BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Isnin, 12 Disember 2011

Perihal Yakjuj Makjuj 2

Dalam Fathul-Bari terdapat berbagai-bagai riwayat yang menyebut mengenai rupa kaum ini, dan boleh dibahagikan kepada 3 jeniaitu is,

(1) Sebahagiannya punya ketinggian seperti pokok Arz, iaitu sekitar 120 kaki 
(2) Sebahagiannya setinggi empat hasta dan selebar empat hasta 
(3) Sebahagiannya akan menjadikan sebelah daripada telinganya sebagai hamparan untuk tidur sementara sebelah lagi sebagai selimut. 

Ada juga riwayat menyatakan bahawa tinggi mereka 2 hasta dan yang paling tinggi ialah tiga hasta. 

Sebuah hadis sahih diriwayatkan oleh Nawwas bin Saman dalam Hadis Muslim menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj adalah amat kuat dan gagah dan tidak mampu dikalahkan oleh manusia di muka bumi. Diriwayatkan juga bahawa mereka ini mempunyai muka yang lebar, mata kecil, rambutnya kelabu keputihan, dan muka mereka adalah seperti perisai yang ditutupi oleh kulit. (Musnad Ahmad).


Berapa ramaikah bilangan kaum Yakjuj dan Makjuj ? 

Daripada sumber hadis, ternyata bahawa bilangan mereka amat banyak dan jauh lebih banyak berbanding dengan manusia yang berada di atas muka bumi. 

Menurut riwayat Abdullah bin Umar r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda “Allah telah membahagikan manusia kepada 10 bahagian. Sembilan bahagian ialah Yakjuj dan Makjuj sementara bakinya (iaitu bahagian kesepuluh) ialah manusia biasa (yang di atas muka bumi)”. 

 Ini bermakna jika seluruh umat manusia di atas muka bumi berjumlah 7 bilion orang, jumlah mereka ialah sekitar  63 bilion orang. Dengan bilangan sebegitu banyak, logikkah bagi mereka mendiami muka bumi yang “sempit”? 

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa pada setiap hari Yakjuj dan Makjuj cuba menggali atau memecahkan tembok Zulkarnain hinggalah mereka sampai ke peringkat mereka sudah nampak cahaya di luar. Kemudian mereka pulang dengan berkata “Esok kita akan dapat membolosinya”. Tetapi Allah telah menjadikan tembok itu kembali kepada bentuk asalnya menyebabkan mereka terpaksa menggalinya semula. Proses ini berterusan hari demi hari selama Allah menghendaki mereka ini terkepung. Apabila Allah menghendaki mereka keluar, di hujung hari mereka menggali itu mereka berkata “InsyaAllah, esok kita akan dapat membolosinya”. Pada esoknya mereka akan dapati tembok itu berkeadaan seperti yang
telah ditinggalkan pada hari semalam, dan setelah memecahkan bakinya, mereka akan keluar (Ahmad, Tirmidhi, Ibn Majah). 

Mengenai hadis di atas Ibn Arabi berpendapat bahawa sebenarnya Allah masih tidak mengizinkan mereka keluar. Dijangka mereka bekerja memecah tembok pada waktu malam dengan bergilir-gilir kerana bilangan mereka yang banyak. Menurut riwayat Wahab bin Munabbih, kaum Yakjuj dan Makjuj mempunyai teknologi (mempunyai pelbagai jenis peralatan), dan mereka dengan mudah menggunakan peralatan mereka untuk keluar. Ibn Arabi menyatakan bahawa perkataan “InsyaAllah” tidak pernah mereka ucapkan  hinggalah sampai pada saat Allah menghendaki mereka keluar, maka mereka akan mengucapkannya.


Menurut hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abu Hatim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Ibnu Amru bin Aus daripada datuknya, bahawa Yakjuj dan Makjuj ini berjima' secara bebas dengan perempuan dari kalangan mereka (maksudnya mereka menjima' sesuka hati) dan ikatan perkahwinan mereka dibentuk mengikut kehendak mereka sendiri.

Ibnu Hajar berkata bahawa di kalangan Yakjuj Makjuj ada yang mahir dalam sektor perkilangan, pemerintahan dan sebagainya, dan anggota kerajaan serta rakyat amat patuh kepada ketua. Ibnu Hajar juga berpendapat bahawa mereka mempunyai pokok-pokok dan tanaman-tanaman dan juga peralatan-peralatan.Berapa ramaikah bilangan Yakjuj dan Makjuj? 

Ada yang berpendapat bahawa jika dirujuk pada Surah Al-Anbiya' Ayat 96, ternyata bahawa Yakjuj dan Makjuj turun dalam keadaan laju dari tempat yang tinggi dan keadaan mereka (kelajuannya) adalah seperti serigala berjalan. Dan jelas bahawa ayat itu menunjukkan jumlah mereka adalah ramai.

Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Abdullah bin Amru, juga diriwayatkan oleh Abdu bin Hamid melalui sanad sahih daripada Abdullah bin Salam: "Sesungguhnya (Yakjuj dan Makjuj) daripada zuriat Adam dan di belakang mereka ada tiga umat, tidak mati di kalangan mereka melainkan meninggalkan lebih daripada seribu zuriat. Dari Tabrani dan Ibnu Mardhawiyyah dan Al-Baihaqi dan Abdu bin Hamid daripada Ibnu Umar: "Dinamakan (Yakjuj dan Makjuj) kepada tiga umat: Tawil, Taris dan Mansik". Imam Al-Alusi berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj mempunyai umur yang paling panjang. Ibnu Kathir telah berkata bahawa bilangan mereka tidak dapat ditetapkan, tetapi pasti jumlah mereka sangat ramai. 

Al-Kalbi berpendapat: "Mereka ini keluar ke bumi pada musim bunga dan memakan semua yang dijumpainya sama ada yang hijau atau yang kering. Mereka juga membawanya masuk ke dalam bumi. Dan sesiapa yang berjumpa dengan mereka nescaya akan disiksa dan dibunuh." Sesetengah ulama lain berpendapat bahawa mereka memakan manusia dan merosakkan apa yang ada di bumi setelah mereka keluar.