BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Rabu, 12 Disember 2012

12-12-12

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Selawat dan Salam buat paduka baginda Nur Muhammad saw

Hari ini tarikhnya cantik sekali yakni jika ditulis. 12 Disember 2012 dalam bentuk nombor ialah 12-12-12. Alangkah beruntung jika bayi lahir tepat pada pukul 12 tengah malam atau 12 tengah hari hari ini.

Hari ini adalah hari terakhir kita dapat melihat nombor cantik. 12 tahun berturut-turut kita boleh susun hari, bulan dan tahun yang mempunyai nombor yang sama

2001:  01/01/01
2002: 02/02/02
2003: 03/03/03
2004: 04/04/04
2005: 05/05/05
2006: 06/06/06
2007: 07/07/07
2008: 08/08/08
2009: 09/09/09
2010: 10/10/10
2011: 11/11/11
2012: 12/12/12

Sebelum ini kita hanya peroleh tarikh cantik setiap 10 tahun contoh 7/7/77, 8/8/88 dan 9/9/99

Disamping itu saya amat menantikan tarikh 24 Disember 2012 atau 24/12/12 yakni 12 hari dari sekarang. Pada hari itu genaplah umur saya 24 tahun.

24/12/12.  umur saya 24 tahun. Satu takdir yang hebat Allah swt berikan kepada saya.

24 adalah bilangan jam sehari dan 12 adalah bilangan bulan dalam setahun. Jam kita pula ada yang menggunakan sistem 12 jam dan ada yang guna sistem 24 jam.

Namun dalam debaran menghadapi tarikh tersebut timbul rumor bahawa bumi akan bergelap selama 3 hari dari 23 hingga 25 Disember 2012. Ini bermakna tarikh lahir saya adalah ditengah-tengah yakni hari ke 2.

Sebelum ini heboh tarikh 21 Disember kiamat kini timbul kisah 3 hari kegelapan yang membawa makna MATAHARI AKAN TERBIT DARI BARAT pada 26 Disember 2012 (sesudah 8 tahun tragedi Tsunami Aceh pada 26 Disember 2004?).

Saya tidak boleh membenarkan dan tidak boleh mendustakan kerana ianya Rahsia Illahi.

Jika ia berlaku maka ia adalah ketentuan Allah.

Tapi jika tidak berlaku maka benganglah saya kerana Yahudi sebarkan gosip kiamat macam nak ejek orang yang tarikh lahir macam saya konon tak akan sempat sambut Birthday sebab dah kiamat.

Sekian. Wallahu a'lam

Selasa, 11 Disember 2012

Adab dan Tatacara memasuki Dome of the Rock

Bismillah
salam buat Yasin habibillah

Dianjurkan bagi orang yang ingin memasuki As Sakhrah (Batu Suci Baitul Maqdis) yang mulia supaya menjadikannya di sebelah KANAN sehingga berbeza dengan tawaf di Masjidil Haram. Kemudian berniat dan bertaubat dengan ikhlas mengharapkan redha Allah.

Dan apabila ingin turun ke bawah As Sahkrah yang Mulia maka dia boleh melakukannya dan hendaklah dilakukan dengan penuh khusyuk, sopan santun serta melakukan solat semampunya dan berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah untuk mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat kerana doa di bawah As Sakhrah mustajab insyaallah.

Pintu-pintu Al Aqsa

Ahad, 9 Disember 2012

Kisah Pembinaan Baitul Maqdis

Allah swt telah mewahyukan kepada Nabi Daud as untuk menjadikan Baitul Maqdis sebagai masjid. Maka Nabi Daud as pun memulakan binaan ini namun baginda telah wafat sebelum sempurna menyiapkan binaan masjid ini. Baginda mewasiatkan kepada putera baginda untuk menyambung tugas-tugas binaab ini. Puteranya ialah Nabi Sulaiman as.

Maka menghimpunlah oleh Nabi Sulaiman as semua manusia dan jin di bawah jajahannya. Baginda telah membahagikan di antara jin dan manusia kerja-kerja binaan seperti dinding, bumbung dan lantai marmar.

Kemudian baginda menjadikan 12 tali pengikat untuk pembinaan tersebut. Baginda telah menetapkan bagi setiap kabilah satu tali pengikat. Baginda telah memerintahkan jin supaya mendatangkan ketulan-ketulan emas, perak, dan batu marmar yang bewarna-warni. Juga ketulan-ketulan besi, tembaga, kayu dan sebagainya.

