BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Khamis, 29 Mac 2012

Benarkah Mimpi ini?

As salam

Para pembaca sekalian, saya memohon pertolongan sesiapa sahaja yang membaca artikel ini tolong tanyakan kepada syeikh-syeikh tarekat atau sesiapa sahaja yang anda pasti kesolehannya dari kalangan ahli sufi berkenaan mimpi yang berkenaan ini.

Saya memohon bantuan anda kerana saya tak dapat menemui seseorang yang saya yakini boleh menjawab persoalan saya ini. Sehingga kini saya berasa tidak tenteram selagi tidak dapat menjawab persoalan samada mimpi ini benar atau tidak.

Tujuan saya bukan kerana mahu berbangga atau apa namun untuk memastikan mimpi ini bukan mimpi mainan syaitan.

mimpinya begini

kurang setahun dahulu ketika waktu hampir subuh saya bermimpi ke sebuah taman yang indah namun sukar digambarkan oleh minda. Taman itu seolah-seolah berkilau namun bukan kilauan cahaya dan memang sukar digambarkan oleh akal.


di taman itu saya melihat seorang lelaki berjubah putih pada mulanya saya menyangka Sayidi Syeikh Suhaimi namun bila didekati lelaki tersebut agak berbeza dengan gambaran Sayidi Syeikh Suhaimi yang pernah saya lihat. Lelaki itu wajahnya bercahaya dan sukar digambarkan wajahnya bahkan saya memang tidak mengecamnya langsung. Namun terlintas di hati bahawa lelaki itu mungkin Rasulullah SAW.


saya mendepani lelaki tersebut yang tidak berkata kata. Namun berlaku satu lintasan hati @ kefahaman yang saya boleh fahami sepenuhnya apa yang disampaikan.


lintasan itu difahami begini
"Ketika aku dimikrajkan Tuhanku, aku telah melihat syurga. Aku memohon kepada Tuhan supaya umatku dapat melihat suasana syurga"

Kemudian saya perlahan-lahan meninggalkan taman dan lelaki tersebut namun berlaku satu lintasan hati yang lain di mana saya fahaminya begini
"Allah telah mengabulkan permintaan tersebut melalui zaman keemasan (zaman kegemilangan Islam kedua)"

 Mimpi tersebut masih menghantui diri saya. Apakah benar mimpi ini atau mainan syaitan?

soalnya saya bukan orang yang soleh, hanya orang biasa yang banyak melakukan dosa. Bagi saya memang tak layak saya bermimpi berjumpa rasulullah saw.

Wajah lelaki tersebut dan suasana taman tersebut cuma diingati secara samar-samar namun masih kukuh dalam hati dan mustahil melupakan ucapan

"Ketika aku dimikrajkan Tuhanku, aku telah melihat syurga. Aku memohon kepada Tuhan supaya umatku dapat melihat suasana syurga"

Soalnya benarkah mimpi ini benar atau hanya mainan syaitan untuk menyesatkan saya


Memang syaitan tak boleh menyamar menjadi Rasulullah namun saya sendiri tidak tahu wajah sebenar Rasulullah saw.

Apabila teringat akan mimpi ini masih kukuh hingga hari ini ungkapan


"Ketika aku dimikrajkan Tuhanku, aku telah melihat syurga. Aku memohon kepada Tuhan supaya umatku dapat melihat suasana syurga"

Padahal wajah lelaki tersebut dan suasana taman tersebut tak mampu diingati dan kalau diingat tak mampu digambar semula.

Bukan mempersoalkan hak Rasulullah untuk bertemu umatnya namun persoalannya

Saya bukan orang yang hebat dalam ibadah (solat hanya lima waktu tak pernah melakukan solat tahajjud, solat sunat pun jarang)

Saya hanya orang biasa yang banyak melakukan dosa sama seperti orang lain.

Yang saya paling takuti kalau-kalau itu adalah mainan syaitan supaya saya jadi sesat. Nauzubillah.

Saya sudah melawat makam habib Nuh rh di Singapura dan bertawasul dengan beliau namun belum ada jawapan yang jelas.

Saya takut nak tanya kepada ustaz-ustaz moden kerana takut terjadinya fitnah.

Saya minta bantuan sesiapa yang boleh bertanya kepada ulama'-ulama' sufi untuk menjelaskan status mimpi ini.

saya belum menemui orang yang ahli yang mampu menjawab persoalan ini.

 cuma satu saja perkara yang paling saya sukai iaitu menyanyikan SELAWAT yang menarik hati saya..
 

Selasa, 27 Mac 2012

Ancaman buat Yahudi

PENJELASAN TENTANG KEMUNCULAN AL-HASYIMI 

AS SALAM. tulisan kali ini untuk menjelaskan kekeliruan berkenaan kisah Al-Hasyimi

Mungkin ramai menyangka bahawa Putra Bani Tamim akan mendapat kuasa direct seperti mana yang ramai yakini selama ini.

Namun hadis-hadis akhir zaman menceritakan sesuatu perkara, rahsia yang cukup menakutkan Yahudi.

