BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Rabu, 7 Disember 2011

Bahasa Agama

As salam

Ketika saya membaca blog-blog terutamanya yang ditulis oleh orang Islam saya dapati ramai yang menyatakan Bahasa Arab adalah Bahasa Agama atau Bahasa Islam.

Sebenarnya pandangan ini amat tidak tepat. Bahasa Arab bukan bahasa agama atau bahasa Islam tapi lebih tepat dikatakan Bahasa Sumber Agama atau Bahasa Sumber Islam kerana sumber agama Islam didapati dalam Bahasa Arab yakni Al-Quran dan Hadis.


Bahasa Agama

Bahasa Agama ialah bahasa dimana agama diajar, dipelajari dan difahami serta dihayati. Jadi bahasa agama merupakan bahasa ibunda sesuatu kaum.

Sepatutnya agama diajar dalam bahasa ibunda kaum yang disasarkan. Jika orang cina maka bahasa cina adalah bahasa agamanya. Jika orang rusia maka bahasa rusia bahasa agamanya. Jika orang yahudi, maka bahasa ibrani bahasa agamanya.

Sebab itu Allah mengutuskan setiap kaum rasul dari kalangan mereka, Sudah tentu setiap rasul mengajar agama Allah dalam bahasa kaumnya.

Ketika Rasulullah saw diutuskan kaum Quraisy memandang sinis dakwah Rasulullah dan mempersoalkan kerasulan baginda kerana baginda berbangsa Arab dan berbahasa Arab dan mereka mempersoalkan kitab Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab. Allah menurunkan ayat dalam Al-Quran yang menyindir sikap kaum Quraisy dengan menyatakan bahawa sedang Al-Quran diturukan dalam bahasa Arab mereka enggan terima apatah lagi jika Al-Quran ditrunkan dalam bahasa asing. Allah dalam Al-Quran menyatakan dengan jelas bahawa Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab supaya agama Islam mudah diajar, dipelajari, difahami dan dihayati kaum Rasulullah saw yang merupakan bangsa sasaran.

Sejarah mencatatkan kitab-kitab Allah diturunkan mengikut bahasa yang digunakan oleh bangsa sasaran. Kitab Taurat diturunkan mengikut bahasa kaum Nabi Musa as. Kitab Zabur diturunkan mengikut bahasa kaum Nabi Daud as dan Kitab Injil diturunkan memgikut bahasa kaum Nabi Isa as.

Jelas disini bahasa agama adalah bahasa ibunda sesuatu kaum.

Suatu Kesilapan

Nabi Muhammad saw diutuskan untuk seluruh manusia dan jin. Setelah baginda kembali ke rahmatullah maka Islam disebarkan ke seluruh pelusuk dunia hingga Islam menguasai 3/4 dunia.

Saya tak pasti bagaimana sejarah berlaku. Saya tak pasti jika pendakwah Islam menyebarkan Islam dalam bahasa Arab atau bahasa ibunda kaum yang mereka dakwahkan.

Maksud saya disini bukan bermaksud semuanya diajar dalam bahasa ibunda. Sudah tentu beberapa perkara seperti bacaan Al-Quran, zikir, zikir, bacaan dalam ibadat diajar dalam bahasa Arab. Tapi soal asas-asas agama, konsep-konsep agama, hukum-hakam agama diajar dalam bahasa ibunda.

Sepengetahuan saya perkara itu tidak berlaku. Semasa kegemilangan Islam saya dapati sejarah merekodkan orang yang memeluk Islam perlu belajar bahasa Arab. Bahasa Arab disebarkan beserta tersebarnya agama Islam. Orang Islam mesti tahu bahasa Arab. bangsa bukan Arab sepertinya tidak ada pilihan melainikan belajar bahasa Arab.

Bukan saya ragu-ragu dengan kemampuan bahasa Arab tapi saya ragu-ragu dengan kemampuan manusia sendiri. Ini kerana belajar bahasa asing adalah berat bagi sesetengah orang. Situasi ini amat diambil berat oleh puak Vatican. Vatican dibawah kepimpinan Dajjal tahu bahawa belajar agama melalui bahasa asing sebenarnya membawa risiko yang besar. Mereka menuggu saat sesuai ibarat buaya menunggu mangsa untuk diterkam.

Pergantungan

Umat Islam ketika itu amat bergantung kepada bahasa Arab untuk memahami Islam. Pendakwah Arab ketika itu lebih bertumpu mengajar orang Ajam bahasa mereka supaya orang Ajam dapat memahami Islam. Akhirnya Islam menanggung satu kerugian yang besar bila Vatican menjalankan kerjanya secara agresif.

Vatican memulakan program penjajahan bumi-bumi Islam. Kerajaan Sepanyol, Portugis, Belanda, Perancis dan Belanda tunduk pada arahan Vatican untuk menjajah bumi-bumi Islam. Dari Asia ke Amerika semua mereka jajah.

Mereka melancarkan pemurtadan di negara-negara Islam. Mereka paksa kaum-kaum yang dijajah memeluk agama mereka atau setidak-tidaknya kembali ke agama asal mereka. Mereka paksa kaum-kaum tersebut belajar bahasa mereka.

Apa kesan perbuatan mereka?

kaum-kaum yang dijajah tidak memahami Islam sepenuhnya. Mereka bergantung kepada bahasa Arab untuk memahami agama. Ketika penjajah memaksa mereka belajar bahasa penjajah, generasi muda mula meninggalkan bahasa Arab kerana memberi tumpuan kepada bahasa penjajah. Generasi muda tidak mampu belajar agama kerana tak tahu bahasa Arab. Generasi tua tak mampu mengajar agama kerana mereka tak memahami agama dalam bahasa ibunda mereka. Mereka sukar menjelaskan agama kepada generasi muda. Akhirnya generasi muda menganut Kristian kerana mereka dapat belajar kristian bukan sahaja melalui bahasa penjajah bahkan dalam bahasa ibunda mereka. Kitab bible versi bahasa ibunda mereka dicetak.

