untuk mengajar agama di sebuah tempat di KAMPUNG BUKIT LALANG. Dia sangat disanjung tinggi di kawasan tersebut kerana mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan orang lain di kampong itu. Lebih-lebih lagi dia mempunyai kelebihan berbahasa Inggeris serta mempunyai seorang isteri yang sangat jelita dan modern. Beliau juga berkawin dengan SAKINAH- penduduk kampong itu. Akhirnya, ABU BIN ZAKARYIAH digelar TOK AYAH ABU YA atau ABU YA.
Menerusi SAKINAH yang kaya & banyak tanah, ABU YA membantu ramai penduduk setempat. Akhirnya dia berjaya membentuk sebuah komuniti kecil berteraskan fahaman dan ajaran mengikut logik akalnya dalam menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan pengikutnya. Dia menamakan komunitinya sebagai KERAJAAN DEWA-DEWA. Pusat pengurusannya adalah di atas sebidang tanah di tepi sungai dengan dinamakan sebagai MARKAZ KHALIFAH. Dia mula menaikkan bendera merah sebagai lambang kekuasaannya. Semua AHLInya bebas keluar masuk dalam penempatan tersebut, di samping itu juga ABU YA mula membina dan menjana sumber pendapatan untuk komunitinya. ABU YA juga berkawin dengan ADAWIYAH (bini ketiga) dari kaum Pattani, Siam dan bini terakhirnya (yang keempat)-SURAYA adalah wanita Bandar yang moden.
AMIN, AKUB, ALIAS, AWANG, TAWI, MANAN, HUSIN DAN EMAN adalah orang kuat yang menghidup dan menggerakkan KERAJAAN DEWA-DEWA ini. Peraturan untuk menjadi AHLI-nya amat ketat.
Syarat untuk menyertai kumpulan ini ialah mereka harus membawa seorang perempuan untuk menjadi habuan seluruh ahli dan ‘hadiah’ mereka akan menjadi kayu pengukur kepada tahap keimanan dan kesetiaan kepada kumpulan.
Semakin hari mereka semakin jauh dan terpesong dari ajaran agama. Lebih memburukkan lagi keadaan apabila ABU YA berjaya mendapat ilmu pukau dari seorang guru ilmu hitam Siam- MEH EDENG selepas mengahwininya SECARA BATIN di dalam WAT SIAM. Ilmu pukaunya ternyata menjadi dengan bantuan khadam dan hantu syaitan serta iblis. Dia (ABU YA) tidak dapat di kawal lagi.
Penempatannya menjadi agak mashyur dan mula menarik perhatian seluruh rakyat di setiap pelusuk. Dia mempunyai kebolehan mengubati semua jenis penyakit. Dia berjaya membentuk satu komuniti asing yang mempunyai pengikut yang sangat taksub dari pelbagai bangsa.
Akhir sekali dia terpaksa menahan tempatnya dari dimusnahkan oleh kerajaan kerana dia sememangnya menyesatkan umat manusia dan berhasrat untuk melakukan rampasan kuasa (Dia mendapat bekalan senjata dari sempadan SIAM). Kesudahannya, gugusan yang dibina oleh ABU YA berakhir dengan malapetaka.

 Dibintangi FAIZAL HUSSEIN | JUE AZIZ | YANK KASSIM | SUHAILLAH SALAM | IQBAL MAZLAN |ADREA ABDULLAH | KHIR MD NOR | GENNA ALIF | ROYADI MADADA | HALIM RAHMAN | ARY MOHD
BOB SINGAH | FAHMI | NAZIM SHAH | NADIA TURK | YUS RAJA LAWAK | NURFARAH WAHIDA | ITO BLUES GANG | IPIN,KHAI | UNCLE GHANI

Cerita asal YAN SENARA

Skrip YAN SENARA

Konsep kreatif ANJAS ASMARA

Penolong pengarah HERDAWATI TAHIR | SAM RAMLEE | SAIRATUL SEYRA LYANA | ED ZARITH

Prop master ADI ASLIN | KAMAL BAHRIN

Stylish SURAYA HUSSIN

Costume POGIE

Jurutera bunyi IKMAL ZAKI

Location manager AZHAR MAN| BAKRI AZIZ | PAK SAAD | PAK LAH d.o.p./cameraman ACAI ZULKIFLI MOHD ZAIN

Penerbit penyelaras KHALID BAHARI | ANJAS | SHAHRIZAL ABD AZIS

Penerbit eksekutif SYED MUSTAFFA SYED ABU BAKAR | JOHARI MAHAMAD NOOR | SAM RAMLEE| KAMARUL BAHRIN

Penerbit RUBINDAR SINGH | DR, GURNAM SINGH

Penasihat penerbitan DATO’ DR. SIVAMOHAN

Pengarah IMRAN HAJI ISMAIL

untuk maklumat lanjut sila klik ABU YA



 TAK MAHU ULAS. FIKIR2KAN