Berdepan dengan Putra Bani Tamim sahaja cukup menyakitkan inikan pula bila jadual Allah mendedahkan bahawa untuk menghalang kemenangan Islam, menghalang Putra Bani Tamim sahaja masih tidak boleh menghalang jadual Allah berlaku.

Sengaja Allah pendamkan hal ini supaya jadual Allah tidak boleh dihalang.

Dalam Jadual Allah nama Imam Mahdi diberitahu secara terang-terangan iaitu MUHAMMAD BIN ABDULLAH

Nama Putra Bani Tamim diberi secara samar-samar yakni SYUAIB BIN SOLEH padahal namanya yang sebenar bukan begitu

Bila disebut perihal Al-Hasyimi, namanya TIDAK DISEBUT langsung, hadis-hadis menyebut secara umum fizikalnya.

Fahamkan apa yang Allah mahu jika nama pejuang kebenaran disembunyikan sepenuhnya. Kerana melalui tangannya Allah akan menangkan Islam

Menurut Hadis-hadis akhir zaman itu, Al-Hasyimi dilantik menjadi penguasa oleh penduduk Timur namun dia menyerahkan kepada Putra Bani Tamim namun Putra Bani Tamim memegangnya untuk sementara waktu sebelum diserahkan kepada Imam Mahdi.

Ketika itu manusia melihat individu Al-Hasyimi sebagai pemimpin sedangkan hakikatnya Putra Bani Tamim yang memegang kekuasaan

Ketika kekalahan pasukan Panji Hitam kepada As-Sufyani, nama Al-Hasyimi disebut-sebut sebagai mati sedangkan pada masa yang sama Putra Bani Tamim turut menghilangkan diri bersembunyi di Baitulmaqdis.

Ketika kemenangan berlaku sebenarnya Putra Bani Tamim memimpin kemenanganan manakala Al-Hasyimi dijadikan PERANTARA untuk menjalankan kepimpinannya.

Ketika ini rakyat timur umumnya menyakini bahawa Putra Bani Tamim sudah mati. Maka Al-Hasyimi ditonjolkan kepada orang awam untuk menunjukkan bahawa mereka dipimpin oleh orang yang masih hidup.

Sebab itu ketika Al-Hasyimi dibaiah penduduk Timur, Putra Bani Tamim datang membawa 5000 ahli jemaahnya dari Khurasan di mana mereka bertapak lantas mendapatkan Al-Hasyimi.

Al-Hasyimi yang menyakini akan kebenaran Putra Bani Tamim terus menyerahkan kepimpinan yang diterimanya kepada Putra Bani Tamim.

Maka kekuasaan yang diperoleh Putra Bani Tamim adalah indirect.

Melalui tangan Al-Hasyimi bermulanya kemenangan Islam hingga munculnya Imam Mahdi. Bila Imam Mahdi muncul (sesudah Al-Hasyimi disangka mati ketika kekalahan dengan As-sufyani) maka Al-Hasyimi akan memunculkan diri di hadapan khalayak ramai dan menyatakan bahawa dia belum mati. Al-Hasyimi kemudian akan memperkenalkan Putra Bani Tamim kepada penduduk Timur dan Putra Bani Tamim akan memperkenalkan Imam Mahdi kepada khalayak ramai.

Jadi sekarang apa yang Yahudi mahu buat?

Nak cari Imam Mahdi tidak tahu dimana?
Nak cari Putra Bani Tamim pun tidak tahu dimana?

Tinggal Al-Hasyimi

Jadi Yahudi nak buat apa ya?

Nuk bunuh tak tahu siapa.

Nak dicari tak tahu nama

Nak di pecah kod rahsia tiada kod rahsia untuk dipecahkan

Jadi nak buat apa?

takkan nak 'check' tangan dan bahu setiap seorang penduduk Malaysia?

entah-entah ada berpuluh orang yang ada tahi lalat di bahu dan tapak tangan

entah-entah dia tak tinggal di Malaysia

Mungkin di Singapura, atau di Indonesia atau di Brunei atau di Selatan Thailand

jadi kerja Yahudi makin susah

Yang dikejar tak dapat yang di kendong berciciran.

oh lupa jika Al-Hasyimi dibaiat penduduk Timur maka tentulah dia orang yang popular, paling tidak pemimpin-pemimpin yang hebat

tapi kalau dibunuh pemimpin-pemimpin timur maka rakyat akan marah.

Nak pecah belahkan rakyat, Al-Hasyimi dengan bantuan Nur Muhammad, Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim yang akan mengikat hati rakyat dengan teknologi Roh.

Jadi Yahudi nak buat apa ya? kita tunggu apa Yahudi nak buat bagi menghalang kebangkitan Islam kali kedua.

Ya tidak lama lagi sahaja dan Yahudi pasti akan terkejut dengan orang pilihan Allah ini yang selama ini disembunyikan identitinya.