Kemudian baginda menjadikan ditengah-tengah masjid ini kubah yang dibuat dari tiang emas. Ianya bersinar-sinar seperti pancaran cahaya matahari menerangi perjalanan para musafir di waktu malam. Di bawahnya dibina sebuah kandang untuk belaan kuda dan binatang yang jinak.

Nabi Sulaiman as telah menjadikan panjang masjid tersebut sejarak 700 hasta dan lebarnya sepanjang 450 hasta. Bumbungnya dibina daripada kayu mahal dan permukaannya adalah emas dan perak. Juga diletakkan padanya permata dan. yaqut yang diambil daripada setiap bumi di dunia ini.

Baginda menjadikan tulang belikat di atas bumbung ini daripada timah hitam bagi mengelakkan titisan hujan masuk ke dalamnya. Juga dihamparkan di atas buminya batu-batu marmar yang bewarna-warni mewarnai lantai masjid ini.

Setelah selesai binaan agung tersebut Nabi Sulaiman as membuat majlis besar-besaran kepada seluruh tenteranya meraikan kesungguhan mereka melaksanakan satu perintah Allah swt ini.

Nabi Sulaiman as telah mengambil masa untuk menyiapkan binaan tersebut selama 40 tahun. Baginda telah menggunakan. 70 orang tukang bina dan 80 000 orang pengukir. Adalah setiap malam baginda memerlukan 1 gantang Damsyik/12 tahil Mesir minyak untuk menghidupkan lampu-lampu di sekitar masjid tersebut.

Dikatakan bahawa dibawa ke masjid ini emas dan perak sebanyak 600 qintar/100 kati daripada negara Rom.

Pelajaran di bandar RSA

Dengan Nama Allah yang maha pengampun lagi maha mengasihani.

Selawat dan salam buat paduka baginda nur muhammad saw

Semalam saya dijemput ke Bandar RSA di BCH. Sepanjang ziarah beberapa pelajaran dapat diambil antaranya.

1. Perjalanan menuju Allah dan rasul penuh dugaan dan cabaran.

2. Bertawakkal kepada Allah dan berharap panduan RSA sepenuhnya untuk mendapat pertolongan.

3. Dugaan membuatkan kita bertaubat atas dosa-dosa kita.

4. Di sebalik dugaan akan ada pertolongan.

5. Bersabar dan bersangka baik dengan segala yang kita pandang buruk kerana ada hikmahnya.

Ketika perjalanan saya telah serah diri kepada Allah dan RSA untuk memandu perjalanan sedangkan saya sendiri tak tahu arah tuju. Walaupun diuji tersesat tetapi itu hanya sebagai proses roh untuk membersihkan dosa disamping mengelak perjalanan jadi sia-sia dengan hanya menunggu dalam bas.

Atas panduan RSA saya tiba di BCH dan turun di Masjid Cahaya Iman. Di sana saya menghubungi nombor Syeikh Muhammad Hasyim yang diberi kepada saya oleh rakan GISB yang menghubungi saya iaitu Syeikh Ailwan.

Di bandar RSA, RSA confirmkan bahawa ilham yang saya dapat adalah dari RSA. Kini akan bermula fasa baru dimana tiada keraguan lagi atas nama RSA.

Promosi bantuan tentera Roh di Palestin

Dipetik dari kosmo hari ini 9/12/2012

Baca artikel penuh

Selain kekentalan semangat rakyat Palestin, sebenarnya ada 'kekuatan lain' yang menjadikan para mujahidin mampu menentang rejim Zionis walaupun hanya menggunakan senjata tinggalan perang.Kisah kemunculan 'pasukan lain' yang turut bertempur, jasad para syuhada yang seharum kasturi dan beberapa peristiwa aneh sepanjang perjuangan menentang Yahudi bukan sekadar menjadi buah mulut para pejuang dan wartawan malah turut disebarkan oleh para khatib dalam khutbah Jumaat mereka.Laman blog Filisthin Al-Aan pernah menulis pada Januari 2009 bagaimana waris seorang mujahidin Briged Ezzedine al-Qassam dibelasah dengan teruk oleh tentera Israel selepas didakwa berbohong."Tentera Israel bertanya kepada anak lelaki kepada seorang pejuang palestin yang ditahan, apakah warna pakaian tentera al-Qassam. Anak itu menjawab, seragam berwarna hitam."Selepas tiga hari anak itu memberi jawapan yang sama, tentera itu berang kerana menyangka kanak-kanak itu berbohong, lalu dia dipukul hingga pengsan."Jangan berbohong, al-Qassam berseragam putih, bukannya hitam," sergah tentera berkenaan.

