BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Jumaat, 16 Mac 2012

Al-Hasyimi ITRKI Part 7


BAB 7                    Pertempuran di Astokhor

Al Walid bin Muslim dan Rusydain bin Saad telah meriwayatkan kepada kami dari Ibni Lahia’h dari Abi Qubail dari Abi Rauman dari Saidina Ali bin Abi Thalib RA katanya
“Apabila tentera berkuda As Sufyani telah keluar ke Kufah dan menghantar utusan kepada ahli Khurasan sedangkan utusan Khurasan keluar mencari Imam Mahdi lalu dia (utusan khurasan) dan Al Hasyimi bertemu dengan panji-panji hitam yang dipimpin oleh Syuaib bin Soleh lalu bertemu pula dengan orang orang As Sufyani di pintu Astokhor maka berlakulah pertempuran yang besar diantara mereka, panji panji hitam mendapat kemenangan dan tentera berkuda As Sufyani melarikan diri, ketika itulah semua manusia menginginkan Imam mahdi dan mencarinya”

Said Abu Uthman telah meriwayatkan kepada kami dari Jabir dari Abi Jaa’far katanya
“As Sufyani menghantar tenteranya ke segenap penjuru setelah dia menduduki Kufah dan Baghdad, maka dia mengirim sepasukan tenteranya ke negara Ma Waraunnahar (negara dibelakang sungai) terdiri dari penduduk Khurasan, kemudian ahli Masyriq (penduduk timur) menyambut mereka dengan peperangan, dan pergilah pengirim berita mereka maka apabila sampai berita itu kepada As Sufyani dia pun menghantar sepasukan tentera yang besar ke Astokhor bersama mereka (diketuai) seorang lelaki dari bani Ummayyah, maka berlakulah peperangan di Qumas, dan peperangan di Daulat Ar Rayy, dan peperangan di sempadan Zarnaj, ketika itu As Sufiani memerintahkan supaya dibunuh penduduk Kufah dan penduduk Madinah, dan ketika itu pula muncul panji-panji hitam dari Khurasan, bersama seluruh manusia itu (diketuai) seorang pemuda dari bani Hasyim, ditapak tangan kanannya terdapat tahi lalat, Allah mempermudahkan urusan dan perjalanan mereka, kemudian berlakulah peperangan di sempadan Khurasan, dan berjalanlah Al Hasyimi tadi melalui jalan Ar Rayy maka keluarlah seorang lelaki dari bani Tamim berdarah ajam yang digelar Syuaib bin Soleh ke Astokhor kepada lelaki dari bani Ummayyah, maka bertemulah dia dan Imam Mahdi dan Al Hasyimi di tengah-tengah Astokhor, lalu berlakulah di antara kedua mereka korban nyawa yang besar”

As-Sufyani menghantar seorang utusan dari Bani Ummayyah untuk mencari Imam Mahdi di Khurasan. Al-Hasyimi dan Pemuda Bani Tamim memimpin pasukan panjí hitam yang datang dari Khurasan. Apabila tiba di Astokhor, Pemuda Bani Tamim bertemu dengan utusan As-Sufyani dan pasukan As-Sufyani yang mahu berperang dengan pasukan panjí hitam. Pemuda Bani Tamim dan Al-Hasyimi bertemu Imam Mahdi di tengah-tengah huru-hara peperangan di Astokhor. Pasukan panjí hitam memenangi peperangan dan pasukan As-Sufyani melarikan diri. Pertempuran ini mengorbankan banyak nyawa bagi kedua-dua pihak. Hadis kedua menjelaskan bahawa Imam Mahdi sudah ada sebelum kemunculannya di Mekah.