"Artikel ini bukan unuk mempromosi indivdiu tertentu, tetapi untuk memberi kefahaman kepada orang ramai tentang peranan Al-Hasyimi. Sehingga ini penulis pun belum mengetahu siapakah Al-Hasyimi yang dimaksudkan hadis-hadis"




Jumaat, 23 Mac 2012

Kitab Terakhir Tawarikh Dunia 6

KEMUNCULAN AS-SUFYANI


1. Negara barat memecah belahkan bumi Syam

2. muncul lelaki dari pengikut sayidina Ali kwj (puak syiah) dari yaman.

3. Sebahagian penduduk syam telah melantik as-sufyani menjadi pemimpin mereka. Hanya orang yang dilindungi Allah sahaja tidak menjadikan As-sufyani sebagai pemimpin. Dia berketurunan abu sufyan. Dia berambut perang/ merah kebiruan. tidak pernah beribadah kepada Allah, tidak pernah berkunjung ke Mekah atau Madinah. muncul dari bukit tandus. Ia akan berkuasa di Damsyik wajahnya terdapat bekas luka. Jika melihat sekilas, kelihatan seperti bermata satu. kod namanya Usman bin Anbasah. Muncul pada bulan rejab dan berkuasa selama 9 bulan

4. Penduduk Syam berpecah pada 3 puak iaitu abqa’, ashab dan a’raj

5. Puak abqa’ adalah kelompok yang ideology perjuangannya berasal dari mesir. Panji-panji mereka berwarna hitam dan putih

6. Puak ashab adalak kelompok yang mempunyai ideologi yang bercampur namun satu matlamat perjuangan. Panji-panji mereka bewarna merah dan putih. Kelompok ini akan bersekutu dengan kaum Mudhir

7. Puak a’raj adalah kelompok yang membawa ideology barat. Kelompok ini dipimpin oleh As-Sufyani. Mereka dibantu oleh bani kalb iaitu kabilah arab yang suatu ketika dahulu tinggal di bumi syam.

8. As-sufyani akan mengalahkan kelompok abqa’ diikuti kelompok ashab

9. As-sufyani mengirim 2 pasukan tentera. Satu pasukan ke kufah satu pasukan lagi ke madinah.

10. Tiba di kufah penduduknya dibunuh dan disiksa. Keluarga Rasulullah saw diburu.

11. Dari kufah as-sufyani menuju ke khurasan. Seluruh penduduk khurasan dan timur bangkit menentang as-sufyani.

12. Ketika perang berlanjutan muncul panji hitam dari timur lalu diterima di khurasan. (selanjutnya pada part 7)

13. Pasukan di madinah menghancurkan kota suci selama 3 hari 3 malam sesudah berhadapan dengan pasukan panji hitam.

14. Ada 3 panji muncul iaitu panji as-sufyani, panji dari yaman dan panji hitam dari timur.

15. Pemerintah dari barat menunggu di bumi arab untuk menghancurkan as-sufyani. Namun as-sufyani hanya dikalahkan oleh panji-panji  hitam dari timur

Khamis, 22 Mac 2012

THE NEW WORLD ORDER

Penyongsangan Fakta Al-Quran

 
Al-Quran adalah wahyu Allah, Tuhan yang menciptakan sekalian alam. Bidang  yang mengkaji tentang dunia dan alam semesta dikenal sebagai sains. Allah mencipta alam ini dengan sifat RahmanNya. Al-Quran menerangkan segala rahsia tentang alam dalam Al-quran yang difahami sepenuhnya oleh Nabi Muhammad saw, para sahabat ra dan para salafus soleh rh. Namun sejak kejatuhan islam lebih 700 tahun dahulu ilmu ini jatuh ke tangan Yahudi. Yahudi mencorak ilmu tersebut mengikut kehendak mereka. satu contoh ilmu al-quran yang disongsangkan ialah ilmu zarah atau dalam bahasa moden sains atom

ILMU ZARAH/SAINS ATOM
Dalam Al-quran Allah sering menyebut akan zarah, kejahatan dihitung sebesar zarah dan kebaikan dihitung sebesar zarah.

Jadi dalam Al-Quran, zarah terbahagi kepada dua, zarah baik dan zarah jahat.

Allah dengan sifat RahmanNya mencipta alam ini dengan keseimbangan 4 zarah baik dan 1 zarah jahat. Keseimbangan ini menjadikan alam ini berjalan dengan harmoni.

Apabila manusia diciptakan, tubuh manusia mempunyai 80% zarah baik dan 20% zarah jahat. Kerana zarah baik melebihi zarah jahat maka tubuh manusia sihat dan kuat. Alam sekitar ciptaan Tuhan menjadi sumber zarah baik contohnya oksigen. zarah jahat seperti karbon dioksida diserap alam sekitar sehingga zarah jahat tidak mengganggu manusia. Orang yang sakit adalah berpunca dari zarah jahat melebihi zarah baik yang perlu dipulihkan melalui bahan-bahan alam sekitar.