Dalam satu kejadian lain, sekumpulan tentera Israel telah menahan sebuah ambulans. Apabila pemandunya ditanya adakah dia daripada kelompok Hamas atau Fatah, pemandu tersebut menjawab, 'saya bukan Hamas atau Fatah. Saya hanya pemandu ambulans.Tentera tersebut bertanya lagi, 'pasukan yang berpakaian putih di belakang kamu tadi dari kelompok mana? 'Pemandu itu kelihatan bingung sebelum menjawab, 'saya tidak tahu, tiada siapa di belakang saya sepanjang perjalanan ke mari'.

Cerita tentang tentera berseragam putih seakan-akan menghantui tentera Israel. Mereka tidak tahu dari mana kumpulan ini datang, malah jejaknya juga sukar dikesan.Malah, seorang bekas tentera Zionis yang pernah ditemu ramah stesen televisyen tempatan Israel kini buta kedua-dua matanya selepas berhadapan dengan tentera berbaju putih."Saya merupakan seorang daripada tentera penggempur yang ditugaskan ke Gaza beberapa tahun lalu."Semasa bertugas di sana, pada suatu hari saya didatangi oleh seorang tentera berpakaian putih yang menaburkan pasir ke dalam mata saya. Akibat kejadian itu, sehingga saat ini saya menjadi buta," katanya.Sebelum itu, kumpulannya juga pernah terserempak dengan sekumpulan tentera berseragam putih dan berjanggut panjang. Namun apabila ditembak, tentera berbaju putih itu tidak mati sebaliknya tidak diketahui ke mana menghilangnya

Dalam situasi lain pula, seorang khatib di Masjid al-Qassam yang terletak di wilayah Nashirat Gaza bercerita dalam khutbahnya tentang 'bantuan Allah' kepada pejuang Palestin."Pejuang tersebut telah menanam satu jerangkap samar untuk menyambut kedatangan tentera Zionis di satu kawasan lapang."Tidak lama kemudian, dia melihat sebuah helikopter menurunkan tentera Zionis disertai beberapa kereta kebal. Mereka melalui kawasan tempat dia memasang jerangkap samar tersebut."Pejuang tersebut memutuskan untuk kembali ke markas kerana mengandaikan jerangkap yang dipasangnya tidak boleh menghapuskan tentera yang ramai itu."Akan tetapi sebelum dia berganjak, terdengar bisikan di telinganya yang bermaksud, 'tetaplah di tempatmu maka Allah akan menguatkanmu. Dia mencari dari mana datangnya suara itu namun tidak ternampak kelibat manusia lain. Akhirnya, dia menunggu di situ."Tidak lama kemudian, tanpa disangka-sangka ketika sebuah kereta kebal melalui kawasan jerangkap samar, kejaiban berlaku."Jerangkap samar itu meledak dengan dahsyat sehingga menghancurkan kereta kebal tersebut dan membunuh ramai tentera Israel."Malah, sebahagian tentera yang terselamat terpaksa diangkut semula ke helikopter sedangkan pejuang itu masih berdiri dalam keadaan selamat," cerita khatib tersebut

Jumaat, 7 Disember 2012

Al Aqsa Jami al Qibli

Bangunan yang terletak di tenggara Haram As Syarif bertentang dengan Dome of The Rock dikenali sebagai Masjid Jami al Qibli.

Bangunan ini dibangunkan oleh Khalifah Abdul Malik Bin Marwan rh bagi menggantikan bangunan. Sederhana yang dibangun Sayyidina Umar ra dan para sahabat ra.

Diriwayatkan ketika penaklukan Ilya' (Jerusalem ketika itu) Sayyidina Umar bertanya Kaab al Ahbar tentang tempat yang sesuai dijadikan musolla.

Kaab menjawab di belakang Sakhrah. Sayyidina Umar menolak kerana adalah sunnah musolla adalah adalah sebelah hadapan masjid.

Mussola dibangunkan di kawasan yang dikenali Jami al Qibli. Khalifah Abdul Malik bin Marwan memperbaharui binaan para sahabat tersebut.

Tentera Roh membantu Gaza

Dipetik dari blog mac-jay blogspot

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu (Awal tahun 2012)

Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkannya. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakahyang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!Allahu Akhbar!

Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza!".

MasyaAllah, Rasulullah SAW sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Kemuncak perjuangan kebenaran adalah di Baitul Maqdis

Rasulullah saw bersabda:

Akan ada sekelompok orang dari umatku yang berpegang dengan ajaran agama, tegas terhadap musuh-musuh mereka, tidak memberi mudarat kepada mereka orang-orang yang memusuhi mereka dan segala kesulitan yang menimpa mereka hingga Allah mendatangkan bantuannya dan mereka tetap demikian.

