BLOG BERPINDAH


kepada pembaca setia blog ini.
Blog ini telah berpindah ke alamat


http://futopsecret.blogspot.com

Jumaat, 16 Mac 2012

Jadual Allah dibongkar


AL HASYIMI IDENTITI TERAHSIA KEBANGKITAN ISLAM

Pendahuluan
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan kesejahteraan buat junjungan besar Nur Muhammad saw yang hidup dan memimpin kita dengan rohnya yang suci. Kesejahteraan buat para sahabat baginda, para salafussaleh dan semua yang dikasihi Allah sekalian.

                Saya dengan berbesar hati menulis sebuah buku mini tentang individu yang mungkin tidak dikenali oleh umat Islam samada yang mengkaji atau tidak hadis-hadis kedatangan Imam Mahdi. Sebut sahaja Imam Mahdi maka sesiapa sahaja yang tahu tentang hadis-hadis akhir zaman pasti amat mengenali tokoh besar ini. Sesiapa sahaja menunggu ketibaan tokoh yang diharap-harapkan bakal menyelamatkan umat Islam di akhir zaman. Pemuda Bani Tamim merupakan pembantu Imam Mahdi yang kewujudannya baru diperkatakan sejak tiga dekad kebelakangan ini apabila bekas pemimpin Al-Arqam mengisytiharkan dirinya sebagai pemuda bani tamim. Sejak itu ramai yang mengkaji perihal pemuda bani tami yang disebut-sebut sebagai Syuaib bin Saleh dalam hadis-hadis. Kini tokoh yang dipanggil pemuda bani tamim sudah tidak asing lagi bagi pengkaji akhir zaman.

                Buku ini tidak mahu menerangkan mengenai dua tokoh tersebut sebaliknya menumpukan kepada seorang lagi tokoh yang agak asing di telinga umat Islam. Tokoh ini selalu disalah tafsir sebagai pemuda bani tamim tanpa ada apa-apa dalil yang membuktikan tanggapan tersebut. Tokoh yang dimaksudkan ialah pemuda bani hasyim atau singkatannya Al hasyimi ra. Ramai pengkaji hadis akhir zaman tidak pernah medengar tentang tokoh ini bahkan ada antara mereka menganggap pemuda bani hasyim dan pemuda bani tamim adalah orang yang sama. Buku ini akan mengemukakan dalil-dalil yang membuktikan bahawa tanggapan ini adalah salah.

                Siapakah Al-hasyimi? Apakah peranannya? Dimanakah beliau akan muncul? Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tokoh ini maka bacalah buku ini sehingga penamatnya. Sekian