Jin pula diciptakan dari tenaga haba yang tertarik pada zarah-zarah jahat. Malaikat diciptakan dari tenaga cahaya yang tertarik zarah-zarah baik. zarah-zarah juga boleh membebaskan tenaga. zarah jahat membebaskan tenaga gelap (dark energy dalam bahasa sains) dan zarah baik membebaskan tenaga cahaya (light energy)

Amal ibadah menambahkan zarah baik pada tubuh dan dosa maksiat menambahkan zarah jahat pada tubuh. Orang yang beramal soleh maka tubuhnya sihat dan cergas manakala pelaku maksiat mudah mendapat sakit. Di Bumi, tempat berkumpulnya zarah-zarah baik ialah Mekah, Madinah dan Baitul Maqdis. Selain itu tempat-tampat orang beribadat kepada Allah di seluruh dunia merupakan berkumpulnya zarah baik. Pusat-pusat maksiat pula adalah tempat berkumpulnya zarah jahat. 

Rasulullah saw menasihatkan supaya berhati-hati dengan perkera-perkara sebesar zarah kerana Iblis sudah berputus asa dengan perkara-perkara yang besar (Jasad) namun tidak berputus asa untuk mengubah perkara-perkara sebesar zarah.

YAHUDI MENGGUNAKAN ILMU ZARAH UNTUK MENYIHIR DUNIA
Apabila Islam jatuh, ilmu-ilmu Al-Quran dikutip Yahudi. Yahudi mendapati ilmu zarah bakal menguntungkan Islam dan merugikan mereka. Namun Yahudi mendapati mereka boleh mendapat keuntungan jika menterbalikkan atau menyongsangkan ilmu zarah supaya Islam jadi lemah-selemah-lemahnya dan mereka dan Iblis sekutu mereka mendapat untung seuntung-untungnya.

Yahudi mendapati Allah menciptakan dunia dengan nisbah zarah 4 zarah baik dan 1 zarah jahat. Yahudi berusaha mencari jalan untuk mengubah keseimbangan ini. Mereka mencari dan mencipta bahan-bahan yang merupakan zarah jahat. Bahan-bahan ini kemudian dicampurkan pada bahan-bahan semulajadi yang umumnya terdiri dari zarah baik. 

Mereka mencari petroleum dan mencipta mesin untuk membakar petroleum maka petroleum akan membebaskan karbon dioksida (zarah jahat) ke udara. Mereka memasukkan bakteria pada air dan mereka memasukkan klorin ke dalam air untuk kita minum. Klorin bercampur air menghasilkan asid klorin (zarah jahat). Yahudi mencipta bahan kimia untuk dijadikan baja tanaman atau dimasukkan terus ke dalam makanan kita.

Setelah usaha mereka berjaya, mereka menamakan semula zarah-zarah tersebut. Zarah-zarah BAIK dikenali sebagai ion NEGATIF (-) manakala zarah-zarah JAHAT dinamakan ion POSITIF(+). Yahudi kemudian mengatakan kepada dunia bahawa segala perkara BAIK dikatakan sebagai perkara POSITIF dan segala perkara BURUK/JAHAT dikatakan sebagai perkara NEGATIF. 

Supaya tak keliru
zarah                     nama sains                          sifatnya
BAIK                      ION NEGATIF                     BAIK
JAHAT                   ION POSITIF                       JAHAT

Yang disogokkan kepada kita
sifat                       nama moden
BAIK                      POSITIF
JAHAT                   NEGATIF

Tertipulah manusia sehingga zarah BAIK dianggap jahat kerana ia adalah ion NEGATIF (-)
zarah JAHAT dianggap baik kerana ia adalah ion POSITIF (+)

Ion negatif (zarah baik) sebenarnya menyihatkan manakala ion positif (zarah jahat) merupakan pembawa penyakit. Kehadiran banyak ion POSITIF pada tubuh menyebabkan IBLIS/SYAITAN mudah memasuki tubuh. 

Rasulullah saw pernah bersabda bahawa syaitan itu bergerak dalam salur darah. Memang benar jika Ion POSITIF banyak dalam darah maka tidak mustahil syaitan boleh berada dalam darah kita.

Program maksiat diperbanyakkan dimana apabila manusia berbuat MAKSIAT maka mereka membebaskan tenaga gelap yang mengumpulkan Ion POSITIF. Banyaknya ion POSITIF dalam tubuh menyebabkan penyakit. Ion POSITIF menarik syaitan dan iblis kepadanya. Manusia dijauhkan dari amal soleh yang membebaskan tenaga cahaya yang mengumpulkan ion NEGATIF yang meyihatkan dan membuatkan malaikat hampir dengan kita.

Alam semulajadi membebaskan ion NEGATIF lantas yahudi membina bangunan-bangunan yang terdiri daripada ion POSITIF untuk menyerap ion NEGATIF dari persekitaran. 

Udara, air, tanah dan segala di sekeliling kita kini penuh dengan ion POSITIF yang jahat manakala ion NEGATIF yang menyihatkan semakin kurang. 

Inilah cara Yahudi menyihir dunia dengan cara halus yang kita tak sedar. Maka terungkaplah sabda baginda saw supaya berhati-hati dengan perkara sebesar zarah.

