BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Jumaat, 16 Mac 2012

Al-Hasyimi ITRKI Part 3

BAB 3                    Hubungan Al-Hasyimi dengan Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim

Kata Al Walid
“Telah sampai kepada aku bahawa Al Hasyimi adalah saudara sebapa dengan Imam Mahdi, kata sebahagian ulamak, dia anak saudara Imam Mahdi dan kata sebahagian yang lain, dia tidak mati tetapi berundur ke Mekah setelah kekalahan itu, bila muncul Imam Mahdi dia keluar semula”
Riwayat di atas menunjukkan Al-Hasyimi merupakan ahli keluarga Imam Mahdi itu sendiri. Al-Hasyimi bersaudara dengan Imam Mahdi di sebelah bapa. Hubungan persaudaraan ini kurang jelas samada mereka merupakan satu generasi atau berbeza generasi. Al-Walid menyatakan bahawa Al-Hasyimi merupakan satu generasi manakala dia mengetahui ulamak lain mengatakan bahawa Al-Hasyimi berbeza generasi.

Istilah saudara merupakan sesuatu yang abstrak. Dalam bahasa Arab ‘saudara’ boleh dipakai untuk adik-beradik, sepupu, dan anak saudara dan ke bawah. Sama  seperti perkataan ‘bapa’ yang boleh merujuk kepada bapa kandung, pak cik juga datuk dan moyang. Yang pasti hubungan persaudaraan Al-Hasyimi dan Imam Mahdi bersambung pada sebelah bapa.

Sebuah hadis yang lain menyebut
“Kemudian secara diam-diam At-Tamimi (Pemuda Bani Tamim) menuju ke Baitulmaqdis. Dalam perjalanannya menuju ke Syam, dia menyerahkan jemaahnya kepada Al-Hasyimi. Ketika itu At-Tamimi berkata (kepada Al-Hasyimi), “Wahai anak bapa saudaraku, al-Mahdi akan berada di Makkah setelah kota Madinah runtuh.” Kemudian jika Al-Mahdi muncul, maka Al-Hasyimi juga muncul.”

Hadis ini menceritakan bahawa Imam Mahdi, Pemuda Bani Tamim dan Al-Hasyimi merupakan saudara. Pemuda Bani Tamim memanggil Al-Hasyimi sebagai ‘anak bapa saudaraku’. Jadi Pemuda Bani Tamim boleh jadi merupakan sepupu Al-Hasyimi. Namun istilah ‘anak’ dalam bahasa arab juga abstrak kerana ia boleh merujuk kepada anak, cucu, cicit dan sebagainya. Kaum Yahudi sendiri digelar ‘anak-anak israel’ walaupun mereka bukan anak nabi yaakub (Israel). manusia dipanggil ‘anak-anak Adam’ walaupun kita bukan anak kandung Adam. Apa yang penting ialah Imam Mahdi, Pemuda Bani Tamim dan Al-Hasyimi mempunyai tali persaudaraan.