“Adakah kamu merasa aman terhadap
Allah yang (pusat pemerintahanNya) di langit bahawa Dia akan
membalik-balikkan bumi dan kamu bersamanya, sehingga tiba-tiba bumi
bergoncang? Atau apakah kamu merasa aman terhadap Allah di langit bahawa
Dia akan mengirimkan badai berbatu, maka kelak kamu akan
mengetahui bagaimana (akibat mendustakan ) peringatan-Ku. Dan demi
sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah
mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang
demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu”.
[al-Mulk: 16-18]
Terdapat banyak
riwayat dari para sahabat yang menceritakan tentang munculnya bintang
berekor (asteroid) yang akan menghentam bumi sebagai balasan terhadap
kaum yang engkar dan berita gembira terhadap orang beriman yang
menandakan kedatangan Imam Mahdi.
'Ammar bin Yasir r.a. Mengatakan, "Sesungguhnya keluarga Nabi kamu (ahlul bait) memiliki banyak tanda-tanda".
Ka'ab r.a. berkata, "Dari Timur akan keluar bintang sebelum kedatangan Imam Al-Mahdi. Bintang itu berekor". Dalam
tafsirnya ia juga mengatakan, "la sebuah bintang yang muncul dari arah
timur, menyinari penduduk bumi sebagaimana bulan bersinar pada malam
purnama".
Diriwayatkan
oleh Ka'ab r.a. Juga, "Celakalah Bani 'Abbas, ketika muncul sebuah
bintang di perut langit, goncangan dan keruntuhan. Kesemuanya itu terjadi pada bulan Ramadhan. Warna
merah akan terjadi di antara lima hingga dua puluh Ramadhan, sedangkan
goncangan akan terjadi di antara pertengahan bulan Ramadan hingga dua
puluh haribulan. Keruntuhan akan terjadi antara dua puluh hingga dua puluh empat Ramadhan. Dan
sebuah bintang akan terlempar, bersinar seperti bulan, lalu berlingkar
seperti lingkaran ular, hingga kepala dan ekornya seakan-akan hampir
bertemu antara satu sama lain. Bintang berekor itu
meluncur dari langit, diiringi suara keras sehinggalah ia terjatuh di
sebelah timur, dan manusia akan ditimpa malapetaka yang dahsyat.
Bintang ini bertemu antara hujung depannya dengan hujung belakangnya sehingga membentuk sebuah lingkaran. Bintang
ini berbeza dengan bintang-bintang yang lain kerana bintang ini
memiliki ciri-ciri tersendiri dan telah dikenal pasti oleh para ulama
pada awal dekad.
Kesimpulan dari
riwayat ini menunjukkan adanya bintang khusus, goncangan, keruntuhan,
warna kemerahan di langit, bintang yang kedua hujungnya melingkar dan
saling bertemu, dua goncangan, dan meteor yang menghancurkan sebahagian
wilayah timur.
Goncangan itu akan
disusuli oleh keruntuhan yang memperlihatkan kelemahan negara-negara
yang ditimpa musibah, atau mungkin juga ia adalah gempa Harasta di
Syria. Warna kemerahan di langit, dua goncangan, dan meteor adalah termasuk bencana yang akan menimpa sebahagian negara di timur. Bintang berekor itu akan dilihat oleh seluruh penduduk bumi sama ada di barat atau di timur.