## Ion NEGATIF mewakili sifat Rahman Tuhan kerana ia bersifat menderma dan berkorban. Ion POSITIF mewakili sifat Iblis iaitu peminta yang selalu tamak, rakus dan gelojoh. Arus elektrik yang mencahayakan rumah kita ialah kerana ion NEGATIF mendermakan bahagian dirinya (elektron) kepada ion POSITIF lantas wujudlah apa yang kita kenali sebagai elektrik. Kanser berpunca dari radikal bebas (ion POSITIF) menyerang DNA (ion NEGATIF) pada sel sehingga DNA menjadi rosak dan mengubah sel normal kepada sel kanser.

**Yahudi cukup takut dengan ribut solar yang berlaku di matahari kerana Yahudi tahu zarah dari matahari cukup kuat untuk memusnahkan sistem zarah yang mereka corakkan di bumi. Segala yang dikuasai ion POSITIF akan binasa manakala ion NEGATIF akan menguasai dunia kembali.

http://www.siestaair.co.uk:8080/SiestaWebsite/images/neg_ions.jpg
http://2.bp.blogspot.com/_ziyZ-t0T7nE/SpVAPV35MnI/AAAAAAAAALw/25_AOPR5A0w/s400/anions.jpg
zarah baik (ion negatif) yang dibebaskan oleh alam ciptaan Tuhan)
http://neffulsingapore.files.wordpress.com/2010/08/red-blood-cells-in-ve-ions-environ4.jpg
keseimbangan zarah baik (ion -) dan zarah jahat (ion +) dalam darah
 health necklace
http://www.biofirion.asia/emember/biofirion/images/others/INFO/EN_INFO_08.jpg
zarah jahat (ion +) pada alat-alat ciptaan manusia/Yahudi



Ahad, 18 Mac 2012

Kitab Terakhir Tawarikh Dunia 5

AL HARIS Al HARRAS

Saidina Ali kwj meriwayatkan dari Nabi SAW
"Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai (Ma Wara Un Nahar) yang digelar Al-Haris Al Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau baginda bersabda, "Wajib setiap orang mukmin menerimanya."
Ma Wara an-Nahar, dikatakan sebagai wilayah Khurasan yang terkenal. Memang dalam sejarah awal penaklukan Islam ke atas wilayah-wilayah timur Arab, nama Ma Wara an-Nahar sudah cukup terkenal. Nama itu sudah wujud daiam sejarah penaklukan oleh Sayidina Umar RA lagi, disambung lagi pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah. Maka nama itu memang terkenal  dalam sejarah umat Islam sehingga ke hari ini.

Khurasan juga adalah cukup terkenal, walaupun pada hari ini wilayah yang dinamakan Khurasan itu sudah tiada lagi dipotong-potong oleh pihak penjajah Barat yang cuba menghilangkarinya dari peta dunia. .Mereka juga yakin dengan kebenaran hadis-hadis Nabi SAW mengenai wilayah Khurasan ini.

Dari kawasan itulah akan muncul seorang lelaki yang digelar Al-Haris Harras. Al-Haris itu bermaksud Singa dan Harras bermaksud petani. Sebenarnya namanya pasti bukan Harris Harras kerana itu adalah gelarannya. Dipanggil namanya sedemikian mungkin kerana dia seorang petani yang hebat, berani dan tidak takut dengan sesiapa kecuali kepada Allah.

Ada yang berpendapat Al-Harras merupakan gelaran kepada bapanya. Maksudnya Beliau merupakan keluarga petani dan dalam keluarganya beliau adalah orang yang berjiwa pejuang bukan jiwa mencari makan seperti kebanyakan petani lain.

Al-Haris Harras mungkin muncul sesudah Al-Hasyimi bergabung dengan Pemuda Bani Tamim di Khurasan. Ketika wilayah Khurasan hancur dilanyak As-Sufyani, hanya Al-Haris Harras sahaja yang sanggup membantu Pemuda Bani Tamim dan Al-Hasyimi dalam perjuangan menentang As-Sufyani.

*Al-Mansur merupakan gelaran kepada Pemuda Bani Tamim seperti yang ramai sedia maklum

Dari Ibnu Umar RA yang menyatakan, “Akan datang seorang perkasa, yang melalui lelaki perkasa itu Allah akan memenangkan umat
Muhammad SAW. Setelah itu keluarlah al-Mahdi, kemudian al-Mansur, kemudian as-Salam,
kemudian Ibnul ‘Asab. Wahai penduduk Yaman, bukankah kamu semua berkata sesungguhnya
al-Mansur adalah dari keturunanku? Demi Allah yang diriku berada di dalam kekuasaannya,
sesungguhnya ayah al-Mansur adalah (benar-benar) berketurunan Quraisy. Sekiranya Allah
hendak menunjukkan namanya hingga datuknya yang terakhir, nescaya akan saya sebutkan.
Karena perkara ini bersangkut paut dengan rahsia hari kiamat, maka tidaklah saya
sebutkannya.”

