BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Jumaat, 16 Mac 2012

Al-Hasyimi ITRKI Part 10


BAB 10                  Al Hasyimi di Mekah

Sebuah hadis menyatakan
“Al-Mahdi akan muncul dari Makkah pada waktu Isyak dengan membawa Panji-panji Rasulullah SAW. Baju besi dan pedangnya mempunyai tanda-tanda khusus, berkilauan dan bercahaya. Jika mengerjakan sembahyang Isyak, dia lantas berkhutbah dengan khutbah yang panjang, mengajak manusia seluruhnya taat kepada Allah dan rasul-Nya. Bumi Hijaz akan diserahkan kepadanya, Pemuda Bani Hasyim yang berada di laut mendarat, Panji-panji Hitam dikirimkan kepadanya dari Kufah dan askar-askarnya akan bertebaran ke seluruh penjuru alam”

Dalam hadis yang lain
“Penguasa Madinah mengirimkan tentera kepada Al-Hasyimi di Makkah. Tentera ini kemudian mengusir penduduk Makkah. Peristiwa ini didengar oleh khalifah di Syam, iaitu As-Sufyani daripada keturunan Abu Sufian bin Harb. Seterusnya As-Sufyani mengirimkan pasukan ke Makkah. Dalam perjalanan itu, mereka singgah di Al-Baidak yang pada waktu itu kebetulan bulan penuh. Kemudian ada seorang penyeru yang memerhatikan (ketibaan) pasukan itu berkata, “Aduh, celakalah kamu semua penduduk Makkah kerana kedatangan pasukan ini.” Dia terus pergi dan datang lagi ke tempat itu. Tetapi dia tidak nampak lagi pasukan tadi. Dia lantas bertasbih, “Subhanallah, mereka telah berangkat sebentar tadi.” Lalu dia meneruskan perjalanannya. Di sana dia menemui pasukan tadi dalam keadaan tertimbus separuh badan. Dia bercadang mahu membantu tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Akhirnya dia meklum bahawa pasukan tadi telah ditelan oleh bumi. Dia bergegas masuk ke Makkah untuk menyampaikan berita tersebut. Mendengar berita ini, penduduk Makkah mengucapkan alhamdulillah, kemudian berkata, “Inilah tanda yang kita tunggu-tunggu.” Lantas mereka pergi menuju ke Syam.”

sebuah hadis yan lain berbunyi
“Imam Mahdi mula muncul di khalayak ramai pada waktu Isyak sementara Al-Hasyimi tiba di daratan setelah beberapa lama berada di laut. Al-Hasyimi menyerahkan panjí-panji hitam yang dikirim oleh pemuda Bani Tamim di kufah kepada Imam Mahdi. Penguasa madinah menghantar pasukan tentera untuk mengusir penduduk Mekah. Apabila peristiwa ini diketahui As-sufyani, dia mengirim tentera ke Mekah untuk memusnahkan Mekah namun tentera ini ditelah di Al-Baida’. Imam Mahdi dan Al-Hasyimi menyertai Pemuda Bani Tamim di Baitul Maqdis.”

Imam mahdi muncul pada waktu Isyak, serentak dengan itu Al-Hasyimi tiba dari laut untuk menyerahkan panjí-panji hitam yang dikirim pemuda bani tamim sebelum itu. Gabenor Madinah menghantar pasukan tentera ke Mekah untuk mengusir penduduknya. Apabila As-Sufyani mengetahui hal ini maka dia mengirimkan bala tenteranya untuk memusnahkan Mekah secara keseluruhannya namun tentera mereka ditelan di Al-Baidak (Padang) dekat zulhulaifah. Penduduk mekah memahami tanda ini lantas mengejar Imam Mahdi ke Baitul Maqdis kerana Imam Mahdi dan Al-Hasyimi berangkat untuk menyertai Pemuda Bani Tamim yang siap menunggu mereka.