Na'im bin Hamad dalam
al-Fitan meriwayatkan dari al-Walid, "Kami telah menyaksikan sebuah
gempa bumi yang menimpa penduduk Damsyik setelah beberapa hari memasuki
bulan Ramadhan, yang menyebabkan kematian ramai orang. Kejadian itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun 137. Namun
kami tidak melihat ada tanda keruntuhan sebagaimana dikhabarkan tentang
kemusnahan yang telah terjadi di sebuah kampung yang bernama Harasta. Dan
aku juga telah melihat bintang berekor yang muncul di bulan Muharram
pada tahun 145 bersamaan waktu fajar dari ufuk timur, malah kami sering
melihatnya di waktu fajar selama beberapa hari pada akhir bulan
Muharram, kemudian menghilang. Selang beberapa ketika katni melihatnya lagi setelah matahari terbenam di ufuk senja. Setelah itu kami melihatnya lagi di antara perut langit selama dua atau tiga bulan, lalu menghilang selama dua atau tiga tahun. Kemudian
pada bulan Jamadil Awal dan Jamadil Akhir dan beberapa hari di bulan
Rejab, kami melihat bintang samar yang menyala besarnya lebih kurang
satu hasta menurut ukuran penglihatan, berdekatan dengan Capricorn,
berputar mengelilinginya seperti mengorbit, lalu menghilang. Kemudian
kami melihat sebuah bintang tetapi ianya bukan planet Venus. la muncul
dari arah kanan kiblat negara Syam, nyalanya memanjang dari qabilah
sampai ke perut langit hingga ke Armenia. Lalu aku
ceritakan hal itu kepada seorang syeikh dari daerah Sakka, dia berkata, "
Bintang itu bukanlah bintang yang ditunggu-tunggu". Al-Walid berkata, "Aku telah melihat bintang di salah satu menara Abu Jaafar al-Mansur di Baqin. Bintang itu berputar-putar hingga kedua hujungnya bertemu dan menjadi seperti lingkaran jam pada malam hari". Al-Walid
meriwayatkan dari Ka'ab, "la adalah sebuah bintang yang muncul dari
arah timur dan menyinari penduduk bumi seperti sinaran bulan purnama". Al-Walid berkata, "Warna kemerahan dan bintang-bintang yang kita lihat tidaklah termasuk tanda-tandanya. Bintang
yang menjadi tanda adalah sebuah bintang yang terbalik di ufuk pada
bulan Safar, atau pada bulan Rabi'ul Awal dan Rabi'ul Akhir atau pada
bulan Rejab. Ketika itu Khaqan akan berjalan bersama Tattark dan diikuti oleh Romawi dengan bendera-bendera dan salib mereka".
Cerita ini
memperlihatkan kepada kita betapa besarnya perhatian orang-orang salaf
terhadap bintang-bintang dan meneliti tanda-tanda melalui bintang
tersebut. Riwayat di atas menguatkan lagi bahawa bintang
berekor itu adalah sebuah bintang yang muncul di sebelah timur dan
terbalik-balik di langit. la bergerak menuju ke arah negara barat
sehingga seluruh penduduk barat melihatnya. Semenjak dahulukala masyarakat barat mempercayai bahawa bintang berekor seperti itu adalah petanda buruk bagi mereka. Riwayat itu juga menggambarkan ciri-ciri khas kepada bintang tersebut iaitu berlingkar sehingga kedua hujungnya saling bertemu. Semoga ia merupakan tanda untuk membezakan, kerana kebanyakan komet-komet itu bersinar. Oleh
itu ia bukanlah komet Halley, tetapi tidak pula menolak kemungkinan
bahawa kemunculan komet Halley adalah suatu peringatan bahawasanya akan
muncul peristiwa-peristiwa yang menyusul selang beberapa waktu selepas
kemunculannya. Seperti yang ditulis di dalam sebuah syair
oleh seorang ulama, "Sesungguhnya akan berlaku berbagai peristiwa
setelah tiga puluh tahun munculnya bintang berekor".
Bintang berekor adalah
fenomena cakerawala (falak) yang telah diketahui oleh manusia sejak
Allah S.W.T menurunkan Adam a.s. ke muka bumi. Firaun-firaun pada zaman dahulu telah mencatatnya sebelum dan sesudah dicipta kalendar. Orang-orang
Cina juga telah mencatatnya dalam catatan falak mereka pada tahun 240
S.M. Begitu juga dengan masyarakat Mesir dan Babylon, mereka telah
mencatat kemunculan bintang berekor pada tahun 164 S.M. Sungguh
menghairankan!! Manusia selalu merasa prasangka dengan
kemunculan bintang berekor, dan yang amat ketara ialah manusia
menganggap bintang berekor adalah peringatan dan petanda buruk atau
tanda-tanda bencana dan musibah yang hampir menimpa bumi!! Manusia
telah menafsirkan banyak fenomena yang berkaitan dengan falak seperti
peredaran planet-planet pada orbitnya, gerhana matahari, dan gerhana
bulan. Sebenarnya pembahasan lengkap tentang bintang
berekor sudah termaktub dalam kitab al-Jufr yang ditulis oleh Saidina
Ali k.a.w. dan di dalam beberapa manuskrip yang lain.