Dalam hadis di atas menyebut tentang seorang lelaki yang muncul lebih awal sebelum Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim (Al-Mansur). Kalau sesiapa yang membaca Siri 'Al-Hasyimi - Identiti Terahsia Kebangkitan Islam' mungkin dapat mengagak bahawa lelaki perkasa yang dimaksudkan mungkin ialah Al-Hasyimi sebab itu dia dipanggil pemegang kunci kemenangan Islam. Namun tidak dapat dipastikan siapakah yang mendapat gelaran As-salam dan Ibnul 'Asab. Mungkin keduanya merujuk kepada Pemuda Bani Hasyim dan Haris Harras. Wallahua'lam.

Sabtu, 17 Mac 2012

Kitab Terakhir Tawarikh Dunia 4

PEMUDA BANI HASYIM AKA AL-HASYIMI
Akhir zaman ada beberapa figure utama dalam peristiwa kebangkitan Islam iaitu
1. Imam Mahdi
2. Putera Bani Tamim
3. Al-Hasyimi
4. Haris Harras

Figure Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim sudah sedia diketahui sekalipun ada yang tidak mengiktiraf Putera Bani Tamim yang saya maksudkan. 
Akan tetapi figure Al-Hasyimi dan Haris Harras masih menjadi misteri. KENAPA?

Topik kali ini akan dibincangkan tentang Al-Hasyimi. 

Al-Hasyimi adalah seorang lelaki yang mempunyai peranan besar di dalam kebangkitan Islam bahkan beliau adalah kunci bagi kebangkitan Islam. Tanpa beliau Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi tidak dapat memenangkan Islam. Kerana pentingnya beliau hingga figure ini menjadi rahsia hingga berlaku jadual Allah. Tidak seperti Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim yang sudah dikenali individu tersebut tetapi Al-Hasyimi tetap dirahsiakan identitinya.

Siapa Al-Hasyimi?

Menurut hadis Al- Hasyimi adalah lelaki dari hujung timur. Mempunyai tahi lalat di bahu kiri. mempunyai tahi lalat di tapak tangan kanan/kiri. beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Imam Mahdi dari sebelah Bapa.

Mengikut pendapat saya beliau adalah lelaki Melayu berdarah Arab-khurasan dan ada hubungan kekeluargaan dengan Imam Mahdi.

Apa peranannya?
peranan beliau adalah

1. ***LOCKED**##KEYOPEN##[Penguasa bumi Nusantara]
2.Pembantu kepada Putera Bani Tamim
3.Bergabung dengan PBT untuk memerangi as-sufyani
4. Pemegang panji-panji hitam semasa Malhamah kubra ketika Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim memimpin perang
5. Menyerahkan khilafah kepada Nabi Isa as sesudah Imam Mahdi wafat

Peranan pertama dilocked demi menjaga rahsia kebangkitan. peranan pertama sangat penting dan tak boleh didedahkan kerana jika Yahudi tahu maka beliau akan diburu dan tak akan dibiarkan hidup. [Kunci dibuka kerana masanya sudah hampir kerana saat ini kita menantikan munculnya As-Sufyani di Syria atau as-sufyani memang sudah muncul]

Al-Hasyimi adalah orang yang sangat di monitor RSA dan sangat diburu iblis dan Dajjal kerana peranan beliau ***LOCKED** ##KEYOPEN##[pemegang kunci kemenangan]


Al-Hasyimi akan bergabung dengan PBT dan memerangi As-Sufyani. Semasa misi ke Baitul Maqdis mereka kalah lalu Al-Hasyimi menghilangkan diri hingga disangka terbunuh. Sebenarnya beliau berundur ke Mekah Menyambut kemunculan Imam Mahdi di khalayak ramai. Setelah itu beliau kembali pada PBT dan meneruskan misi rahsia ke Baitul Maqdis dan bertemu Imam Mahdi di sana.PBT kemudian akan serah kuasa daulah kepada Imam Mahdi. 

SETELAH ITU BERLAKULAH KEJADIAN-KEJADIAN YANG MEMBAWA PADA MALHAMAH KUBRA ATAU PERANG ARMAGEDDON.

Jumaat, 16 Mac 2012

Jadual Allah dibongkar 2


KESIMPULAN

 Al-Hasyimi merupakan lelaki yang berketurunan bani hasyim, merupakan ahlul bait, merupakan sebahagian dari keluarga Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim. Beliau mempunyai ciri-ciri khas iaitu tahi lalat di bahu kiri dan tapak tanganyya. Berasal dari satu tempat di hujung timur dan dilantik menjadi penguasa di timur untuk menentang as-sufyani. Al-Hasyimi akan bergabung dengan pemuda bani tamim yang berada di khurasan dan diamanahkan memegang panjí-panji hitam. Al-Hasyimi dan Pemuda Bani Tamim memimpin pasukan panjí-panji hitam menentang pasukan as-sufyani dan mengalahkan mereka di astokhor. 

