BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Isnin, 14 November 2011

Bangsa Rom 2

As salam. Artikel ini berkaitan dengan artikel sebelum ini yakni trend baru di bumi Amerika.

Tahun 2010 menyaksikan kejutan buat dunia di saat orang Yahudi berusaha menghapuskan Palestin dan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah enggan mengiktiraf penubuhan negara Palestin. Negara-negara Amerika Latin satu per satu mengitiraf negara Palestin. Sesuatu yang tak pernah dijangkakan oleh pemikiran umat Islam.

Namun baginda Rasulullah SAW pernah memberi gambaran tentang hal ini yakni ketika baginda menyebutkan mengenai Bangsa Rom yang akan berdamai dengan Umat Islam. Baginda pernah menyebutkan bahwa 70 000 bangsa Rom akan menjadi tentera Imam Mahdi.


Perlu diingat Bangsa Rom adalah bangsa Eropah Deutro yang berketurunan Is Bin Ishak Bin Ibrahim as.
Menurut riwayat Is Bin Ishak as berkahwin dengan PUTERI TUNGGAL Nabi Ismail as.  
Termasuk dalam kalangan bangsa Rom ialah bangsa Perancis, Bangsa Sepanyol, Bangsa Itali, dan Bangsa Portugis.

Penduduk Amerika Latin merupakan hasil campuran genetik masyarakat Asli Amerika, genetik penakluk Muslim berbangsa Arab yang menakluk Bumi Amerika sebelum kedatangan Christhoper Columbus dan juga genetik bangsa Rom yang menakluk bumi Amerika yakni Bangsa Sepanyol, Bangsa Portugis dan Bangsa Perancis. Mereka dikenali sebagai bangsa Latin/Hispanik.

Rasulullah saw pernah menyebut mengenai 70 000 tentera Imam Mahdi yang menakluk Konstatinople sebagai
  • Bani Ishak
  • Bani Ismail
  • Bani Asfar (Putih)

Dikatakan dalam Hadis bahawa Bangsa Rom meminta kepada Orang Islam mengembalikan bangsa mereka yang berada dalam perlindungan orang Islam semasa tercetusnya Perang Besar (Armageddon).

Bangsa Latin/Hispanik ini adalah faktor tercetusnya proses Islamisasi penduduk Amerika Syarikat ketika ini. Bangsa Latin/Hispanik yang berhijrah ke negara-negara yang mempunyai penduduk Islam cenderung untuk memeluk agama Islam. Di Amerika Syarikat, permintaan terjemahan Alquran dalam Bahasa Sepanyol adalah sangat menggalakkan.

Video 2

Nampaknya Nubuwwah Baginda Rasulullah SAW semakin menjadi kenyataan.

Sekian WALLAHU A'LAM