Saidina Ali k.a.w.
mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), "Kedatangan Al-Mahdi akan
di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan
seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu
dekad (sepuluh tahun), dan bukan juga bintang yang muncul pada dua
pertiga abad, dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyongsong fajar. Hujung
depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa,
memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang
terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah
itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan
keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi
orang-orang yang jahat".
Kesimpulan dari ungkapan Saidina Ali k.a.w. dapat diambil kesimpulan seperti berikut;
1. Komet-komet itu mempunyai orbit yang tersendiri dan ia beredar di atasnya. Kita
tidak tahu apakah ia akan meninggalkan orbitnya lalu kembali lagi ke
orbit itu disebabkan daya tarikannya yang sangat kuat walaupun dari
jarak jauh, atau adakah ia akan pergi ke mana sahaja tanpa arah? Saidina Ali k.a.w. menerangkan satu perkara iaitu setiap komet mempunyai orbit tersendiri. Bagaimanapun komet Shoemaker yang meledak di permukaan Musytari membuktikan bahawa komet-komet itu boleh meninggalkan orbitnya.
2. Komet-komet itu beredar dalam ruang orbit yang terbatas. Oleh sebab itu kemunculannya akan berulang pada masa peredaran yang tertentu. Saidina Ali k.a.w. telah membicarakan salah satu daripada komet yang muncul di bumi pada setiap dua pertiga dekad. Satu dekad adalah sepuluh tahun, bererti kemunculannya antara tahun keenam dan ketujuh. Lalu komet itu menghilang kemudian muncul semula apabila tiba waktunya. Beliau
juga menyatakan salah satu daripadanya yang muncul setiap dua pertiga
abad. Dalam kitab lbnu Hamad (al-Fitan) telah menyatakan secara jelas
bahawa kedatangan Al-Mahdi akan didahului oleh bintang yang hanya dapat
dilihat dalam tempoh beberapa abad.
3. Saidina
Ali menegaskan bahawa bintang berekor itu mempunyai teras (mantel),
namun beliau tidak menjelaskan pengertian mantel tersebut. Beliau
cuma mengatakan bahawa isi kandungannya yang berupa zat yang saling
bertentangan iaitu api, air, udara dan tanah. Kajian terkini menyatakan
bahawa komet terdiri daripada lingkaran cahaya, nukleus dan berekor. Unsur
pertama yang dapat dilihat dari komet ini adalah pancaran cahaya yang
berlapis-lapis, dan di tengah tengahnya terdapat tompokan
molekul-molekul atom. Sedangkan ekornya terbentuk ketika
ia mendekati matahari, memanjang, bahkan kadangkala boleh mencapai
sehingga ratusan juta batu panjangnya.
Saidina Ali juga menjelaskan bahawa kemunculan awalnya adalah seperti matahari yang terbit secara tiba-tiba pada malam gelap. Kajian
sains membuktikan, "Unsur-unsur atom dalam komet terdiri dari
molekul-molekul air yang kecil dan keras, saling menarik satu sama lain. Sedangkan
lingkaran cahaya itu mengandung debu-debu halus dan gas-gas yang
bergerak secara bebas disebabkan tindak balas daripada kepanasan
matahari serta berkilau kerana pantulan sinaran cahaya matahari sehingga
terbentuklah komet yang terdiri daripada gasgas dan debu-debu. Sementara panjang dan lebarnya akan bertambah bergantung kepada kadar kelajuannya.