Al-Hasyimi menuju ke baitul maqdis namun pasukannya dikalahkan oleh pasukan As-Sufyani. Al-Hasyimi disangka mati namun sebenarnya dia berundur ke Mekah untuk menyambut kedatangan Imam Mahdi dan menyerahkan panji-panji hitam.Pasukan As-sufyani cuba menyerang Al-Hasyimi dan Imam Mahdi namun pasukan tersebut ditelan di Al-Baidak. Al-Hasyimi dan Imam Mahdi berangkat ke baitul maqdis untuk bergabung dengan pemuda bani tamim yang siap menunggu di sana. Mereka berjaya mengalahkan As-sufyani dan membunuhnya. 

Al-Hasyimi menyertai perang malhamah uzma (Armageddon) dan juga menyertai peperangan dengan Dajjal. Setelah Imam Mahdi wafat, Al-Hasyimi mengangkat Nabi Isa as sebagai khalifah baru. Al-Hasyimi mungkin wafat kerana sakit tua dan di sembahyangkan oleh seluruh umat islam sepertimana saudaranya Imam Mahdi.

Al-Hasyimi merupakan tokoh tersembunyi yang menjadi kunci utama kegemilangan umat Islam setelah Imam Mahdi dan juga Pemuda Bani Tamim. Al-Hasyimi adalah pemegang kunci kemenangan dan identitinya masih kekal rahsia sehingga tiba jadual Allah swt. Begitulah sedikit sebanyak tentang Al-Hasyimi dan segala yang baik adalah dari Allah dan segala yang buruk adalah dari diri saya sendiri. Sekian

Al-Hasyimi ITRKI Part 11


BAB 11                  Al-Hasyimi dan Nabi Isa

Sebuah atsar menyebut
“Al-Hasyimi akan menyerahkan kekhalifahan (selepas kematian Imam Mahdi) kepada Isa bin Maryam AS.”

Sebenarnya tiada dalil yang jelas tentang kehidupan Al-Hasyimi sesudah pelantikan Imam Mahdi, tidak disebutkan tentang kehadiran Al-Hasyimi dalam Malhamah Uzma (Armageddon). Tiada dalil menceritakan apa yang Al-Hasyimi lakukan semasa Dajjal muncul. Namun dalil di atas mungkin mengkhabarkan apa yang Al-Hasyimi lakukan sesudah dia dan pemuda bani tamim berusaha keras memperjuangkan kebenaran.

Atsar tersebut menceritakan bahawa sesudah kewafatan Imam Mahdi, Al-Hasyimi menyerahkan kekhalifahan milik saudaranya Imam Mahdi kepada Nabi Isa as. Ini bermakna Al-Hasyimi tetap diberi amanah penjagaan untuk melantik kekhalifahan sesudah saudaranya. Atsar di atas menjadi dalil bahawa Al-Hasyimi menyertai perang malhamah uzma dan perang dengan Dajjal kerana Al-Hasyimi mengenali Nabi Isa as.

Ada yang menyatakan bahawa Al-Hasyimi ini mungkin Al-Hasyimi yang lain. Pendapat ini mungkin tidak salah kerana tiada dalil menceritakan akan apa yang berlaku kepada Al-Hasyimi setelah Imam Mahdi berkuasa. Saya lebih cenderung untuk menyetujui pendapat  pertama iaitu Al-Hasyimi yang dimaksudkan adalah Al-Hasyimi yang memegang panjí-panji hitam kerana ada dalil menyatakan bahawa beliau akan disangka mati namun sebenarnya tidak mati. Jadi Al-Hasyimi yang menyerahkan kuasa kepada Imam Mahdi adalah Al-Hasyimi yang sama menyerahkan kuasa kepada Nabi Isa as.

Al-Hasyimi ITRKI Part 10


BAB 10                  Al Hasyimi di Mekah

Sebuah hadis menyatakan
“Al-Mahdi akan muncul dari Makkah pada waktu Isyak dengan membawa Panji-panji Rasulullah SAW. Baju besi dan pedangnya mempunyai tanda-tanda khusus, berkilauan dan bercahaya. Jika mengerjakan sembahyang Isyak, dia lantas berkhutbah dengan khutbah yang panjang, mengajak manusia seluruhnya taat kepada Allah dan rasul-Nya. Bumi Hijaz akan diserahkan kepadanya, Pemuda Bani Hasyim yang berada di laut mendarat, Panji-panji Hitam dikirimkan kepadanya dari Kufah dan askar-askarnya akan bertebaran ke seluruh penjuru alam”

