BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Jumaat, 16 Mac 2012

Al-Hasyimi ITRKI Part 4


BAB 4                    Al-Hasyimi merupakan Ahlul Bait

Ada atsar menyebut
“Sebelum al-Mahdi muncul, akan ada seorang lelaki dari keturunan Nabi SAW keluar dari Timur, sambil menyandang pedang di bahunya selama 18 tahun. Dia membunuh, mengamuk dan(seterusnya) menuju ke Baitulmaqdis. Namun dia mati sebelum sampai ke sana.”

Atsar lain menyatakan
“Sebelum al-Mahdi (muncul), al-Hasyimi keluar untuk berperang selama 18 bulan. Dia akan menuju Baitulmaqdis tetapi tidak sampai ke sana”

Abdullah bin Amrwan telah meriwayatkan kepada kami dari Al Haitsam bin Abdul Rahman daripada orang yang menceritakan kepadanya dari Saidina Ali bin Abi Thalib RA katanya
“Akan keluar seorang lelaki sebelum Imam Mahdi dari ahli keluarganya di Timur, dia memikul pedang di atas bahunya selama lapan bulan, dia berjuang dan menuju ke Baitul Maqdis tetapi dia meninggal dunia sebelum sampai ke Baitul Maqdis”

Dalam atsar pertama tidak disebut siapa keturunan Nabi saw yang mengamuk namun meninggal sebelum sampai ke Baitul Maqdis. Atsar kedua memyebutkan bahawa Al-Hasyimi  merupakan orang yang keluar berperang. ‘Menyandangkan pedang di bahu’, ‘membunuh’, dan ‘mengamuk’ lebih kepada ayat alternatif berkenaan perang. Atsar dari Saidina Ali menyebut tentang lelaki dari ahli keluarga Imam Mahdi yang keluar berperang. Lelaki dimaksudkan layak ditujukan kepada Al-Hasyimi kerana beliau mempunyai hubungan persaudaraan dengan Imam Mahdi. Tiada hadis merekodkan hubungan kekeluargaan antara Pemuda Bani Tamim dengan Imam Mahdi secara langsung. Ketiga-tiga Atsar bersetuju bahawa lelaki yang berperang mestilah mati sebelum sampai di Baitul Maqdis. Atsar kedua menjelaskan bahawa yang mati sebelum tiba di Baitul Maqdis ialah Al-Hasyimi. Jadi boleh disimpulkan bahawa Al-Haysimi merupakan ahlul bait nabi saw.
Semua sedia maklum bahawa Imam Mahdi merupakan keturunan baginda saw. Jika Al-Hasyimi bersaudara dengan Imam Mahdi di sebelah bapa maka sudah tentu Al-Hasyimi merupakan keturunan Baginda Rasulullah saw.

Soal percanggahan tempoh berperang bukan rumit. Mungkin Lapan bulan merupakan tempoh berperang di sesuatu tempat, Lapan belas bulan di tempat lain. Lapan belas tahun mungkin jumlah tempoh peperangan yang ditempuh Al-Hasyimi.