BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Selasa, 3 Januari 2012

Halal ke Haram?

As salam

Tahun baru dicemari dengan isu Logo Halal.

Mulai 1 Januari 2012 semua logo halal selain dari JAKIM diharamkan penggunaannya.

Maka lebih kurang 50% makanan yang berlabel halal akan diragui kehalalannya.


http://2.bp.blogspot.com/_QAZ-9JEkR5I/TUTEEd4-UuI/AAAAAAAABbY/IXwLQHSkjaM/s1600/Logo%2BHalal%2BYang%2BTak%2BHalal.png
logo HALAL yang HARAM

Saya sangat tidak berpuas hati dengan penyelewengan terhadap Agama ini oleh ulama' masa kini. Akan datang orang menentukan halal atau haram melalui logo bukan lagi peraturan yang ditetapkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Sedangkan syarat yang ditetapkan JAKIM untuk sesebuah organisasi pengeluar makanan sangat tidak ketat inikan diharamkan logo halal swasta yang bertaraf antarabangsa. Isu logo halal palsu pun masih belum mampu diselesaikan JAKIM inikan hendak haramkan penggunaan logo halal lain.

Saya terkejut dengan kenyataan Mufti Kelantan yang menyatakan adalah HARAM memakan makanan yang tidak mempunyai logo HALAL JAKIM.

Penyelewengan terhadap Agama Islam lebih teruk setahun dua ini terutamanya menjelang Pilihanraya umum ke 13.

Penyelewengan yang bermula dari asas akidah hinggalah bab maslahat sangat meruncing. Bahkan bagi saya tidak ada penyelesaiannya kecuali ulama'-ulama' ini digantikan oleh golongan yang bertaqwa yang benar-benar mahu menegakkan Agama Allah dimuka bumi.

Jikalau Mereka ini terus kekal maka kita akan lihat bangsa Melayu Islam akan lebih rosak Islamnya dari masa ke masa.

Jangan sampai suatu masa anak-anak tidak mahu makan dirumah dan memilih restoran berlogo HALAL kerana meragui kehalalan makanan yang akan mereka makan.


Sekian Wassalam

Isnin, 2 Januari 2012

Jikalau Nabi SAW muncul di depan umatnya.

As salam

Sehari sebelum tahun baru saya ada terbaca mengenai selebriti sesat di akhbar Harian Metro.

Ketika saya membaca berita berkenaan kesesatan selebriti tersebut fikiran saya merawang. Ini kerana fakta kesesatan yang dibawa selebriti tersebut membawa saya kepada satu situasi lain yang mungkin tak pernah difikirkan orang lain.

Dalam akhbar tersebut kesesatan selebriti veteran itu ialah mengaku Nabi dan Rasul, mampu memberi syafaat, dan wujud sebelum kewujudan Alam.

Tiba-tiba saya terbayangkan jika tanpa disangka-sangka Nur Muhammad muncul dalam bentuk jasad dan apakah kekecohan yang bakal berlaku. Sejak itu saya mula faham kenapa Nabi memimpin di alam roh dan mengutuskan ke alam dunia IM dan PBT sebagai duta baginda.

Apa yang saya bayangkan Jika Rasulullah saw bangkit semula dari makam baginda dan menyeru umatnya sepertimana sewaktu baginda hidup suatu ketika dahulu.

Saya bayangkan kita membuka akhbar dan terbaca tentang satu berita mngenai seorang lelaki yang muncul di tengah-tengah bumi Arab lantas menyatakan "Aku Nabi Muhammad" "Aku Rasulullah" dan ungkapan-ungkapan yang menyebut kenabiannya.

Saya terbayang penentangan orang Islam sedunia terhadap lelaki tersebut sedangkan lelaki itu memang benar Rasulullah. Semua media menuduh lelaki tersbut membawa ajaran sesat dan semua orang Islam mencaci lelaki tersebut.

Apakah kesan terhadap keimanan kita? Adakah kita dikira sebagai Islam atau Murtad tanpa sedar?

Ketika itu saya faham apabila Nur Muhammad saw mengutuskan IM dan PBT, jika umatnya menentang sudah tentu tidak akan dikira murtad sebaliknya berdosa sahaja. Tapi jika Allah hidupkan kembali baginda dalam bentuk jasad sudah tentu orang yang menentangnya telah murtad tanpa disedari kerana orang itu menentang pesuruh Allah dan tarafnya sama dengan musyrikin quraisy atau orang kafir yang lain. Tapi hal itu tidak berlaku sekiranya orang yang ditentang itu ialah IM atau PBT kerana dia tetap dikira Islam walaupun sehebat mana penentangannya terhadap orang itu.


Itulah sedikit sebanyak apa yang saya fikirkan sebaik sahaja membaca berita selebriti sesat dalam akhbar Harian Metro.

Sekian Wassalam.

Selamat Tahun Baru 2012

As salam

Selamat Tahun Baru 2012

Di tahun yang disebut-sebut masyarakat barat sebagai Tahun Armageddon, saya telah memulakan era baru dalam hidup saya.

Setelah 23 tahun duduk dalam negara Malaysia tanpa keluar ke mana-mana negara, saya sudah memulakan fasa luar negara dalam hidup saya.

Di tahun baru 2012 ini saya menyambut tahun baru di Singapura dan tempatnya ialah makam Habib Noh Rh di Jalan Palmer.

Jika perjalanan orang rohani ialah perlu menziarah makam para wali, para nabi dan juga tempat-tempat suci maka saya baru saja memasuki pintu gerbang jalan orang-orang rohani tersebut.

Singapura adalah negara kedua yang dilawati sesudah Indonesia beberapa bulan lalu.

Hari yang baik ini dijalani dengan perasaan agak kekok kerana berada di kelilingi masyarakat India Muslim.Masyarakat Melayu hanya beberapa kerat saja yang menziarah makam ini dan boleh dihitung. Suasana ini tercetus akibat jamuan perkahwinan masyarakat India muslim yang dijalan di kawasan tersebut.

Saya memohon maaf jika saya lama tidak menulis blog selepas ini kerana saya sedang mencari jawapan terhadap persoalan yang saya cari-cari selama ini. Insyaallah dengan berkat para habiballah yang bermakam di sana saya akan menemui jawapan kepada persoalan yang cari selama ini.

Tahun baru 2012 ini juga bermula dengan mimpi ngeri berkenaan DAJJAL. Walaupun sebelum ini sejak kecil saya sudah banyak kali bermimpi berkenaan hal tersebut tapi mimpi tersebut datang setelah lebih enam bulan saya tidak didatangi mimpi ngeri tersebut.

Saya memohon ampun atas segala kesilapan dalam penulisan saya dalam blog ini. Saya juga memutuskan tidak akan berhubung dengan orang luar melalui facebook dan melalui telefon kecuali keluarga dan kawan terdekat.

Sekian

Wassalam