Dalam hadis yang lain
“Penguasa Madinah mengirimkan tentera kepada Al-Hasyimi di Makkah. Tentera ini kemudian mengusir penduduk Makkah. Peristiwa ini didengar oleh khalifah di Syam, iaitu As-Sufyani daripada keturunan Abu Sufian bin Harb. Seterusnya As-Sufyani mengirimkan pasukan ke Makkah. Dalam perjalanan itu, mereka singgah di Al-Baidak yang pada waktu itu kebetulan bulan penuh. Kemudian ada seorang penyeru yang memerhatikan (ketibaan) pasukan itu berkata, “Aduh, celakalah kamu semua penduduk Makkah kerana kedatangan pasukan ini.” Dia terus pergi dan datang lagi ke tempat itu. Tetapi dia tidak nampak lagi pasukan tadi. Dia lantas bertasbih, “Subhanallah, mereka telah berangkat sebentar tadi.” Lalu dia meneruskan perjalanannya. Di sana dia menemui pasukan tadi dalam keadaan tertimbus separuh badan. Dia bercadang mahu membantu tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Akhirnya dia meklum bahawa pasukan tadi telah ditelan oleh bumi. Dia bergegas masuk ke Makkah untuk menyampaikan berita tersebut. Mendengar berita ini, penduduk Makkah mengucapkan alhamdulillah, kemudian berkata, “Inilah tanda yang kita tunggu-tunggu.” Lantas mereka pergi menuju ke Syam.”

sebuah hadis yan lain berbunyi
“Imam Mahdi mula muncul di khalayak ramai pada waktu Isyak sementara Al-Hasyimi tiba di daratan setelah beberapa lama berada di laut. Al-Hasyimi menyerahkan panjí-panji hitam yang dikirim oleh pemuda Bani Tamim di kufah kepada Imam Mahdi. Penguasa madinah menghantar pasukan tentera untuk mengusir penduduk Mekah. Apabila peristiwa ini diketahui As-sufyani, dia mengirim tentera ke Mekah untuk memusnahkan Mekah namun tentera ini ditelah di Al-Baida’. Imam Mahdi dan Al-Hasyimi menyertai Pemuda Bani Tamim di Baitul Maqdis.”

Imam mahdi muncul pada waktu Isyak, serentak dengan itu Al-Hasyimi tiba dari laut untuk menyerahkan panjí-panji hitam yang dikirim pemuda bani tamim sebelum itu. Gabenor Madinah menghantar pasukan tentera ke Mekah untuk mengusir penduduknya. Apabila As-Sufyani mengetahui hal ini maka dia mengirimkan bala tenteranya untuk memusnahkan Mekah secara keseluruhannya namun tentera mereka ditelan di Al-Baidak (Padang) dekat zulhulaifah. Penduduk mekah memahami tanda ini lantas mengejar Imam Mahdi ke Baitul Maqdis kerana Imam Mahdi dan Al-Hasyimi berangkat untuk menyertai Pemuda Bani Tamim yang siap menunggu mereka.

Al-Hasyimi ITRKI Part 9


BAB 9                    Al-Hasyimi menghilangkan diri.

Atsar menyatakan
“Sebelum al-Mahdi (muncul), al-Hasyimi keluar untuk berperang selama 18 bulan. Dia akan menuju Baitulmaqdis tetapi tidak sampai ke sana. Serentak dengan itu, as-Sufyani mengirimkan pasukan tenteranya untuk menyerang al-Mahdi tetapi mereka ditelan oleh bumi di al-Baidak.

Kata Al Walid
“Telah sampai kepada aku bahawa Al Hasyimi adalah saudara sebapa dengan Imam Mahdi, kata sebahagian ulamak, dia anak saudara Imam Mahdi dan kata sebahagian yang lain, dia tidak mati tetapi berundur ke Mekah setelah kekalahan itu, bila muncul Imam Mahdi dia keluar semula”

Dalam hadis lain
“Kemudian dia (al-hasyimi) keluar bersama-sama 5,000 orang penduduk Khurasan yang di bawah pimpinan Syuaib bin Saleh at-Tamimi, seorang bekas hamba berkulit kuning, berjanggut nipis dan tidak berjambang. Seandainya mereka ini menghadapi gunung, nescaya dihancurkannya. Mereka lantas berhadapan dengan pasukan as-Sufyani, terus menggempur mereka dan (berjaya) membunuh mereka dalam jumlah yang besar. Akhirnya pasukan as-Sufyani melarikan diri dan al-Hasyimi pula menghilangkan diri”

“Kemudian secara diam-diam At-Tamimi menuju ke Baitulmaqdis. Dalam perjalanannya menuju ke Syam, dia menyerahkan jemaahnya kepada Al-Hasyimi. Ketika itu At-Tamimi berkata (kepada Al-Hasyimi), “Wahai anak bapa saudaraku, al-Mahdi akan berada di Makkah setelah kota Madinah runtuh.” Kemudian jika Al-Mahdi muncul, maka Al-Hasyimi juga muncul”

Setelah Al-Hasyimi menang di Astokhor, Al-Hasyimi mengalami kekalahan terhadap pasukan As-Sufyani ketika pasukan panjí hitam menghampiri Baitul Maqdis. Al-Hasyimi dikatakan terbunuh namun sebenarnya dia telah berpakat dengan Pemuda Bani Tamim dimana Pemuda Bani Tamim terus bergerak ke Baitul Maqdis manakala Al-Hasyimi menghilangkan diri membawa pasukan panjí hitam mendapatkan Imam Mahdi di Mekah. Setelah Imam Mahdi muncul barulah Al-Hasyimi muncul semula. Iaitu sesudah peristiwa ditelannya pasukan di Al-Baida’ yang mahu menyerang Mekah.