BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Jumaat, 16 Mac 2012

Al-Hasyimi ITRKI Part 9


BAB 9                    Al-Hasyimi menghilangkan diri.

Atsar menyatakan
“Sebelum al-Mahdi (muncul), al-Hasyimi keluar untuk berperang selama 18 bulan. Dia akan menuju Baitulmaqdis tetapi tidak sampai ke sana. Serentak dengan itu, as-Sufyani mengirimkan pasukan tenteranya untuk menyerang al-Mahdi tetapi mereka ditelan oleh bumi di al-Baidak.

Kata Al Walid
“Telah sampai kepada aku bahawa Al Hasyimi adalah saudara sebapa dengan Imam Mahdi, kata sebahagian ulamak, dia anak saudara Imam Mahdi dan kata sebahagian yang lain, dia tidak mati tetapi berundur ke Mekah setelah kekalahan itu, bila muncul Imam Mahdi dia keluar semula”

Dalam hadis lain
“Kemudian dia (al-hasyimi) keluar bersama-sama 5,000 orang penduduk Khurasan yang di bawah pimpinan Syuaib bin Saleh at-Tamimi, seorang bekas hamba berkulit kuning, berjanggut nipis dan tidak berjambang. Seandainya mereka ini menghadapi gunung, nescaya dihancurkannya. Mereka lantas berhadapan dengan pasukan as-Sufyani, terus menggempur mereka dan (berjaya) membunuh mereka dalam jumlah yang besar. Akhirnya pasukan as-Sufyani melarikan diri dan al-Hasyimi pula menghilangkan diri”

“Kemudian secara diam-diam At-Tamimi menuju ke Baitulmaqdis. Dalam perjalanannya menuju ke Syam, dia menyerahkan jemaahnya kepada Al-Hasyimi. Ketika itu At-Tamimi berkata (kepada Al-Hasyimi), “Wahai anak bapa saudaraku, al-Mahdi akan berada di Makkah setelah kota Madinah runtuh.” Kemudian jika Al-Mahdi muncul, maka Al-Hasyimi juga muncul”

Setelah Al-Hasyimi menang di Astokhor, Al-Hasyimi mengalami kekalahan terhadap pasukan As-Sufyani ketika pasukan panjí hitam menghampiri Baitul Maqdis. Al-Hasyimi dikatakan terbunuh namun sebenarnya dia telah berpakat dengan Pemuda Bani Tamim dimana Pemuda Bani Tamim terus bergerak ke Baitul Maqdis manakala Al-Hasyimi menghilangkan diri membawa pasukan panjí hitam mendapatkan Imam Mahdi di Mekah. Setelah Imam Mahdi muncul barulah Al-Hasyimi muncul semula. Iaitu sesudah peristiwa ditelannya pasukan di Al-Baida’ yang mahu menyerang Mekah.