Kemudian sahabat bertanya:
"Wahai Rasulullah di mana mereka saat itu?"

Rasulullah saw menjawab:
"Di Baitul maqdis dan sekitarnya"

Dalam hadis yang lain

Rasulullah saw bersabda:
"Sentiasa ada segolongan dari umatku yang muncul ke depan memperjuangkan kebenaran melawan orang yang memusuhinya. Mereka seperti dalam bejana yang dikeroyok oleh para pemangsanya hingga Allah mendatangkan perkaranya sementara mereka tetap dalam keadaan seperti itu.” 

Kami berkata "Dimana mereka wahai Rasulullah?"

Rasulullah saw menjawab
 “Di Baitul maqdis”

ULASAN

Di akhir zaman akan ada kelompok atau toifah yang menzahirkan kebenaran, teguh beragama, tegas terhadap musuh dan musuh tak mampu mengapakan mereka.

Mereka akan terus berjuang hingga mendapat keputusan dari Allah akan kemenangan mereka.

Para sahabat ingin tahu dimanakah mereka di saat datangnya kemenangan itu.

Rasulullah menjawab di Baitul Maqdis dan sekitarnya.

Hadis ini menggambarkan keadaan perjuangan kebenaran dimana mereka terus berjuang hinggalah Allah memberi kemenangan kepada mereka. Ketika itu kemuncak perjuangan mereka adalah di Baitul Maqdis.

Ini bermaksud jika pejuang kebenaran sudah tiba di Baitul Maqdis maka kemenangan pasti akan tiba kerana janji Allah dan rasul bahawa pejuang kebenaran akan berjuang di Baitul Maqdis ketika Allah putuskan kemenangan mereka.

Sekian wallahu a'lam

Khamis, 6 Disember 2012

Kabbalah, ajaran sihir Yahudi

Watch "Kabbalah Magic, Mystery Babylon and Ancient Forbidden Knowledge Episode 9" on YouTube

Kabbalah adalah ajaran sihir Yahudi yang tersembunyi. Peranan kabbalah dalam agama Yahudi serupa dengan peranan tassawuf dalam Islam.

Kabbalah adalah proses untuk menghampirkan diri mereka kepada iblis.  Kabbalah membuka pintu pertolongan syaitan dan jin-jin kafir.

kitab ajaran kabbalah bukanlah taurat. Tetapi sebuah kitab lain yang dipanggil Zohar.

Dalam kabbalah mereka akan terhubung dengan fallen angel yang dipanggil Raziel/Lucifer. Wakil Raziel yang ditunggu-tunggu adalah sang mata satu yang jahat.

Ritual kabbalah melibatkan pengorbanan darah dan zikir mereka adalah jampi serapah.

Begitulah serba sedikit tentang Kabbalah.

Sekian wallahu a'lam

Haram as Syarif aka Baitul Maqdis

Masjidil Aqsa atau Baitul Maqdis ialah masjid kedua dibina di muka bumi dan masjid ketiga tersuci dalam Islam.

Baitul Maqdis di zaman rasulullah saw adalah satu platform tinggalan zaman Nabi Sulaiman as yang dikenali sebagai Haram As syarif atau Noble Sanctuary yang terletak di atas bukit Moria

Haram as syarif adalah satu kawasan haram yang dimuliakan. Selain di Jerusalem, kawasan sekeliling Kaabah di Mekah yang kita panggil Masjidil Haram juga dipanggil Haram as syarif.

Di atas platform tinggalan nabi sulaiman dibangunkan Masjid Al Aqsa dan Dome of the Rock.

Jika pergi ruang bawah kita masih boleh melihat kesan tinggalan Nabi Sulaiman as.

Ruang menempatkan tinggalan purba dipanggil Aqsa lama.

Haram As Syarif ini merupakan Baitul Maqdis yang diperluas oleh Nabi Sulaiman as sesudah ia mula dibangunkan oleh Nabi Daud as.

Semasa menakluk Jerusalem, Sayyidina Umar ra memanggil Baitul Maqdis sebagai Masjid Daud.

Bangunan Masjid Al Aqsa dan Dome of the Rock dibangunkan atas platform Baitul Maqdis oleh khalifah Abdul Malik bin Marwan.

Rabu, 5 Disember 2012

Dakyah Yahudi untuk meruntuhkan Dome of the Rock

Bismillahi al Qahhar al Jabbar
Salamun 'alaik Ya Rasulallah

Hari ini sikap umat terhadap Masjidil Aqsa sangat menyedihkan. Mereka sibuk memperkatakan percubaan Yahudi meruntuhkan Masjidil Aqsa namun tidak berusaha mengenali Masjidil Aqsa.

