BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Jumaat, 16 Mac 2012

Al-Hasyimi ITRKI Part 8


BAB 8                    Al-Hasyimi dikalahkan

dari Syuraih bin Ubaid dan Rasyij bin Saad dan Dhamrah bin Habib dan guru-guru mereka, kata mereka
“As Sufyani menghantar tenteranya keseluruh Timur di bumi Khurasan dan Parsi, orang-orang Timur bangun dan memerangi mereka dan berlakulah pertempuran di antara mereka di beberapa temapat, bilamana peperangan berpanjangan orang-orang Timur itu berbaiah kepada seorang lelaki dari Bani Hasyim yang datang dari hujung Timur, lalu dia membawa orang-orang Khurasan dibawah pimpinan seorang lelaki dari bani Tamim yang berdarah ajam, berkulit sawo matang, berjanggut nipis, keluar juga bersama-samanya seramai 5000 orang apabila mendegar berita munculnya (Imam Mahdi) dan berbaiah kepadanya, maka dialah merupakan muqaddimah kepada Imam Mahdi, kalau dia menghadapi bukit yang teguh nescaya dapat diratakannya, maka bertemulah dia dan pasukan As Sufyani lalu dia menewaskan mereka terbunuhlah daripada mereka satu korban nyawa yang besar, kemudian berlaku pula kemenangan bagi As Sufyani, dan keluarlah Syuaib bin Soleh bersembunyi ke Baitul Maqdis menyerahkan kepada Imam Mahdi kedudukannya apabila dia mendapat tahu pemergiannya ke Syam”

Imam Suyuti telah meriwayatkan juga dari Dhamrah bin Habib dan guru-gurunya kata mereka
“Maka bertemulah Pemuda Bani Tamim dan tentera berkuda As Sufyani dan mendapat kemenangan keatas mereka dan membunuh ramai tentera As Sufyani, selepas itu golongan As Sufyani pula yang menang, Al Hasyimi berundur begitu juga Syuaib bin Soleh pergi ke Baitil maqdis secara diam-diam untuk menyerahkan kepimpinan kepada Imam Mahdi bilamana dia mendengar kedatangan Imam Mahdi ke Syam”

Setelah kemenangan di Astokhor, As-sufyani tidak berpuas hati lantas dia menghantar satu pasukan lain untuk menentang pasukan panjí hitam. Pertempuran kali ini dimenangi oleh pasukan As-Sufyani. Al-Hasyimi dan Pemuda Bani Tamim berundur sebagai satu strategi peperangan. Apabila pasukan panjí hitam mendapat tahu rancangan Imam Mahdi ke Syam (Baitul Maqdis) Pemuda Bani Tamim bersembunyi di Baitul Maqdis untuk menyambut Imam Mahdi. Dalam hadis lain
“Kemudian secara diam-diam At-Tamimi menuju ke Baitulmaqdis. Dalam perjalanannya menuju ke Syam, dia menyerahkan jemaahnya kepada Al-Hasyimi. Ketika itu At-Tamimi berkata (kepada Al-Hasyimi), “Wahai anak bapa saudaraku, al-Mahdi akan berada di Makkah setelah kota Madinah runtuh.” Kemudian jika Al-Mahdi muncul, maka Al-Hasyimi juga muncul”

Pasukan panjí hitam berpecah. Pemuda Bani Tamim  berada di Baitul Maqdis manakala pasukan panjí hitam berada di Mekah menyambut Imam Mahdi di bawah pimpinan Al-Hasyimi.