BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Jumaat, 16 Mac 2012

Al Hasyimi ITRKI part 1


BAB 1                    Siapakah Al Hasyimi

Sebuah hadis meriwayatkan tentang Al- Hasyimi
“Panji-panji Hitam keluar dan menyerang as-Sufyani. Di tengah-tengah pasukan itu adalah Pemuda dari Bani Hasyim yang di tangan kirinya berkibar bendera pasukan, manakala di hadapannya adalah Syuaib bin Saleh at-Tamimi.”

Menurut hadis di atas, Al-Hasyimi merupakan pemegang panji-panji hitam. Panji-panji hitam adalah simbolik kepada pasukan imam mahdi. Panji-panji hitam secara fizikalnya merupakan bendera yang digunakan pasukan Rasulullah saw semasa memerangi kaum kuffar. Pada panji-panji hitam tertulis kalimah  La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah. Panji-panji ini tidak kelihatan lagi sesudah zaman para sahabat ra. 

Panji-panji hitam adalah simbol bagi pasukan Imam Mahdi. Asalnya ia dibawa oleh Pemuda Bani Tamim yakni Syuaib Bin Saleh. Sebenarnya Al-Hasyimi adalah salah seorang pengikut Pemuda Bani Tamim. Hadis menyebut “dihadapannya ialah Syuaib Bin Saleh” menunjukkan bahawa Pemuda Bani Tamim merupakan pemimpin kepada Al-Hasyimi.

Al-Hasyimi dikatakan sebagai pemuda dari Bani Hasyim. Bani Hasyim merupakan kabilah arab yang paling dihormati dikalangan masyarakat Arab Jahiliyah. Nabi kita Muhammad saw merupakan ahli keluarga Bani Hasyim. Jadi Al-Hasyimi merupakan keturunan orang yang mulia yang bersangkut paut dengan Nabi Muhammad saw. Al-Hasyimi sudah pasti merupakan orang terpilih yang lahir dari keturunan yang mulia.