Akhirnya berlaku pemurtadan beramai-ramai terutamanya di Sepanyol, Amerika dan lain-lain. Islam semakin lemah dan Vatican bergembira rancangannya berjaya.


Situasi berbeza di Tanah Melayu

Islam tiba di nusantara dengan cara yang unik. Pendakwah-pendakwah Islam belajar bahasa melayu untuk mengajar Islam dalam bahasa Melayu. Bangsa Melayu pula belajar bahasa Arab untuk memahami Islam dengan lebih mendalam.

Ketika penjajah tiba di tanah melayu, penjajah entah bagaimana terpaksa pula belajar bahasa melayu. Mereka tak mampu memaksa orang melayu belajar bahasa mereka. Mereka tak mampu membuatkan orang melayu meninggalkan agama mereka.

Jadi mereka mendidik bakal-bakal pemimpin orang melayu supaya merekas akan melaksanakan misi mereka. Bila Tanah Melayu dimerdekakan, para pemimpin yang dididik penjajah cuba menghilangkan pengaruh Islam. Bahasa Inggeris diwajibkan dipelajari orang melayu dan Bahasa Arab dipinggirkan namun tiba-tiba berlaku gelombang Islamisasi yang menyebabkan orang-orang Islam mahu mengamalkan Islam kembali. Para pemimpin boneka akur dengan membenarkan bahasa Arab diajar di sekolah-sekolah agama dan kini diajar juga di sekolah-sekolah kebangsaan. Namun rakyat ditekankan penguasaan bahasa inggeris. Majoriti tak mahir bahasa Arab sedangkan mereka sudah belajar disekolah-sekola. Bahasa Arab kalah dengan bahasa inggeris.

Tapi situasi ini tidak menggugat keislaman orang melayu kerana sedari awal orang melayu belajar agama dalam bahasa ibunda mereka.

Situasi lain

 Orang asli di Malaysia hidup  beratus tahun dengan orang melayu yang Islam tapi kenapa mereka tak Islam. Jawapannya dakwah kepada orang asli tidak dilakukan dalam bahasa ibunda mereka. Orang melayu enggan belajar bahasa orang asli untuk mengajar Islam sebaliknya orang asli terpaksa belajar bahasa melayu untuk belajar Islam.

Orang melayu merantau hingga ke Cape Town, Afrika Selatan kekal Islam hingga kini kerana kefahaman Islam mereka adalah dalam bahasa Ibunda mereka iaitu bahasa Melayu. Perubahan bahasa dan persekitaran tak mampu mengubah mereka.

Situasi semasa

Hari ini semakin ramai  bangsa Amerika memeluk Islam. Mereka bagaimanapun saya lihat masih berpegang bahawa untuk faham Islam mereka mesti belajar bahasa Arab. Saya yakin generasi mereka mungkin senang dengan situasi ini tapi bagaimana anak cucu mereka?

Bayangkan pada masa hadapan Vatican mengarahkan bangsa Amerika wajib tahu kedua-dua bahasa Inggeris dan Sepanyol. Sudah tentu bahasa Arab akan terpinggir sekali lagi. Jika perbuatan mereka sama seperti penduduk Amerika yang terdahulu sudah tentu mudah Vatican memurtadkan mereka kembali.

Sebab itulah pendeta Vatican tidak risau dengan situasi pengislaman beramai-ramai ini kerana mereka yakin mereka mampu memurtadkan mereka kembali. Sedang orang Islam yang belajar dalam bahasa ibundanya (bangsa melayu) sendiri kefahaman Islam tidak kukuh inikan bangsa lain yang belajar islam melalui bahasa Arab.


Untuk pendakwah.

Alhamdulillah bangsa Melayu disebut-sebut bakal memimpin dunia pada masa akan datang. Apa tindakan kita? Sudah bersediakan kita? Berapa ramai yang sanggup belajar bahasa asing demi menyampaikan dakwah Islam? Jangan lakukan kesilapan yang serupa dengan bangsa-bangsa yang pernah memimpin dengan Islam.

Sebagai pendakwah, tanggungjawab yang dipikul amat berat. Sebab itulah bila Umat Nabi Muhammad saw diberi pengiktirafan sebagai umat terbaik.

Jangan lupa Al-Quran adalah qadim yang tidak berhuruf tidak berabjad. Al-Quran duturunkan terus ke hati Rasulullah saw yang Ummi. Bacaan pula Allah izinkan mengikut 7 loghat Arab yang dipilih Allah.

Al-Quran bukan sekadar tulisan-tulisan. Al-QUran dihayati oleh roh. Roh yang memahami Al-Quran. Roh yang suci mampu memahami Al-Quran sekalipun tidak tahu bahasa Arab kerana yang pentig bukan bahasanya tapi penghayatannya dan pengamalannya.

Rasulullah saw menyebut menjelang kiamat manusia sudah tidak memahami Islam lagi. Al-Quran tinggal tulisan dan orang sudah tidak tahu apa yang terkandung dalam Al-Quran. Al-Quran menjadi bahasa asing kerana mereka tidak lagi menghayatinya. Mereka mampu menyebut beberapa kalimat yang mereka sendiri tak tahu apa-apa mengenainya. Kalimat 'La ilaha illallah' tidak dimengerti lagi walaupun mereka mampu menyebutnya.


sekian wallahu a'lam.