Dengan semangat berkobar-kobar maka disebarkah khabar angin bahawa Dome of The Rock bukan Masjidil Aqsa sebaliknya ciptaan Yahudi untuk mengelirukan umat Islam. Lantas disebarkan gambar-gambar membezakan kubah emas (Dome of the Rock) dengan kubah hijau kebiruan (Masjid Al Aqsa Al Marwani)

Maka ramailah yang berjaya ditunggang Yahudi atas kejahilan diri mereka sendiri. Umat Islam penuh sombong mengatakan orang palestin yang selalu menjadikan Dome of the Rock sebagai simbol Masjidil Aqsa adalah jahil.

Saya lontarkan satu soalan, siapakah yang jahil? Penduduk Palestin yang hidup matinya adalah untuk membebaskan Masjidil Aqsa atau orang Islam di tempat lain yang melihat dari jauh?

Sikap bodoh sombong ini terbawa-bawa hingga mereka menyangka orang lain jahil sedangkan merekalah yang jahil tentang Masjidil Aqsa.

Ulama'-ulama' Palestin telah menfatwakan seluruh halaman di atas bukit Moria yang digelar Haram as-syarif adalah Masjidil Aqsa. Segala yang ada di atasnya termasuk Dome of the Rock adalah Masjidil Aqsa.

Dome of the Rock yang berada di pusat Haram as-syarif adalah bangunan yang paling menonjol dan trademark bagi Haram as-syarif seperti Kaabah menjadi trademark Masjidil Haram. Oleh kerana itu Dome of the Rock menjadi simbol Masjidil Aqsa.

Yahudi sebenarnya mahu orang Islam membenci Dome of The Rock supaya mudah mereka menghapuskan Dome of The Rock bagi membina kuil impian mereka.

Jika Dome of the Rock dicipta Yahudi, buat apa mereka membina bangunan semegah itu padahal mereka boleh membina kuil mereka dengan mudah di atas tapak Dome of The Rock.

Saya menyeru umat Islam supaya MENGHENTIKAN sebaran dakyah Dome of The Rock bukan Masjidil Aqsa. Jika tidak Allah akan menyoal kalian di akhirat nanti atas fitnah kalian ke atas rumah suciNya. HENTIKAN dan pelajarilah sejarah Masjidil Aqsa dalam Islam. Jangan diikut khabar angin yang sengaja Yahudi cipta bagi menunggang kita atas kejahilan kita sendiri.

Sekian

Ezekiel's Temple, kuil harapan

Ezekiel's temple atau Millenial temple atau Third temple adalah kelahiran semula Herod's temple (second temple).

Menurut Yahudi, kuil pertama yang dibina ialah Solomon's temple. Setelah ia dihancurkan oleh Babylon, Yahudi membangunkan semula kuil mereka yang dikenali sebagai Herod's temple. Sesudah 'pensaliban' Jesus, kerajaan Rom menghacurkan Herod's temple.

Setelah ratusan tahun kini Yahudi kembali berkuasa dan bercita-cita untuk membangunkan kuil ketiga mereka yakni Ezekiel's temple. Dikatakan kuil ini dibangunkan zaman Mosiach mereka datang. Bagi penganut Kristian, mereka yakin Ezekiel's temple adalah pusat pemerintahan Jesus Christ ketika Jesus kembali ke dunia.

Model ini dibuat berdasarkan spesifikasi yang tertulis dalam kitab Ezekiel dalam torah/old testament.

Selasa, 4 Disember 2012

Temple of Jerusalem menurut Yahudi

Temple of Jerusalem atau Bait Ha Mikdash menurut Yahudi

Gambar 1: Temple of Solomon
Gambar 2: Temple of Herod
Gambar 3: Terbanacle of Moses

Sakhrah Al Muqaddasah

Sakhrah Al Muqaddasah atau Batu Suci adalah batu yang dimuliakan Allah. Batu suci ini kesuciannya sama seperti Hajarul Aswad bahkan kedua-dua batu ini adalah dari syurga.

Paduka baginda Rasulullah saw menyebut batu ini adalah penghulu segala batu di bumi. Batu suci ini menjadi tempat pijak baginda Rasulullah saw semasa mikraj. Batu ini juga adalah arah kiblat pertama umat Islam. Batu suci ini terletak di puncak gunung Moria yang kini dikenali sebagai Haram as Syarif.

Yahudi memanggil batu ini sebagai batu Ishak atau batu Yaakub atau batu asas.