BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Isnin, 2 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012

As salam

Selamat Tahun Baru 2012

Di tahun yang disebut-sebut masyarakat barat sebagai Tahun Armageddon, saya telah memulakan era baru dalam hidup saya.

Setelah 23 tahun duduk dalam negara Malaysia tanpa keluar ke mana-mana negara, saya sudah memulakan fasa luar negara dalam hidup saya.

Di tahun baru 2012 ini saya menyambut tahun baru di Singapura dan tempatnya ialah makam Habib Noh Rh di Jalan Palmer.

Jika perjalanan orang rohani ialah perlu menziarah makam para wali, para nabi dan juga tempat-tempat suci maka saya baru saja memasuki pintu gerbang jalan orang-orang rohani tersebut.

Singapura adalah negara kedua yang dilawati sesudah Indonesia beberapa bulan lalu.

Hari yang baik ini dijalani dengan perasaan agak kekok kerana berada di kelilingi masyarakat India Muslim.Masyarakat Melayu hanya beberapa kerat saja yang menziarah makam ini dan boleh dihitung. Suasana ini tercetus akibat jamuan perkahwinan masyarakat India muslim yang dijalan di kawasan tersebut.

Saya memohon maaf jika saya lama tidak menulis blog selepas ini kerana saya sedang mencari jawapan terhadap persoalan yang saya cari-cari selama ini. Insyaallah dengan berkat para habiballah yang bermakam di sana saya akan menemui jawapan kepada persoalan yang cari selama ini.

Tahun baru 2012 ini juga bermula dengan mimpi ngeri berkenaan DAJJAL. Walaupun sebelum ini sejak kecil saya sudah banyak kali bermimpi berkenaan hal tersebut tapi mimpi tersebut datang setelah lebih enam bulan saya tidak didatangi mimpi ngeri tersebut.

Saya memohon ampun atas segala kesilapan dalam penulisan saya dalam blog ini. Saya juga memutuskan tidak akan berhubung dengan orang luar melalui facebook dan melalui telefon kecuali keluarga dan kawan terdekat.

Sekian

Wassalam